Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang
wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit,
lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet,
sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa
berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap
egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki
berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.
Namun, di
sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan
kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan.
Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik
kesulitan yang dihadapi.
Wanita cerewet dalam pelbagai perkara.
Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun
pemilihan pasangan yang ideal.
Kenyataannya:
Menurut
penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa
yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan
apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak
dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita
mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap
kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan
sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.
Tetapi,
lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau
teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering
terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.
Diingatkan,
jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu
kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua
hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.
Kaum
lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan
pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang
mereka curahkan selama ini.
Kenyataannya:
Sesungguhnya
kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa
jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia
merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.
Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.
Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.
Kenyataannya:
Sedar
ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan
berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi
dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70
peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika
dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya
akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat
berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.
Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.
Kenyataannya:
Perempuan
bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka
hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai
berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.
Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?
Kenyataannya:
Untuk
menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan
dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja
kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang,
perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.
Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense
Kenyataannya:
Perempuan
dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada
kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus,
Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga
rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan
sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.
Kaum
lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan
kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum
melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.
- NOOR HASLIZA NUSI
Kredit - Qaseh Rafflesia
sangat2 tepat..
ReplyDelete