Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Sunday, May 27, 2012

Gambar Kahwin

assalamualaikum dan selamat pagi ahad awak - awak sekalian :) terasa dah lama pula tidak membersih, mengemop dan buang habuk kat blog si kusut ni. okey, tak nak banyak bebel lagi. aku straight to the point kenapa aku update blog ini ye. beberapa hari lepas BFF aku tak habis - habis tanya aku bila nak letak gambar kahwin? oleh kerana tidak mahu dia berkecil hati dan sentap bagai dengan aku, aku terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk upload gambar - gambar ni semua. al-maklum lah, line internet aku lambat mengalahkan siput babi. owrait sayang, this entry is for you ye.

19 May 2012 adalah tarikh keramat bagi sepasang kekasih kerana telah selamat di ijab kabulkan di Masjid Jamek Pasir Gudang. Aku selaku pengantin pengapit  perlu datang pada majlis pernikahan nya. Babe, kalau aku nikah nanti kau jangan tak datang support aku pulak ye. bawak sekali husband and anak - anak kau tu ye. anak - anak? erm, aku andaikan kau dah ada dua orang anak ime aku nikah nanti. hahaha. ok, back to the topic. pukul 8 lebih aku dah bangun hari tu. ye lah, nak gosok baju lah, shawl lah inilah itulah. nak lilit - lilit shawl tu je ntah makan masa berapa lama lah kan. sambil lilit sambil bukak tutorial lilit shawl kat you tube. at last jadi macam kat bawah ni. langsung tak jadi macam yang di inginkan. hahaha.


freshnya muka di pagi hari. abaikan lilitan shawl aku.


abaikan orang dibelakang itu.hahaha

 
ye, inilah dia pengantin perempuan nya.
 
 
status sekarang ialah Puan Nathalia Idha

 
 status si BFF pengantin perempuan ialah Cik Nurshaliza Jumri

ehem ehem.. saya single dan available. hehehe

cantiknya kau nath. bila lah aku nak macam ni kan?

tadaaa... yang berbaju putih dan berkain samping gold itu ialah Syed Ahmad Razali a.k.a pengantin lelaki

aku angkut semua yang ada kat rumah tu. hehehe.
 

ye, mereka kakak dan mak saya :)

 
bersalam - salaman mengucapkan taniah


bergambar bersama - sama pengantin perempuan




maaf, saya terupload gambar model - model muslimah wannabe kunonnya mengikut usia. hahaha




 sebelum balik, kami sempat bercame whore sekejap. ye, saya gemok. dah jangan cakap lagi enk.




 sambil on the way nak pergi makan, ini lah aktiviti yang aku lakukan. hahaha





 dalam hari yang sama juga, majlis persandingan dilakukan di petang hari pula.lepas je pergi makan, aku terus rushing - rushing nak bersiap untuk menjadi pengapit lak. selesai bersiap - siap je, lantaas aku memandang cermin. sumpah kusut gila keadaan aku. sorry, nath sebab agak kusut waktu itu. tidak seperti pengapit lain, aku lah yang paling serabai sekali bagi tahun ini. aku drive sendiri menuju ke dewan TNB, Pasir Gudang. cari punya cari, aku tak jumpa jalan masuk untuk ke dewan. boleh macam tu? hahahaha.

 ini Hid. dia lah temankan nath time aku tiada. 1st time jumpa dia. before ni comment - coment kat FB & Twitter je. Hid, bila turn awak pula? hehehe.


pengantin sempat lagi bertweet - tweet di twitter sementara tunggu pengantin lelaki. time sanding jangan ngengade nak main Hp ye.

Memasing nervous sebab 1st time nak naik pelamin. so, bergambar lah untuk hilangkan nervous.

cantik kan pelamin ni. ala - ala fairy tale. i like! suka sangat. to future husband, take note enk!


setelah selesai menjalankan tugas sebagai pengapit, aku dan rakan - rakan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama raja sehari kita ni.








 





saya sekeluarga

 
Puan Alice bersama - sama suami tercinta
 

budak dua orang kat bawah ni, bila pula turn korang? saya dah terbau nasi minyak ni. hehehe..






Bali - balik dari kenduri kahwin je, terus online twitter. maaf FB kerana berlaku curang padamu. hahaha.

candid from my mum. oh ye, saya #tahitwitter. hahaha


sebelum mengakhiri entri ini, izinkan saya membuat ucapan kepada BFF saya iaitu Puan Nathalia Idha.
- Selamat Pengantin Baru 
- Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.
- Menjadi isteri yang solehah
- Rajin - rajinlah memasak agar tidak lah hadiah yang aku berikan kepada kau itu tidak berhabuk di stor sahaja.


Tuesday, February 14, 2012

Hari ini Hari Valentine Day

Today is Valentine Day, #ehyeke. You say Valentines Day, I say Tuesday. Today is Tuesday lah! speaking London pula aku malam ni. Hehehe.Yee, aku tahu aku dah lama tak update blog. Korang cakap je nak sarang apa? Macam - macam spesis sarang dah membiak dalam blog aku ni. Aku rasa korang pon dah tahu kan kenapa aku dah jarang update. Al-maklumlah busy sangat dengan alam perkahwinan pekerjaan, tu yang tiada masa untuk berblogging.


Ok back to the topic, seperti yang kita ketahui tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dilihat sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari sambutan Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah penting untuk kita semua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam mahupun masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut sejarah sambutan Hari Valentine dan hukum menyambut Hari Valentine.


terbaik punya video!

Masuk tahun ini sudah lima tahun aku dan Mr D mengharungi saat - saat gembira, sedih, kecewa, susah dan senang bersama - sama. Walaupun dah lima tahun kami bersama tapi sumpah kami tak pernah pun menyambut Hari Valentine. Kerana bagi kami setiap hari, setiap minggu dan setiap tahun adalah hari kekasih bagi kami. aku langsung tak pernah marah atau jealous bila tak dapat coklat, rose dan hadiah pada 14 februarI. Baru sahaja beberapa hari lepas Mr D memberikan aku chocolate. See.. I told you already kan? Everyday is hari kasih sayang.

Nampaknya naik 5kg lah aku bulan ni!
melalui HUKUM ISLAM , valentine adelah HARAM
melalui HUKUM MATEMATIK pula valentine tahun ini adelah KOSONG
kalau korang pandai kira mestI tau ape sebab kosong :)
cer cuba sejenak , selamat mencuba :)

14 - 2 - 12 = KOSONG

Sunday, August 21, 2011

Hari Ini Aku Telah Membuang Masa Selama 5 Minit 16 Saat


Jam menunjuk kan pukul 3.00 pagi. Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan bersahur. Oleh kerana mata ini tidak boleh lelap, maka aku pun online lah facebook, blog dan sambil menonton cerita "CITY HUNTER". Sudah berejam berjam - jam dok melayan cerita korea, tiba masanya untuk aku facebooking dan blogwalking. Tengah syok mengusha profile abang tenbam kacak, tiba – tiba hati aku tegerak untuk tengok satu clip video. Jari aku bagaikan terkena magnetic dengan pantasnya terus click play. Hati meronta – ronta ingin tahu kenapa terlalu ramai orang memberikan comment negative terhadap video tersebut.

Di bulan ramadhan ini, aku cuba untuk memperbetulkan diri aku dengan cara tidak cepat melatah dan mengutuk orang. Tapi kadang – kala aku binggung terhadap spesis – spesis tersebut kenapa mereka ingin diri mereka dikutuk. Mungkin kerana ingin mencari perhatian dan mengejar keglamaouran. Ok, berbalik pada topic kita tadi iaitu mengenai MV kumpulan terbaru Malaysia yang mengelarkan diri mereka artis M-POP (K-POP Wannabe). Aku merasa sangat berbangga kepada mereka (sebelum menonton MV tersebut), kerana mereka mempunya bakat seperti itu. Siapa tahu satu hari nanti dorang boleh lawan kumpulan Big Bang, 2 PM, FT Island.



            
MAX 24.7; CINTA 247 official video..

likes, 2,966 dislikes this video


OhEmmGeee! Baru minit ke tiga aku dah rasa nak muntah. Aku hampir – hampir terbatal puasa. Huhuhu. Nasib baik sempat kawal. Sorry to say lah guy, MV anda sangat teruk lah. Aku harap MV tu tak tersebar sampai korea. Kalau tak, macam mana aku nak tutup muka aku bila berjumpa dengan SuJu (Super Junior Nanti). Please do something lah siapa – siapa yang bertanggungjawab atau yang terlibat dalam MV ni. Aku bukanlah hebat mana, tapi aku rasa banyak kekurangan dalam MV ni. Antaranya ialah : -


1- Terlalu banyak wanita, annoying gila ok.
2- Tarian tu memang perlu – perlu sangat practice lagi. Aku rasa korang kena belajar selama 2 tahun, then baru buat comeback balik macam orang korea buat tu.
3- Choreographer MV ni kena tukar. Ntah apa – apa step je yang korang bagi kat dak – dak ni. Nampak messy gila lah. Step macam zaman 80-an je.
4- Aku tak pasti sama ada semua ahli kumpulan ni memang tak de talent atau segelintir sahaja. Aku harap, yang tiada talent dalam nyanyian tu boleh angkat kaki lah. Suara semua macam ke laut je. Pergi belajar vocal dulu yee abang – abang semua.
5- Lagu dan liriknya macam lagu dari planet lain lah. Susah gila nak ingat.. 
6-And very importance things ialah tolong tukar itu van yee. Van tu Nampak macam jual ice- cream lah der.
7- Jangan marah saya kerana memberi kritikan sebegini yee kerana ada 2,713 comment yang lagi teruk dan lagi hot dari ini.


note : please make Malaysia Proud lah!

Saturday, August 13, 2011

Benarkah Lelaki Ego, Wanita Sensitif?

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI

Kredit - Qaseh Rafflesia

Saturday, February 12, 2011

CROW ZERO VERSI KOREA



wassup der! *nada seorang gangster tanya khabar. hahaha. ada gaya gangster tak aku? ok, tengok je pix kat atas pasti semua dah tahu siapakah mereka dan apa tajuk filem tersebut. kalau tak tahu, aku nak habaq kat korang dan kalau dah tahu, tahu - tahu kan lagi pasal cerita ini ye. ceritanya begini, tengah syok - syok dengar lagu korea kat hitz.tv di astro chanel, aku terlihat satu video clip ni. *boleh tengok video clip tersebut di bawah yee. dalam hati aku berkata - kata, eh kenapa aku macam pernah tengok video clip ni tapi tak pernah dengar lagu. setelah hampir 2 minit aku mendengar lagu tersebut, baru aku teringat bahawa video clip ni sama macam cerita crow zero lah. ada filem crow zero versi korea ke? penat google tapi tak jumpa pula artikel berkaitan filem crow zero korea version. aku hanya tahu video clip di bawah ini meniru jalan cerita / babak dalam crow zero jepun sahaja.






REVIEW
Both crows zero 1 and 2 are directed by Takashi Miike . The movie is based on the manga Crows written by Hiroshi Takahashi . Though I did not read the manga I have to say the movie was pretty good . It is an action movie that tells the story of a very violent school named Suzuran . The movies don't have only high school characters but also 2 yakuza boss and their men .

The first movie presents the fights inside Suzuran while the second presents the fight between Suzuran and another school . ( P.S. though most of the movie is placed inside schools..we rarely get to see actual teachers . I think we get to see them actually only once .)

The movie starts Shun Oguri and Takayuki Yamada as the main characters .
I must say that besides some parts that I do not agree with (there always are parts where I would have changed in pretty much all movies I have seen ) this is a good movie .

This is a good movie for :
People that like Japanese / Asian movies .
People that like seeing most of the action in schools
People that like action
People that like fighting
People that like seeing strange schools .

It would not be a good movie for :
People that do not like seeing violence .
People that like order in schools
People that want to see normal characters (as in normal hair, clothing , etc)
People that do not like Asian movies .
People that do not like blood.

Movie may contain :
Blood
Fighting
Destruction of property (:D)

Conclusion : It is a good movie though elderly people might not like it (for many reasons.. some might be that most of the characters are young , but , it depends on his/her preferences ) . The movie contains a lot of action and maybe even some drama and comedy . It shows the life of a student that tries to conquers a school as he struggles to achieve what his Yakuza leading father has not . He makes friends that he probably wouldn't have thought of ever making and tries to aim for success .



Tahukah anda bahawa saya adalah peminat fanatik cerita Crow Zero. aku ingat lagi bagaimana aku boleh terjebak dengan cerita jepun ni. ceritanya begini, pada suatu hari isnin pagi tahun lepas, ketika itu aku sedang tidur di dalam kelas kerana ketiadaan cikgu. *yee saya memang kaki tidur. tiba - tiba aku terjaga tidur kerana apek kuantong (bukan nama sebenar) buat bising di gegendang telinga aku. geram gila time tu. dah lepas geram dan marah kat apek tu, aku pon cuba lah melelapkan mata kembali, tapi tak berjaya plak. pusing kanan, member tengah reply sms. pandang depan, member baca comic. pandang kiri, member tenah buat ketupat dan pandang belakang member tengah kusyuk melihat sesuatu di lap top nya. aku bertanya dengan member di belakang, "oit! tak habis - habis layan BOF huh. bak sini, bagi aku online blog aku jap". kemudian member lelaki aku menajwab, "eh, orang tengah layan cerita budak - budak gangster.daripada kau buat tai mata dan membesarkan badan, better ko tengok cerita jepun ni. best gila!". betul kata member aku! memang syiok habis. semenjak saat tu, 80% budak - budak lelaki dan 30% budak permpuan upper 6 batch aku kemaruk gila dengan cerita tersebut.



sesiapa yang nak upload video crow zero 1 dan crow zero 2, sila beritahu saya yee : )

Saturday, February 5, 2011

Semalam Widowed , Hari ini In Relationship



Tahun Rabbit tahun ini bukan lah tahun luck buat aku. Hari Raya Cina kedua sahaja macam - macam perkara telah menimpa aku. walaubagaimanapun, aku redha dengan ketentuan tuhan. ntah mengapa, ramai pula yang buat status berkaitan dengan jodoh dan relationship di Facebook. macam tahu - tahu sahaja perasaan aku ketika itu. bermula dari 4hb February 2011 ( semalam) aku mula percaya bahawa Single is Simple and Couple is Trouble setelah 4 tahun aku pangkah quote tersebut. 


Lelaki.. apa yang aku tahu mengenai lelaki ialah EGO. lelaki memang tak dapat dipisahkan dengan keegoan mereka. time belum couple, bila kita tanya cakap caring but now, bila dah couple cakap sibuk lah. ego untuk start minta maaf. susah sangat ke nak mintak maaf dan memaafkan orang lain? yee, memang tak semua lelaki menunjukan keegoan mereka terhadap orang lain tapi hampir 80% lelaki akan menunjuk kan keegoan mereka tak kira dengan siapa, tak kira tempat, tak kira masa dan tak kira apa jenis situasi. so, kepada para wanita sila berhati - hati dengan spesies ini. kepada lelaki Ego, taniah kerana anda berjaya memberi harapan dan kasih sayang palsu kepada saya selama 4 tahun ini.




berbalik kepada tajuk entri aku, aku nak ceritakan satu situasi ni kat korang. setelah membacanya, korang judge laa sendiri yee. PEREMPUAN NERD online facebooknya seperti biasa. tiba - tiba dia terperasan bf dia (LELAKI EGO) telah remove nama dia dalam relationship status di facebook dan dalam masa yang sama LELAKI EGO itu terus letak status widowed dalam relationshipnya. dengan rasa sangat marah, dia terus call LELAKI EGO untuk mengetahui perkara sebenar. apabila di ajukan soalan kenapa berbuat begitu, dengan selamba badaknya LELAKI EGO tersebut menjawabnya saja - saja dan dia tak tahu maksud widow tu apa. what the hell??? patut lah LALAKI EGO tersebut kena kick dari politeknik , dia Bodoh rupanya.oleh kerana dah hangin satu badan, maka si PEREMPUAN NERD ni pon remove dia dari friend dan meletak kan status relationshipnya Single.tak kan dia nak letak widowed juga kot. ada lak nanti mamat lain reject PEREMPUAN NERD tu. perkara tersebut tidak diketahui oleh LELAKI EGO. 

malam itu LELAKI EGO call PEREMPUAN NERD seperti biasa. mereka bergaduh dan baik semula seperti biasa. keesokan malamnya, LELAKI EGO tersebut call PEREMPUAN NERD dan memarahinya. tanpa di sangka - sangka, lelaki yang di kenalinya 4 tahun nya itu, telah memaki hamun dia di laman sesawang Facebook. LELAKI EGO itu juga telah memberikan kata - kata kesat berunsur makian di Inbox PEREMPUAN NERD. PEREMPUAN NERD merasa sangat sedih kerana dia tak sangka perkara itu telah menjadi insiden yang memalukan . hati dia makin hancur apabila orang yang dia paling sayang sangat sanggup melakukannya. PEREMPUAN NERD mengambil langkah berani mati dengan mengHack / mengStalk facebook LELAKI EGO. PEREMPUAN NERD amat bersyukur sekali terhadap tuhan kerana menggerakkan hatinya untuk berbuat sedemikian. LELAKI EGO bukan sahaja memakinya, malahan dia juga membuat cerita propa dengan memberitahu rakan - rakan wanita sekolahnya dulu   bahawa PEREMPUAN NERD keluar dengan jantan lain tanpa memberitahunya. 

air mata PEREMPUAN NERD keluar dengan begitu derasnya. apalah kesalahan besar yang dia lakukan terhadap LELAKI EGO sehingga sanggup memburuk - buruk kan namanya. perkara itu sangat lah tidak betul sama sekali. semua orang tahu lelaki yang keluar bersama PEREMPUAN NERD adalah BFF dan PEREMPUAN NERD bukannya keluar berdua - duaan dengan lelaki tersebut. PEREMPUAN NERD keluar bersama - sama dengan BFF wanitanya. salah ke untuk PEREMPUAN NERD keluar bersama - sama rakan karibnya. btw, PEREMPUAN NERD telah memberitahu LELAKI EGO, namun LELAKI EGO tidak membenarkan nya keluar. parents PEREMPUAN NERD pon tahu bahawa PEREMPUAN NERD telah lama berkawan dengan lelaki BFF itu, sebelum Couple dengan LELAKI EGO lagi. perkara itu berlaku bulan 2 awal tahun lepas dan LELAKI EGO telah lama mengetahuinya. dia juga telah memaafkan nya. so, kenapa sekarang LELAKI EGO itu mengungkitnya semula? adakah itu cara LELAKI EGO untuk meninggalkan PEREMPUAN NERD. takut orang memaki hamunnya meninggalkan PEREMPUAN NERD, maka dia membuat cerita sedemkian. APA PENDAPAT ANDA?











* pagi ini kawan PEREMPUAN NERD memberitahunya, LELAKI EGO telah menukar status       relationshipnya dari Widowed ke In Relationship. wah! hebatnya dia mencari peganti. betul kata adziim "serasi bersama is BULLSHIT". 4 tahun pon still tiada keserasian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails