Wednesday, September 9, 2009
9 september 2009
Ada apa dengan no. 9...
Bagi orang Islam, no. 9 berkait rapat dengan 99 nama Allah (Asma Al-Husna). Selain itu, no. 9 juga amat bermakna bagi orang Islam kerana bulan Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalender Hijrah yang merupakan bulan yang di tunggu-tunggu oleh orang Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah puasa. Banyak keistimewaan yg terdapat dlm bulan Ramadhan yg tidak diperolehi di dalam bulan-bulan yg lain seperti bulan di mana Al-Quran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W., terdapatnya 1 malam yg dinanti-nantikan iaitu Malam LailatulQadr, hanya di bulan Ramadhan umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawikh dan lain-lain lagi.
Bagi orang China pula, jika no. 8 membawa maksud Kekayaan atau Prosperity, no. 9 membawa maksud panjang umur. Mengikut sejarah dahulu kala lagi, maharaja-maharaja China sering menggunakan no. 9 ini sebagai simbol kekuatan termasuklah dalam segala ukiran dan baju DiRaja di mana terdapat 9 ekor naga terukir di setiap sudut. Malah, Kompleks DiRaja di Beijing's Forbidden City dikatakan telah dibina dengan 9999 buah bilik...menarik!
Walau bagaimanapun, bagi orang Jepun, no. 9 membawa maksud Penderitaan dan tidak bernasib baik. Sebab apa tafsiran mereka begitu? Mungkin sebab Nagasaki telah dibom pada 9 Ogos 1945. No. 9 telah menjadi mimpi ngeri bagi seluruh rakyat Jepun... Lebih dahsyat lagi, orang Jepun akan menjauhi no. 9 ni tidak kiralah dalam memilih no. bilik di hotel ataupun no. wad di hospital...agak menyeramkan...
Bagaimana pula dgn rakyat Malaysia? No. 9 adalah simbol pertolongan dan keselamatan...setuju? Apa tidak nya, jika ada jenayah ke, kebakaran ke, dera ke, no apa yg mereka akan dail? Sudah pasti 999... Selain itu, satu-satunya negeri yg menggunakan no. sebagai nama adalah Negeri Sembilan.
Magik Matematik
Jumlah 2 digit hasil daripada mana-mana 1 no. yg didarabkan dgn 9 pasti akan mendapat angka 9.
Cth: 5x9=45, 4+5=9
Hasil darab 9 dgn 2, 3 atau 4 digit no dan kemudiaannya ditambahkan sehingga menjadi 1 digit, pasti jawapannya adalah 9.
Cth: 9x157=1413, 1+4+1+3=99
September juga merupakan hari yang ke 252 dalam kalender Masihi, 2+5+2=9. Menarik kan?
No. 9 juga sering digunakan sebagai kaedah pemasaran paling berkesan dlm meletakkan harga berdasarkan harga psikologi. Anda pergi la ke mana-mana hypermarket, pasti no. 9 banyak digunakan.
Cth: bawang merah RM1.99 sekilogram dan secara automatik pengguna akan melihat yang ada 9 di belakangnya adalah lagi murah. Sungguh berpengaruh no. 9 ni ye...
Labels:
what I says
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uit..malam ni kita blajar mengira..nice entri
ReplyDeletewahh bnyk gak benda2 menarik psl no 9 kn?lps baca entry ni bru tau hehe~
ReplyDeleteyg pntg no 9 mmg cntik :)
alvin : kire smpai dpt jwpn taw..
ReplyDeletehehehe..
tengs beb!
sha : yup!!
ReplyDeletemmg cantek!!
ad 0ng k0wt..
liez!!!smart laa num 9 nih...nnt nk kawen pn tarikh kna ade num 9 gak laa,,bwu kekal~!
ReplyDeletebagus la siap ajar ilmu lagi tu...ni mesti teror math nih,,
ReplyDelete0nez : yup!
ReplyDeletebt0wl 2..
tp xbpew chantek r..
sbb thn 2009 da abiz..
zlan : hehehe..
ReplyDeletexde laa ter0r mn p0wn..
No matter what they say..9 is my lucky number...and I come from N9...
ReplyDelete~stonecold owner~
~stonecold owner~ : hehehe..
ReplyDelete0wh..
0rg n0g0ri laa ny enk..
raye blk mn?