Showing posts with label scarry. Show all posts
Showing posts with label scarry. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Video Dan Gambar Pelajar Malaysia Di Samun Ketika Rusuhan Di London


                                            
video pelajar malaysia disamun selepas diserang oleh remaja yang terbabit dengan rusuhan di London.
                                                                        
LONDON: Seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di sini petang kelmarin.

Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.
Kejadian berkenaan dirakam oleh orang awam dan video klip rakaman itu muncul dalam YouTube yang kemudian disiarkan oleh siaran berita Sky TV.

Rakaman itu menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya. 


kanan : beberapa giginya patah dan cedera dibahagian rahang.          
     kiri : ketika kejadian samun berlaku

Pengarah Mara di United Kingdom (UK), Dr Noorzaini Mohd Noor, berkata ibu bapa Asyraf sudah dimaklumkan kejadian itu dan pihaknya serta Jabatan Pelajar Malaysia di London sedang berusaha memindahkan pelajar yang tinggal di tempat dikenal pasti sebagai berbahaya diancam perusuh.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Zakaria Sulong, berkata setakat ini tidak ada pelajar atau rakyat Malaysia lain terbabit dalam rusuhan dan sudah menasihatkan mereka menjauhi tempat yang dianggap berbahaya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Disebabkan rusuhan cepat merebak, kita akan mengeluarkan arahan dan nasihat dari semasa ke semasa,” katanya. Seorang pegawai perhubungan polis di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Nik Aziz Nik Razak juga sudah meninjau keadaan.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain. 

Semalam, rusuhan menyaksikan kumpulan pemuda yang membakar dan mencuri, merebak ke bandar lain termasuk Birmingham, Liverpool. Bristol dan Manchester.

selepas sahaja baca artikel ini, hati aku menjadi sebak. sudahlah berada di tempat orang, dilakukan sedemikian pula. keluarga berada sangat jauh dari diri kita.  kejadian ini berlaku pada bulan puasa pula. sudah jatuh ditimpa tangga. aku harap pihak polis london memandang serius akan perkara ini dan rakyat malaysia yang menetap disana sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan tidak menghampiri kawasan yang berlaku rusuhan.

Thursday, July 22, 2010

Kubur di atas kubah Masjid Nabawi

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

 Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghentamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di atas kubah. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas kubah tersebut!


 Ia juga mengatakan bahawa seorang yang solleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!


 Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.


 "Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam






jom tengok pix di bawah ni.









Wednesday, June 9, 2010

Gambar Hantu Di Langakawi part II

Salam semua readers ku. Hari ini aku agak bad mood sikit. Kenapa? Sebab nya aku baru lepas meyumpah broadband aku menjadi berukband. Ergh!! Geram seyh. Sampai hati dia buat aku macam ini. Kan aku dah janji dengan korang nak post entri ni pada hari isnin malam, tapi tiba-tiba sever down lak. Kalau aku tahu si berukband ini buat hal pada hari isnin malam hingga ke selasa malam, aku auto post je. Pergh!! Dah sehari aku tak update blog aku ni. Mesti kurang visitor semalam. Waarrggghh!! Okey lah, malas nak emo banyak-banyak ni. Jom baca pasal entri gambar hantu di langkawi part II ni yee.
Korang semua nak tahu kan mana gambar hantu nya kan? Okey, meh sini aku tunjuk kan yee. Tengok pix di bawah ini. Jawapan nya ada di dalam gambar itu.
NAMPAK tak?




Yang aku warnakan itu, itulah gambar hantu yang dok posing nak bergambar dengan aku tu. Act, aku rasa rupanya lebih kepada jin laa. Apa pendapat korang? Huh, still tak nampak sangat? Okey jom kita zoom lebih dekat.


Okey, sekarang dah nampak lebih jelas kan?
Korang pernah tak mengalami kejadian seperti ini. Ada gambar hantu atau jin di dalam pix anda? Kalau ada, buat lah entri. Boleh aku baca. Jangan lupa letak link entri itu di ruangan comment entri ini yee. Sebelum aku out, ingat lah kata-kata ini. Jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan misteri.
*kalau suka baca entri seram, jom layan entri ni;

Thursday, June 3, 2010

Gambar Hantu Di Langkawi (18 sx)

xelow. sori lah pada reader blog aku yang tunggu-tunggu entri seram ini. semalam aku war-war kan nak post gambar hantu ni kat FB. tapi bila dorang bukak blog aku, tak de pula. sori sangat-sangat yee. :( aku keluar dating lah semalam. tak sempat pula nak post. nanti aku lambat keluar, MR D marah plak. aku tak sanggup dengar lelaki membebel.

okey, malas nak banyak cerita. korang perhatikan lah gambar di bawah ini. gambar kat bawah ni ada gambar HANTU. maybe hantu tu nak join berposing macam aku kot. betul. sumpah aku tak tipu! gambar ni tahun lepas punya. gambar ini di ambil di salah satu tempat di langkawi.

GAMBAR PERTAMA


kalau korang mempunyai deria penglihatan yang hebat, beritahu aku di mana kah gambar hantu tersebut.

oleh sebab gambar di atas tu muka aku ada garisan cermin, maka aku ambil lagi satu gambar di tempat yang sama. cuma beza nya gambar di bawah ini lambat beberapa saat je dari tadi. gambar bawah ni, tak de gambar HANTU. maybe hantu tu tak suka amik gambar banyak-banyak kot. saja nak tonjol kan diri dia pada gambar pertama tadi. aku saja letak gambar bawah ni. biar korang tahu dan perasan di manakah kedudukan HANTU tersebut di gambar pertama.

GAMBAR KEDUA

aku dah macam ikan buntal lak dalam pix ni. hehehe.



kepada yang tidak kuat iman nya, ibu-ibu mengandung dan orang yang memang takut tahap gaban, aku tak syor kan korang untuk mencari gambar HANTU di pix pertama. aku akan beritahu korang di mana kah kedudukan HANTU itu di entri yang mendatang. selamat mencari yee.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails