Showing posts with label piggy. Show all posts
Showing posts with label piggy. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Sunday, August 21, 2011

Hari Ini Aku Telah Membuang Masa Selama 5 Minit 16 Saat


Jam menunjuk kan pukul 3.00 pagi. Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan bersahur. Oleh kerana mata ini tidak boleh lelap, maka aku pun online lah facebook, blog dan sambil menonton cerita "CITY HUNTER". Sudah berejam berjam - jam dok melayan cerita korea, tiba masanya untuk aku facebooking dan blogwalking. Tengah syok mengusha profile abang tenbam kacak, tiba – tiba hati aku tegerak untuk tengok satu clip video. Jari aku bagaikan terkena magnetic dengan pantasnya terus click play. Hati meronta – ronta ingin tahu kenapa terlalu ramai orang memberikan comment negative terhadap video tersebut.

Di bulan ramadhan ini, aku cuba untuk memperbetulkan diri aku dengan cara tidak cepat melatah dan mengutuk orang. Tapi kadang – kala aku binggung terhadap spesis – spesis tersebut kenapa mereka ingin diri mereka dikutuk. Mungkin kerana ingin mencari perhatian dan mengejar keglamaouran. Ok, berbalik pada topic kita tadi iaitu mengenai MV kumpulan terbaru Malaysia yang mengelarkan diri mereka artis M-POP (K-POP Wannabe). Aku merasa sangat berbangga kepada mereka (sebelum menonton MV tersebut), kerana mereka mempunya bakat seperti itu. Siapa tahu satu hari nanti dorang boleh lawan kumpulan Big Bang, 2 PM, FT Island.



            
MAX 24.7; CINTA 247 official video..

likes, 2,966 dislikes this video


OhEmmGeee! Baru minit ke tiga aku dah rasa nak muntah. Aku hampir – hampir terbatal puasa. Huhuhu. Nasib baik sempat kawal. Sorry to say lah guy, MV anda sangat teruk lah. Aku harap MV tu tak tersebar sampai korea. Kalau tak, macam mana aku nak tutup muka aku bila berjumpa dengan SuJu (Super Junior Nanti). Please do something lah siapa – siapa yang bertanggungjawab atau yang terlibat dalam MV ni. Aku bukanlah hebat mana, tapi aku rasa banyak kekurangan dalam MV ni. Antaranya ialah : -


1- Terlalu banyak wanita, annoying gila ok.
2- Tarian tu memang perlu – perlu sangat practice lagi. Aku rasa korang kena belajar selama 2 tahun, then baru buat comeback balik macam orang korea buat tu.
3- Choreographer MV ni kena tukar. Ntah apa – apa step je yang korang bagi kat dak – dak ni. Nampak messy gila lah. Step macam zaman 80-an je.
4- Aku tak pasti sama ada semua ahli kumpulan ni memang tak de talent atau segelintir sahaja. Aku harap, yang tiada talent dalam nyanyian tu boleh angkat kaki lah. Suara semua macam ke laut je. Pergi belajar vocal dulu yee abang – abang semua.
5- Lagu dan liriknya macam lagu dari planet lain lah. Susah gila nak ingat.. 
6-And very importance things ialah tolong tukar itu van yee. Van tu Nampak macam jual ice- cream lah der.
7- Jangan marah saya kerana memberi kritikan sebegini yee kerana ada 2,713 comment yang lagi teruk dan lagi hot dari ini.


note : please make Malaysia Proud lah!

Sunday, May 22, 2011

Lambat Kerana Message, koleksi gambar & Video Lucah

selamat hari sabtu. sabtu petang macam ni memang best tido. tapi tak boleh tido pula sebab makan nasi lemak terlalu banyak tadi. *makin bertambahlah lemak - lemak aku. aku tahu korang memang suka tengok aku makan kan? ada sampai meleleh air liur. entri kali ni bukan pasal untuk menambah lemak yee. kalau selalu buat entri pasal makan, tak boleh kerja lah serena redzuan dan maria tengku sabri. #propa.



beberapa hari ini aku sampai kerja mesti lambat. eh, bukan salah aku yee, MR D yang bangun lambat. seksa gila aku nak kejutkan dia bangun pagi. sampai je di tempat kerja, dengan rambut yang kusut masai dan kasut wedges yang tebal bagai nak rak *boleh buat penampar muka orang*, aku pun berlari - lari anak untuk membuat thumb print. sedang aku sibuk - sibuk nak punch card, tiba - tiba bunyi message. aku pun membuka zip seluar beg dan mencari - cari handphone.selongkar punya selongkar tapi tak jumpa. aku mengambil punch card aku, lalu punch ke machine. damn! aku lambat seminit gara - gara mencari handphone. siap lah orang yang text aku pagi - pagi. aku nak text dia malam - malam buta lak. hahaha..


dah lambat pon sempat take picture. ngeh ngeh..



hari sabtu pun kerja banyak. eeerrggghhh! tengah syok - syok menaip, handphone aku berbunyi. nombor tak dikenali. then bila angkat, rupanya orang tu nak cakap pasal kerja. okey, handphone aku dah macam public phone. semua orang call. sampai malam - malam pon ada orang YM tanya pasal kerja. waaaarrggghh. give me some place. sesudah bercakap dengan orang tu, aku teringat kembali akan peristiwa pagi tadi ketika aku datang kerja. aku terus baca text tersebut. sumpah bengang gila! nak tahu aku dapat message apa?




hai korang! hari ini adalah hari terakhir gadis jepun di bukit _______ *apa kejadah ntah*, esok mereka sudah balik. mereka ada pelbagai koleksi gambar dan video 18sx yang pasti membuatkan anda mahu melihatnya lagi. taip on PANAS dan hantarkan ke ______ *no ke neraka*.



hamik kau dua penumbuk ni!



Whayt The Fish Cake laa. aku lambat kerana message lucah tu. jadah aku nak onn benda tu semua. rubbish. nak berniaga dengan cara yang betul laa. ini berniaga tentang sex. dosa ko, ko sendiri tanggung laa. ini nak share dengan orang lain pula. mengajak perkara yang terlarang dan dilarang. eeerrrrggggh! aku cool. so, jangan hantar message onn panas kat aku yee. #okbai.


*ini entri petang semalam.
ngeh ngeh (^___^)

Saturday, February 5, 2011

Semalam Widowed , Hari ini In Relationship



Tahun Rabbit tahun ini bukan lah tahun luck buat aku. Hari Raya Cina kedua sahaja macam - macam perkara telah menimpa aku. walaubagaimanapun, aku redha dengan ketentuan tuhan. ntah mengapa, ramai pula yang buat status berkaitan dengan jodoh dan relationship di Facebook. macam tahu - tahu sahaja perasaan aku ketika itu. bermula dari 4hb February 2011 ( semalam) aku mula percaya bahawa Single is Simple and Couple is Trouble setelah 4 tahun aku pangkah quote tersebut. 


Lelaki.. apa yang aku tahu mengenai lelaki ialah EGO. lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan keegoan mereka. time belum couple, bila kita tanya cakap caring but now, bila dah couple cakap sibuk lah. ego untuk start minta maaf. susah sangat ke nak mintak maaf dan memaafkan orang lain? yee, memang tak semua lelaki menunjukan keegoan mereka terhadap orang lain tapi hampir 80% lelaki akan menunjuk kan keegoan mereka tak kira dengan siapa, tak kira tempat, tak kira masa dan tak kira apa jenis situasi. so, kepada para wanita sila berhati - hati dengan spesies ini. kepada lelaki Ego, taniah kerana anda berjaya memberi harapan dan kasih sayang palsu kepada saya selama 4 tahun ini.




berbalik kepada tajuk entri aku, aku nak ceritakan satu situasi ni kat korang. setelah membacanya, korang judge laa sendiri yee. PEREMPUAN NERD online facebooknya seperti biasa. tiba - tiba dia terperasan bf dia (LELAKI EGO) telah remove nama dia dalam relationship status di facebook dan dalam masa yang sama LELAKI EGO itu terus letak status widowed dalam relationshipnya. dengan rasa sangat marah, dia terus call LELAKI EGO untuk mengetahui perkara sebenar. apabila di ajukan soalan kenapa berbuat begitu, dengan selamba badaknya LELAKI EGO tersebut menjawabnya saja - saja dan dia tak tahu maksud widow tu apa. what the hell??? patut lah LALAKI EGO tersebut kena kick dari politeknik , dia Bodoh rupanya.oleh kerana dah hangin satu badan, maka si PEREMPUAN NERD ni pon remove dia dari friend dan meletak kan status relationshipnya Single.tak kan dia nak letak widowed juga kot. ada lak nanti mamat lain reject PEREMPUAN NERD tu. perkara tersebut tidak diketahui oleh LELAKI EGO. 

malam itu LELAKI EGO call PEREMPUAN NERD seperti biasa. mereka bergaduh dan baik semula seperti biasa. keesokan malamnya, LELAKI EGO tersebut call PEREMPUAN NERD dan memarahinya. tanpa di sangka - sangka, lelaki yang di kenalinya 4 tahun nya itu, telah memaki hamun dia di laman sesawang Facebook. LELAKI EGO itu juga telah memberikan kata - kata kesat berunsur makian di Inbox PEREMPUAN NERD. PEREMPUAN NERD merasa sangat sedih kerana dia tak sangka perkara itu telah menjadi insiden yang memalukan . hati dia makin hancur apabila orang yang dia paling sayang sangat sanggup melakukannya. PEREMPUAN NERD mengambil langkah berani mati dengan mengHack / mengStalk facebook LELAKI EGO. PEREMPUAN NERD amat bersyukur sekali terhadap tuhan kerana menggerakkan hatinya untuk berbuat sedemikian. LELAKI EGO bukan sahaja memakinya, malahan dia juga membuat cerita propa dengan memberitahu rakan - rakan wanita sekolahnya dulu   bahawa PEREMPUAN NERD keluar dengan jantan lain tanpa memberitahunya. 

air mata PEREMPUAN NERD keluar dengan begitu derasnya. apalah kesalahan besar yang dia lakukan terhadap LELAKI EGO sehingga sanggup memburuk - buruk kan namanya. perkara itu sangat lah tidak betul sama sekali. semua orang tahu lelaki yang keluar bersama PEREMPUAN NERD adalah BFF dan PEREMPUAN NERD bukannya keluar berdua - duaan dengan lelaki tersebut. PEREMPUAN NERD keluar bersama - sama dengan BFF wanitanya. salah ke untuk PEREMPUAN NERD keluar bersama - sama rakan karibnya. btw, PEREMPUAN NERD telah memberitahu LELAKI EGO, namun LELAKI EGO tidak membenarkan nya keluar. parents PEREMPUAN NERD pon tahu bahawa PEREMPUAN NERD telah lama berkawan dengan lelaki BFF itu, sebelum Couple dengan LELAKI EGO lagi. perkara itu berlaku bulan 2 awal tahun lepas dan LELAKI EGO telah lama mengetahuinya. dia juga telah memaafkan nya. so, kenapa sekarang LELAKI EGO itu mengungkitnya semula? adakah itu cara LELAKI EGO untuk meninggalkan PEREMPUAN NERD. takut orang memaki hamunnya meninggalkan PEREMPUAN NERD, maka dia membuat cerita sedemkian. APA PENDAPAT ANDA?











* pagi ini kawan PEREMPUAN NERD memberitahunya, LELAKI EGO telah menukar status       relationshipnya dari Widowed ke In Relationship. wah! hebatnya dia mencari peganti. betul kata adziim "serasi bersama is BULLSHIT". 4 tahun pon still tiada keserasian.

Sunday, October 24, 2010

Penting atau Tidak Anonymous & Pengkritik Dalam Sesebuah Blog?

salam & hye. amacam tajuk entri aku kali ni? menarik atau Hell No? kalau rasa macam menarik, sila baca sampai habis entri ni dan kalau tak korang boleh tekan pangkah kat hujung belah kanan tu yee. ini bukan entri menggedik macam selalu aku post tu. entri ni penuh dengan isi. *bukan isi perut ye. rasa exited plak nak buat entri ni. hohoho.


sebab aku buat entri ni ialah ramai sangat orang benci dengan entri aku yang nak bangga diri  pasal siti nurhaliza atau nurshaliza. ada pengkritik yang tanpa insurans dengan sedap mulut cakap blog aku ni mengarut. ada juga cakap aku ni nak tayang muka je. dan ada anoymous yang tak bertauliah cakap blog aku ni zero serta tak de info Langsug. hohoho. pedas tak pedas? memang lah tak pedas sangat pon sebab blog aku tak sefamous amous blog korang. so, korang dah boleh agak kan kenapa aku buat entri ni.


pada pendapat aku, anonymous dan pengkritik memang penting ada dalam blog seseorang. ini adalah kerana, kita tak de lah syok sendiri buat entri yang gedik sakan macam aku ni. ingin aku tegaskan di sini yee wahai encik dan cik anoymous bahawasanya blog ini bukan nya tak de info langsung. mungkin korang yang tak pernah baca. jangan lah nak judge sesuatu blog tu dengan satu entri je. yee, aku akui aku memang dah lama tak post entri yang penuh dengan ilmu pengetahuan. tapi entri - entri sebelum ini banyak aku post pasal info - info yang korang boleh guna pakai. time aku post entri pasal info, tak ramai nak comment. bila aku post entri yang gedik -gedik tak berapa nak best, ramai pulak yang comment dan cakap kelakar.

sila tekan di bawah untuk mendapat kan entri - entri yang penuh dengan info :-

info 1, info 2, info 3, dan yang lain - lain tu korang eplore lah kat post.


act, tak semua anonymous dan pengkritik tu berniat jahat dan hanya nak sabotage sesebuah blog tu. sometimes apa yang dorang cakap tu, ada betul nya. apa kata kita cuba buat ialah perbaiki kelemahan blog kita. kalau dah memang cara penulisan blog korang penuh dengan dengan kekusutan seperti aku, tak payah nak tukar style korang tu. cuma perelok kan dan percantikan lagi ayat korang tu. tak payah lah nak dengar sangat cakap - cakap dorang tu. sebab dorang tu pon bukan nya bagus mana pon. but practice makes u perfect.


sometimes, your anoymous and pengkritik tu bukan nya ada blog. so, sedap - sedap tangan dorang je type entri ni tak sebest blog ttuuuuttt lah. macam aku, selalu kena comment entri blog ni tak sebest blog The Other Khairul lah. HELLo! ini blog Little Amoi Says yee, bukan blog sarkastik ke blog hijau ke blog what ever lah. so, tak payah lah korang (anoymous & pengkritik) berharap blog - blog lain akan dapat buat entri yang sama macam tu. setiap orang ada style tersendiri. tak kan lah semua bloger nak tiru cara blogger yang dah hebat ni. btw, yang pandai cakap ni kan korang ada blog tak? kalau tak de, maybe korang tak kan faham. cuba lah buat , baru tahu susah nak dapat idea nya. melainkan korang ni jenis coppy cat entri orang lain. hohoho. dan pengkritik yang ada blog tu, best sangat ke entri korang tu? kalau memang setiap entri korang tu the BEST, bak sini bagi aku usha. aku nak kritik juga. hahaha.

kesimpulannya, Anoymous & Pengkritik memang di alu - alu kan datang ke blog aku ni. sebab aku memang perlukan comment -comment korang untuk pertingkatkan lagi dan memantapkan lagi blog aku yang serba serbi kekurangan. kalau korang cakap merapu dan memang tak boleh pakai, aku ignore je.
 

akhir kata, Aku Sayang Blog Aku! 


 

nota tangan : entri ni langsung tak gedik.
dan aku juga tak nak letak pix sbb esited nak post entri ni.


Tuesday, June 1, 2010

Serang konvoi bantuan ke Gaza perbuatan tak berperikemanusiaan: Najib (PM Malaysia)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan rakyatnya mengutuk keras tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap konvoi yang dalam perjalanan menyam-paikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konvoi itu berada di kawasan perairan antarabangsa dan sebarang tindakan ketenteraan tidak dibenarkan sama sekali oleh undang-undang antarabangsa.
Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.
“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel.
“Mungkin sesuatu harus dilakukan atau dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan PBB dalam masa terdekat,” katanya selepas perasmian Malam Amal Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Perdana Menteri juga berkata beliau masih menunggu maklumat lanjut mengenai keadaan rakyat Malaysia yang berada atas kapal yang diserang oleh tentera Israel itu. Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, berkata Malaysia mahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kejadian serangan rejim Israel terhadap kapal Turki Mavi Marmara yang membawa aktivis misi kemanusiaan ke Gaza termasuk 11 rakyat negara ini.
Katanya, serangan di perairan antarabangsa menggambarkan rejim haram Israel tidak menghormati langsung undang-undang antara-bangsa.
“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap kapal Mavi Marmara itu yang membawa keperluan asas seperti makanan, perubatan dan bahan binaan bagi keperluan rakyat Palestin.


kata-kata amoi : laporan di atas ini aku copy and paste dari berita harian online. sebak gila aku bila tengok berita dan baca suratkhabar tentang hal ini. kenapa lah mereka tergamak buat macam tu. semoga tuhan melindungi mereka yang tidak bersalah itu. marilah kita beramai-ramai menadah tangan kita, membaca doa qunut nazilah. biar rejim zionis itu mendapat balasan yang setimpal nya. celaka lah engkau israel. amin.

Monday, May 24, 2010

Pergaduhan Blogger Malaysia . #NIAT BAIK DI SALAH ERTI KAN..


salam semua. entri kali ini adalah untuk meleraikan segala kekusutan sesetengah blogger. pada yang tak tahu tu, korang boleh amik tahu . dan yang da tahu tu, korang boleh menilai nya sendiri.
PERTAMA
okey, maybe comment aku pada mula nya telah membuat kan mereka sentap. yee, aku minta maaf sekira nya aku ada tersalah cakap. tapi setahu aku, aku tak de menyakitkan hati sesiapa pon. apa yang aku comment kan yee?

ini laa yang aku comment kat salah satu blog.

maybe dorang ingat aku kutuk owner blog tu. sebab aku cakap dia talam dua muka. apa yang mereka perlu lakukan ialah baca comment itu dengan sebetul nya. aku cakap ''ADAKAH u pon blogger talam dua muka ? '' . ADAKAH dan ? (tanda soal) itu mereka patut tekan kan. adakah dan tanda soal itu menunjukkan ayat tanya atau soal. aku tidak menunding jari langsung terhadap owner blog tu dengan mengatakan dia talam dua muka. menurut kamus dewan dan pustaka siri terbaharu, ayat tanya adalah ayat yang menginginkan kepastian. jadi, comment aku ingin kan kepastian sama ada dia juga seperti itu atau tidak. kalau tidak, cakap tidak. kalau ia, cakap ia. mudah bukan. owner blog tu ramai supporter bekap. jadi tidak perlu laa dia susah-susah nak jawab kan.. hehehe.

kepada blogger yang gambar nya di perkatakan itu, dia sangat lah cool sebab tak terus shoot aku dengan comment yang agak berbisa. aku tidak langsung mengutuk atau memberi comment pada dia. yee, aku tahu dia mesti marah apabila ada orang kata macam tu. so, comment yang aku berikan kepada owner blog tu hanya laa di tujukan kepada owner blog tu. aku bukan nya mengipas atau mengampu blogger femes. aku cuma kata, kita tidak perlu mengutuk orang lain. sebab apabila kita berbuat begitu , orang lain juga akan mengutuk kita juga. kalau marah pon, tak perlu laa mengeluar kan kata-kata yang agak kesat. apa kata kita meluahkan nya dengan cara yang lebih diplomatik tapi berbisa dan boleh membuat kan semua orang terkedu dan tidak dapat menyangkal kata-kata kita itu walau sedikit pon. maybe cara olahan ayat itu kurang baik. kepada owner blog tersebut, kalau anda tidak dapat menerima kata-kata amoi ni, tak pe laa. kata-kata terakhir ialah, terus kan lah berblogging dengan memberikan entri-entri yang terbaik.

KEDUA

kepada blogger yang buat entri khas untuk aku tu, terima kasih yee. terharu gila. siap bagi aku fans yang comel lagi untuk letak kat sekolah. eh, aku bukan budak sekolah tapi cikgu laa. hehehe :) dia juga tersalah anggap dengan comment aku. lain orang, lain cara tafsiran sesuatu ayat tu. aku tanya dia pasal kronologi macam mana pergaduhan tu boleh berlaku. yee la, aku asyik dengar dari sebelah pihak je, nak juga tahu dari dorang lak. aku tak sempat nak baca entri yang mereka perkatakan itu. tapi dari perspektif sudut pemikiran nya pula, dia ingat aku ni nak di jadikan topik hangat yang ingin mereka perkatakan. yee, aku akui aku tersalah comment kat blog dia. yang sebenar nya aku comment kat blog orang lain. hahaha. aku kompius laa. entri dorang lebih kurang sama je. lagi pon aku pergi sekali je kat situ. harap dia faham. huhuhu. nak terima kasih la sekali lagi laa kat dia sebab dia suggest kan aku makan raisin. walaupun entri yang dia buat untuk aku tu tak berapa nak suka aku, tapi aku tahu dia baik. hehehe. *baik kan hati aku terima kasih kat dia. hehehe. tapi entri yang dia buat tu, bukan nya pasal kronologi cerita hangat yang aku nak tahu sangat tu. tapi lebih kepada menghentam aku. aku bukan nak jadi mami jarum atau mami mesin jahit ke apa. da korang suruh aku faham cerita sebenar ni macam mana. aku nak laa faham betul-betul. tak sangka pula mereka menyalah tafsirkan comment aku yang berniat murni itu. harap mereka faham apa yang sebenar nya tersirat dan tersurat dalam niat murni ku itu. salah ke aku nak ambil tahu? aku seorang blogger yang mengambil berat. huhuhu.

PEACE DER..

Tuesday, March 30, 2010

BLOG AKU BLOG LUCAH????

Terjah menerjah.. di mana kehadiran nya.. huo huo.. eh! silap port lak. ini bukan nya blog terjah yg mcm abg naz rambut ketak tue. okey, hari ini cik liez gebu, eh eh.. silap lak. liez kusut tlh menerjah pak cik nuff saya. dan ape yg memernjat kan aku ialah ape keword dorang utk sampai ke blog THE LITTLE AMOI says..


buka mata anda besar2 untuk melihat nya.

click utk tumbesaran.
Tak boleh blah bila ku membaca nya. kesemua keyword tersebut tersangat laa super duper howt & mengerikan. wal hal, blog aku ini sgt laa beradap dan mempunyai nilai2 kesantunan melayu. *apa aku merepek ini?

Aku tak kesah klau dorang terbukak blog aku krn ;

  • liezkusut.blogspot.
  • kasut kanak2. *huh??
  • amoi
  • imhsfdm --> i miss him so fuck damn much
  • sijil muet

Aku tak faham mcm mana laa blog aku boleh keluar bila dorang tanya pak cik googles psl

  1. amoi sex tube
  2. abg amoy show cam
  3. pembunuh bayaran
  4. hantu japan

WTF ah.. mcm mana laa blog aku boley terkeluar time dorang cari bende2 sengal ni? pd yg click tue, cian korang yee! sbb ape yg korang cari ak jumpa sekulit info pown psl diri tue. lps ny slalu laa bkk blog aku yee pd yg da terclick tue. jgn lupe clik IKLAN NUFFNANG aku yee! trimas..

Friday, August 14, 2009

AKU TAKUT AKAN....

All0w. nak aku takut akan ape??? bace bawah ny..

KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ,mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang. Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.

Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana? "Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.

Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu. "Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.

"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah? "Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini. "Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya. Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu. "Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat. "Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah. "Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda. Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah. Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.


Jumlah orang yg mati akan selesema babi semakin meningkat setiap hari.. semua pihak perlulah bekerjasama utk mengurangkan virus ny drpd terus menular.. AKU BENCI VAVII!!!

Monday, May 18, 2009

Malaysia confirms second case of swine flu

KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysia confirmed its second case of swine flu Saturday, a woman who recently returned from the United States.

Ramlee Rahmat, the Health Ministry deputy director-general, said the woman had returned to Malaysia from the United States on Wednesday and was hospitalized Friday in northern Penang state.

Tests confirmed early Saturday that she was infected with the H1N1 virus, but he said there were no fears that the disease was spreading. The woman was a friend of a 21-year-old man who was also infected with the virus and they were both on the same flight, he said.

"They happened to be together. That's how they got it," he told the Associated Press. "Both of them are in stable condition. The situation is under control."

Globally, 73 people have died of the new strain of influenza, 66 of them in Mexico, where the virus originated. Five deaths have been reported in the U.S., one in Canada and one in Costa Rica.

According to the World Health Organization, some 7,520 people in 34 countries are confirmed to be suffering from the disease, mostly in the U.S. and Mexico. Health officials have warned that the virus could spark a pandemic, infecting millions of people with no natural immunity.

The WHO estimates that up to 2 billion doses of swine flu vaccine could be produced every year, though the first batches wouldn't be available for four to six months.

Friday, May 15, 2009

Malaysia catat kes pertama H1N1

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan kes pertama jangkitan Influenza A (H1N1) membabitkan pelajar berusia 24 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat, kelmarin. Ujian makmal terhadap pelajar lelaki itu mengesahkan ia positif dan mangsa kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Pelajar berkenaan mula mengalami simptom deman, sakit tekak dan sakit badan semalam dan terus dirawat di hospital berkenaan.

english versi0n..

KUALA LUMPUR: Malaysia confirmed on Friday its first case of H1N1 flu, the country's top health official said. "I can confirm (that it) is the first case in Malaysia," Health Director General Ismail Merican told AFP. His confirmation followed a statement from the health ministry giving details of the country's first case. "The patient is a 21-year-old male student who had just returned from the United States on May 13, 2009 and who was down with fever, sore throat and body aches on May 14," it said. "This is the first A (H1N1) flu case found in Malaysia," the statement added. It said the patient went into the Sungai Buloh quarantine facility in central Selangor state on the same evening and is now in a stable condition. It urged all passengers who travelled on the Malaysian Airlines flight MH091 from Newark in the United States to Kuala Lumpur that landed at 7.15am on May 13 to contact the ministry for further instructions. The ministry said it had so far received 11 flu-like cases for investigation with all the patients warded and isolated for monitoring. "All these cases showed symptoms of flu and had a history of visiting countries infected with the outbreak (but) all their clinical samples had been sent to institute for medical research for lab tests and tested negative," it said. On Tuesday, the government urged its citizens to defer travel to the US, Mexico, Canada, Spain and Britain following reported cases of H1N1 flu in those countries. Health authorities have installed 20 thermal scanners at the country's entry points to help detect cases, with 9,324 passengers screened so far. The latest World Health Organisation figures show the number of laboratory-confirmed H1N1 flu cases worldwide is 6,497 in 33 countries. A total of 65 people have died from the disease, most of them in Mexico, WHO figures show

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails