Tuesday, September 1, 2009

52th NATI0NAL DAY


Biarpun ringkas dan sederhana, impak sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara peringkat nasional hari ini tidak kurang dan tetap bersemarak dengan semangat 1Malaysia apabila pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan keturunan bersama-sama meraikannya. Bertemakan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat julung kali di dalam sejarah sambutannya diadakan di Dataran Parlimen yang menjadi simbol demokrasi negara. Dataran Parlimen yang sering menjadi lokasi acara menyambut pembesar luar, hari ini diwarnai dengan persembahan peserta berpakaian warna warni serta anggota pasukan keselamatan yang segak dengan seragam masing-masing.




Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia.


Laungan "merdeka" sebanyak tujuh kali, diikuti laungan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" kemudian bergema di seluruh kawasan dan disambut orang ramai yang tidak melepaskan peluang mengikuti upacara gilang-gemilang itu di kawasan luar Parlimen.



Sambutan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu hanya memperlihatkan elemen penting seperti perbarisan dan persembahan rakyat tanpa perarakan besar-besaran dan pembabitan kontinjen kanak-kanak sekolah seperti tahun-tahun sebelum ini, berikutan kebimbangan penularan wabak influenza A(H1N1) dan bagi menghormati Ramadan.
tapi

adakah kite sudah merdeka,,
hidup kte masih lagi dijajah,,
pikiran kite masih dijajah lagi,,
inikah yg di kate kn kite sudah merdeka,,
yg merdeka hanya negara kite saja,,
MALAYSIA,,
tp rakyatnye masih lagi dijajah,,
oleh pengaruh2 asing,,
*kata2 ini drpd kwnku,neizam..
ape pendapat k0rang ttg kata2 di atas???
berikan jg maksud merdeka dlm diri anda sendiri,
di ruangan cmmt aku yee!!
aku tak clbr8 merdeka thn ny,
krn mls & m'h0rmati bln ramadhan.

4 comments:

  1. sekarang kite sama2 perlu berusaha tuk jadi seseorang yang boleh sumbangkan sesuatu pada malaysia.. jadilah warganegara yang berilmu dan produktif.. :)

    ReplyDelete
  2. yup!
    agree sgt..
    kita perlu pk,
    apew yg tlh kitew sumbangkn kpd negara kita,
    MALAYSIA..

    ReplyDelete
  3. wah pnuh berkaliber..
    dan penuh bahasa.
    anda berkata cik liez..
    renung2 kan lah.
    kata2 nya hek2 ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails