Showing posts with label cuci mata. Show all posts
Showing posts with label cuci mata. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

'I'm Falling In Love' - Cikgu Shida

Salam satu Malaysia dan selamat malam semua : )   Entri lepas aku dah post MV 'I'm Falling In Love' by Dato' Siti Nurhaliza kan tapi kali ini jom kita layan MV yang telah di edit iaitu 'I'm Falling In Love' by Cikgu Shida. Sumpah lawak! mak aku ketawa guling - guling tengok MV ni. hehehe.

 
Enjoy it!

Sunday, September 25, 2011

Monyet Berubah Menjadi Gadis Comel


Happy Stripe Way Advertisment 

haluuuuww.. jom kawan - kawan layan video di atas. tengah syok - syok tengok tutorial make up dari tsubasa (model japan), aku tejumpa video advertisment utk chewing gum. lagu tema utk advertisment ni pon cumel. sungguh - sungguh cumel. enjoy watching this video : )

Sunday, August 21, 2011

Hari Ini Aku Telah Membuang Masa Selama 5 Minit 16 Saat


Jam menunjuk kan pukul 3.00 pagi. Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan bersahur. Oleh kerana mata ini tidak boleh lelap, maka aku pun online lah facebook, blog dan sambil menonton cerita "CITY HUNTER". Sudah berejam berjam - jam dok melayan cerita korea, tiba masanya untuk aku facebooking dan blogwalking. Tengah syok mengusha profile abang tenbam kacak, tiba – tiba hati aku tegerak untuk tengok satu clip video. Jari aku bagaikan terkena magnetic dengan pantasnya terus click play. Hati meronta – ronta ingin tahu kenapa terlalu ramai orang memberikan comment negative terhadap video tersebut.

Di bulan ramadhan ini, aku cuba untuk memperbetulkan diri aku dengan cara tidak cepat melatah dan mengutuk orang. Tapi kadang – kala aku binggung terhadap spesis – spesis tersebut kenapa mereka ingin diri mereka dikutuk. Mungkin kerana ingin mencari perhatian dan mengejar keglamaouran. Ok, berbalik pada topic kita tadi iaitu mengenai MV kumpulan terbaru Malaysia yang mengelarkan diri mereka artis M-POP (K-POP Wannabe). Aku merasa sangat berbangga kepada mereka (sebelum menonton MV tersebut), kerana mereka mempunya bakat seperti itu. Siapa tahu satu hari nanti dorang boleh lawan kumpulan Big Bang, 2 PM, FT Island.



            
MAX 24.7; CINTA 247 official video..

likes, 2,966 dislikes this video


OhEmmGeee! Baru minit ke tiga aku dah rasa nak muntah. Aku hampir – hampir terbatal puasa. Huhuhu. Nasib baik sempat kawal. Sorry to say lah guy, MV anda sangat teruk lah. Aku harap MV tu tak tersebar sampai korea. Kalau tak, macam mana aku nak tutup muka aku bila berjumpa dengan SuJu (Super Junior Nanti). Please do something lah siapa – siapa yang bertanggungjawab atau yang terlibat dalam MV ni. Aku bukanlah hebat mana, tapi aku rasa banyak kekurangan dalam MV ni. Antaranya ialah : -


1- Terlalu banyak wanita, annoying gila ok.
2- Tarian tu memang perlu – perlu sangat practice lagi. Aku rasa korang kena belajar selama 2 tahun, then baru buat comeback balik macam orang korea buat tu.
3- Choreographer MV ni kena tukar. Ntah apa – apa step je yang korang bagi kat dak – dak ni. Nampak messy gila lah. Step macam zaman 80-an je.
4- Aku tak pasti sama ada semua ahli kumpulan ni memang tak de talent atau segelintir sahaja. Aku harap, yang tiada talent dalam nyanyian tu boleh angkat kaki lah. Suara semua macam ke laut je. Pergi belajar vocal dulu yee abang – abang semua.
5- Lagu dan liriknya macam lagu dari planet lain lah. Susah gila nak ingat.. 
6-And very importance things ialah tolong tukar itu van yee. Van tu Nampak macam jual ice- cream lah der.
7- Jangan marah saya kerana memberi kritikan sebegini yee kerana ada 2,713 comment yang lagi teruk dan lagi hot dari ini.


note : please make Malaysia Proud lah!

Thursday, June 16, 2011

Episod Terakhir Nora Elena


haluu..apa khabar semua. okey, ini short entri. tak perlu nak harapkan entri yang panjang lebar dari aku.sekarang ini sangat bz dengan kerja dan hal - hal yang berkaitan.oh, aku bukan #retis yee. back to the story, sekarang ni satu malaysia, brunei & singapura hangat diperkatakan tentang cerita nora elena. cerita yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci ini, sangat - sangat lah mendapat sambutan, terutamanya para pelakon cerita ini. hampir semua wanita malaysia buat status pasal lelaki idaman malaya sekarang ini ialah si SETAN Seth Tan (Aaron Aziz) dan akan merejam mengutuk gila - gila babun laa dengan perangai physco si Yvone tu (Wan Sharmila). tak lupa juga dengan lelaki - lelaki di malaysia ni yang tergila - gilakan si nora elena. MR D selalu cakap Siti Saleha ni cantik. eeerrggggh! ok, aku tak secantik dia. tapi hati kami lebih kurang kot. cewah! hahaha..

wahai makcik - makcik, pakcik - pakcik, wanita - wanita, jejaka - jejaka dan adik - adik sekalian, dengarlah sebaik - baiknya apa yang ingin saya wasiatkan.. hahaha. Hari ini adalah hari terakhir cerita Nora Elena.so, make sure anda semua jangan lupa tengok hari ini yee. tapi pada yang terlepas, anda boleh saksikan di laman gua.com atau pun youtube.

more info, please click here


Last Episod: 24 episod
Date : 16th june 2011
Day : Thursday
Time : 7.00 pm - 8.00 pm


Mr. ____ , hari ini i tak nak OT yee. i nak spend time dgn Seth Tan : )



hujan lebat sekarang ni, tak dapat tengok bulan gerhana!

Saturday, June 4, 2011

SHINee's ring ding dong teletubbies style ^^

salam. malam - malam macam ni bosan lak. nak tidur tapi mata ni tak boleh nak lelap pula. oleh kerana tak tahu nak buat apa, aku pon ber"you-tube" laa. hehehe. tiba - tiba terjumpa video ni. rasa macam cumel dan best pula. benda yang cute kena share bukan? so, enjoy watching this video ok!




       

i teletubbies




boleh jalan laa sama M-POP

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day Dan Beard Papa di JB

 
 ni hao? wo pun hen hao. beberapa mingu ni tak berapa sihat lah. sindrom gastrik dah kembali menyerang sebab tu asyik MC je. huhuhu. tapi kini alhamdulillah sudah hampir pulih laa.doa kan saya cepat - cepat sembuh yee. btw, sebelum terlupa aku ingin mengucapkan Happy Wesak Day kepada semua rakyat malaysia yang menyambutnya. kepada yang tidak menyambut perayaan itu selamat bermalas - malasan di rumah dan berjalan sakan hingga penat yee (^____^)  . hari cuti dan hujan - hujan seperti ini, kan syiook dapat makan something.. betul tak? ewah! padahal mak aku dah warning dah kena jaga makan. 


okey, muka kena serius dulu ketika mencari tempat makan yang menarik. hahaha. maaf saya kena betulkan cermin mata saya kerana saya berada dalam situasi yang agak sukar. amat sukar untuk memilih tempat makan yang best di JB ni. hehehe.meletakkan satu jari di cermin mata menandakan saya sudah tahu nak ajak korang makan kat mana. cecita - cecita kat mana? nak tahu kat mana yee? jum usha jum usha pix di bawah.



BEARD PAPA JB
kepada orang JB, jangan meraung yee bila tengok Cik Epal menternak lemak dia di Bear Papa T___T kerana di Johor bahru pun sudah ada. jom orang johor kita serbu reramai lepas ini.apa yang menarik sangat kat papa janggut ni? dah tentu laa kerana janggutnya rotinya. 


hujan - hujan macam ni memang syiioook kalau pekena roti dengan hot chocolate. perghh! memang mengancam lah kan. okok, aku faham korang exited nak tengok rupa roti ni macam mana kan? sila scroll kebawah untuk si kuat makan. hahaha. act, ada macam - macam rupa dan bentuk roti yang dijual di situ tapi aku tak sempat nak take pix sebab aku dah ngap dulu. hehehe..





cream dia memang terbaik dari ladang lah. sangat - sangat soft dan rasa macam ice - cream. sekali makan, empatpuluhempat kali nak lagi. hehehe. antara flavour lain yang dijual selain chocolate ialah vanilla, durian, manggo dan lain - lain lagi. nak tahu lebih lanjut try lah makan. huhuhu.



 
muahahaha. muka aku macam baget je tengok makan ni. sedap ke tak sedap yee?


 bismillahirahmanirohim.. *baca doa makan* ya allah, sumpah sedap. dah gigit sekali nak gigit berkali - kali pula. hehehe.


 bagi zoom sikit. yeah! terbaik laa. hehehe. sila jeles yee.



LOKASI : TINGKAT BAWAH CS, JB.
HARI : ISNIN - AHAD
WAKTU : DARI CS BUKAK HINGGA CS TUTUP.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails