Tuesday, February 15, 2011

SEBELUM, SEMASA & SELEPAS VALENTINE'S DAY


salam. jam menunjukkan pukul 11.40 malam. act, dari tadi aku menaip untuk perenggan pertama entri ini. tapi bila dah lepas taip je, aku delete balik. *aku ada masalah dalam memulakan sesuatu ayat / karangan. perkara ini dah berlaku semenjak aku darjah 4 lagi. harap maklum ye. hehehe. okey, straight to the tittle je lah ye. aku pasti ramai dah bersiap sedia nak sound atau agree dengan pandangan aku pasal vday ni. tapi itu bukan lah isi yang akan aku kupas untuk entri ini. aku nak kupas pasal bawang eh eh diri aku laa. rasanya, perenggan pertama dah lebih daripada 30 patah perkataan. aku nak taip untuk perenggan seterusnya pula.



SEBELUM VDAY

semalam adalah hari ahad iaitu 13/2/2011. pukul 7 pagi je aku dah terjaga dari tidur sebab nak ke toilet. selepas keluar dari toilet, aku terus merebahkan diri ini di katil. tak sampai 2 minit, tiba - tiba perut aku sakit gila. aku cuba tahan, sebab nak nampak cool dan perempuan yang kuat. tapi akhirnya aku tak berdaya. setelah hampir 20 minit mengerang kesakitan, aku terus jerit panggil mak aku. nasib baik dia dengar. dia nak picit - picit perut aku tapi aku cakap NO NO NO. tiga kali cakap NO. aku cakap dengan mak aku, dia bukan doktor. nanti makin bertambah sakit pula di perutku ini. mak aku suruh aku g mandi dulu, then baru pergi ke klinik. time aku nak ke toilet tu, aku terus pitam. oleh kerana pagi semalam hanya ada aku dan emak sahaja di rumah, mak aku terpaksa call future husband MR D untuk bawa aku pergi klinik. aku pergi klinik dengan baju tidur dan rambut yang KUSUT. hahaha. dalam kereta merengek mengadu sakit. gedik yee? banyak lah gedik, sakit gila time tu. lagi pun ada mak & MR D je. sampai sahaja di depan klinik panel, harapan kami bertiga terus hampa bukan kepalang. mana taknya, waktu klinik tu di buka pukul 10 pagi. waktu tu baru pukul 8.30 pagi. nasib baik ada klinik lain di area situ. masuk ke dalam klinik, suasana sunyi dan sepi je. lengang, tiada pesakit di dalam klinik. hanya aku je yang sakit. setelah menunggu beberapa minit, pembantu dr. memanggil nama aku. aku melangkah masuk dengan terbongkok - bongkok kerana menahan sakit. mak aku temankan masuk sekali. hehehe. setelah menerangkan keadaaan ku kepada dr. , dia memberikan aku advise yang sangat berguna untuk aku. waaarrrgghhhh. banyak gila ubat nak kena makan. rasa macam nak nangis je. boleh tolong makan kan ubat untuk saya tak? hahaha.. nasib baik mak tolong bayarkan duit ubat. hehehe. terima kasih yee mak. 




SEMASA VDAY

okey, hari ini ialah 14/2/2011 iaitu hari memperingati kekasih. hari ini je kena ingat kekasih kan? hari - hari lain tak payah. buat - buat lupa kat kekasih korang  tu. hahaha. aku tak pernah sambut vday dengan MR D sebab nya dia kedekut nak bagi saya hadiah, dan saya seorang yang saving. *saving ke aku ni? hahaha.  tadi aku pergi kerja seperti biasa. semalam mintak MC kat dr. bukan nya dapat. kedekut betul. time breakfast, aku rasa tekak aku macam payau dan kering. malas nak cakap banyak hari ini sebab tekak tak sihat. dalam pukul 1.00 tengahari, aku nak call suplier. tiba - tiba je suara aku tenggelam timbul. oh tidak! budak office aku kata suara aku macam: - 1. orang tua   2. wanita seksi   3.wanita rocks   4. aqua  .. benci seyh! gelak - gelak kan saya yee. ; p  balik kerja terus balik rumah dan malam ini tak ke mana - mana kerana saya tak sihat. oh suara! kenapa kau tak keluar sound? sumpah sentap dengan kau. : ( saya nak balik suara saya! MR D saya sungguh tak romantik. menyampah! sudah lah tak bagi present kat saya, malam ni langsung tak call saya & wishkan vday kat saya. eerrggghhh!





SELEPAS VDAY

esok iaitu 15/2/2011 adalah maulidur rasul saya rindu nak pergi berarak ramai - ramai dan makan satu dulang dengan rakan - rakan / family. kepada seluruh umat islam,  آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails