Friday, July 30, 2010

Imam Asyraf Pemenang Imam Muda 2010




salam. aku pasti ramai yang akan buat entri pasal imam muda. aku pon tak nak lepas kan peluang ini. sambil makan kueh tart on9 Facebook dan tengok imam muda. *walaupun belum raya, mak aku dah sibuk buat kueh tart. huhuhu.. okey, aku adalah peminat tegar Imam Muda. aku paling suka imam Taufiq!! aku seboleh-boleh suruh mak aku pinang kan imam Taufiq untuk aku. tapi mak aku lambat sangat. melepas aku! hehehehe.. last - last dia kahwin dengan orang lain lak.. yang paling sedih bila dia terkeluar dari Imam Muda pada saat - saat hampir final. waaaaarrgghhh!!





calon bakal suami ku! hehehe..



eh, aku tersalah topik lak kan. tajuk entri pasal imam Asyraf tapi aku dok menceceh pasal imam Taufiq lak kan. hehehe. okey, pada siapa - siapa yang tak tengok Kemuncak Imam Muda 2010 di siaran astro tadi korang boleh tahu pemenangnya siapa dengan membaca entri ini. pada pukul 9 malam tadi telah berlangsungnya satu pertandingan yang hebat pada abad ini. pertandingan seperti ini lah yang aku nanti - nanti kan. bosan asyik tengok realiti tv nyanyian je. nak tahu siapa pemenangnya? jeng jeng..





pemenangnya ialah imam Asyaf. yeay! syukur alhamdullilah. taniah di ucapkan. aku memang sokong imam Asyraf. oh no no.. bukan sebab dia manis yee. siapa penonton setia Imam Muda pasti tahu kenapa aku sokong dia.  taniah juga di ucapkan pada imam Hizbur kerana telah sampai ke peringkat final. bukan nya dia tak bagus. tapi bukan rezeki dia untuk menang. mungkin dia akan berjaya di luar sana. kepada semua finalist Imam Muda 2010, anda semua adalah yang terbaik daripada terbaik!!

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaaban



Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku atau file tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. (pada waktu Maghrib malam itu dibuka buku baru, tutup buku lama iaitu buku tahun lepas)




Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”



Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.



Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….



“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“



Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?



Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.



Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:



Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.



Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Ada yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?



Dalam Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan. Rasulullah s.a.w. banyak

Sunday, July 25, 2010

Sikap Perempuan yang diminati lelaki?



Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya.Sesanda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu.


Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak 'ganas' dalam bergaul.Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

  •  Jadi pendengar setia - Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
  • Suka dimanja. - Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
  •  Tarikan derapan kasut - Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  •  Jangan bersolek tebal - Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
  • Ingat hari pentingnya - Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
  • Hormatinya - Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  • Jangan terlalu kebudak-budakan - Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  • Agresif - Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
  • Jangan terlalu seronok - Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  • Jangan ganas - Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
  • Jangan terlalu baik - Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
  • Jangan perasan - Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  • Sikap sederhana - Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  • Sikap keibuan - Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
  • Lemah-lembut - Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  • Sensitif - Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
  • Kenali dirinya - Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
  •  Jaga kecantikan - Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
  •  Gaya kemas - Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
  •  Jangan kuno - Jangan bersikap terlalu kuno.
  • Sering tanya khabar - Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  • Jujur dalam tingkah laku - Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
  •  Suka yang beragama - Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
  •  Tidak mudah dipermainkan - Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
  • Jangan tunjuk lemah - Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  • Tunjuk matang - Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

Kredit - Zulinda Othman. hari tu aku ada terbaca tentang artikel ni. aku rasa benda ni sangat menarik kalau aku share dengan korang. setelah di teliti, aku tidak tergolong dalam sikap perempuan yang diminati lelaki. hampir kesemuanya aku tidak bersikap seperti itu. akhir kata, tidak perlu hipokrit dan just be your self.





Thursday, July 22, 2010

Kubur di atas kubah Masjid Nabawi

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

 Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!


 Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!


 Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.


 "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam






jom tengok pix di bawah ni.









Sunday, July 18, 2010

Hari Gathering Geng Blogger 2010



sila buat satu entri yang menceritakan aktiviti anda lakukan ketika hari gathering geng bogger 2010. sila mulakan ayat anda dengan "Pada hari GBB 2010.." entri anda mestilah tidak lebih daripada 5 perenggan dan sertakan sekali gambar. boleh buat sebanyak mana rosak perkataan. eh bukan rosa tapi patah perkataan.






Pada hari GGB 2010, aku terpaksa bekerja . waaaarrrgghhh! frust gila seyh. aku akan pastikan GGB ke dua aku akan ada dan kalau boleh aku nak jadi AJK ( Aku Je Busy). huhuhu.. jangan lah buat jauh - jauh. susahlah nak pergi. dah lah hari sabtu aku kena kerja. mintak - mintak lokasi seterusnya adalah di Johor atau pon negeri yang berdekatan dengan Johor. contohnya seperti Melaka. senang aku nak join. huhuhu..






oleh kerana aku tak dapat join GGB 2010, so aku pergi lah menjalankan tanggung jawab aku terhadap negara kita iaitu bekerja. hehehe. pergi je kerja tapi aku tak buat kerja pon. hey! aku tak mengular yee. aku buat kerja luar. aku ada masuk competition. competition ape? kalau aku habaq, korang jangan gelak sakan lak. aku masuk Ratu FMM. kelakar lah! ada ke patut orang big size a.k.a gemuk macam aku ni boleh jadi model untuk memperagakan baju tradisional dan catwalk. *muka comot macm ni ada hati nak jadi ratu! tak sedar diri langsung. aku masuk bukan nya nak menang pon. just suka - suka je. walaupun aku jalan berterabur tapi enjoy and fun gila taht time. hey! the good news is aku dapat bagi Final!! hooreeeyyy!!! hehehe. malas nak cerita banyak, korang tengok je lah kat pi bawah ni atau pun kat facebook aku.











itu lah aktiviti yang aku lakukan ketika GGB 2010. amacam, best tak? hehehe. tapi tetap sebest dan sehebat serta sefun GGB 2010. dorang dapat share idea, berkenal-kenalan dan bergambar. waaaaarrgghhh! part bergambar ni lah yang aku tak boleh blah. sumpah aku jelez! da lah aku ni camwhore! next time muka aku ni kena ada dalam paper kosmo juga! hehehe. hey, pada blogger johor kat luar sana, kalau nampak muka kau ni kat mana - mana, sila - sila lah tegur yee. amoi kusut ni segan nak tegur dulu. pemalu lah di katakan. bluewk! amoi ni tak de lah kusut mana pon. huhuhu. before aku out ni, wish me luck for my final Ratu FMM ye. daa :p






Thursday, July 15, 2010

Artis Dan Otai Blogger Add FB aku


hello. waaarrgghh!! da lama tak update blog. wahai followers dan rakan-rakan blogger ku sekalian, sila lah suruh aku update entri baru. jangan lah duduk diam je. aku makin lama makin jarang dah ni update blog. tolong.. cepat suruh aku update blog!! hehehe..





okey, aku dah mula nak story pasal tajuk entri aku tu. siapa artis yang add aku tu? nama artis tersebut ialah faizul hafiz hashim. korang tak kenal kan? aku bagi korang cepat ingat siapa artis ini yee. korang ingat tak cerita tari tirana kat tv 3 dulu. ingat dengan mak cik guard yang bernama mak cik bella. anak kepada mak cik bella tu lah yang add aku. hehehe. tak percaya? jom tengok bukti di bawah ini..








betul kan?






setelah ARIFF SHAH usha LITTLE AMOI . kini giliran blogger lain pula iaitu otai blogger add FB aku. nak tahu siapa? zainal zuhry. maybe korang tak familiar dengan nama tu. tapi kalau aku cakap dark batman. mesti korang familiar gila kan. at first, aku tak perasan yang dorang ni add aku. aku main approve je orang yang add aku. bila check check balik, rupa nya 2 orang famous ni hah yang add aku.

sila jeles. hahaha

Sunday, July 11, 2010

Pemenang Fifa World cup (Paul The Octocpus)

waka waka eh eh.. this time for africa. yahoo! malam ni adalah malam penentu bagi fifa world cup. siapalah yang akan menjadi juara kali ini. aku harap netherands yang menang tahun ni. tak nak spain!! aku tak suka. macam mana ntah dia boleh kalah kan germany. eerrgghhhh! btw, congrats to germany. sebab dapat no 3..








tekaan paul si sotong kurita.

kalau salah tekaan PAUL THE OCTOPUS ni.. aku masak sambal sotong ni!! hahaha. go netherlands!!

Thursday, July 8, 2010

Rahsia Tarzan Pakai Cawat

Suatu hari kat dalam hutan...




Monyet : Tarzan..., kenapa engkau sorang je yang pakai cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?

Tarzan : Tak ada apalah!

Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?

Tarzan : Aku kata tak ada..., tak ada lah!




Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel rahsia Tarzan. Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia (itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.




Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan

Gambar Lady Gaga Jatuh.

jaja ulala.. jatuh bergolek.. *nyanyi ikut lagu bad romance. entri kali ni, aku malas nak taip panjang-panjang. korang layan je laa gambar lady gaga di bawah ni yee.






gambar di bawah menunujuk kan lady gaga sedang berjalan di dalam airport. baget dia fashionable laa tu. eksen gila muka!


tgk laa heels dia tuu. tak hengat dunia punya tinggi. elak kan jatuh je nanti.





hah! kan aku dah cakap tadi. nanti jatuh. masin kan mulut aku..


taniah kerana anda masih boleh mengawal diri anda dari jatuh.

tapi bila di lihat dari dekat, rupa-rupa nya dua-dua kaki dah terjelepok. hahaha.

nanti.. nanti.. aku masih belum ready untuk jatuh..





nasib baik aku jatuh cam ni. konon cam tgh bersujud laa..
best juga merangkak - rangkak kat airport ni. licin je. senang je pergerakan aku.



wey, yang korang dok tengok and tangkap gambar aku buat apa? tolong laa aku.. aku susah nak bangun dan berdiri ni..

Sunday, July 4, 2010

2hb JULAI 2010 adalah tarikh DIA pulang ke rahmatullah.

salam. dah lama kan aku tak update blog aku ni. blog aku ni dah berabuk + bersawang gila. korang perasan tak blog aku ni dah lama tiada entri baru. sebenar nya lewat kebelakangan ni aku sangat bz. pertama kerana aku selalu balik lambat dari tempat kerja. kedua aku selalu berulang - alik dari JB ke singapore. sebab kenapa aku balik lambat dari tempat kerja kerana aku nak dapat duit lebih. sebab kedua aku berulang-alik kerana nenek aku sakit.
hari jumaat lepas iaitu 2hb JULAI 2010 adalah tarikh nenek ku pulang ke rahmatullah. aku sedih sangat-sangat. act, time kat hospital, doktor dah cakap yang dia tak boleh hidup lama. dia lah nenek yang aku ada ketika itu. sebab semua atok dan nenek aku dah meninggal. kini dia pon meninggal kan aku. aku rasa sebak gila. arwah nenek aku dah mencecah 90 tahun. dia still kuat sebena nya. tiada sakit. aku rasa maybe dah tiba masa nya untuk dia pergi meninggal kan kami. mood aku sangat sedih ketika ini. rasa nya aku tak mampu nak buat entri ni.
nenek.. orang sayang sangat kat nenek. ampun kan segala dosa-dosa orang kat nenek yee. halal kan makan, minum, duit dan segala-galanya. semoga arawahnenek ku di tempat kan di kalangan-kalangan orang beriman dan syukur pada ilahi kerana time upacara pengebumian tiada berlaku nya sebaang masalah. mari kita sedekah kan al-fatihah kepada arwah nenek ku ini. amin..

hajah hamsah binti somadi.

1927 - 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails