Tuesday, June 1, 2010

Serang konvoi bantuan ke Gaza perbuatan tak berperikemanusiaan: Najib (PM Malaysia)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan rakyatnya mengutuk keras tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap konvoi yang dalam perjalanan menyam-paikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konvoi itu berada di kawasan perairan antarabangsa dan sebarang tindakan ketenteraan tidak dibenarkan sama sekali oleh undang-undang antarabangsa.
Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.
“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel.
“Mungkin sesuatu harus dilakukan atau dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat,” katanya selepas perasmian Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Perdana Menteri juga berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan rakyat Malaysia yang berada atas kapal yang diserang oleh tentera Israel itu. Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata Malaysia mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk 11 rakyat negara ini.
Katanya, serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antara-bangsa.
“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.


kata-kata amoi : laporan di atas ini aku copy and paste dari berita harian online. sebak gila aku bila tengok berita dan baca suratkhabar tentang hal ini. kenapa lah mereka tergamak buat macam tu. semoga tuhan melindungi mereka yang tidak bersalah itu. marilah kita beramai-ramai menadah tangan kita, membaca doa qunut nazilah. biar rejim zionis itu mendapat balasan yang setimpal nya. celaka lah engkau israel. amin.

16 comments:

  1. kini ia bukan lagi sekadar isu keagamaan tetapi kemanusiaan.Komando israel tergamak menyerang konvoi yang hanya bersenjatakan ubat-ubatan dan makanan bantuan.Nilai kemanusiaan mereka sudah lama hilang.

    ReplyDelete
  2. semoga rakyat m'sia yg berada atas kapal tu selamat.. :)

    ReplyDelete
  3. kita cuma mampu berdoa. cuba lah berdoa:)

    ReplyDelete
  4. darah dah macam air bg dajal ni.
    org awam yg bawak makanan n ubat
    diserang. mmg laknat.


    balasan akan tiba sbgaimana yg dijanjikan Allah. Amin


    Semoga semua dilindungi. n bagi aku, ni percaturan silap israil. masyarakat antarabangsa dah mula bukak mata.


    Kita? umat Islam? Bersatulah ...

    ReplyDelete
  5. yee.. isu ni sgt hangat skg...
    sedeyh kn..

    ReplyDelete
  6. meniti senja : ISRAEL sangat-sangat LAHANAT!

    ReplyDelete
  7. LPP : yee, betul tu.
    mereka tak nak orang lain bantu gaza.
    sbb tu dia rampas barang2 tu semua.

    ReplyDelete
  8. naz : yup!
    betul tu..
    mari lah kita berdoa qunut nazilah..

    ReplyDelete
  9. sedih... inilah masa untuk kita bersatu. memperjuangkan demi agama kita. Allah s.w.t sentiasa bersama dengan kita...


    palestine, u will be free. :)

    ReplyDelete
  10. Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

    ReplyDelete
  11. mai : betul tu..
    liez pon harap mcm tu gak,
    agar palestin bebas drpd rejim zionis itu..
    amin..

    ReplyDelete
  12. pacifist : betul kata-kata anda tu.
    penuh makna nya tu..
    saya sokong anda!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails