Tuesday, May 25, 2010

Isteri Mintak Cerai Dari Suami

entri di bawah ni aku dapat dari email. sumpah kelakar. so, aku rasa aku patut share benda-benda macam ni kat korang. hehehe. selamat membaca yee..


Suatu petang yang hening. aku (selamat bin dol ) duduk berehat-rehat di depan rumah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah sikit). huhuhu. sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah. aku lihat dia tersenyum sorang-sorang. ape lah yang dia fikir agak nya. isteriku? ade kat dapur nun, memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku memang cukup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami se famili. alahai.aku senyum sorang-sorang gak bangga memiliki famili ni....

Tengah aku dok senyum-senyum tetiba anak aku datang.
'abah...mak nak cerai...'
Aku tersentap. mata ku automatik berpinar. rokok tetap maintain kat mulut.

Tetiba sahaja dia nak minta berpisah??? Aku ni bukan insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh. Rumah ni pun aku beli pakai nama dia (aku beli je...dia yang bayar..hehehe) lepas tu kereta kat depan rumah tu memang aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999). ape lagi yang kurang. dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur.

'YAH, APE KURANG KE KASIH SAYANG ABE KAT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK BUAT ABANG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah.. kalau berani buat lah....

YAAHHHHH.......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinga aku dah terdengar-dengar lagu Anang. jari jemari dah sejuk. sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye.. buat lah bang OIIIII... saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat. boboi tak cakap kat awak ke??

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak. pelat....


Ceyai Vs cerai...
Be carefull dengan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....
Hihihihik hukhuk ..
p/s ; hahaha. kelakar kan. so, pada yang da berkawin tu, jangan nak merintah anak korang yee. cakap sendiri dengan pasangan anda. nanti tak pasal-pasal jatuh talak.

15 comments:

  1. salam..
    nak bantai gelak sat..
    fokus gile baca..
    tetibe serai rupenye...

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    esok2 kamu jangan la biar anak cakap pelat - bahaya
    ...hahaha

    ReplyDelete
  3. i hav read diz b4..hahah..

    mmg klaka..

    so jgn ckp pelat2 ngan anak supaya ank x semakin pelat..(^_^)

    ReplyDelete
  4. amieynna : wasalam.
    fokus yee?
    hahaha..

    terima kasih laa sbb sudi baca entri amoi ni.

    ReplyDelete
  5. teh r : tau tak pe.
    cuak lak amoi bila baca email ni.
    lps ni nak kena ajar anak jgn cakap pelat la..

    ReplyDelete
  6. si gadis : da pernah baca enk?
    kelakar kan..

    nanti kalau da ada anak,
    kena cakap baku laa..
    biar tak berlaku benda-benda macam ni.
    hehehe

    ReplyDelete
  7. nabila : apa yg sangat comel??
    disaster ada la..
    hahaha

    ReplyDelete
  8. meniti senja : bagus laa ko..
    dapat agak apa yg aku nak sampai kan..
    :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails