Wednesday, December 22, 2010

Aku Menang Contest. YEAY!!



Salam .. OMG! Dah seminggu seyh aku tak update blog , syok je spiderman buat sawang kat sini. Erm.. aku andaikan blog aku ni macam rambut aku. Kalau aku selalu shampoo dan buat treatment rambut, maka ia akan kelihatan terurus dan sihat. Sama juga seperti blog, kalau tak selalu update blog ni, alamatnya blog ini akan “kusut” seperti owner blognya. Hehehe. Yup! Kusut macam aku – NURSHALIZA  JUMRI. But I loooiikkkeee messy style! Okey, tujuan aku update entri ni bukanlah kerana nak membincangkan isu messy style tapi aku nak bercerita tentang style pakaian tradisional.



Inilah perenggan entri yang aku paling suka sekali antara entri – entri aku yang lain. Nak tahu kenapa? Okey , pada yang rabun tu sila pakai speck atau pun contact lens keran ayat berikutnya ini akan membuatkan mata anda tidak berkelip – kelip serta merasa sangat jealous. Hehehe..  Bulan lepas aku ada join satu contest iaitu contest pakaian tradisional di blog. Dulu time masuk contest pakaian tradisional kat FMM, aku kalah teruk. Aku tak pasti kenapa si juara boleh mendapat gelaran juara serta mendapat rm 1000. Korang boleh tekan sini untuk tengok muka si juara tersebut. 

Okey, dah baca entri tu yee? Terima kasih kerana click. Oleh kerana nak mencuba nasib, maka aku pon joinlah contest tu. Beriya – iya gila aku buat entri tentang contest tu. Oleh kerana nak masuk dalam top 10, aku harus letak seberapa banyak gambar pakaian tradisional yang pernah  aku pakaikan. Hehehe. (Gila tamak ini perempuan!) Bukan itu sahaja, aku juga telah mentag semua followers dan bloggers untuk join contest pakaian tradisional ni. Hehehe. Dan setelah beberapa minggu tak online, aku mendapati aku berjaya ke top 10 dan sekaligus mendapat gelaran juara!!! Yeah! That’s mean aku mendapat no 1 dalam contest ni. Gembira gila bila dapat tahu perkara tu.



ini lah rupa pemenangnya. amacam? kawaii tak? hahaha


Aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada hafidzah hafiz dan familynya kerana memilih aku sebagai pemenang contest tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah memberikan RM 70 kepada aku. Hehehe. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, bagai pokai di tgh bln, wang pon datang.  (Apa punya peribahasa laa kan). Dulu time masuk contest bro eriqaz dapat top 10 jugak tapi tak dapat no 4 je. Dapat lah jugak kad top up free. Hehehe. Selepas ini aku lebih gigih untuk masuk contest – contest lain. Yeay! Aja – aja fighting!



saya nak jd budak kecik cam dorang jugak. ngeh ngeh..



8 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails