Sunday, January 8, 2012

Ezani Juara Master Chef Malaysia yang Pertama


MasterChef Malaysia Santapan Penamat

Ezani Farhana Binti Md Monoto telah  dinobatkan gelaran Masterchef Malaysia yang pertama sekaligus menjuarai hadiah bernilai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri. Dengan tema “The Meal Of Your Life”, 2 peserta teratas iaitu Ezani dan Wahidan harus merekacipta menu dan resipi masing-masing untuk dihidangkan kepada 40 tetamu yang hadir. 2 peserta teratas ini juga turut dibantu oleh 10 peserta yang pernah tersingkir iaitu Deena, Zamir, Ary, Shahriah, Danial, Amita, Felix, Brian, Azilah dan Imelda. 

Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Umur: 26 Tahun
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both


Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan. 

Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar! 

Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan. 

Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta. 

Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi.

1 comment:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails