Wednesday, October 27, 2010

Lelaki Tak Guna!

Wooho! Kenapa tajuk entri hari ini hot yee? Padahal cuaca kat luar macam nak hujan je, lagi lah sekarang ni musim jerebu. Hehehe. Tak de pape, saja je buat entri ni. Aku nak tahu perasaan jejaka – jejaka Malaya kita bila terbaca tajuk entri ni. Hahaha. *aku memang cari nahas, nanti ada lak yang datang nak pancung aku.

Mesti mamat kat luar sana cakap macam ini bila baca tajuk entri “Woit! Ikut sedap mulut ko je yee minah kusut masai & selekeh cakap kaum kami ni tak guna. Nanti kau kawin dengan lelaki (yang tadi kau gelarkan orang tidak berguna)”. Okey, memang aku akan berkahwin dengan insan yang berjantinakan lelaki. Tapi bukanlah lelaki yang tak guna macam haiwan mamat di dalam artikel di bawah ini. Sila baca untuk fahami entri ni.




  Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya. Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa ftarkan semula perkahwinan di sini.Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. “Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman saminya. “Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. “Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya. Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan"

See?? I told u right? Lelaki jenis ni mamang tak guna. Apa salah isterinya hingga di perlakukan sebegitu. Aku rasa suami dia ni kategori spesies syaitan kot. Sedangkan haiwan pon sayang isteri, anak dan familynya, inikan pula kita yang di kurnikan akal fikiran. Perbezaan antara manusia dan kejadian di muka bumi ini ialah akal. Haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran boleh melindungi dan membantu keluarganya tapi kita sebagai manusia sebaliknya pula. Apa guna di berikan akal tapi simpan buat perkasam sahaja. Akal yang tuhan kurniakan di salah gunakan. Kepada mamat di atas ni : kalau kau rasa ko nak botak kan kepala orang lebih baik bukak kedai botak kan kepala secara free. Dapat pahala lagi. Tak payah kau nak gunakan kepala isteri ko untuk kau membuat eksperimental. Dan kalau kau rasa kau nak kencing sesuka hati je, better kau jadi anjing je kot. Sebab kelakuan ko dah sama macam anjing gila. 

 


Semakin aku cuba fahami dan dekati sifat serta tingkah laku insan yang bergelar lelaki, aku semakin tak paham dan keliru jadinya. Aku dapati, ramai blogger lelaki buat entri berkaitan tindak tanduk tingkah laku kaum mereka terhadap wanita. Contohnya lelaki kalau marah perempuan bermaksud dorang sayang girlfriend atau isteri mereka. Dorang pukul bermaksud untuk menyedarkan kaum wanita. I think that’s bullshit! Bila nampak isteri / gf cakap dengan lelaki lain je, mula lah botak kan kepala kami dan letak putung rokok di badan kami, konon nya biar kita tak layan lelaki lain. Isteri masak tak sedap, bagi je air kencing kat muka isteri. Konon nya, next time isteri tak masak macam rasa kencing. Tapi bila nak lepaskan nafsu serakah kau tu, kau cari kami? Hey! Kami bukan nya hamba abdi atau banduan korang yee. Spesis jenis lelaki – lelaki macam ini, patut di hapuskan. Aku rasa cam nak smack down je dan tendang laju – laju lelaki dalam artikel tu. *mood aku semakin panas dan menyirap tahap volcano nak meletus! Aku benci lelaki di dalam artikel tu!!!


Sepatutnya anda sebagai suami perlulah menyayangi isteri, anak – anak dan family anda. Perlu bertanggungjawab memikul beban sebagai ketua keluarga dan boleh menyara hidup family anda. *tak kan lah tak de belajar time pergi kursus kahwen dulu. Bukannya bila korang mengalami masalah dan kengkangan hidup, korang melepaskan geram terhadap isteri dan anak atau pun gilrfirend anda. Tapi.. *ini korang kena highlight sikit bila baca. Tapi.. tak semua lelaki di dunia ini sama perangainya macam tingkahlaku mamat di atas ni. Golongan syaitan tu mungkin segelintir je atau mungkin sekecumit sahaja. Aku berharap golongan – golongan ini akan menyesaldan pulanglah ke pangkal jalan.


Aku pasti, masih ramai lagi lelaki – lelaki di Malaysia ni yang mempunyai ciri – ciri lelaki berkualiti seperti bertanggungjawab, beriman, bersaling hormat menghormati, jujur, dan semua yang positif lah.tak percaya yee kaum wanita? Okey, contoh lelaki yang boleh dijadikan stok suami ialah adziim ataupun dr love. Hehehe. Selain dia, ariff shah juga mempunyai cirri – ciri tersebut. Cubalah tengok dia layan fida aisyah. Kisah cerita cintanya juga penuh dengan romantika. Eh eh, ada lagi lah. Bro GTO, Ben dan Uncle juga seorang suami yang penyayang. Baca jelah entri nya, mesti korang dapat tahu kan. *tapi tak leh buat stok suami sebab mereka sudah married. Hehehe. Tapi aku suka stok suami yang punyai cirri – cirri seperti maher zain. Aaauuuuww!! Aku rela jadi isteri kedua atau ketiga dia. Dengar lagu for the rest of my life je dah buat aku melting. Hehehe.. *gedik sekejap!

 


Okey kembali serius. Act, aku dah siapkan banyak entri yang penuh dengan ilmu kat dalam draft ni. Tinggal post je. Wahai cik anonymous yang malu dengan nama sebenar serta encik pengkritik yang tidak pernah mendapat bayaran apabila mengkritik, sila comment entri ni yee.adakah entri ni zero, nothing, merepek,tayang muka je dan lain – lain.jangan lah diam sahaja.


Nota mulut : ben ashaari continue this entry.
tapi kali ini perempuan pula yang tak guna. click sini untuk baca!






18 comments:

  1. kepala lelaki tu masuk air barangkali..

    ReplyDelete
  2. Eh....ada nama aku.
    Terima kasih...gelaran Dr.Love tu macam tinggi benar martabat aku..pdahal aku cakap ayat "mahal" sikit2 je.
    :p

    ReplyDelete
  3. memang dah adat. nak mengutuk tu lagi bes dan sedap ditaip komennya. sabo je la dik. depa prihatin tu :)

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang ni banyak orang psiko.. tak kira la lelaki ke perempuan ke.. kadang2 pening kepala baca berita kat paper

    ReplyDelete
  5. memang ramai spesie lelaki tak gune nak wat camne..heheh..jgn marah arr laki.. :P

    ReplyDelete
  6. nasib cakap lelaki jenis ini. kalau cakap lelaki memang aku counter post, post ni. HAHAHA

    ReplyDelete
  7. Giler pe laki tu siap kencing kat muka isteri dia...
    Kalau lelaki camtu nak panggil tak guna.. i'm here with no objection agreed!
    mg rasa nak sepak terajang laki tu gak...
    dunia dunia.. haish..

    ReplyDelete
  8. nice entri, memperjuangkan hak wanita,

    tetapi kena harus cari stok lelaki seperti maher zain, sampai rela jadi isteri ke-2 dan ke-3.

    eceh saja cari point plak.. tapi tak kisah pun, yang penting cari lelaki yang beragama, yang mampu mebimbing ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  9. sebab itu perlu mengenali dengan lebih detail sifat pasangan korang...kalau boleh amik taw latar belakang..sejarah hidup...plus,ujian mental?hahahaha!

    ReplyDelete
  10. smpai skrg aku masi x faham kenapa masi wujud lelaki mcm gini.. sakit mental rasanya ya.. uhuhuh

    ReplyDelete
  11. aku lelaki tapi aku ade tmpat nak kencing.kencing di jamban yang betul,bukan di kepale orang..kalau dah kencing di kepale orang, nanti nak berak kat mane pulak.....gampang sangat perangai

    ReplyDelete
  12. 3/4 dr entri ni penuh kemarahan terhadap lelaki seperti artikel manakala 1/4 entri terakhir telah menyejukan kembali keadaan hehhe...entri yg bagus untuk menyedarkan para-para lelaki

    ReplyDelete
  13. sewaktu bercinta memang indah... dah kawin nant ntahla...

    ReplyDelete
  14. bukan sume laki xelok.. tp x sumenye elok2..yg penting sebelum kenal kena knal dlu btol2.. bru xmenyesal..heee

    ReplyDelete
  15. Perempuan tu sepatutnya dari awal kencing kat makanan lelaki tu, biar dia rasa sikit. Wooh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails