Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Video Dan Gambar Pelajar Malaysia Di Samun Ketika Rusuhan Di London


                                            
video pelajar malaysia disamun selepas diserang oleh remaja yang terbabit dengan rusuhan di London.
                                                                        
LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.

Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.
Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.

Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya. 


kanan : beberapa giginya patah dan cedera dibahagian rahang.          
     kiri : ketika kejadian samun berlaku

Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya. Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain. 

Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.

selepas sahaja baca artikel ini, hati aku menjadi sebak. sudahlah berada di tempat orang, dilakukan sedemikian pula. keluarga berada sangat jauh dari diri kita.  kejadian ini berlaku pada bulan puasa pula. sudah jatuh ditimpa tangga. aku harap pihak polis london memandang serius akan perkara ini dan rakyat malaysia yang menetap disana sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan tidak menghampiri kawasan yang berlaku rusuhan.

Wednesday, August 10, 2011

Manusia Hari Ini Suka Bersangka-Sangka

salam. entri ini aku copy dari email. aku rasa ada baiknya aku kongsi bersama - sama korang semua sempena bulan puasa. act, bila aku terbaca email ni, aku rasa ia seperti mengingatkan diriku juga agar tidak memberi sangkaan terhadap seseorang jika kita tidak mengenali mereka dengan sebenar-benarnya. bak kata orang putih " don't judge a book by it's cover". oleh itu, setiap apa yang mereka lakukakan kemungkinan ada sebabnya. renung - renungkan dan selamat beramal. hehehe. assalamualaikum..

 senyum.. tak perlu kata apa -apa..





M.A.N.U.S.I.A.
  


Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk




Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas  
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela ........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah  
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah  
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa  
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya  
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya


Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah    seperti musnahnya kayu dimakan api..

Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat.

semuanya bergantung bagaimana kita menilainya..

Monday, August 8, 2011

Ramadhan Al-Mubarak

ssshhhh! saya tahu muka saya ni memang nampak sangat muka tengah tahan lapar. tapi boleh tak korang tahan kutukan korang tu selepas berbuka puasa? hehehe..



salam. hari ini sudah masuk hari ke-lapan kita berpuasa. aku harap aku belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali aku. sudah hampir sebulan aku tak update blog ni. ingatkan dah malap blog kusut ni tapi bila check follower dan total visitor, rupa-rupanya tetap bertambah walaupun tak sebanyak dulu. mesti ramai blogger ingat aku dah pencen dalam dunia ni. hahaha. aku bukannya addicted sangat dan nak glamour buat blog. tujuan nya untuk mengisi masa lapang dan ingin menambah kenalan. sejak menukar profession dari student ke pekerja, hari - hari aku semakin sibuk dengan hal-hal kerja. balik kerja, makan,layan cerita korea,online sekejap, then terus tidur. see my new life, sangat membosankan. kalau dah setahun gaji macam ni juga, aku nak berhenti kerja. lepas tu kahwin dengan orang mempunyai education dan aku jaga anak sambil jual barang online. wah syiookkk nya! hahaha. ok, bermula hari ini aku bertekad untuk buat 1 hari 1 entri. klau lebih dari 1 lagi bagus kan? maksudnya tak boleh tak de entri 1 hari tu. ngeh ngeh.. aja - aja fighting! esok adalah hari isnin dan aku kena bangun pagi. sebelum aku akhirkan entri ini, sekali lagi aku ingin mengucapkan 

'''''' 人 ( ___) . ┃口┃ . ┃口┃ . ┃口┃     ★ . ┃口┃     ''''人 . ┃口┃   '''''(_____)     .人     . ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人 . ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三 . ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ || . ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ || . ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ || . ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ || ~~~~~~SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA~~~~~~~~



 

Friday, August 27, 2010

Menu Berbuka Puasa #1


salam ramadhan al-mubarak semua followers, readers, stalker and silent reader. siapa pon korang dan apa pon niat baik atau buruk korang visit blog aku ni, aku ucap kan terima kasih kerana aku sangat menghargai nya. *apa motif aku bebel cam nak tunjuk bagus je? ade laa. nanti aku cerita di entry yg lai nya.

lokasi aku menaip ni ialah di office tempat kerja aku. sebab aku buat entri ni ialah perut aku ni sedang meraung - raung untuk di isi. hahaha. sabar yee. lagi beberapa jam je. daripada aku tengok gambar ni sorang - sorang lebih baik aku share dengan korang. maybe boleh di buat menu berbuka puasa untuk hari ni.

jangan kompius yee, ini bukan blog mat gebu atau pun blog masakan. hehehehe.. gambar di bawah ini di ambil ketika hari pertama berpuasa.



kuih buah melaka



 

roti perancis. *siapa makan terus speaking france..

 

roti kirai a.k.a roti jala.




ini resepi dari singapore. nama nya beef steak. ini beef steak mamak style. famous jugak laa kat singapore. cuba lah try makan. mesti nak lagi.




price : free sebab mak saya yg buat. oh btw, mak saya singaporean sebab tu dia taw masak makanan ini.


full version.



TAMAT.


nota mulut : jangan ponteng puasa yee :)
selamat berbuka

Thursday, August 26, 2010

Bergaya Di Bulan Ramadhan


Salam semua dan selamat bersahur. amacam hari anda?  jangan nak wat muke lesu tahap mencipan dan muke tengok tengik korang tu yee. aku tak suka. hahaha. kan dah makan time buka tadi, mana pergi enesgy nya * ala - ala dalam iklan. ngeh ngeh..





hari jumaat lepas MR D balik Johor. Yippie!! happy gila aku. hati berbunga - bunga nak pergi berbuka dengan dia. Kesian nya aku, hari sabtu pon kena kerja. waaarrrgghhh! tension. ingatkan nak balik lambat sebab banyak kerja tapi MR D tak bagi blk lambat -  lambat sangat. dapat OT 1 jam je. huhuhu. Lepas balik dari kerja, we'ol decide untuk tak terus balik rumah, nak g meronda - ronda jap. *mak saya dah tahu okey! dia suruh saya bawa kunci rumah sebab dia nak meronda - ronda mencari keperluan raya.



tengah syok - syok jadi kaki rayau, MR D ternampak satu kedai tudung. dan dia sangat beriya suruh aku masuk. aku pon layan kan. kemudian, dia suruh aku masuk kedai jual tudung di tempat lain pula. aku sudah dapat membaca isi hati nya. kali ini, dia suruh aku try pula pakai tudung di sana. aku ikut kan sahaja. dia memuji aku, dia kata aku nampak ayu dan comel. Thanks MR D! aku rasa aku nampak cun  comot time pakai tundung syria ni. oleh kerana dia sangat beriya gila, aku suruh dia belikan aku satu tudung syria utk di pakai time buka nanti. huhuhu..





muka saya buat macam donut kan.


dah macam alien baru turun dari planet pluto lak aku ni.



haraf maaf, muka saya tidak berapa nak cun ketika ini. al - maklum lah pertama kali nak pakai tudung syria. sebelum ni mana pernah pakai tudung ala - ala arab cam ni. hehehe. sekarang ni tengah memperbaiki cara pemakaian tudung untuk bulan ramadhan ini.



nota mulut : MR D cakap aku dah macam mualaf time ni..
ye ke??


Monday, August 16, 2010

Santapan Ramadhan # 2


salam. aku penat gila hari ini. kerja melambak - lambak. macam nak termuntah - muntah mata ku ini melihat nya. tangan ni seperti hampir patah tapi apa kan daya ku ini. aku terpaksa memaksa kan diri ku ini untuk menyiapkan nya. *wah! ayat cam dalam novel lak kan. okey, entri ini adalah untuk sambungan yang semalam. aku harap korang sanggup luangkan mas akorang untuk membaca nya. kalau baca pasal gossip artis, mata tu cam nak terkeluar tapi kalau baca pasal artikel keagamaan, mulalah nak mengantuk. malas nak cakap banyak, selamat membaca!



RUKUN PUASA
Rukun puasa ada dua perkara, iaitu: Berniat puasa, Niat puasa hendaklah dilakukan pada tiap-tiap malam sebelum hari puasa. Walaupun begitu ia boleh juga dilakukan pada malam sebelum hari pertama puasa. Contoh lafaznya ialah “ aku berniat berpuasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadhan, wajib atasku kerana Allah Taala”. Tetapi jika ia tertinggal puasa, ia hendaklah berniat semula selepas hari yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun sebaik-baik niat puasa ialah dilakukan pada tiap-tiap malam semasa memulakan makan sahur.


Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai dari waktu terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).



SYARAT WAJIB PUASA

 
1. Beragama Islam

2. Baligh atau sampai umur

3. Berakal sempurna

4. Berkuasa mengerjakannya



SYARAT SAH PUASA

 
1. Islam, Orang-orang bukan Islam tidak sah puasanya.



2. Mumaiyiz, yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk atau yang bersih dengan yang kotor.



3. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan. Orang yang berhaid dan yang sedang berdarah nifas tidak sah puasa, tetapi wajib mengqadaq kan puasa yang tertinggal itu.



4. Puasa pada hari-hari yang dibenarkan sahaja. Tidak sah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji serta hari-hari tasyrik iaitu dari 11 hingga 13 haribulan Zulhijjah



PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Niat membatalkan puasa. Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.



2. Makan atau minum dengan sengaja. Orang yang makan, minum atau merokok dengan sedar dan sengaja batal puasanya. Sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan tidak sengaja atau terlupa, tidak batal puasanya dengan syarat ia segera meluahkan makanan atau minuman itu apabila ia sedar bahawa ia sedang berpuasa.



3. Muntah dengan sengaja. Muntah dengan sengaja bererti muntah yang berlaku kerana perbuatan sendiri, bukan kerana keadaan seperti mabuk dan sebagainya. Jika termuntah tanpa sengaja tidaklah membatalkan puasa.



4. Bersetubuh. Orang yang melakukan persetubuhan dengan sengaja dalam masa puasa, selain terbatal puasanya, ia diwajibkan membayar kifarat (denda). Kifaratnya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika ia tidak berupaya, ia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya ia tidak berupaya juga, ia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin atas kadar sekali seorang dengan nilai yang sepatutnya. Seseorang yang serta merta menghentikan persetubuhannya sebaik sahaja terbit fajar (masuk waktu subuh), sah puasanya. Tetapi keadaan ini hendaklah dijauhi bagi mengelakan terbatalnya puasa dan terkena kifarat.



5. Keluar mani dengan sengaja. Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti dengan tangan, menonton gambar lucah atau lain-lain yang boleh mengeluarkan mani adalah membatalkan puasa. Walaubagaimanapun, jika mani terkeluar disebabkan bermimpi atau berkhayal tidaklah membatalkan puasa.



6. Keluar darah haid atau nifas. Sekiranya seseorang perempuan datang haid atau bersalin dan keluar darah nifasnya ketika ia sedang berpuasa maka batallah puasanya.



7. Gila. Jika kegilaan itu datang pada siang hari, batallah puasanya.



8. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan. Memasukkan sesuatu benda secara sengaja ke dalam rongga badan seperti hidung, dubur dan telinga adalah membatalkan puasa.

 
 
selamat berbuka puasa dan elak kan pembaziran yee :)
 

Sunday, August 15, 2010

Santapan Ramadhan

salam! ahlan wa salan.. wah! cakap arab lak aku ni. muka macam cina tapi sibuk nak cakap arab. aaarrggghh! biar laaa. asyik speaking mandarin je. *asyik ke? kadang - kadang je kot. ngeh ngeh.. tajuk entri aku macam best je kan? apa yang aku santap dan menyatap time bulan puasa ni kan. act, aku bukan nak cerita pasal santapan nafsu makan korang. tapi santapan rohani korang. jom baca ..



INTRO

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.



Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.




“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”




Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,





Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

DEFINASI PUASA

Puasa ialah perkataan bahasa Melayu yang diterjemahkan dari kata bahasa Arab “as-saum” atau “as-siyam” Dari segi bahasa ia bererti menahan diri dari sesuatu perkara. Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar sadiq sehinggalah ke waktu matahari terbenam.





JENIS PUASA

Puasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Puasa wajib ialah puasa pada bulan Ramadhan, puasa nazar dan puasa kifarat iaitu kifarat (denda) kerana membunuh orang atau kerana bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.



Puasa sunat di antaranya ialah puasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah iaitu pada sembilan haribulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, puasa hari Asyurah iaitu pada sepulah haribulan Muharram, puasa pada bulan Rejab dan Shaaban, puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.



Puasa makruh ialah puasa yang dilakukan terus menerus sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan dan puasa pada hari Jumaat sahaja. Puasa haram ialah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji dan puasa pada Tasyrik, iaitu hari kesebelas, duabelas dan tigabelas Zulhijjah dan juga pada hari syak iaitu hari yang tidak dapat dipastikan sama ada sudah masuk bulan Ramadhan atau belum.


cuba teka aku yang mana??



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails