Saturday, June 26, 2010

Perselisihan Faham Antara MR K dan Joegrimjow!







salamat pagi semua. time au type entri ni dah pukul 2.oo am. so, maybe banyak lak kesalahan bahasa dan typing error. entri ni adalah untuk membersihkan kembali nama dan reputasi blog aku. hehehe. okey, entri kali ni bukan nak menunjuk-nunjuk bahawa aku sorang je ada boyfriend kat dunia ni. jom aku tunjuk kan korang muka MR D a.k.a Boyfriend aku.











  • Name : Mohd Daniel Bin Mohd Ramli
  • Date Of Birth : 28 December 1990

  • Sstudy : Politenik Kota Melaka

  • Date Of Anniversary : 3rd June 2007

  • i belong to u..




di sini ada sedikit kekeliruan bila si mulut laser a.k.a MR k telah membuat suatu entri yang kurang asem dan kurang di ajar. memang nak kena si budak nerd tu. kalau nak tahu apa entri nya itu, click sini. hah! dah baca? kalau dah baca, barua nda faham apa maksud nya.







aku rasa lelaki mudah berprasangka terhadap perempuan. kalau perempuan tu berbual ke ataw pon rapat sikit je dengan seseorang lelaki tu, means dia ada apa-apa laa, ada skandal laa, couple laa dan lain lain lagi. contoh nya seperti ini. bro joe ingat aku ada apa-apa dengan MR K.












yang MR K pula, ingat aku ni Girlfriend joe. klau dia ingat cam tu je tak pe. ni siap buat entri lagi. tal pe, aku bersabar lagi dengan sifat MR k ni. tapi tunggu lah bom atom dari aku. mulut MR K ni macam mulut murai tercabut ekor seyh. memang verry the tempayan. kalah gossip kat blog azwan ali. hahaha.











so, clear yee semua. benda ni semua hanya lah gossip semata-mata. selepas entri daripada MR K tu, aku rasa bengang gila nak comment-comment kat blog Joe. takut Girlfriend dia serang aku lak. sekarang ni bukak blog joe dan baca je. malu gila nak comment. FYI, aku ni memang nampak cam kepo tapi in real life aku seorag yang pemalu dan tidak banyak bercakap. harap korang tidak mempercayai langsung kata-kata MR K tersebut.






i miss him so badly!!!



dia adalah penternak jerawat dan aku pengimport tepung komak!





Thursday, June 24, 2010

10 kutukan aku terhadap BLOGGER TEGAR (MR K)

haluu. mood aku hari ini sangat gembira dan sangat geram. first sekali, aku gembira sebab mr k suruh aku kutuk dia. tapi ia hanya lah sekejap sahaja sebab mr k buat entri yang ala-ala dalam rancangan melodi tu. tapi tak pe. ada ubi ada batas. ada hari akan ku balas dendam. hahaha. (gelak setan)




semalam aku balik kerja je, aku terus online mukabuku jap. tiba-tiba aku dapat comment dari MR K. ingat kan dia nak ajak aku bertikam lidah dengan dia kat FB. rupa- rupa nya dia suruh aku bukak blog dia. tak percaya? jom tengok pix di bawah ni.







jangan fokus pada muka ben ye. tapi fokuskan mata anda pada kotak yang berwarna merah itu.




now, baru aku faham apa maksud comment dia tu. ini adalah kerana ia berkaitan dengan entri terbaru dia. pada mula nya aku tak rasa cam nak mengutuk dia pon tapi bila aku baca comment-comment entri dia tu. oleh keerana dia seperti merelakan diri dia di kutuk, bagai pucuk dicita ulam mendatang, so aku pon mengambil keputusan untuk membuat entri ni bila 100 impression aku terhadap MR K. aku taw, dia akan kecil hati kalau aku tak membuat dia marah.

see.. dia memang tak sabar tunggu comment dari aku.



kebanyak kan blogger yang rapat panggil aku LIEZ. sebab kalau Amoi Kusut atau Little Amoi tu hanya nick name aku di blog je. member-member aku semua panggil aku LIEZ.
MR K.. ENTRI INI KHAS UNTUK U!!

10th impression aku terhadap MR K..

    1. i suspect unni ada sifat ke''gay''an sebanyak 40 %. i harap u tak sampai tahap ke 100 %.
    2. u suka kutuk orang yang cantik , cute dan hensem sebab u nak tarik perhatian dorang. u nak kawan dengan dorang kan yang sebenarnya. hahaha
    3. u sangat pelikk sebab suka orang mencari pasal dengan u.
    4. i taw kenapa u suka kutuk girl. sebab in reality u selalu kena reject . that's why laa u balas dendam kat we'ol.
    5. reality nya u ni pendiam sebab tu laa bila ada blog u jadi kan blog ni sebagai medium untuk u buat gossip cinta pasal blogger-bloger lain.
    6. u baget u cute laa tu sebab buat statement orang pakai glasses cute dan orang pakai contact lens ugly. sumpah i terasa!
    7. u tak letak pix u kat semua laman sosial sebab u takut perempuan akan belasah u kan. di sebab kan mulut u yang celupar tu.
    8. u sombong dan bajet. dah kita jadi member FB, u baru nak letak link blog i kat side bar u. kejam!
    9. kutukan yang u selalu berikan kat i sangat gedik! tp kadang-kadang cam cute jugak. aauuuww! hahaha.
    10. blog u sangat sarkastik!


pada anda yang tidak mengenali siapa itu MR K, meh sini aku intro pasal mamat baget cute tu. hehehe. MR k ialah owner The Other Khairul. dia adalah salah satu blogger yang lelaki yang hot pada abad ini. bluewk! dia selalu post entri yang berkaitan dengan GAY, perempuan dan ta lupa juga dengan tag line nya iaitu scarcastik!

peace yaa! no bom!

Monday, June 21, 2010

Tips Nak Bulatkan Mata Seperti Orang Korea.









Hai! ta sha how? wo she cha liza. HAHAHA. cakap mandarin lak aku. oleh kerana ramai orang ingat aku ni orang chinese, so aku ada laa belajar sikit-sikit cakap mandarin dulu. tapi sekarang da lama tak praktik kan sebab kekurangan kawan cina. hehehe. entri ini aku buat khas untuk mereka yang bermata sepit tetapi mengimpikan mata yang bulat dan besar seperti mata orang koraea yang cantik tu. member aku selalu cakap, muka aku ni macam cina. tapi untung dapat mata yang bulat tidak sepet seperti mata orang cina. hey, siapa cakap mata aku ni bulat dan besar. itu hanya lah sekejap sahaja. sebab aku buat mata aku menjadi bulat. nak tahu bagaimana? akan aku cerita kan seperti di bawah.









see.. mata aku pon sepet juga kan. *kantoi!








tips nak bulatkan mata yang sepet






1. Bulatkan mata anda ketika mengambil gambar.
contoh nya macam kat pix bawah ni.


2. Memakai eye liner.
contoh nya seperti pix di bawah ini.

3. Memakai fake eye lash.

contohnya seperti pix di bawah ini.

5. Memakai contact lense

contohnya seperti pix di bawah ini.




6. Memakai eye putti.

contoh nya seperti pix di bawah ini.





bagi yang tak tahu eye putti tu apa, meh sini aku terangkan. eye putti tu seperti gam. lekat kan nya di dalam di tengah-tengah kelopak mata anda. kemudian yee akan terlekat. boleh di dapati di mana - mana stokis kecantik kan. cara - cara nak pakai eye putti ni seperti di bawah.





*tips ini hanya untuk wanita sahaja.

Sunday, June 20, 2010

buffered earning dari NUFFNANG






elow! hari ini aku sangat happy. pertama kerana hari ini aku tak perlu pergi kerja. hehehe. kedua aku happy kerana hari ini adalah father's day. ketiga aku happy kerana aku dapat Buffered Earnings daripada Nuffnang.










terima kasih Nuffnang. sayang sangat - sangat kat Nuffnang. tapi aku agak pelik laa. sebab nya, minggu ni aku nya visitor sangat-sangat sikit. macam mana lak boleh dapat Buffered Earnings?? time banyak visitor, tak dapat lak. tak kisah laa. yang penting dapat. terima kasih Nuffnang.





aku dapat campaign daripada Mead Johnson LB. terima kasih laa ye sebab sudi tempel kan iklan anda di blog amoi. walaupun amoi belum berkahwin dan tiada anak tapi amoi suka iklan anda tu sebab comel je. hehehe. tak percaya? jom tengok webnya.



cute kan?

Tergamakkah Anda Meng''Buang'' AYAH Anda???


lelaki di atas ni ialah pok cik JUMRI laa. bapa amoi. bukan nye skandal amoi..






salam 1 malaysia semua. hari ini 20hb June 2010 ialah Father's day. so entri ni berkaitan dengan ayah. aku tak faham kenapa ada orang sanggup membuang ibu bapa kandung mereka setelah mereka ini lah yang membesar kan kita. owh.. mentang-mentang laa dah berjaya dalam hidup, mula lah nak lupa diri. bila di tegur sikit oleh ayah, mula lah meninggi kan suara. wah! macam tu lak yee. dah hebat sangat laa tu konon nye. bukan nya aku ni baik sangat sampai nak sound mereka tu. aku tidak lah sesempurna mana. tapi kadang-kadang tu rasa cam nak sepak je laju-laju kat mereka tu. sayu gila bila aku baca kat surat khabar pasal anak hantar bapa mereka ke rumah orang-orang tua, tidak menjenguk bapa mereka yang keseorangan di kampung, memukul bapa sendiri, membunuh bapa sendiri dan lain-lain lagi. ingat yee, mungkin anda selamat di dunia tapi ingat.. anda tidak mungkin akan selamat di akhirat nanti. nanti kan lah hukuman yang akan anda terima dari Dia Yang Maha Esa.
kepada en. jumri bin lokman, saya nurshaliza bt jumri ingin mengucap kan happy father's day. sori tiada present. tunggu 0wg dpt gaji yee (>◕‿◕<) hehehe. sayang abah sangat sangat dan ketat ketat.



sibuk je minah kat belakang tu.


Saturday, June 19, 2010

Jangan Panggil Dia Cikgu Lagi!!!!

jangan panggil perempuan di bawah ini cikgu la yee. sebab dia da tukar pekerjaan dia. ramai yang tanya dia kat MukaBuku dia kerja ape? adee laa. nanti aku beritahu korang di entri yang berikut nya yee. malas nak jawab kat BANYAK kali.
Hari Terakhir AMOI kusut sebagai Cikgu : (


hadiah untuk anak murid ku yang cilik itu.




baik kan hati aku sebab bagi dorang jajan. ada ke cikgu lain nak berhenti, then bagi jajan?? tak de kan.. bagsu kan aku. hehehe.




suka tengik muka aku kat atas ni. sebab nampak cam baik plus ayu je. hahaha..




kepada boss, principal, cikgu-cikgu, parents dan murid yang berkenanaan dengan tadika restu pasir gudang batch jan - mei 2010, saya ingin mengucap kan terima kasih kpd anda semua kerana memberikan layanan yang baik serta sebalik nya. maaf kan laa saya sekira nya saya terbuat kesalahan kepada anda semua. sekian. hehehe..


yeay! anda rawks!!!


Monday, June 14, 2010

keputusan kumpulan C & D FIFA World Cup 2010


ole ole ole. yee, saya gila bola. saya sanggup bangun pagi-pagi kerana nak tengok bola. tapi semangat bola ni datang hanya pada FIFA World Cup sahaja. kalau tak, jangan harap lah aku rajin sangat nak tengok bola dan aku tak kan baik hati kat abah aku kalau aku nak tengok cerita tapi dia nak tengok bola. hehehe. hanya ketika ini sahaja aku menjadi gila bola. pada mereka di luar sana yang malas nak bangun pagi nak tengok bola, korang boleh usha blog aku je. sebab aku akan update keputusan bola. aku harap gadis-gadis di sana, di situ dan si nun boleh baca entry berkaitan bola ini, sebab ia boleh di jadikan tajuk perbualan di antara BF atau Hubby anda.






Algeria vs Slovenia 0 - 1





In this match, Algeria have to play with ten men after A. Ghezzal get the second yellow card so red card in the 73rd minutes. This condition can be optimized by Slovenia which can make a goal in the 79th minutes by R. Koren.









Germany vs Australia 4-0





Goals from Lukas Podolski, Miroslav Klose, Mueller and Brazil-born striker Cacau were just rewards for a team which also had a hatful of other scoring opportunities.







Serbia vs Ghana 0 - 1



Zdravko Kuzmanovic’s stupid handball gifted Ghana a penalty in the final stages, as Serbia fell 1-0 in Group D. Asamoah Gyan netted from the spot, but Serbia were always struggling once Aleksandar Lukovic had been sent off in the 74th minute.




saya amoi kusut melaporkan tentang FIFA World Cup. sekian sahaja info sukan hari ini. jumpa lagi esok yee.

Sunday, June 13, 2010

Orang Melayu Kutip Anak Cina

cerita nya bermula begini.. pada suatu petang 17 tahun yang lepas, seorang suri rumah telah membeli sebuah televisyen baru yang bersaiz besar. hehehe. maka salah seorang pekerja di kedai tersebut di tugas kan mengahantar televisyen tersebut ke rumah suri rumah tadi. mari kita dengar perbualan mereka.
ah beng : mahu letak mana ini tv kak?
akak bergaya : letak kat atas gerobok ini yee.
ah beng : ini anak akak enk? macam cina laa.
akak bergaya : ini memang anak cina laa. akak angkat dia time dia baby.
ah beng : eh, ye ke?
akak bergaya : iya laa. dia punya mak bagi sama akak time baby dulu. mak dia susah lorh.
ah beng : owh. patut laa muka dia macam cina.
akak bergaya : eh ah beng, u percaya kaa?
ah beng : ya lorh..
akak bergaya : hahaha. akak kelengtong saja maa. ini anak akak laa.
ah beng : jangan main-main laa. muka dia macam cina.
akak bergaya : yaa laa. anak akak yang ini ikut hubby akak. hubby akak ada mix cina sikit.
ah beng : owh.. waa ingat betul-betul laa tadi. tapi muka anak akak ni memang macam cina laa. kalau cakap anak cina ni, semua orang percaya.
begitu lah cerita nya. sebenar nya pekerja kedai itu iaitu ah beng telah tertipu dengan kata-kata akak bergaya itu. mana ada akak bergaya ni kutip anak cina. tu anak dia sebenar nya.kalau korang di situasi ah beng, korang percaya tak budak di bawah ini anak orang cina?

hai semua! saya lah amoi kusut! hehehe.

cerita di atas adalah cerita tentang aku sebenar nya. akak bergaya tu ialah mak aku dan budak cina yang konon nya akak bergaya tu jaga ialah aku. kalau korang tengok muka aku kecil-kecil dulu, korang percaya tak aku anak cina tapi di bela oleh orang melayu?? aku pasti ada saja yang mempercayai nya sebab dari aku kecil dulu sampai lah bakal berumur 20 tahun bulan 12 ini, ada sahaja yang ingat aku ni cina. hehehe. saya 80 % melayu lah. sikit je mix nya.

keputusan kumpulan B & C FIFA World Cup 2010




hai semua. korang dah tidur ke? tak gerek laa korang. malam masih muda lagi ni. tapi korang dah tidur. okey, pada yang belum tidur tu. terimas sebab sudi membuat rondaan di blog aku ni. sambil ronda tu, sambil-sambil lah klik iklan nuffnang. sebab banyak info menarik.



kenapa aku tak tidur lagi?? tak berapa nak ngantuk lak. tapi kalau ada orang sorang kan bantal, gerenti aku dah ngorok ni. hehehe. oleh sebab aku tengah boring, so nak buat review pasal bola laa. semua buat entri pasal bola, aku pon nak juga.



hari ini iaitu 12 jun 2010 group B pula lawan bola. semua yang aku target menang, memang menang. *bangga jap! hehehe.



south korea 2, greece 0.

Park Ji-sung strike helps South Korea see off Greece



argentina 1 vs nigeria 0.

Excellent header gave Argentina the victory and he oozed calm on the ball. Not always as convincing off the ball, but more than did his job for the day.
england 1 vs us 1.

harap england menang, tapi seri lak.

motif aku sokong semua team-team tersebut adalah kerana mereka kacak eh silap-silap, sebab berbakat. okey lah, nak blogwalking dan follow blog yang menarik. daa. good nite semua!




Saturday, June 12, 2010

GF : sayang..sakit lah. BF : tahan lah sikit yee.






entri ini adalah umum dan boleh di baca oleh semua peringkat umur. tiada unsur sex atau pun lucah langsung. selamat membaca!





aku : sayang.. sakit lah.
MR D : sakit sangat ke?
aku : ha'ah. sakit gila ni.
MR D : sayang tahan laa sikit.
aku : alaa. dah tak boleh tahan lagi ni.
MRD : meh di tolong masuk kan.
aku : tak nak. sakit laa! biar orang masuk kan sendiri.








hahaha. aku tahu korang tengah fikir apa tu. hah! jangan nak otak kuning yee. sebelum korang buat andaian yang bukan-bukan, lebih baik aku ceritakn perkara yang sebenar kat korang. act, benda ni baru je berlaku semalam. korang pearasan tak aku dah lama tak update entri baru dan jarang buat blogwalking? aku sebenar nya g interview kerja. lagi pon tenet buat hal hari itu. so, jangan marah yee. nanti kalau aku dah free, aku akan selongkar and folow blog korang balik yee. tunggu je. semalam aku g interview dan apa yang sakit sebenar nya ialah....






KAKI







kenapa dengan kaki aku? kaki aku melecet laa. kan aku tak boleh pakai kasut yang bertumit. kalau aku pakai high heels je, gerenti akan melecet. sampai bila laa nak macam ni. oh! aku benci situasi yang sebegini. tapi apa yang MR D nak tolong masuk kan. dia nak tolong aku pakai kan kasut. sebab dari tadi aku asyik merengek-rengek seperti kanak-kanak tadika tak nak pakai kasut. tu yang dia nak masuk kan kasut kat kaki aku. maybe dah bosan dengar rengek kan aku. hehehe. bukan nya aku mengada-ngada, memambg sumpah sakit. kalau aku pakai kasut dan berjalan, pergh!! meamng rasa cam tersiat je kulit kaki aku yang melecet tadi. okey, sekarang korang dah faham kan. bagus! jangan buat spekulasi yang ntah apa-apa tanpa membaca isi entri ini terlebih dahulu yee. alamak! aku dah terlambat nak pergi kenduri kahwin ni. kakak aku dah bebel dah ni. bye semua.








muka aku yang tengah tahan sakit ni. hehehe.


Wednesday, June 9, 2010

Gambar Hantu Di Langakawi part II

Salam semua readers ku. Hari ini aku agak bad mood sikit. Kenapa? Sebab nya aku baru lepas meyumpah broadband aku menjadi berukband. Ergh!! Geram seyh. Sampai hati dia buat aku macam ini. Kan aku dah janji dengan korang nak post entri ni pada hari isnin malam, tapi tiba-tiba sever down lak. Kalau aku tahu si berukband ini buat hal pada hari isnin malam hingga ke selasa malam, aku auto post je. Pergh!! Dah sehari aku tak update blog aku ni. Mesti kurang visitor semalam. Waarrggghh!! Okey lah, malas nak emo banyak-banyak ni. Jom baca pasal entri gambar hantu di langkawi part II ni yee.
Korang semua nak tahu kan mana gambar hantu nya kan? Okey, meh sini aku tunjuk kan yee. Tengok pix di bawah ini. Jawapan nya ada di dalam gambar itu.
NAMPAK tak?




Yang aku warnakan itu, itulah gambar hantu yang dok posing nak bergambar dengan aku tu. Act, aku rasa rupanya lebih kepada jin laa. Apa pendapat korang? Huh, still tak nampak sangat? Okey jom kita zoom lebih dekat.


Okey, sekarang dah nampak lebih jelas kan?
Korang pernah tak mengalami kejadian seperti ini. Ada gambar hantu atau jin di dalam pix anda? Kalau ada, buat lah entri. Boleh aku baca. Jangan lupa letak link entri itu di ruangan comment entri ini yee. Sebelum aku out, ingat lah kata-kata ini. Jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan misteri.
*kalau suka baca entri seram, jom layan entri ni;

Monday, June 7, 2010

Duduk Dekat Tandanya..

entri pasal gambar hantu di langkawi part 2, akan aku post malam ini pada pukul 8pm. tungguu!
wey! asal korang duduk dekat-dekat?? bukan ke masing-masing da ada partner??
betul ke duduk dekat tanda suka? bukan tanda nya.. erm, tak de apa-apa laa. act, info ni aku dapat daripada magazine. dia cakap..
pada temujanji pertama, mungkin lelaki itu duduk berhadapan dengan anda. tetapi apabila temujanji kedua, dia tiba-tiba duduk bersebelahan dengan anda. maksudnya disini ialah dia sudah terpikat dengan anda. dalam kata lain, dia juga hendak beri isyarat kepada lelaki lain agar menjauhi anda.
sumber : Peter Andersen, PhD, penulis The Complete Idiot's Guide to Body Language.

maaf lah encik Peter Anderson, saya rasa kajian yang anda buat tu hanya untuk negara mat saleh je kot. kalau kat asia ni, duduk dekat-dekat tanda nya.

  • lelaki itu gatal. baru kenal dah nak duduk dekat-dekat. nak ambil kesempatan laa tu.
  • lelaki itu nak menunjuk-nunjuk. lelaki tu saja je nak menunjuk-menunjuk kat member-member yang dia pon ada GF juga.
  • nak menambah dosa. dah tentu-tentu dalam islam lelaki dan perempuan di larang duduk dekat-dekat. sebab boleh mendatang kan dosa dan mungkin salah satu step nak ke stage zina.

itu hanya lah pendapat aku. korang setuju tak dengan pendapat aku tu??


Sunday, June 6, 2010

Beautiful and Sexy Bird 2010.



hai semua. okey, hari ini aku nak cerita pasal burung. burung apa? burung murai. burung apa? burung murai. err.. burang murai ke? ntah laa yee. act, aku pon tak berapa nak pasti ni burung apa. aku rasa burung ni burung jelmaan manusia. sebab tu dia cantik plus seksi *tapi terseksa dia kat dalam sangkar. kesiannn... nak tahu tak burung apa? jom tengok bawah..

taadaaaa! ini lah burung paling cun dan seksi pada tahun 2010!! miley cyrus.


gambar ni untuk clip video terbaru miley cyrus iaitu yang bertajuk cant be tamed. sedap juga kalau korang dengar banyak kali lagu ni. tapi kalau dengar sekali tak berapa sedap kot. hehehe. kalau korang ni peminat lagu for your entertainment iaitu nyanyian adam lambert, mesti korang akan minat dengan lagu ni. sebab lagu nya lebih kurang sama je. jom kita layan lagu miley cyrus jap.


can't be tamed - miley cyrus


For those who don't know me

I can get a bit crazy

Have to get my way yep 24 hours a day

Cause I'm hot like that

Every guy, everywhere just gives me mad attention

Like I'm under inspection

I always get a ten cause

I'm built like that I go through guys like

Money flying out the hands

They try to change me but they realize they can't

And every tomorrow is a day

I never plan

If u gonna be my man understand

I can't be tamed

I can't be saved

I can't be blamed

I can't can't

I can't can't be tamed

I can't be changed

I can't be tamed

I can't be can't

I can't be tamed

If there is a question about my intentions

I'll tell ya

I'm not here to sell ya

Or tell you to go to hell

I'm not a brat like that

I'm like a puzzle but all of my pieces are jagged

If you can understand this

We can make some magic

I'm wrong like that

I wanna fly

I wanna drive

I wanna go

I wanna be a part of something

I don't know

And if you try to hold me back

I might explode Baby, by now you should know

I can't be tamed

I can't be saved

I can't be blamed

I can't can't

I can't

can't be tamed

I can't be changed

I can't be tamed

I can't be can't

I can't be tamed

Well I'm not a trick you play

I'm wired the different way

I'm not a mistake

I'm not a fake

It's set in my DNA

Don't change me

Don't change me

Don't change me

Don't change me (I can't be tamed)

I wanna fly

I wanna drive

I wanna go

I wanna be a part of something I don't know

And if you try to hold me back

I might explode Baby,

by now you should know

I can't be tamed

I can't be saved

I can't be blamed

I can't can't

I can't can't be tamed

I can't be changed

I can't be tamed

I can't be can't

I can't be tamed


Saturday, June 5, 2010

Mengapa Bah Ko Berubah Formspring.me ??

hye semua. hari ini aku rasa rajin lak, so aku nak buat dua entri untuk hari ini. claps your hand! sebab hari ini aku sangat rajin. hehehe. korang yang ada formspring tu, perasan tak yang formspring dah berwajah baru? tak perasan?? pergh!! tak alert langsung seyh. erm.. aku lebih suka yang baru ni. lebih kemas, mudah dan tersusun. apa pendapat korang?
lebih trendy kan?
nak jawab pon senang je. siap ada muka lagi siapa orang yang tanya kita soalan. aku suka sangat!!!! hehehe.




jom follow aku dan tanya je apa-apa yang korang nak tanya kat amoi yee.

http://www.formspring.me/liezkusut

*aku akan post entri gambar hantu di langkawi part 2 pada hari isnin nanti. harap maklum :)

11 orang pemain bola tidak bermain di FIFA World Cup 2010

waving flag.. lalalala.. *aku tengah nyanyi lagu world cup. korang nak tahu tak siapa 11 orang pemain bola yang tidak dapat bermain di world cup 2010 nanti? tak tahu kan. aku mengumumkan, 11 orang peserta yang tidak dapat bermain bola di afrika nanti ialah..






ini lah 11 orang pemain tersebut.

yang cakap kenapa tu ialah joegrimjow, selaku pengurus pasukan kami.

eh, jap jap. ini bukan nya pemain bola. ini ialah blogger. hahaha. yup! kami ialah blogger. tapi oleh kerana joegrimjow mintak tolong kat we'ol, so we'ol pon setuju nak menolong dia. kalau we'ol tak setuju, effectnya satu malaysia tidak boleh guna internet sebab telah di hijack oleh pengurus fifa. pergh! kejam kan mereka ini. kita orang berlatih siang dan malam untuk bertanding di sana. tapi niat kami itu terhenti begitu sahaja. ku sangka panas panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. *bermadah pula aku ni! we'ol kena reject mentah-mentah je. sebab nya perempuan tidak boleh bermain di fifa world cup. waaaarrrgghhh. penat taw we'ol practice. pada yang faham dengan entri ini, sila beritahu aku kenapa perempuan tidak boleh bermain di world cup? tak adil kan. dan pada yang tak faham dengan entri ini, korang wajib baca entri ini WORLD CUP : Blogger version .

*credit to joegrimjow! sebab entri ini sangat best. act, bukan entri ini je tapi semua entri dia menarik. mak aku pon gelak guling-guling time baca entri ni. sumpah lawak! hehehe.

Friday, June 4, 2010

Kenapa Tulisan Lelaki Buruk?




secara purata, lelaki mencorakkan kemampuan menulis lebih lambat berbanding wanita. oleh itu, teknik penulisan pertama kali di perkenalkan kepada mereka, sebahagian besar dari mereka masih belum berrsedia dengan aspek fizikal. dalam erti kata lain, mempunyai tulisan kemas dan cantik merupakan cabaran mereka bagi kanak-kanak. menurut Hedy Bookin Weiner, PhD dan penyelidik tulisan untuk syarikat perunding perniagaan Piani Dan Company memberitahu tidak hairan lah mutu tulisan itu biasa nya berkekalan sehingga mereka dewasa. jadi para wanita sekalian, usah salah kan mereka jika mereka mempunyai tulisan seperti cakar ayam. hehehe.


siapa yang ada tulisan cam cakar ayam, cakar kambing, cakar lembu??



*tapi tulisan MR D cantik je. kalah aku!

Thursday, June 3, 2010

Gambar Hantu Di Langkawi (18 sx)

xelow. sori lah pada reader blog aku yang tunggu-tunggu entri seram ini. semalam aku war-war kan nak post gambar hantu ni kat FB. tapi bila dorang bukak blog aku, tak de pula. sori sangat-sangat yee. :( aku keluar dating lah semalam. tak sempat pula nak post. nanti aku lambat keluar, MR D marah plak. aku tak sanggup dengar lelaki membebel.

okey, malas nak banyak cerita. korang perhatikan lah gambar di bawah ini. gambar kat bawah ni ada gambar HANTU. maybe hantu tu nak join berposing macam aku kot. betul. sumpah aku tak tipu! gambar ni tahun lepas punya. gambar ini di ambil di salah satu tempat di langkawi.

GAMBAR PERTAMA


kalau korang mempunyai deria penglihatan yang hebat, beritahu aku di mana kah gambar hantu tersebut.

oleh sebab gambar di atas tu muka aku ada garisan cermin, maka aku ambil lagi satu gambar di tempat yang sama. cuma beza nya gambar di bawah ini lambat beberapa saat je dari tadi. gambar bawah ni, tak de gambar HANTU. maybe hantu tu tak suka amik gambar banyak-banyak kot. saja nak tonjol kan diri dia pada gambar pertama tadi. aku saja letak gambar bawah ni. biar korang tahu dan perasan di manakah kedudukan HANTU tersebut di gambar pertama.

GAMBAR KEDUA

aku dah macam ikan buntal lak dalam pix ni. hehehe.



kepada yang tidak kuat iman nya, ibu-ibu mengandung dan orang yang memang takut tahap gaban, aku tak syor kan korang untuk mencari gambar HANTU di pix pertama. aku akan beritahu korang di mana kah kedudukan HANTU itu di entri yang mendatang. selamat mencari yee.




Tuesday, June 1, 2010

Serang konvoi bantuan ke Gaza perbuatan tak berperikemanusiaan: Najib (PM Malaysia)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan rakyatnya mengutuk keras tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap konvoi yang dalam perjalanan menyam-paikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konvoi itu berada di kawasan perairan antarabangsa dan sebarang tindakan ketenteraan tidak dibenarkan sama sekali oleh undang-undang antarabangsa.
Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.
“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel.
“Mungkin sesuatu harus dilakukan atau dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat,” katanya selepas perasmian Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Perdana Menteri juga berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan rakyat Malaysia yang berada atas kapal yang diserang oleh tentera Israel itu. Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata Malaysia mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk 11 rakyat negara ini.
Katanya, serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antara-bangsa.
“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.


kata-kata amoi : laporan di atas ini aku copy and paste dari berita harian online. sebak gila aku bila tengok berita dan baca suratkhabar tentang hal ini. kenapa lah mereka tergamak buat macam tu. semoga tuhan melindungi mereka yang tidak bersalah itu. marilah kita beramai-ramai menadah tangan kita, membaca doa qunut nazilah. biar rejim zionis itu mendapat balasan yang setimpal nya. celaka lah engkau israel. amin.

Blogger Gemuk Dah Kurus. # Tips kuruskan badan.

salam semua. hari ini aku nak beritahu korang satu rahsia aku time kecil-kecil dulu. apa rahsia nya? time kecil-kecil dulu, ramai orang ejek aku budak gemok. even, family aku pon turut join sekaki menggelar kan aku ''GEM'' dan ''MOK''. itu lah rahsia aku. tak ramai orang yang tahu pasal rahsia tue. kenapa dorang gelar kan aku gemuk? dah tentu lah pasal berat badan aku yang tidak normal ketika itu. sepatut nya berat budak perempuan ketika berumur 11 tahun dalam 30 hingga 40 kg. tapi aku sampai 60 atau 50 lebih kg. kan tak normal tu. terlebih sihat lak. tak percaya yee? okey, meh sini au buktikan ang aku pernah gemuk pada suatu ketika dulu. jom perhatikan pix di bawah ini yee.
BEFORE
hai semua! nama saya amoi kusut. saya baru darjah 4 time ni! super duper extra big tak saya? hehehe..
hah, da percaya kan sekarang. tu laa, aku dah cakap tadi. korang ngada-ngada tak nak percaya. aku tak suka buat cerita laa. itu lah bentuk fizikal aku 10 tahun yang lalu. dan sekarang, baju aku yang dulu nya bersaiz XL dah bertukar kepada M. kadang-kadang aku guna S. hehehe. malas nak cakap banyak. jom layan pix bawah ni.

AFTER

tak de lah kurus sangat. tapi dah susut lah sikit berbanding dulu. hehehe.

sekarang ni berat aku semakin bertambah. so, aku terpaksa lah melakukan program ''aku tak nak gemuk''. hehehe. aku nak ucap kan terima kasih kat mak aku sebab dia lah ang banyak membantu aku menurunkan berat badan. tapi yang sebenar nya, dia juga lah menyebab kan aku naik berat badan. dia selalu sangat ajak aku makan. eeerrrgghhhh!! nak tahu tips menguruskan berat badan dengan mudah dan cepat? okey, aku bagi korang tips nya. tapi aku nak habuan. koran kena belanja aku makan selama sebulan. boleh? hahaha..

Program Aku Tak Nak Gemuk

  • Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
  • Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
  • Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
  • Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
  • Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
  • Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
  • Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
  • Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
  • Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
  • Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa.

okey, dah tahu tips nya kan. cepat belanja aku. hehehe. jokes je! kepada sesiapa yang tengah runsing atau kusut sebab berat badan korang makin bertambah-tambah, maybe korang boleh amalkan tips yang aku bagi ni yee. sharing is caring rite? selamat mencuba yee. daa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails