Sunday, August 15, 2010

Santapan Ramadhan

salam! ahlan wa salan.. wah! cakap arab lak aku ni. muka macam cina tapi sibuk nak cakap arab. aaarrggghh! biar laaa. asyik speaking mandarin je. *asyik ke? kadang - kadang je kot. ngeh ngeh.. tajuk entri aku macam best je kan? apa yang aku santap dan menyatap time bulan puasa ni kan. act, aku bukan nak cerita pasal santapan nafsu makan korang. tapi santapan rohani korang. jom baca ..



INTRO

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.



Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.




“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”




Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,





Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

DEFINASI PUASA

Puasa ialah perkataan bahasa Melayu yang diterjemahkan dari kata bahasa Arab “as-saum” atau “as-siyam” Dari segi bahasa ia bererti menahan diri dari sesuatu perkara. Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar sadiq sehinggalah ke waktu matahari terbenam.





JENIS PUASA

Puasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Puasa wajib ialah puasa pada bulan Ramadhan, puasa nazar dan puasa kifarat iaitu kifarat (denda) kerana membunuh orang atau kerana bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.



Puasa sunat di antaranya ialah puasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah iaitu pada sembilan haribulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, puasa hari Asyurah iaitu pada sepulah haribulan Muharram, puasa pada bulan Rejab dan Shaaban, puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.



Puasa makruh ialah puasa yang dilakukan terus menerus sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan dan puasa pada hari Jumaat sahaja. Puasa haram ialah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji dan puasa pada Tasyrik, iaitu hari kesebelas, duabelas dan tigabelas Zulhijjah dan juga pada hari syak iaitu hari yang tidak dapat dipastikan sama ada sudah masuk bulan Ramadhan atau belum.


cuba teka aku yang mana??



10 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails