Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Apa Itu Keek??

hello keekers! ops! tersalah channel lak. this is blog, not keek. hiks! before this, semua orang yang guna smartphone berlumba - lumba download facebook, twitter, what'sapp, line, instagram, WeChat dan sekarang semua orang sibuk nak ada Keek. 


Kalau anda berminat dalam seni videografi, keek adalah salah satu platform untuk anda cuba mengasah bakat dalam dunia vlogger atau  seni video. Keek ialah satu perkhidmatan dalam talian rangkaian sosial percuma yang membolehkan pengguna untuk memuat naik status update video. keek hampir sama seperti YouTube tetapi hanya berdurasi 36 saat sahaja setiap satu video. Pengguna keek boleh memuat naik video mereka ke laman web keeks dengan menggunakan webcam atau via the Keek mobile apps for Android , BlackBerry, ataupun iPhone



ni lah keek! *abaikan muka aku yang gelojoh nak ngap makanan tu*


Keek digambarkan sebagai "Twitter for video", "Instagram video" dan "versi mikro YouTube" dan sering dibandingkan dengan gabungan utama yang lain rangkaian media sosial seperti Facebook, YouTube, Tumblr dan Twitter. Apa yang membuatkan Keek berbeza ialah ia memberi tumpuan kepada Gambar video peribadi dalam jangka masa yang pendek. keek mudah dimuat naik dan tidak seperti banyak vloggers profesional di YouTube, yang memerlukan banyak proses mengedit. keek lebih mudah dimuat naik dan ia cepat untuk mengupdate status terkini seperti Twitter atau Tumblr, cuma Keek hanya memberi tumpuan hanya untuk video.



Aku baru sahaja sign up acc. keek ni seminggu yang lepas dan baru sahaja upload 2 video. hehehe. act, aku buat keek ni sebab nak tengok keek anak Tomok, anak Atitah Haris, anak Fyn Jamal yang comel baq hang tu!! rasa nak culik je anak dorang tu sehari. no, i'm just joking. then aku suka tengok keek artis, mawar rashid yang cool tu dan fiffy azmi yang comel. lepas tu, gatal tangan nak upload keek sendiri last week. my first keek sumpah ntah apa -apa je, dah lah 7 saat je. LOL. keek aku tak best mana pon dan follower aku tak banyak pon. tapi kalau korang nak follow video-video yang aku akan rakam nanti boleh lah follow dan  comment ye. Tekan link dekat bawah ataupun korang boleh search nama aku "LiezKusut" di keek.










Monday, November 14, 2011

SPM OH SPM!

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia semua. aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik - adikku yang mengambil Peperiksaan SPM pada esok hari dan tak lupa juga kepada rakan - rakan aku yang mengambil sesi ulangan untuk Peperiksaan SPM . cerita pasal SPM ni, teringat pula zaman - zaman muda aku dulu time menghadapi SPM. pergh! sumpah nervous. nasib baik aku boleh handle semua masalah - masalah tu semua dengan mudah. nak tahu caranya? jom baca tips di bawah ini.. 

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Monday, September 19, 2011

Apa Itu Subscribed di Facebook?

halluuuwww.. selamat hari satu malaysia dan selamat hari raya kawan - kawan sekalian. ye, aku tahu bulan syawal sudah hampir berakhirnya  tapi aku baru wish kat korang. act, saja je wish lambat sebab tak nak sama dengan orang lain. hahaha. *padahal aku ni busy berkerja*. entri ini bukan lah nak bercerita tentang hari raya 2011, entri kali ini adalah berkaitan dengan MUKABUKU ataupun lebih dikenali dengan FB. cerita hari raya 2011 Liez Kusut akan aku post pada hari ke-tiga atau ke-dua berakhirnya hari raya. hehehe.





aku ingin berterima kasih kepada jiran aku kerana telah memberi aku idea untuk update blog yang dah hampir ranap ini. hahaha. aku pasti ramai yang still tertanya - tanya sampai sekarang APAKAH ITU SUBSCRIBED? apekah? hehehe.. okey, dengan hanya satu click sahaja di perkataan subsribed, segala status, gambar the latest and any update from him / her korang akan tahu. dimana nak jumpa perkataan subsribed? kalau korang pergi ke profile FB musuh - musuh kawan - kawan korang, korang akan terjumpa di left side bar ada perkataan subsribed. *kalau tak jumpa tak kahwin* hahaha..





 
 no need ask me the next question sebabnya aku dah tahu korang nak tanya apa. apa pula maksud subscriptions dan subscribers. apa perbezaan antara kedua - dua spesies ini? hahaha. ingin tahu lebih lanjut? mudah sahaja, caranya dengan memberikan aku RM 50.00 sebagai duit raya. hahaha. no lah, just jokes.  tapi kalau betul - betul apa salahnya. hahaha. ok, subscriptions itu ialah manusia - manusia yang telah anda subsribed untuk mengetahui segala status, gambar the latest and any update from him / her lah. dan subscribers pula ialah manusia - manusia yang telah subsribed anda untuk mengetahui segala status, gambar the latest and any update dari korang. atau lebih mudah di sebut ialah STALKER. hahaha.



akhir kata dari aku, selamat mencuba dan selamat menjadi Stalker.


tak perlu nak subscribed saya kot..
sbb saya bukan #retis pon..

Friday, September 2, 2011

Nak Pilih Calon Isteri

boleh di terima pakai ke ni?
hahaha..


Nak Pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping
NAK MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua..



 Nak ke pilih calon isteri seperti dalam pix ni? 
member dia cakap, muka dia "muka tegeng"
waaaarrgggghhhh T__T #foreveralone laa nampaknya..

Saturday, August 13, 2011

Benarkah Lelaki Ego, Wanita Sensitif?

Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.

Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.

Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.

Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.

Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.

Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.

Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.

Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

- NOOR HASLIZA NUSI

Kredit - Qaseh Rafflesia

Wednesday, April 20, 2011

kalau Sakit Mata, Mata Boleh jadi Colour Pink?

          selamat hari rabu dan selamat bergembira. (yee, aku happy sekarang ni sebab tengah relax - relax kat rumah). hari jumaat lepas, dan aku sangat rajin untuk mengedit muka aku (maksud aku make up). hari itu pakai baju kuning konon nya nak jadi kaum kerabat diraja Brunei, kat atas kepala aku siap ada sekuntum bunga lagi. ececewah! ngeh ngeh.. bukan nak pergi dating ok, tapi bangun awal tu yang sempat bermake-up. kalau tak, muka memang kusut gila kalau g kerja

          pekerja dari IT department tegur aku. dia cakap wah! hari ini pakai cantik - cantik enk. *dalam hati bengang juga. apa selama ni aku tak cantik ke ke? ok fine, aku sedar. then dia cakap u punya mata selalu tukar - tukar enk warna.. hahaha. korang jangan ingat aku ni ada magic, boleh tukar -tukar warna biji mata tu. yang dia maksudkan ialah lens. tu ok lagi, ada situasi yang lagi membuat kan aku bertambah bengang.

          dengan muka kelaparan tahap gaban, aku pon pergi lah pantry untuk breakfast. mak cik cleaner di tempat kerja aku mengucap kan selamat pagi kepada aku, lalu aku membalas nya kembali. sedang aku menuang susu untuk di makan bersama- sama cococrunch, mak cik itu menegur aku dengan patah - patah perkataan yang agak mengejutkan aku. hampir - hampir mahu tersimbah susu itu ke arah mak cik cleaner tersebut. ngeh ngeh.. nasib baik perkara itu tidak berlaku, kalu tak kene sue lah aku dengan mak cik cleaner tersebut. nak tahu apa ayat yang mengejutkan aku. dia tanya aku, aku ada masalah sakit mata ke? aku menjawab dengan baik bahawa mata aku normal dan aku tidak sakit mata. but then dia tanya lagi aku soalan, iaitu kenapa mata awak warna pink? macam mata orang sakit je taw. kan sepatut nya mata kita berwarna hitam.

          ok, terima kasih mak cik mengingatkan saya. hahaha. sumpah lawak ini mak cik. boleh masuk maharaja lawak untuk menggantikan tempat amir yang bakal terkeluar tak lama lagi. hehehe.. nak tengok orang sakit mata macam mana? sila lihat pix di bawah.


mata colour pink! aauuuuww.. tergoda tengok mata orang sakit ni. hahaha..


brand : gorgeous
diam  : 16mm
colour : pink




okey, kita zoom sikit ye.. sorilah yee, camera cap ayam laa. malas nak guna camera digital. untuk penglihatan lebih jelas berkaitan warna lens ni, sila scroll pix di bawah untuk melihat orang korea memakai nya. hehehe.






lawa kan girls di atas. aku beli lense dengan dia lah. jangan cakap korang tak kenal ailyl yee, sebab dia adalah blogger yang famous amous pada abad ini. ngeh ngeh. Ailyl pakai contact lens 16mm Made in Korea, RM37 sepasang. kalau korang berminat boleh order dekat inbox Facebook ! Terdapat dalam 7 warna: Black/Gray/Brown/Pink/Violet/Green/Blue. Power range: 0~750. murah kan lens yang dia jual, then mata kita akan nampak lebih besar dan bulat. jum beli jum.



ish korang ni, tak percaya lak aku beli dengan ailyl. betul lah. tengok pix di bawah ni. betul kan betul kan? tengah tunggu gaji bulan depan. nak amik lens colour grey lak. hehehe.


ops, terlupa lak.. congrats ailyl : ) semoga bahagia & kekal ke anak cucu yee..

Monday, March 28, 2011

CONTEST LALALOVY #3


mood sekarang adalah mood nak join semua contest. hehehe. mana tahu rezeki aku untuk menang. dah lah sekarang tengah pokai. ngeh ngeh.. contest kali ni dari owner blog yang lepas. tapi contest yang ini ialah contest natural.


syarat - syarat contest ni : -

1) Write the title " CONTEST LALALOVY #3 " because there are 4 type of contest. So, it will be easy for me to categorize it.

2) Show me a picture of you . A natural beauty or a picture of you as you just woke up. Gambar baru bangun tidur gitu ! 

3) And tell me what did you do after woke up from sleep. Bagi tips la kan sikit !   

4)    Don’t forget to put the banner and link ke blog Lalalovy and tag 3 blogger.







hahaha. muka busuk je kan.. tapi nampak natural kan. tengok pix tu, aku dengan pyjamas lagi. bangun pagi je terus try scaf rambut yang aku beli malam sebelum ambil gambar. kunon nya nak nampak cute dengan scaf tersebut tapi nampak bucuk lak. hahaha.. ok, aku ada sedikit petua untuk nampak awek muda. aku jarang pon amalkan petua ni sebab selalu terlupa je nak buat. hehehe.


Awet Muda 
- Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
- Amalkan setiap hari urutan ini.



saya tag semua FOLLOWER saya.. cepat buat!

Sunday, February 27, 2011

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?"

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?" adalah tajuk yang diberi oleh MelRomeo untuk 5 blogger bertuah untuk join segmen Sharing Entri. macam mana nak join Sharing Entri ni? korang kena jadi orang pertama comment di post Sharing Entri. Nak cari kat mana post Sharing Entri tu? Senang sahaja , korang kena join group Blogger Chat. then beramah - mesra laa dengan blogger yang lain. act, kami berlima iaitu Jo, Zack, Zul, dan ZT dah berjanji untuk post entri "BC | Kenapa Saya Berblogging ?" hari sabtu dalam pukul 3 atau 4 petang. tapi oleh kerana kekangan masa *padahal merayap lepas balik kerja tadi, aku terpaksa post entri ni malam. sori yee kawan - kawan, saya janji tak buat lagi. lepas ni nanti saya upah ice - cream Baskin Robins calong yang satu RM 1 tu yee. hehehe. wo hembau ci : (






okey, back to the tittle. Kenapa Saya Berblogging?

1. Saya Suka Baca Blog Orang Lain.

Saya berblogging pada mulanya adalah kerana saya suka baca blog orang lain. hehehe. blog pertama sekali yang saya baca ialah.. erm, sebenarnya saya pon tak ingat blog apa yang saya baca. apa yang saya ingat ialah blog itu bernama Khai. keesokannya, saya mula mengoogle blog lelaki yang bernama Khai. bermula dari hari itu setiap hari aku akan baca blog JustKhai dan The Other Khairul. setelah beberapa bulan baca blog mereka, aku pun mula berazam untuk buat blog sebab aku rasa blogger ni cool. so, start dari situ laa aku mula liar berjinak - jinak dalam blogsphere ni. thanks to them kerana banyak memberi saya tunjuk ajar. hehehe





2. Saya Ingin Bersuara / Memberi pendapat.

tahukah anda bahawa cik shaliza ni suka sangat bercakap tapi oleh kerana pada waktu dulu saya tak ramai kawan, maka saya mula bersuara menggunakan blog. memang best gila bila ada orang memberi reponse apa yang kita katakan. bukannya selalu orang akan setuju dengan apa yang kita katakan, ada juga kritikan yang diterima. saya tak kisah mendapat kritikan daripada orang lain kerana dengan kritikan itulah saya akan menjadi semakin maju kehadapan dan menyedarkan diri kita bahawa apa yang kita suarakan itu tak semestinya betul.





3. Saya Jadikan Blog Ini Sebagai Diari.

setelah sibuk ikut orang lain buat blog, kemudian sibuk nak bagi pendapat dan dah tak tahu nak taip apa kat blog, saya akan taip apa - apa sahaja perkara yang saya rasa saya nak post kat blog. contohnya, saya akan cerita kat blog saya apa yang saya lakukan pada hari itu. saya juga akan beritahu status saya ketika itu, contohnya macam tengah marah, frust, happy dan lain - lain lagi.





4. Saya Suka Berkongsi.

sharing is caring right? so, apa salahnya kalau saya berkongsi dengan orang lain kan. saya happy sangat kalau apa yang saya kongsikan tu, orang turut melakukan nya dan memberikan ucapan terima kasih. pergh! sumpah terharu kalau membacanya. antara perkara - perkara yang saya akan kongsi dengan blogger, follower dan rakan - rakan yang lain ialah tempat makan yang menarik, tempat shooping yang murah, port melepak yang best dan lain - lain lagi laa. saya juga akan berkongsi tips - tips yang menarik, yang mungkin boleh diguna pakai kepada korang.






5. Saya Ingin Menambah Kawan.

cerita sedih ni, dulu time sekolah rendah saya tak ramai kawan kerana saya tak cantik, selekeh, gemuk dan Nerd. Bila dah naik sekolah menengah rendah, saya tiada conffident untuk berkawan dengan orang lain sebab saya masih - masih bengang dengan penampilan saya. memang pemalu gila laa aku time dulu. hanya ada beberapa kawan sahaja. selepas tu, bila dah naik menengah atas pula ramai tak nak kawan dengan aku sebab mereka cakap aku ni sombong dan memilih kawan. sumpah aku tak memilih kawan. tak percaya, tanya kawan - kawan baik saya. saya seorang yang peramah okey. cuma saya ada masalah untuk memulakan perbualan dengan orang yang saya baru kenali. saya memang terbiasa dengan cara yang macam ini, ramai yang ingat saya cara saya ini cara budak sombong. ingat yee, don't judge a book by it's cover. alhamdulillah, setelah ada blog ini saya semakin ramai kawan dan masalah komunikasi saya semakin mudah saya buangkan dalam diri ini. hehehe. tapi kalau jumpa berdepan, saya memang tak boleh buangkan masalah untuk memulakan perbicaraan. harap dapat jumpa kawan - kawan blogger saya satu hari nanti.





6. Saya Nak Dapat Ganjaran.

pada mulanya saya buat blog ini hanya lah untuk bersuka - suka. tak nak serius sangat nanti kena banned / kena masuk penjara pula. hehehe. tapi bila ramai bloger kata boleh jana pendapatan melalui blog, maka aku dengan gatalnya pon join laa company iklan terkemuka di alam maya. Nuffnang laa. Nuffnang memang terbaik laa! Nuffnang selalu bagi iklan yang berbayar di blog aku ni. selalu dapat BE yang banyak. syiioookkk gila. see, dengan bermodalkan computer / lappy dan internet, korang boleh dapat duit. best kan. kepada newbie : betul.. kami tak tipu anda. jom lah masuk Nuffnang, banyak kebaikan yang ada akan terima *dah macam kerja kat NN je ayat aku ni, nak mintak kerja kat sana laa tu konon nya. hahaha




7. Saya Jadikan Blog Sebagai hobi.

ingat lagi time isi borang sekolah dulu, ada form yang perlu budak - budak Tingakatan 6 isi. kemudian ada tulis hobi di situ, saya dengan selamba badaknya tulis hobi saya ialah blogging. hehehe. kalau cikgu aku baca, mesti dia cakap aku baget nak menunjuk - nunjuk yang aku ni blogger. hehehe. sori cikgu. saya tahu cikgu selalu skodeng blog saya dulu. tapi saya tak kisah. sebab dah hobi saya berblogging, nak buat macam mana yee. blog sebagai hobi??? bermanfaat gila hobi macam ni sebab saya dapat membaca, dapat ilmu, dapat berfesyen, dapat gelak, dapat nangis dan banyak lagi lah..











okey, cukup lah sampai 7. kawan - kawan 5 serangkai saya dah bebel tanya kenapa saya tak update lagi. jangan marah yee kawan - kawan. muka penat baru balik kerja tu, tenungan menagih simpati untuk korang maafkan saya. hehehe.




reason - reason kenapa aku berblogging seperti di atas. tapi lain blogger lain pendapatnya. apa kata korang ambil tahu pula kawan - kawan 5 serangkai saya, kenapa dia berblogging.
Geng - geng 5 Serangkai *pandai - pandai aku je buat nama 5 serangkai. hahaha..
  1. Blogger Johari Hamzah
  2. Blogger ZackEntry
  3. Blogger ZulSyamin
  4. Blogger Zt-Zati
  5. Blogger Nushaliza / Liez kusut


yeay! complete : )
thanks for readings yaa (^___^)

Saturday, January 15, 2011

Mewarnakan Rambut Semudah Memakai Shampoo



                                                                                
HELLO HELLO.. (intonasi bunyi seperti lagu HELLO dalam drama korea iaitu MARRY ME, MARRY). semenjak dua menjak tiga empat menjak ni kan, aku semakin malas nak update entri. tiap - tiap hari buka blog tapi dok blogwalking blog orang lain. blog sendiri pula terbengkalai. hari itu member aku tanya "baru warnakan rambut ke?". aku jawab " tak de lah, dah lama. ko je yang dah lama tak jumpa aku". kemudian dia tanya lagi satu soalan kat aku, "ko warnakan rambut kat kedai mana? mahal tak?". *Sila baca sampai habis entry ini jika anda juga berminat untuk mewarnakan rambut walaupun mempunyai modal yang sedikit.dan jawapan aku adalah seperti di bawah..


Saya mewarnakan rambut saya dengan sendirinya. yee, saya sendiri yang meletakan ubat pewarna rambut di atas rambut saya tanpa memerlukan bantuan orang lain. caranya mudah sahaja, ini kerana saya mewarnakan rambut saya menggunakan Bubble Hair Colour daripada product LIESE. *nama product ni sama seperti nama saya kalau disebut "LIEZ". Ngeh ngeh. mudah sahaja mewarnakan rambut menggunakan bubble hair colour kerana cara penggunaannya seperti kita memakai shampoo sahaja.




          Easy as One, Two, Three     



1. Pertama sekali ialah anda perlu beli Hair Bubble Colour, kalau tak macma mana nak  warnakan rambut. harga bagi setiap satu kotak ini hanya lah RM 30++ dan tidak sampai RM 40.00. murah kan? sebelum mewarnakan rambut, saya ada juga buat survey di saloon - saloon berapa harga mewarnakan rambut kalau rambut  panjangnya medium. semua memberikan jawapan yang sama iaitu RM 100. see? dengan mewarnakan rambut saya sendiri, saya telah jimat RM 60. lepas buat bayar broadband saya. hehehe..                                  
 
 
 



2. Okey, kedua ialah pilihan warna Bubble Hair Colour. saya memilih warna Milk Tea Brown. jangan memilih warna mengikut citarasa orang lain. maksud saya ialah, anda memilihnya mengikut warna kulit anda, potongan rambut anda, personaliti anda dan bersesuaian di semua tempat, bukannya bila nampak sahaja artis / kawan - kawan mewarnakan rambut ,  anda juga ingin mewarnakan yang mempunyai warna yang sama sepertinya.ini adalah kerana setiap orang akan mendapat warna yang berbeza walaupun membeli pewarna rambut yang sama warnanya.




3. Pastikan anda memang ingin mewarnakan rambut anda ketika itu kerana ubat pewarana rambut itu tidak boleh di simpan. apabila bahan kimia di biarkan terlalu lama di dalam botol yang mengandungi udara, ia boleh menyebabkan letupan kecil. *senang cakap, botol tu meletup laa. okey, apa yang perlu anda buat ialah buka penutup botol yang bewarna pink dan tukarkan nya dengan penutup bewarna putih. kemudian goncongkan botol itu perlahan - lahan.ulangi arahan itu sebnyak 5 kali. setelah itu, anda perlu menukarkan penutup botal bewarna putih itu kepada yang bewarna pink.


di ingat kan : tidak boleh menggoncang boyol itu terlalu kuat kerana bubble akan tersekat di dalam botol dan bubble itu tidak boleh di picit keluar.





4. langkah seterusnya ialah picit botol itu sehingga bubble keluar dari botol tersebut dan letakan bubble itu di rambut anda. nota : anda perlulah memakai sarung tangan. dan bubble itu perlu di letakan di tangan anda kemudian baru lah sapukan nya di rambut anda.

pada mulanya bubble itu tidak kelihatan dirambut anda kerana bubble telah di serap oleh rambut anda. so, sapukan bubble itu berulang kali sehingga ia kelihatan di seluruh rambut anda.







5. sapukan bubble itu daripada akar rambut hingga ke hujung rambut anda di kiri dan kanan. lebih senang kalau anda membuat belahan rambut di tengah - tengah kerana ia akan memudah kan anda menyapu bubble di rambut anda. jangan memicit botol itu di ata kepala anda kerana bubble itu akan termasuk di dalam mata anda.



6. setelah selesai menyapu bubble di seluruh rambut anda, biar kan sehingga 30 minutes. *saya biarkan sehingga 1 jam. hahaha. dalam masa menuggu 30 minutes, anda boleh massage rambut anda tu yee.


Setelah 30 minute, anda boleh mencuci rambut anda dengan air bersih. setelah itu, sapukan shampoo dan conditioner di rambut. cuci kembali rambut anda. perkara terakhir ialah, sapukan Nourishing Hair Lotion di rambut. ia boleh digunakan ketika rambut sedang basah mahupun kering. 



RESULT : Anda akan mendapat warna rambut yang di inginkan. tak percaya? sila lihat gambar di bawah ini.

model di atas ialah diri sendiri (nurshaliza binti jumri). hehehe. dah lama tak tayang muka kat blog.



note: selamat mencuba yee : )



Monday, January 10, 2011

NEW HEADER I HANDMADE I 1ST TIME


Hi semua. hari ini mood saya sangat rajin untuk update blog. ngeh ngeh. jangan ingatkan aku tentang AJL 25 untuk entri ini, kerana aku sedang frust menonggeng FT tak menang. it's okey laa. persembahan terbaik pon ok what and dah memang rezeki Ana Rafali menang AJL 25. ok, entri ini bukan mengenai AJL kerana aku pasti ramai blogger buat entri mengenai AJL. so, mesti korang boring kan baca entri yang hampir lebih kurang sama je. 



Ada 3 perkara aku nak bagitahu korang kenapa tajuk entri aku ada 3. pertama ialah, header baru. uuuiittt. jeling - jelinglah header aku kat atas tu. hehehe. blushing lak! yee, header aku tak sekemas dan sehot header blog korang but i'm proud to my self. sebab header tu aku buat sendiri. 

kedua ialah handmake. hehehe. ingat makanan apa nak handmade laa. idea nak buat header sendiri timbul bila aku dah rasa bosan dengan header lama dan nak save budget. hahaha.  saya bukan kedekut okey tapi saveing. lagi pun, jeles laa tengok orang lain asyik tukar header je tiap - tiap bulan. dengan rasa penuh berkeyakinan dan berkebolehan, maka pagi - pagi buta lagi aku dah download adobe photo dan photoscape. setelah mengdownload minatang-minatang software tu, aku pon cuba untuk buat header sendiri untuk pertama kalinyaa. sebelum ni buat muka tak malu kat kawan - kawan untuk buatkan header blog. 



ketiga ialah 1st time aku buat header sendiri. act, tak de lah susah sangat. berterima kasih sangat - sangat kepada mereka yang membuat tutorial untuk buat header. siapa blogger tersebut?? aku just googles je, dah keluar list - list blog yang buat tutorial berkaitan dengan header. yee, header aku agak Messy dan boring tapi korang perlu ingat itu adalah hasil kerja aku yang pertama dalam membuat header tanpa bantuan otang lain, pertama kali mengunakan adobe photo dan hasil kerja 1hari je. kalau bagi sebulan ni, mesti the boom laa header blog aku. *bukan ayat meninggi diri tapi ayat untuk sentiasa bersemangat waja dan berjiwa kental. hehehe..


before


creadit to azreen




after

creadit by LiezKusut




so, apa pendapat korang semua yee?  ok tak header baru aku ni. ada nak tambah apa - apa tak? bagi laa idea sikit kat budak baru belajar ni.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails