Sunday, February 27, 2011

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?"

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?" adalah tajuk yang diberi oleh MelRomeo untuk 5 blogger bertuah untuk join segmen Sharing Entri. macam mana nak join Sharing Entri ni? korang kena jadi orang pertama comment di post Sharing Entri. Nak cari kat mana post Sharing Entri tu? Senang sahaja , korang kena join group Blogger Chat. then beramah - mesra laa dengan blogger yang lain. act, kami berlima iaitu Jo, Zack, Zul, dan ZT dah berjanji untuk post entri "BC | Kenapa Saya Berblogging ?" hari sabtu dalam pukul 3 atau 4 petang. tapi oleh kerana kekangan masa *padahal merayap lepas balik kerja tadi, aku terpaksa post entri ni malam. sori yee kawan - kawan, saya janji tak buat lagi. lepas ni nanti saya upah ice - cream Baskin Robins calong yang satu RM 1 tu yee. hehehe. wo hembau ci : (






okey, back to the tittle. Kenapa Saya Berblogging?

1. Saya Suka Baca Blog Orang Lain.

Saya berblogging pada mulanya adalah kerana saya suka baca blog orang lain. hehehe. blog pertama sekali yang saya baca ialah.. erm, sebenarnya saya pon tak ingat blog apa yang saya baca. apa yang saya ingat ialah blog itu bernama Khai. keesokannya, saya mula mengoogle blog lelaki yang bernama Khai. bermula dari hari itu setiap hari aku akan baca blog JustKhai dan The Other Khairul. setelah beberapa bulan baca blog mereka, aku pun mula berazam untuk buat blog sebab aku rasa blogger ni cool. so, start dari situ laa aku mula liar berjinak - jinak dalam blogsphere ni. thanks to them kerana banyak memberi saya tunjuk ajar. hehehe





2. Saya Ingin Bersuara / Memberi pendapat.

tahukah anda bahawa cik shaliza ni suka sangat bercakap tapi oleh kerana pada waktu dulu saya tak ramai kawan, maka saya mula bersuara menggunakan blog. memang best gila bila ada orang memberi reponse apa yang kita katakan. bukannya selalu orang akan setuju dengan apa yang kita katakan, ada juga kritikan yang diterima. saya tak kisah mendapat kritikan daripada orang lain kerana dengan kritikan itulah saya akan menjadi semakin maju kehadapan dan menyedarkan diri kita bahawa apa yang kita suarakan itu tak semestinya betul.





3. Saya Jadikan Blog Ini Sebagai Diari.

setelah sibuk ikut orang lain buat blog, kemudian sibuk nak bagi pendapat dan dah tak tahu nak taip apa kat blog, saya akan taip apa - apa sahaja perkara yang saya rasa saya nak post kat blog. contohnya, saya akan cerita kat blog saya apa yang saya lakukan pada hari itu. saya juga akan beritahu status saya ketika itu, contohnya macam tengah marah, frust, happy dan lain - lain lagi.





4. Saya Suka Berkongsi.

sharing is caring right? so, apa salahnya kalau saya berkongsi dengan orang lain kan. saya happy sangat kalau apa yang saya kongsikan tu, orang turut melakukan nya dan memberikan ucapan terima kasih. pergh! sumpah terharu kalau membacanya. antara perkara - perkara yang saya akan kongsi dengan blogger, follower dan rakan - rakan yang lain ialah tempat makan yang menarik, tempat shooping yang murah, port melepak yang best dan lain - lain lagi laa. saya juga akan berkongsi tips - tips yang menarik, yang mungkin boleh diguna pakai kepada korang.






5. Saya Ingin Menambah Kawan.

cerita sedih ni, dulu time sekolah rendah saya tak ramai kawan kerana saya tak cantik, selekeh, gemuk dan Nerd. Bila dah naik sekolah menengah rendah, saya tiada conffident untuk berkawan dengan orang lain sebab saya masih - masih bengang dengan penampilan saya. memang pemalu gila laa aku time dulu. hanya ada beberapa kawan sahaja. selepas tu, bila dah naik menengah atas pula ramai tak nak kawan dengan aku sebab mereka cakap aku ni sombong dan memilih kawan. sumpah aku tak memilih kawan. tak percaya, tanya kawan - kawan baik saya. saya seorang yang peramah okey. cuma saya ada masalah untuk memulakan perbualan dengan orang yang saya baru kenali. saya memang terbiasa dengan cara yang macam ini, ramai yang ingat saya cara saya ini cara budak sombong. ingat yee, don't judge a book by it's cover. alhamdulillah, setelah ada blog ini saya semakin ramai kawan dan masalah komunikasi saya semakin mudah saya buangkan dalam diri ini. hehehe. tapi kalau jumpa berdepan, saya memang tak boleh buangkan masalah untuk memulakan perbicaraan. harap dapat jumpa kawan - kawan blogger saya satu hari nanti.





6. Saya Nak Dapat Ganjaran.

pada mulanya saya buat blog ini hanya lah untuk bersuka - suka. tak nak serius sangat nanti kena banned / kena masuk penjara pula. hehehe. tapi bila ramai bloger kata boleh jana pendapatan melalui blog, maka aku dengan gatalnya pon join laa company iklan terkemuka di alam maya. Nuffnang laa. Nuffnang memang terbaik laa! Nuffnang selalu bagi iklan yang berbayar di blog aku ni. selalu dapat BE yang banyak. syiioookkk gila. see, dengan bermodalkan computer / lappy dan internet, korang boleh dapat duit. best kan. kepada newbie : betul.. kami tak tipu anda. jom lah masuk Nuffnang, banyak kebaikan yang ada akan terima *dah macam kerja kat NN je ayat aku ni, nak mintak kerja kat sana laa tu konon nya. hahaha




7. Saya Jadikan Blog Sebagai hobi.

ingat lagi time isi borang sekolah dulu, ada form yang perlu budak - budak Tingakatan 6 isi. kemudian ada tulis hobi di situ, saya dengan selamba badaknya tulis hobi saya ialah blogging. hehehe. kalau cikgu aku baca, mesti dia cakap aku baget nak menunjuk - nunjuk yang aku ni blogger. hehehe. sori cikgu. saya tahu cikgu selalu skodeng blog saya dulu. tapi saya tak kisah. sebab dah hobi saya berblogging, nak buat macam mana yee. blog sebagai hobi??? bermanfaat gila hobi macam ni sebab saya dapat membaca, dapat ilmu, dapat berfesyen, dapat gelak, dapat nangis dan banyak lagi lah..











okey, cukup lah sampai 7. kawan - kawan 5 serangkai saya dah bebel tanya kenapa saya tak update lagi. jangan marah yee kawan - kawan. muka penat baru balik kerja tu, tenungan menagih simpati untuk korang maafkan saya. hehehe.




reason - reason kenapa aku berblogging seperti di atas. tapi lain blogger lain pendapatnya. apa kata korang ambil tahu pula kawan - kawan 5 serangkai saya, kenapa dia berblogging.
Geng - geng 5 Serangkai *pandai - pandai aku je buat nama 5 serangkai. hahaha..
  1. Blogger Johari Hamzah
  2. Blogger ZackEntry
  3. Blogger ZulSyamin
  4. Blogger Zt-Zati
  5. Blogger Nushaliza / Liez kusut


yeay! complete : )
thanks for readings yaa (^___^)

21 comments:

  1. cool..
    sume memang wat entry ni panjang2 ke..??
    adeh la, as macam sy punya pling pendek..
    huhu

    http://zt-zati.blogspot.com/2011/02/kenapa-saya-berblogging.html

    ReplyDelete
  2. nasib baek ada gmbr last sekali tu.. lau x dah marah dah nie.. huhu...

    ReplyDelete
  3. @zt-zati huhu.. xde la zati.. joe punya paling pendek la..

    ReplyDelete
  4. Liez. eman cadangkan komen pergi ubah setting buat pop up. hurm. mula2 eman hobi jugak blogging. wahh khai reply twitter eman tau semalam haah eman mention die kan dlm last entri whahahah

    ReplyDelete
  5. ni paling pendek? takes time juga la nak baca.. haha.. kalo aku buat, confem lg pendek.. btw, blogging ni best sbb kita mcm ade space sndiri, nak buat ape pon boley.. jgn kontroversi sudah.. kan?

    ReplyDelete
  6. comel la ko dek....suke bw...kt blog ni....dulu time skOol suke tgOk adek..bukn les..tp sbb suka tgOk gal yg comel2.....heee....:)

    ReplyDelete
  7. blogger menegar..hehe.. thanks link tadi

    ReplyDelete
  8. most of your reason look just like mine

    haha

    ReplyDelete
  9. wah awek manis, kamu ni nakal betul.kahkah
    bagus2 i like gegel serius blogging, mana tawu pasni kamu jumpa saya..inianawahadi..haha, sama kan? ;D

    ReplyDelete
  10. bgus2..truskan usaha okeh..all da best..:)

    ReplyDelete
  11. wah..rajin update belog ek..anyway nice blog u have there..following yaww!

    ReplyDelete
  12. ooo...blog gua lu tak nak masuk yer..ooo tape la tape la..nk buat contest jugak ni..

    "jika liezkusut masuk, saya buat the contest"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails