Wednesday, September 1, 2010

Kita Merdeka ke? Bukan Masih Di jajah Lagi Ke?

Salam satu malaysia semua pembaca ku. hari ini adalah 1hb September 2010. semalam adalah tarikh keramat bagi negara MALAYSIA. hal ini kerana semalam adalah hari kemerdekaan yg ke 53 buat MALAYSIA. sebelum aku membebel lagi banyak, aku nak bagitahu korang yang entri ini bukan lah terlambat tapi aku saje je post lambat. aku nak tahu jugak, ada tak orang cakap yang aku ni dah ketinggalan zaman atau katak di bawah tempurung kerana semalam yang merdeka bukan hari ini. ingin aku tegaskan, kalau kita tak imbas balik perkara lampau mungkin kita akan alpa dengan dunia hari ini. dan semakin lama, kita akan kembali ke dunia lampau. nak ke?? huhuhu..




Tahukah anda apa maksud kemerdekaan? Merdeka merupakan satu perkataan bahasa Melayu yang melambangkan kemerdekaan atau bebas dari era penjajahan. Istilah ini digunakan semasa gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan anti-penjajah semasa penjajahanMalaya, Singapura dan Indonesia dalam sejarah Malaysia, sejarah Singapura dan sejarah Indonesia. Ia menjadi teriakan mereka yang menuntut kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah United Kingdom dan Belanda.



Ramai pewira-pewira kita dan anak-anak jantan yang kehilangan nyawa dek kerana mahu menyelamatkan Tanah Melayu. malas nak bercerita panjang lebar, kalau ada di antara kita tidak tahu sejarah negara sendiri. malu bukan? dari darjah 5 sehingga form 6 atau ke universiti belajar sejarah, tapi satu ilmu berkaitan sejarah pon kita tak dapat. kalau dah sedar, gi googles pasal negara MALAYSIA.



Anda yang hidup di zaman ini, apakah erti kemerdekaan bagi anda? apa yang korang buat apabila merdeka? apakah jasa anda terhadap MALAYSIA?



Adakah dengan mengibarkan jalur gemilang, kita ni sudah patriotik?? walaupun sudah 53 tahun kita merdeka, tapi.. MINDA dan TINGKAHLAKU kita ini masih di jajah dek negara asing. mengapa kau cakap begitu?? baca saja di dada-dada akhbar, banyak kes buang bayi. merdeka kah mereka berbuat sebegitu. kalau time perang dulu, mungkin lah kerana kesempitan hidup. tapi sekarang ini sebab apa?? budaya samseng jalanan. merdeka kah dengan membahaya kan nyawa. rakyat dulu punya lah sayang nyawa mereka. sanggup bersembunyi di dalam tempayan kerana takut di pancung dengan orang jepun.



ingin aku nyatakan di sini.. apakah jasa dan sumbangan anda terhadap Negara MALAYSIA?? jangan mudah leka, kelak memakan diri sendiri. wasalam.




 nota mulut : mood patriotik.
teringat zaman kegemilangan aku ketika berdebat dan membuat karangan..
hehehe..


12 comments:

  1. wow ayat dia
    sgt mendalam
    tpy klu kt bwah 2 awk letak ayat cm nie lg best

    "jika kita melupakan sejarah.. mungkin sejarah itu akan berulang"

    ReplyDelete
  2. Jikalau kita sudah merdeka, sudah pasti negara kita ini akan bebas daripada unsur-unsur luar. Contohnya, pemakaian anak remaja kita sekarang ini sudah pasti tiada ikutan seperti dari negara barat

    ReplyDelete
  3. sokong apa yg meniti senja tu cakap :)

    ReplyDelete
  4. memang kita masih dijajah terutama dari segi pemikiran.. lihatlah pada diri kita sendiri.. berapa banyak sangat barangan buatan malaysia yang kita miliki berbanding bahan luar. lihat juga dengan gaya pakaian kita.. adakah melambangkan bangsa Malaysia ? penjajahan masih wujud dalam bentuk-bentuk yang bukan secara fizikal.. malahan identiti kita sebagai bangsa Malaysia masih belum wujud sehingga kini dan mungkin sedikit demi sedikit terhakis.. wallahualam..
    Sekian....
    p/s :- Terpaksa berhenti disini.. Kang panjang lebar tak dapat nak berhenti plak

    ReplyDelete
  5. good,walaupun saudari cina,tetapi petah berbahasa melayu.Tapi saya nak komen gambor kat header,jari bentuk L itu dalam bahasa isyarat orang pekak bisu ialah LELAKI.

    ReplyDelete
  6. @zool

    good comment..
    really appreciate!

    taw tak pe..
    lama gile i tunggu u nya penutup..
    hehehe..
    nak panjang2, buat kat blog u yee..
    hehehe :)

    ReplyDelete
  7. @najib

    TERIMA KASIH!
    btw, i 100% malay laa..
    sbb tu BM i bagus..
    hahaha..

    L for Liez..
    L for Love..
    L fo Lelaki..
    hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails