Wednesday, October 27, 2010

Lelaki Tak Guna!

Wooho! Kenapa tajuk entri hari ini hot yee? Padahal cuaca kat luar macam nak hujan je, lagi lah sekarang ni musim jerebu. Hehehe. Tak de pape, saja je buat entri ni. Aku nak tahu perasaan jejaka – jejaka Malaya kita bila terbaca tajuk entri ni. Hahaha. *aku memang cari nahas, nanti ada lak yang datang nak pancung aku.

Mesti mamat kat luar sana cakap macam ini bila baca tajuk entri “Woit! Ikut sedap mulut ko je yee minah kusut masai & selekeh cakap kaum kami ni tak guna. Nanti kau kawin dengan lelaki (yang tadi kau gelarkan orang tidak berguna)”. Okey, memang aku akan berkahwin dengan insan yang berjantinakan lelaki. Tapi bukanlah lelaki yang tak guna macam haiwan mamat di dalam artikel di bawah ini. Sila baca untuk fahami entri ni.




"   Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya. Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa ftarkan semula perkahwinan di sini.Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. “Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman saminya. “Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. “Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya. Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan. "

See?? I told u right? Lelaki jenis ni mamang tak guna. Apa salah isterinya hingga di perlakukan sebegitu. Aku rasa suami dia ni kategori spesies syaitan kot. Sedangkan haiwan pon sayang isteri, anak dan familynya, inikan pula kita yang di kurnikan akal fikiran. Perbezaan antara manusia dan kejadian di muka bumi ini ialah akal. Haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran boleh melindungi dan membantu keluarganya tapi kita sebagai manusia sebaliknya pula. Apa guna di berikan akal tapi simpan buat perkasam sahaja. Akal yang tuhan kurniakan di salah gunakan. Kepada mamat di atas ni : kalau kau rasa ko nak botak kan kepala orang lebih baik bukak kedai botak kan kepala secara free. Dapat pahala lagi. Tak payah kau nak gunakan kepala isteri ko untuk kau membuat eksperimental. Dan kalau kau rasa kau nak kencing sesuka hati je, better kau jadi anjing je kot. Sebab kelakuan ko dah sama macam anjing gila. 

 


Semakin aku cuba fahami dan dekati sifat serta tingkah laku insan yang bergelar lelaki, aku semakin tak paham dan keliru jadinya. Aku dapati, ramai blogger lelaki buat entri berkaitan tindak tanduk tingkah laku kaum mereka terhadap wanita. Contohnya lelaki kalau marah perempuan bermaksud dorang sayang girlfriend atau isteri mereka. Dorang pukul bermaksud untuk menyedarkan kaum wanita. I think that’s bullshit! Bila nampak isteri / gf cakap dengan lelaki lain je, mula lah botak kan kepala kami dan letak putung rokok di badan kami, konon nya biar kita tak layan lelaki lain. Isteri masak tak sedap, bagi je air kencing kat muka isteri. Konon nya, next time isteri tak masak macam rasa kencing. Tapi bila nak lepaskan nafsu serakah kau tu, kau cari kami? Hey! Kami bukan nya hamba abdi atau banduan korang yee. Spesis jenis lelaki – lelaki macam ini, patut di hapuskan. Aku rasa cam nak smack down je dan tendang laju – laju lelaki dalam artikel tu. *mood aku semakin panas dan menyirap tahap volcano nak meletus! Aku benci lelaki di dalam artikel tu!!!


Sepatutnya anda sebagai suami perlulah menyayangi isteri, anak – anak dan family anda. Perlu bertanggungjawab memikul beban sebagai ketua keluarga dan boleh menyara hidup family anda. *tak kan lah tak de belajar time pergi kursus kahwen dulu. Bukannya bila korang mengalami masalah dan kengkangan hidup, korang melepaskan geram terhadap isteri dan anak atau pun gilrfirend anda. Tapi.. *ini korang kena highlight sikit bila baca. Tapi.. tak semua lelaki di dunia ini sama perangainya macam tingkahlaku mamat di atas ni. Golongan syaitan tu mungkin segelintir je atau mungkin sekecumit sahaja. Aku berharap golongan – golongan ini akan menyesaldan pulanglah ke pangkal jalan.


Aku pasti, masih ramai lagi lelaki – lelaki di Malaysia ni yang mempunyai ciri – ciri lelaki berkualiti seperti bertanggungjawab, beriman, bersaling hormat menghormati, jujur, dan semua yang positif lah.tak percaya yee kaum wanita? Okey, contoh lelaki yang boleh dijadikan stok suami ialah adziim ataupun dr love. Hehehe. Selain dia, ariff shah juga mempunyai cirri – ciri tersebut. Cubalah tengok dia layan fida aisyah. Kisah cerita cintanya juga penuh dengan romantika. Eh eh, ada lagi lah. Bro GTO, Ben dan Uncle juga seorang suami yang penyayang. Baca jelah entri nya, mesti korang dapat tahu kan. *tapi tak leh buat stok suami sebab mereka sudah married. Hehehe. Tapi aku suka stok suami yang punyai cirri – cirri seperti maher zain. Aaauuuuww!! Aku rela jadi isteri kedua atau ketiga dia. Dengar lagu for the rest of my life je dah buat aku melting. Hehehe.. *gedik sekejap!

 


Okey kembali serius. Act, aku dah siapkan banyak entri yang penuh dengan ilmu kat dalam draft ni. Tinggal post je. Wahai cik anonymous yang malu dengan nama sebenar serta encik pengkritik yang tidak pernah mendapat bayaran apabila mengkritik, sila comment entri ni yee.adakah entri ni zero, nothing, merepek,tayang muka je dan lain – lain.jangan lah diam sahaja.


Nota mulut : ben ashaari continue this entry.
tapi kali ini perempuan pula yang tak guna. click sini untuk baca!






Sunday, October 24, 2010

Penting atau Tidak Anonymous & Pengkritik Dalam Sesebuah Blog?

salam & hye. amacam tajuk entri aku kali ni? menarik atau Hell No? kalau rasa macam menarik, sila baca sampai habis entri ni dan kalau tak korang boleh tekan pangkah kat hujung belah kanan tu yee. ini bukan entri menggedik macam selalu aku post tu. entri ni penuh dengan isi. *bukan isi perut ye. rasa exited plak nak buat entri ni. hohoho.


sebab aku buat entri ni ialah ramai sangat orang benci dengan entri aku yang nak bangga diri  pasal siti nurhaliza atau nurshaliza. ada pengkritik yang tanpa insurans dengan sedap mulut cakap blog aku ni mengarut. ada juga cakap aku ni nak tayang muka je. dan ada anoymous yang tak bertauliah cakap blog aku ni zero serta tak de info Langsug. hohoho. pedas tak pedas? memang lah tak pedas sangat pon sebab blog aku tak sefamous amous blog korang. so, korang dah boleh agak kan kenapa aku buat entri ni.


pada pendapat aku, anonymous dan pengkritik memang penting ada dalam blog seseorang. ini adalah kerana, kita tak de lah syok sendiri buat entri yang gedik sakan macam aku ni. ingin aku tegaskan di sini yee wahai encik dan cik anoymous bahawasanya blog ini bukan nya tak de info langsung. mungkin korang yang tak pernah baca. jangan lah nak judge sesuatu blog tu dengan satu entri je. yee, aku akui aku memang dah lama tak post entri yang penuh dengan ilmu pengetahuan. tapi entri - entri sebelum ini banyak aku post pasal info - info yang korang boleh guna pakai. time aku post entri pasal info, tak ramai nak comment. bila aku post entri yang gedik -gedik tak berapa nak best, ramai pulak yang comment dan cakap kelakar.

sila tekan di bawah untuk mendapat kan entri - entri yang penuh dengan info :-

info 1, info 2, info 3, dan yang lain - lain tu korang eplore lah kat post.


act, tak semua anonymous dan pengkritik tu berniat jahat dan hanya nak sabotage sesebuah blog tu. sometimes apa yang dorang cakap tu, ada betul nya. apa kata kita cuba buat ialah perbaiki kelemahan blog kita. kalau dah memang cara penulisan blog korang penuh dengan dengan kekusutan seperti aku, tak payah nak tukar style korang tu. cuma perelok kan dan percantikan lagi ayat korang tu. tak payah lah nak dengar sangat cakap - cakap dorang tu. sebab dorang tu pon bukan nya bagus mana pon. but practice makes u perfect.


sometimes, your anoymous and pengkritik tu bukan nya ada blog. so, sedap - sedap tangan dorang je type entri ni tak sebest blog ttuuuuttt lah. macam aku, selalu kena comment entri blog ni tak sebest blog The Other Khairul lah. HELLo! ini blog Little Amoi Says yee, bukan blog sarkastik ke blog hijau ke blog what ever lah. so, tak payah lah korang (anoymous & pengkritik) berharap blog - blog lain akan dapat buat entri yang sama macam tu. setiap orang ada style tersendiri. tak kan lah semua bloger nak tiru cara blogger yang dah hebat ni. btw, yang pandai cakap ni kan korang ada blog tak? kalau tak de, maybe korang tak kan faham. cuba lah buat , baru tahu susah nak dapat idea nya. melainkan korang ni jenis coppy cat entri orang lain. hohoho. dan pengkritik yang ada blog tu, best sangat ke entri korang tu? kalau memang setiap entri korang tu the BEST, bak sini bagi aku usha. aku nak kritik juga. hahaha.

kesimpulannya, Anoymous & Pengkritik memang di alu - alu kan datang ke blog aku ni. sebab aku memang perlukan comment -comment korang untuk pertingkatkan lagi dan memantapkan lagi blog aku yang serba serbi kekurangan. kalau korang cakap merapu dan memang tak boleh pakai, aku ignore je.
 

akhir kata, Aku Sayang Blog Aku! 


 

nota tangan : entri ni langsung tak gedik.
dan aku juga tak nak letak pix sbb esited nak post entri ni.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails