Saturday, January 29, 2011

Clever Edisi Malaysia Bersama Liez Kusut

gaya minah CLEVER bergambar. ada gaya pemimpin politik tak?



Clever atau dalam bahasa melayu di sebut pandai / bijak. Definisi bijak ialah 1 selalu menggunakan akal budinya dan kepandaian; kemahiran; kebijaksanaan; 2 rangkaian konsep dan asas yg menjadi garis besar dan dasar rencana dl pelaksanaan suatu pekerjaan, kepemimpinan, dan cara bertindak (tt pemerintahan, organisasi, dsb); pernyataan cita-cita, tujuan, prinsip, atau maksud sbg garis pedoman untuk manajemen dl usaha mencapai sasaran; garis haluan. aku dapat maksud ni dari google ok, bukan aku reka cipta ayat ikut sedap aku je.


hampir setiap malam bulan ini, aku akan duduk melekat di depan tv untuk tonton Clever! edisi Malaysia. pada mulanya, aku sangka kan ini hanyalah rancangan untuk budak sekolah rendah je. tapi bila abang & kakak suruh aku buat ujikaji untuk di rumah berjaya, aku dengan bangganya ingin beritahu korang bahawa rancangan Clever sangat menarik & penuh dengan ilmu pengetahuan! 

 
.
 
 
 
Diinspirasikan oleh rancangan 'Clever' yang bermula di Jerman, 'Clever' edisi Malaysia datang dengan konsepnya yang tersendiri. Pelbagai eksperimen-eksperimen telah dijalankan dalam rancangan tersebut. Rancangan ini menepati tujuannya sebagai 'pengganti' untuk menjalankan segala eksperimen terutamanya yang berbahaya, serta memberikan fakta dan input yang menarik. Ramai artis yang telah dijemput dalam rancangan ini, sebagai 'ketua' kepada wakil sekolah yang bertanding.

Marilah kita sama-sama menonton rancangan 'Clever Edisi Malaysia' yang penuh berinfomasi pada setiap Ahad, 11 pagi di Astro TVIQ, saluran 552. Di hoskan oleh pengacara no. 1 negara Aznil Hj Nawawi dan Saintis Rafidah. kalau korang tiada Astro, korang boleh menonton rancangan ini dan melihat gambar peserta Clever di sini.
 
 
tiba - tiba aku teringat zaman aku sekolah dulu - dulu. hehehe. padahal tahun lepas je. hehehe. dari sekolah lagi aku seorang yang camwhore kat mana - mana. ewah! ingat aku ni jenis stock bimbo girls ke huh yang macam paris hilton tu ke? eh no no no! aku bukan cam tu ye. aku jenis NERD dan Rajin taw.


kenapa tudung aku warna lain yee? teka - teka cepat..




see, i told u.. aku rajin kan? aku buat notes setiap kali ada ceramah atau pun ada perhimpunan. aku seorang yang Clever taw. nak tahu kenapa? ini kerana aku akan combinedkan kerajinan dan camwhore aku. setelah aku tulis (rajinkan) aku akan ambil gambar (camwhorekan) notes tu. hehehe. ini kerana den ni seorang yang pelupo. so, saya akan save pix tu untuk baca kembali. Clever kan i? hehehe.




i siap bergambar dengan abang Amar lagi. tak kenal ke siapa? pernah tengok Haiwan Teladan tak? tak pernah? korang memang jiwa tua lah. hahaha.



BIJAK, MEMANG BIJAK!!

saya pelajar cemerlang taw time sekolah. hahahaha (gelak bangga).


nota tangan : saya rindu nak jadi budak sekolah!

8 comments:

  1. bangga pulak dia jadi pelajar cemerlang... hahaha

    ReplyDelete
  2. kamu nih dikira pakej taw
    pandai dan cantik...
    ish..ciri-ciri yang dicari tu

    ReplyDelete
  3. tekejut aku kena tag kat FB..

    selamat mencemerlangkan lagi diri di U..

    cemerlang tu maksud aku bukan dari segi CGPA mau pon co-curricular tapi dalam prepping urself to be someone who'd u want to be once dah keje etc.

    Gila ah comment aku serius pagi2 buta ni.haha

    ReplyDelete
  4. penulis muda yang bijak.. salam perkenalan... bagus tulisan kamu.. rancangan clever malaysia ni memang bagus untuk ditonton seisi keluarga...

    ReplyDelete
  5. Clever nya dia.. boleh jadi profesor la lepas ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails