Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Transformasi Blog LITTLE AMOI SAYS

Asalamualaikum u'olls. Ye, aku tahu sudah berbulan - bulan aku tak jenguk blog aku ni. Bukan takat bersawang malah dah beranak pinak tikus, lipas, cicak dan segala macam bacteria dalam blog aku ni. Ntah kenapalah perasan malas untuk mengupdate entri terbaru semakin pupus dalam diri aku ini. Setelah membuat beberapa kajian, akhirnya aku telah mendapat beberapa hipotesis yang boleh diguna pakai mengapa blog aku ni aku abaikan.

Antara punca - punca aku mengabaikan blog aku ni adalah kerana seperti berikut :-

1) Siapa kata wanita hanya perlu duduk di dapur 24-7 sahaja? aku sangat tidak setuju ye! aku akui sebijak - bijak atau secantik - cantik wanita, dia perlu ke dapur. Tapi bukanlah dok terperap kat dapur dan rumah je. Duduk di bawah tempurung, suami buat apa kat luar tu pon tak tahu. Asyik kena kencing je dengan laki ko! Jadi sebelum perkara - perkara tak  di ingini berlaku, jadi kita perlu bekerja. Aku rasa aku adalah wanita zaman moden. So, aku terlalu busy mengejar kewangan demi masa hadapan. Aku belum berkahwin, bertunang apatah lagi. Kena simpan duit banyak - banyak, unless aku dapat suami kaya. Hehehe.. Akibat kerja yang terlalu banyak melimpah - limpah, maka aku tiada masa nak update. Terasa nak hire someone untuk tolong type kan lah. Aku cakap kau type. Mahu? okbai. Kesimpulannya, aku terlalu busy dengan kerja jadi tiada masa untuk berblogging.

2) Yup! i'm camwhoring girl but i'm not model ok. Aku memang suka bergambar dan letak di Blog tetapi sekarang ni aktiviti - aktiviti itu terbatas bagi aku. semenjak dua menjak tiga empat menjak ini, terlalu banyak fakers yang buat accaunt fake dengan mencopy picture aku. Risau juga aku kalau dorang menggunakan muka aku untuk tujuan tertentu. Aku tak pernah memarahi mereka, malahan aku memberi mereka ceramah free sahaja tapi lepas itu je dorang terus block aku. Teruk betulkan! sepatutnya aku yang block dorang. Dah lah copy pix. aku, mereka boleh mengaku yang kawan - kawan dan family aku adalah milik mereka juga. What a Psycho People! Aku kan selalu lost idea, so aku post lah pix. yang aku rasa menarik kat dalam blog. Oleh kerana terlalu banyak copycat kat luar sana, maka aku berhentikan seketika aktiviti itu. *ehem ehem.. ada sesiapa yang nak buatkan aku watermark tak? okbai*

3) Aku syak aku terlalu banyak termakan atau terminum semut. Eh ye ke? Hahaha. Kesannya ialah aku selalu terlupa apa yang aku nak postkan dalam entri. Korang ingat kita boleh seru ke idea untuk datang waktu kita nak update. Kadang - kadang idea kita datang time kita kat dalam toilet lah, tengah drive lah, tengah makan lah dan lain lain lagi lah. Tak kan lah time tengah macam tu aku nak terus capai lappy dan update. Leceh kot. So, bila aku ada masa barulah aku akan update blog tapi time tu lah idea aku akan terbang ke awang - awangan. Semakin aku ingin tangkapnya ia semakin meninggi. demmit! geram betei. *mohon anda tak marah aku kerana menggunakan spelling seperti itu. Aku terbawa - bawa dunia #twitterjaya dalam blog pula*. Aku rasa aku kena sentiasa bawa kertas dan pen lah macam ni sebab boleh tulis idea - idea tu semua, then edit kembali di blog. Ok tak?

4) Laman sosial juga adalah salah satu punca aku tak update blog. Facebook, Twitter, Instagram, dan online blog adalah jaringan sosial yang selalu menjadi penghadang aku untuk menaip entri. Setiap kali aku nak menaip entri blog je, setiap tu jugalah aku terdengar hasutan - hasutan agar aku reply tweet atau comment memember aku. Korang boleh nampak kan kejahatan jaringan sosial ni. Why they so jelly when i'm blogging! Hahaha. Oh btw, aku hanya mempunyai 1 acct. FB, 1 acct.twitter, 1 acct. blog, 1 acct. Myspace, 1 acct. BLABLABLABLA.. Serious, aku hanya mempunyai 1 sahaja acct. di setiap laman sosial. Selain dari itu adalah Fake ye. I'm rarely online FB now because i'm #tahitwitter ye. Kunon - kunon nak bajet retis lah bila bertttwwiiiitttdddeerr lah tu. Hahaha. Dah beberapa kali lah aku terjumpa fake acct. yang menggunakan pix aku di FB. Baru - baru ni terjumpa di twitter lak. Sumpah BENCI FAKER & COPY CAT!!

5) Ok, alasan terakhir kenapa aku tak update blog adalah kerana aku MALAS. Hahaha. Sangat simple kan alasan aku. Alasan inilah yang korang nak dengar sangat aku cakapkan. Yes, aku malas sebab aku ni bukannya jurnalism, blogger tegar atau fashionista yang sentiasa rajin nak mengupdate. Dorang tu pemes bolehlah semua nak di masukkan dalam blog. Cuba aku masukkan pix aku yang berfashion gaya kusut, mampos aku dikecam oleh pengkritik - pengkritik yang tak bertauliah. Aku juga bukannya serajin blogger lain buat blog kerana nak kan duit. Aku blogger yang berblog mengikut hati aku. Aku punya blog, aku punya sukalah. Hahaha. Aku rasa sangat terharu sekali bila member - member aku selalu bagi support untuk kembali kedunia blogging. Walaupun soalan korang tu macam mohon di tampo, tapi aku tetap chill. Dear Blog, sori telah curang dengan anda kerana Twitter, FB & Instagram menjadi blog saya.

Kesimpulannya, aku telah bertekad untuk kembali berblogging dengan penuh bergaya dan kematangan. Hahaha. *Apa punya ayat lah kan*. Aku perlu membuat beberapa transformasi untuk menjadi semakin rajin dan teruja berblogging. Langkah pertama telah aku lakukan. Thank you so much to my friend Yard kerana terlampau rajin dan nak sangat buat header blog aku. Aku bagi kan je lah, takut dia buat muka manja mulut kembong ikan buntal dia tu lah. Mungkin dia terasa nak muntah kot tengok header dulu yang aku buat sendiri tu kot. #ehyeke? Tak kot, dia saja nak bagi aku semangat untuk terus merajinkan diri mengupdate blog. Korang boleh add FB Yard di sini, boleh tweet dengan Yard di sini dan boleh skodeng blog Yard di sini. Lastly, korang boleh amik no handphone Yard di sini. LOL. Hahaha. Mana ada, no telefon. Aku tipu je.

 
#Awsome kan header blog saya. Ini adalah langkah transformasi blog saya. Saya sudah, anda bila lagi?

Friday, November 25, 2011

Wordless Wednesday #7 : Harimau Di Office

Minggu lepas negara Malaysia memenangi emas dalam sukan bola sepak di Sukan Sea. So, ia telah menjadi trend bila semua gambar / avatar di mana rangkaian sosial dan di semua tempat tidak mengira agama, kaum dan kelas, semua memakai jesi Harimau Muda / Malaysia. Oleh kerana terlalu bersemangat ketika itu, maka aku pon memakai baju bercorak harimau untuk menunjukkan yang aku ni penyokong Malaysia yang ke berapa juta ntah. tidak elok / tidak sopan rasanya kalau memakai jersi ketika hari berkerja itu. kalau time tu sabtu & ahad, memang aku sental je pakai jersi. btw, kenapa aku banyak cakap ni? hari ni bukan Wordless Wednesday  ke? hehehe..

hari ni memang bukan wordless wenesday. ikut suka aku lah nak post entri #ww. bahahaha

Saturday, October 15, 2011

(OFFICIAL VIDEO) FALLING IN LOVE - DATO' SITI NURHALIZA

Hi all. Malam sabtu yang sangat bosan minggu ini. Sepatutnya hari sabtu lah hari untuk merehatkan minda tapi jadi makin kusut pulak. Kerja aku semakin melambak - lambak. Aku rasa korang kalau tengok meja office aku tu, mesti korang akan ingat meja tu lain dari yang lain sebab meja tu di perbuat dari kertas. hahaha. So, korang dapat agak kan begitu busynya aku ini. Alangkah happynya minda ini kalau dia dapat membuang segala virus - virus yang terkandung dalam memory aku. Tapi.. itulah.. nak ajak member, semua keluar dengan couple memasing. nak ajak BF aku, aku ADA ke BF?? macam dah tak de je rasa nya. erm, too bad. siapalah aku ni kan. erm.. nak ajak family, memasing busy dengan plan masing - masing. so, boring - boring ni aku layan lagu kat youtube. Sejam je aku dah tengok banyak music video. Antara banyak - banyak yang aku dengar, lagu ni macam best lah antara yang lain - lain tu. feeling je dengar lagu ni. i'm falling in love with Lee Min Ho jelah macam ini, sebab lelaki - lelaki malaysia ni nak yang hot je. #okbai 


Thursday, June 16, 2011

Episod Terakhir Nora Elena


haluu..apa khabar semua. okey, ini short entri. tak perlu nak harapkan entri yang panjang lebar dari aku.sekarang ini sangat bz dengan kerja dan hal - hal yang berkaitan.oh, aku bukan #retis yee. back to the story, sekarang ni satu malaysia, brunei & singapura hangat diperkatakan tentang cerita nora elena. cerita yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci ini, sangat - sangat lah mendapat sambutan, terutamanya para pelakon cerita ini. hampir semua wanita malaysia buat status pasal lelaki idaman malaya sekarang ini ialah si SETAN Seth Tan (Aaron Aziz) dan akan merejam mengutuk gila - gila babun laa dengan perangai physco si Yvone tu (Wan Sharmila). tak lupa juga dengan lelaki - lelaki di malaysia ni yang tergila - gilakan si nora elena. MR D selalu cakap Siti Saleha ni cantik. eeerrggggh! ok, aku tak secantik dia. tapi hati kami lebih kurang kot. cewah! hahaha..

wahai makcik - makcik, pakcik - pakcik, wanita - wanita, jejaka - jejaka dan adik - adik sekalian, dengarlah sebaik - baiknya apa yang ingin saya wasiatkan.. hahaha. Hari ini adalah hari terakhir cerita Nora Elena.so, make sure anda semua jangan lupa tengok hari ini yee. tapi pada yang terlepas, anda boleh saksikan di laman gua.com atau pun youtube.

more info, please click here


Last Episod: 24 episod
Date : 16th june 2011
Day : Thursday
Time : 7.00 pm - 8.00 pm


Mr. ____ , hari ini i tak nak OT yee. i nak spend time dgn Seth Tan : )



hujan lebat sekarang ni, tak dapat tengok bulan gerhana!

Thursday, June 9, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Beli 1, Percuma 1 Burger McChicken!!!

salamat makan malam semua : ) hari ni aku balik - balik kerja je dapat idea untuk update blog. tapi agak bengang lah juga sebab sudah ada beberapa orang sound aku. salah satu comment mamat tu " i benci pompuan cakap "DIET".Tape post semua pasal makan..itukah name nye diet???" wahai si pengoment, itu namanya diet secara bijak. nanti lepas ni aku kena buat entri berkaitan dengan exercise atau jogging pula laa kan. apa pendapat korang. ramai sangat yang tak puas hati tengok entri aku berkaitan dengan makanan. relax der. hari ni aku nak belanja korang makan burger free.


mudah sahaja caranya. pertama sekali ialah korang tahu apa itu McDonald's. pada yang tak tahu itu sila google yee. kedua, kalau korang rajin silalah like page McDonald's Malaysia . kamon lah! support lah sikit. ketiga pula, print coupon Mcd and then pergilah Mcd yang berdekatan dengan rumah ada.



sila print coupon ini untuk burger free.
Lovin' Mid Month BUY 1, GET 1 FREE McChicken Offer starts YESTERDAY and until today 25 May only! Hurry up guy's! untill 12 am yaa..



jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. *krook krrookkk* bunyi perut aku sudah berulang kali berbunyi, namun ku tahan sahaja. tiba - tiba bunyi telefon di tempat ku berbunyi. aku pun mengangkatnya dengan lemah longlai. kunonnya tidak bermaya kerana belum makan. mana tidaknya, semalam aku tidur dalam kelaparan. hehehe. kawan aku ajak makan MCD lunch ni. dia ada banyak coupun Mcd. hehehe.. terbaik laa Datin! macam tahu - tahu je aku memang kaki Mcd.





bunyi jam loceng di tempat kerja, itu menunjukan lunch time. dengan hujan renyai - renyai, kami mempercepatkan langkah untuk sampai ke kereta. tak sampai 2 minit, aku dah susun strategi untuk order makan apa, set medium ke large, nak plus ice cream ke tak. hahaha.what ever! yang penting aku nak terkam McChicken dulu.. tapi agak mengecewakan aku bila, ada orang order makan tak ingat dunia. sampai kena menyusahkan orang yang di belakangnya. sungguh kejam! dah order , nak tambah order lagi. ini membuatkan aku dan kawan - kawan aku menunggu hampir 20 minit. terbaik r! inilah rakyat malaysiakan.


maaf pix ini adalah pix lama, sila ignore mak cik di belakang itu boleh? hahaha..
satu untuk saya!



ni pon untuk saya jugak. tapi ini untuk stock malam. act, beli banyak juga tadi. belanja kakak aku dan abang ipar kau. MR D?? dia nepal. 24 hours kerja. hehehehe. aku ada gak bagi - bagi coupun tu kat member - member aku. syioookkk kan kalau kawan dengan aku. sebab dorang beli 1, aku bagi dorang 1 free. hehehe. cepat - cepat pergi Mcd sekarang. ada lagi 30 minit!!!


saya sudah, anda bila lagi?? *macam iklan lak*

Sunday, May 22, 2011

Lambat Kerana Message, koleksi gambar & Video Lucah

selamat hari sabtu. sabtu petang macam ni memang best tido. tapi tak boleh tido pula sebab makan nasi lemak terlalu banyak tadi. *makin bertambahlah lemak - lemak aku. aku tahu korang memang suka tengok aku makan kan? ada sampai meleleh air liur. entri kali ni bukan pasal untuk menambah lemak yee. kalau selalu buat entri pasal makan, tak boleh kerja lah serena redzuan dan maria tengku sabri. #propa.



beberapa hari ini aku sampai kerja mesti lambat. eh, bukan salah aku yee, MR D yang bangun lambat. seksa gila aku nak kejutkan dia bangun pagi. sampai je di tempat kerja, dengan rambut yang kusut masai dan kasut wedges yang tebal bagai nak rak *boleh buat penampar muka orang*, aku pun berlari - lari anak untuk membuat thumb print. sedang aku sibuk - sibuk nak punch card, tiba - tiba bunyi message. aku pun membuka zip seluar beg dan mencari - cari handphone.selongkar punya selongkar tapi tak jumpa. aku mengambil punch card aku, lalu punch ke machine. damn! aku lambat seminit gara - gara mencari handphone. siap lah orang yang text aku pagi - pagi. aku nak text dia malam - malam buta lak. hahaha..


dah lambat pon sempat take picture. ngeh ngeh..



hari sabtu pun kerja banyak. eeerrggghhh! tengah syok - syok menaip, handphone aku berbunyi. nombor tak dikenali. then bila angkat, rupanya orang tu nak cakap pasal kerja. okey, handphone aku dah macam public phone. semua orang call. sampai malam - malam pon ada orang YM tanya pasal kerja. waaaarrggghh. give me some place. sesudah bercakap dengan orang tu, aku teringat kembali akan peristiwa pagi tadi ketika aku datang kerja. aku terus baca text tersebut. sumpah bengang gila! nak tahu aku dapat message apa?




hai korang! hari ini adalah hari terakhir gadis jepun di bukit _______ *apa kejadah ntah*, esok mereka sudah balik. mereka ada pelbagai koleksi gambar dan video 18sx yang pasti membuatkan anda mahu melihatnya lagi. taip on PANAS dan hantarkan ke ______ *no ke neraka*.



hamik kau dua penumbuk ni!



Whayt The Fish Cake laa. aku lambat kerana message lucah tu. jadah aku nak onn benda tu semua. rubbish. nak berniaga dengan cara yang betul laa. ini berniaga tentang sex. dosa ko, ko sendiri tanggung laa. ini nak share dengan orang lain pula. mengajak perkara yang terlarang dan dilarang. eeerrrrggggh! aku cool. so, jangan hantar message onn panas kat aku yee. #okbai.


*ini entri petang semalam.
ngeh ngeh (^___^)

Saturday, February 19, 2011

Hari Terakhir CNY 2011 / Chap Goh Mei


Hello! ta sha how? wo she chalija. hahaha. ni xiang wo ma? alamak, tergedik pulak. hahaha.enough enough. nanti orang ingat Blog Little Amoi Says ini berbahasa mandarin. cakap pasal CNY, hari tu kat FB aku ramai yang mintak ang pow dengan aku. choii! aku melayu 50% + banjar 30% & cina 20% je. so, patut ke mintak aku ang pow. yang selalu panggil aku liez, tiba - tiba nak panggil amoi. mengada yee korang. eh, aku belum kahwin yee. so, no ang pow yee.



 OhMakKau! *tiru ayat zulfahmi.  apa ke benda ni? gigi bertaring, bulu mata panjang & kulit adik beradik syrek ni?

semalam iaitu 17 february 2011 telah berlangsungnya tarian naga, mainan bunga api dan kerja yang memang tak pernah nak stop di tempat kerja aku. upacara ini di adakan kerana ia adalah hari terakhir tahun baru cina atau pun di kenali sebagai Hari Chap Goh Mei. apa itu chap goh mei?  

naga hijau datang nak bagi luck kat aku. hahaha


 ini budak - budak new batch yang exited nak tengok upacara Chap Goh Mei. *cari mana aku?



Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".


 part ni paling best. masing - masing mulut ternganga tengok. hahaha



 naga ni nak bertawaf satu buiding. hahaha.



 naga ni nak belit - belit pintu ni biar dapat ong sikit pekerja dia. kot kot naik gaji 3 kali ganda ke. hahaha.



OhMakKau lagi. hahaha. okey sila lihat mata saya. saya nak hipnotiz anda semua. pandang ke arah mata saya dan cakap "i follow ur blog, ur fb friend page, ur twitter, ur FB & ur Formspring". sekarang, pejam kan mata anda selama 10 saat dan buka nya kembali. bila dah buka mata je, korang pasti akan buat macam yang korang cakp tadi. hahaha. *okey, aku tipu je. sila jangan percaya yee.



dalam masa 15 hari CNY 2011 saya dapat bermacam - macam gift. kalau buah limau tu jangan cakap laa, sampai hilang suara ni huh membedal buah limau. akibat nya, tekak menjadi makin perit dan batuk. jom usha gift apa yang aku dapat lagi..


dapat chocolate! yeay. saya memang hantu coklat. harap maklum yee. hehehe. act, ada macam - macam lagi jenis coklat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dah ngap dulu masuk dalam mulut. hahaha.




aku juga dapat candy & sweets. yummy! marshmallow pon ada dapat juga : ) *hindarkan baju kelasi kapal itu. hahaha


 tapi yang aku paling suka sekali ialah ini
apa tak faham motif pix atas ni? apa kejadahnya tunjuk muka separuh je. ak reti ambil gambar yee? bukan itu lah yang ingin aku show off dalam pix atas.


sila tahan marah anda kerana saya tershow off sikit di pix bawah. hahaha
saya paling suka dapat angpaw. mak saya kata " banyak adik dapat angpow. adik bukan orang cina pon?". *kantoi panggil adik. hahaha. lalu aku menjawab "wo she hua ren". hahaha. sumpah perasan ini punya orang. mak aku pun naik pelik macam mana anak dia ni sorang boleh faham bahasa mandarin & tahu cakap sikit - sikit. ntah laa, tiba - tiba je aku tertahu dengan sendirinya. hahaha. btw, xie xie ni to all huaren because give me ang pow. i terharu gila! auw auw. hahaha. nanti hari raya aidilfitri jemput lah datang rumah saya yee. ok, thanks for reading. please come back again yee. hahaha.

Tuesday, October 12, 2010

Entri Aku Dah Terkantoi : Sepandai – Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua.



Waaaaarrrgggghhh.. Mesti korang dapat agak apa yang aku nak cerita kan dalam entri aku kali ini kan. Dah tajuk entri pon Kantoi! So, entri aku pasal Ko Tak Payah lah Nak Show Off Dengan Aku tu telah kantoi apabila salah seorang engineer di tempat kerja aku telah terbaca. Sila scroll ke bawah untuk baca entri ini lebih lanjut. Hehehe..
ni versi tupai jatuh dalam kolam. hehehe..






Ingat tak lagi entri pasal Ko Tak Payah Nak Show Off Dengan Aku? What?? Tak ingat. Entri tu kan sebelum entri ni. Tekan sini kalau nak baca.okey dah faham jalan cerita nya kan. Aku ada link kan entri tu kat muka buku budak kerja aku. Tapi hanya dia sorang je aku bagi link. Yang lain semua bukan budak kerja. Tengah syok –syok check notification mukabuku aku untuk reply comment, aku terperasan ada seorang mamat comment kat link entri blog aku tu di mukabuku kawan aku. Kat motification kan keluar muka orang yang comment kan? Aku dapat tengok gambar kecil je. Ada seorang mamat tengah pegang budak. Dalam hati ku berkata – kata.. eh, macam kenal je mamat ni? Tapi kat mana ntah. Oh maybe tu suami orang dengan anaknya kot. Aku pon bukak lah kat comment dia tu. nak cakap terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk baca entri sengal plus lawak berserta muka aku yang tak berapa nak senonoh tu. Bila aku bukak je comment tu! beruk terperanjat macam aku eh eh aku terperanjat beruk bila tengok nama dan muka mamat tu macam engineer kat tempat kerja aku.

muka aku yang terperanjat macam beruk. beruk pon lagi cun dari aku kan?? hahaha..





Oh oh.. you in trouble! nak tahu dia comment apa? Dia cakap ‘oh ho, terasa engineer’. OMG! Kenapa lah member aku tak beritahu bahawasanya engineer – engineer di tempat kerja aku ada add dia.  Sumpah aku rasa telah di serkap. Hehehe. Bila aku chek kat friend request, dia add da add aku maybe untuk memeberikan aku kata – kata hot & spicy seperti peluru yang melepaskan das tembakan tanpa henti tanpa merasa belas kasihan. Aku erfiir dua tiga kali atau mungkin enam kali kot untuk approve. Setelah berfikir goreng – goreng masak – masak, akhirnya aku pon approve dia. Mental dan fizikal aku memang nampak macam perempuan melayu terakhir tapi sebenarnya aku dah mental dan fizikal  aku kuat macam atlet angkat berat Malaysia dan kental seperti dodol.

 

macam amoi ke macam minachi?? macam awek melayu kan..





Engineer yang add aku tu member kepada engineer yang sedap mulut cakap aku pekak tu. dan orang engineer yang nama nya sama macam MR K tu adalah kawan dia. Dengar cite dia yang recommendkan si engineer sedap mulut tu kat tempat kerja aku. Mampos aku! Gerenti aku wanted kat tempat kerja aku nanti dan mungkin aku kena pangkah dengan engineer – sengineer semua. Nama engineer yang add aku ni ialah Khairil haqiemi. Oh lupa! Dia nak diri nya dikenali dengan nama MR Q. ececeh! Gedik je. Siap request lg nak name apa untuk dia. Nampak sangat dia nak aku tulis pasal diri dia. Bangga laa tu dapat glamour kat Blog Little Amoi Says. Aku cakap kat dia terima kasih lah sebab add aku dan aku tanya dia dah baca ke belum entri tu? dia cakap dia dah baca dan dia suruh aku ubah persepsi yang engineer baget kalau aku tak nak macam mana?? Ngeh ngeh..





Setelah agak lama aku dengan MR Q ni membalas – balas comment di mukabuku. Akhirnya dia setuju untuk zip mulut dia dan tak kecoh – kecoh untuk heboh kat semua orang office nya. Terima kasih junior ku! Lupa nak beritahu kat korang yang dia ni lagi tua dari aku tapi dia tu junior aku. Lepas ni kalau dia jumpa aku dia kena respect sikit laa sebab aku ni senior dia untuk sebulan awal kerja dari dia. Hahaha. Pengumuman – pengumuman dia sangat setuju dengan kata –kata aku bahawasanya entri tersebut adalah hanya lawak jenaka dan bukan nya untuk mengutuk orang. Aku jua dah bersetuju bahawa dia seorang engineer yang cool dan tidak baget. Act, senior engineer tak baget pon. Bactch baru je yang gedik semacam. Hahaha.


aku dah mengaku kan. (pix diatas - muka senyum ada makna.)



 
Aku rasa MR Q telah memegang amanah tersebut sebaik mungkin sebab semalam time rehat aku pergi makan kat canteen . lepas tu aku terjumpa segeropolan geng geng engineer. Cuak gak aku time tu. mana lah taw dorang nak bikin panas kat depan semua orang. Hahaha. Aku siap berselisih dengan engineer ikut sedap mulut tu time nak amik lauk. Tapi dia relax je dan macam baik waktu tu. Ini bermakna dia tak tahu pasal entri tu. hehehe. Tapi aku rasa dorang macam tengok kan aku semacam je time aku jalan. Adakah dorang cakap aku ni pengutuk sarkastik??? Argh.. what ever! Aku tak de mention siapa namanya. Siapa makan cili sos thai dial ah terasa kepedasan nya. Betul tak?





kalau ko nak fight dengan aku, aku akan pakat ramai - ramai member aku. name group we'ol crow zero malaysia. ada berani engineer - engineer sekalian? hahaha..

 

ingat enk MR Q, ko dah janji dengan aku. kalau ko tipu, aku tak nak bagi ko medical chit walaupun ko merayu air mata kucing pin. bluewk ;p



 Akhir kata : I got punkd wakenabeb! Encik engineer yang ingin dikenali sebagai MR Q, tengs yaa dude sebab simpan rahsia. Dan sekarang kau boleh gelak bangga sebab nama aku buat entri ni khas untuk kau. Dan kau engineer yang tak baget bagus. Peace dok!



yeay! MR Q rawks.. jangan nak baget - baget sangat ye bila jumpa aku.



nota mulut : ni semua gara - gara MR K!
kalau engineer tu nama nya tak sama dengan MR K, gerenti aku tak buat entri tu..
eeerrrgghhh! geram!








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails