Tuesday, February 1, 2011

Lagu & Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

mood : bersastera bagai seperti wiliam shakespeare


Tiba - tiba aku terjaga dari tidur. bunyi guruh kilat telah menghancurkan waktu tidurku. aku kembali beradu semula tetapi mata ku tidak mahu lelap. puas aku memejam mata selama berminit - minit tetapi hasil nya sama juga. "wahai mata sepetku yang hitam seperti panda (eye bags), tolong lah mengantuk dan tidur. esok tuanmu mahu bangun pagi. jangan nak buat hal, nanti esok ketika di tempat kerja engkau pon sibuk mahu menjadi mata baby atau dalam erti kata lain mengantuk memanjang di office", kata hatiku berbicara.

oleh kerana mahu mengantuk kan mata yang gedik macam ownernya juga, maka aku pon onn lah lappy dan terus online. jari jemari aku dengan pantas menari - nari di atas papan kekunci untuk search lagu di youtube. sedang asyik aku melayan lagu korea, tiba - tiba aku terjumpa lagu di bawah ini. ya allah, sumpah best. lepas dengar lagu artis tersebut, aku dengan mudah ingin melelapkan mata. Konklusinya, malam itu aku mimpi maher zain. sorry bruno mars, kerana aku telah mencurangi engkau.





Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Insya Allah saty hari nanti, saya akan selamanya seperti ini. doa kan ye..

6 comments:

  1. dah lama i doakan tau....hampir give up tp nmpk entry ni.. dh smangat blik.

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH, harap-harapnya juga nanti akan stay macam yang dalam gambar tu. benda yang baik, lagi cepat lagi bagus kan? tambah-tambah lagi, kita tidak tahu bila ajal kita. kita tidak tahu bila matahari akan terbit dari barat. jadi, lebih baik awal daripada terlambat kan? banyakkanlah ikhtiar ye? kalau Allah yang kita harapkan, insyaALLAH, Allah bagi. :D

    ReplyDelete
  3. best2..
    ada masuk radio
    dgr siket ja
    huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails