Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia semua. aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik - adikku yang mengambil Peperiksaan SPM pada esok hari dan tak lupa juga kepada rakan - rakan aku yang mengambil sesi ulangan untuk Peperiksaan SPM . cerita pasal SPM ni, teringat pula zaman - zaman muda aku dulu time menghadapi SPM. pergh! sumpah nervous. nasib baik aku boleh handle semua masalah - masalah tu semua dengan mudah. nak tahu caranya? jom baca tips di bawah ini..
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka
sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member
kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota
ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek
serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini
penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung
menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak
terperinci.
Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan
lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat
lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain
memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan
dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman
melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan
tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir
sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan
yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum
menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar
kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda
pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa
menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut
jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab.
Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa
diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat
menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak,
segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi
membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis,
geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain
seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila
semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah
huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan
bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan
biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat
peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi
akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari
peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan
tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan
bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat
baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana
perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang
menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan
dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik
dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang
hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan
baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda.
Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh
menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan
maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan
gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan
hormon yang memberi ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan
sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan.
Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih
seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda
boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita
hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta
apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.
No comments:
Post a Comment