Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Ezani Juara Master Chef Malaysia yang Pertama


MasterChef Malaysia Santapan Penamat

Ezani Farhana Binti Md Monoto telah  dinobatkan gelaran Masterchef Malaysia yang pertama sekaligus menjuarai hadiah bernilai RM100,000 dan menerbitkan buku masakan sendiri. Dengan tema “The Meal Of Your Life”, 2 peserta teratas iaitu Ezani dan Wahidan harus merekacipta menu dan resipi masing-masing untuk dihidangkan kepada 40 tetamu yang hadir. 2 peserta teratas ini juga turut dibantu oleh 10 peserta yang pernah tersingkir iaitu Deena, Zamir, Ary, Shahriah, Danial, Amita, Felix, Brian, Azilah dan Imelda. 

Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Umur: 26 Tahun
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both


Kehebatan ibunya memasak pelbagai jenis masakan untuk dihidangkan kepada keluarga dan rakan-rakan sangat dikagumi oleh Ezani, meletakkan ibunya sebagai sumber inspirasi untuk memasak. Sedari kecil, Ezani sentiasa melihat ibunya memasak bermacam-macam jenis masakan. 

Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar! 

Melihat keghairahan Chef Wan dan Jamie Oliver dalam pembikinan apa jua jenis masakan di kaca TV amat dikagumi oleh Ezani. Ini menjadikan mereka sebagai chef kegemaran Ezani. Masakan segar dan sihat yang disediakan oleh kedua-dua chef ini juga membakar lagi semangat Ezani berusaha lebih lagi untuk mendalami bidang masakan. 

Walaupun belum berkahwin, Ezani ingin sekali memasak untuk suami dan anak-anak yang disifatkannya sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya nanti. Di manakah akan dicurahkan sepenuh kasih sayangnya kalau tidak kepada keluarga tercinta. 

Menguruskan perniagaan katering sendiri merupakan impian Ezani yang masih belum tercapai. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi.

Monday, March 28, 2011

CONTEST LALALOVY #3


mood sekarang adalah mood nak join semua contest. hehehe. mana tahu rezeki aku untuk menang. dah lah sekarang tengah pokai. ngeh ngeh.. contest kali ni dari owner blog yang lepas. tapi contest yang ini ialah contest natural.


syarat - syarat contest ni : -

1) Write the title " CONTEST LALALOVY #3 " because there are 4 type of contest. So, it will be easy for me to categorize it.

2) Show me a picture of you . A natural beauty or a picture of you as you just woke up. Gambar baru bangun tidur gitu ! 

3) And tell me what did you do after woke up from sleep. Bagi tips la kan sikit !   

4)    Don’t forget to put the banner and link ke blog Lalalovy and tag 3 blogger.







hahaha. muka busuk je kan.. tapi nampak natural kan. tengok pix tu, aku dengan pyjamas lagi. bangun pagi je terus try scaf rambut yang aku beli malam sebelum ambil gambar. kunon nya nak nampak cute dengan scaf tersebut tapi nampak bucuk lak. hahaha.. ok, aku ada sedikit petua untuk nampak awek muda. aku jarang pon amalkan petua ni sebab selalu terlupa je nak buat. hehehe.


Awet Muda 
- Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
- Amalkan setiap hari urutan ini.



saya tag semua FOLLOWER saya.. cepat buat!

Sunday, March 27, 2011

CONTEST LALALOVY #4


Syarat - syaratnya:


1) Write the title “ CONTEST LALALOVY #4 “.As you know, i made 4 types of contest so it is easy for me to categorize.


2) Show me a picture of you with your lovers. Candid, romantic or even photoshoot pictures.


3) Then, tell me about your similarities with him.
Haa! Ada tak ??


4) Don’t forget to put the banner and link ke blog Lalalovy and tag 3 bloggers!


okey, here we go.. sila tahan kentut dan terkincit anda setelah melihat pix di bawah yee..
 

saya tak tahu gambar dia atas ni dalam kategori apa? walaupun muka aku agak selebet time ni but i love this moment. sweet sangat taw. sanggup datang menziarahi aku di kem. hehehe. dia dengan family aku boleh kelentong aku, dorang ckp MR D tak dapat datang sebab ada hal tak dapat di elak kan. aku buat steady je, bila letak je telefon terus terkeluar air mata. bila time open day, dia datang dengan family aku. siap naik satu kereta lagi. then dia hadiah kan aku chocolate yang agak banyak, bear dengan sedikit duit untuk buat duit top up. sweet kan : ) hehehe..
  
aku + dia = sama
  1. sama bulan & sama tahun birthday. saya 18/12/1990, MR D 28/12/1990
  2. kami satu sekolah
  3. sama negeri
  4. muka kami nampak agak berlagak. *dulu ada orang gelar kan kami "couple baget" hahaha
  5. dan yang paling penting, kita sama - sama sayang - menyayangi. ngeh ngeh.

thanks to    kerana mentag saya yee. tapi saya tak nak 3 orang, saya nak tag semua follower saya & blogger yang membaca entri ni. selamat mencuba : )

Sunday, February 27, 2011

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?"

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?" adalah tajuk yang diberi oleh MelRomeo untuk 5 blogger bertuah untuk join segmen Sharing Entri. macam mana nak join Sharing Entri ni? korang kena jadi orang pertama comment di post Sharing Entri. Nak cari kat mana post Sharing Entri tu? Senang sahaja , korang kena join group Blogger Chat. then beramah - mesra laa dengan blogger yang lain. act, kami berlima iaitu Jo, Zack, Zul, dan ZT dah berjanji untuk post entri "BC | Kenapa Saya Berblogging ?" hari sabtu dalam pukul 3 atau 4 petang. tapi oleh kerana kekangan masa *padahal merayap lepas balik kerja tadi, aku terpaksa post entri ni malam. sori yee kawan - kawan, saya janji tak buat lagi. lepas ni nanti saya upah ice - cream Baskin Robins calong yang satu RM 1 tu yee. hehehe. wo hembau ci : (






okey, back to the tittle. Kenapa Saya Berblogging?

1. Saya Suka Baca Blog Orang Lain.

Saya berblogging pada mulanya adalah kerana saya suka baca blog orang lain. hehehe. blog pertama sekali yang saya baca ialah.. erm, sebenarnya saya pon tak ingat blog apa yang saya baca. apa yang saya ingat ialah blog itu bernama Khai. keesokannya, saya mula mengoogle blog lelaki yang bernama Khai. bermula dari hari itu setiap hari aku akan baca blog JustKhai dan The Other Khairul. setelah beberapa bulan baca blog mereka, aku pun mula berazam untuk buat blog sebab aku rasa blogger ni cool. so, start dari situ laa aku mula liar berjinak - jinak dalam blogsphere ni. thanks to them kerana banyak memberi saya tunjuk ajar. hehehe





2. Saya Ingin Bersuara / Memberi pendapat.

tahukah anda bahawa cik shaliza ni suka sangat bercakap tapi oleh kerana pada waktu dulu saya tak ramai kawan, maka saya mula bersuara menggunakan blog. memang best gila bila ada orang memberi reponse apa yang kita katakan. bukannya selalu orang akan setuju dengan apa yang kita katakan, ada juga kritikan yang diterima. saya tak kisah mendapat kritikan daripada orang lain kerana dengan kritikan itulah saya akan menjadi semakin maju kehadapan dan menyedarkan diri kita bahawa apa yang kita suarakan itu tak semestinya betul.





3. Saya Jadikan Blog Ini Sebagai Diari.

setelah sibuk ikut orang lain buat blog, kemudian sibuk nak bagi pendapat dan dah tak tahu nak taip apa kat blog, saya akan taip apa - apa sahaja perkara yang saya rasa saya nak post kat blog. contohnya, saya akan cerita kat blog saya apa yang saya lakukan pada hari itu. saya juga akan beritahu status saya ketika itu, contohnya macam tengah marah, frust, happy dan lain - lain lagi.





4. Saya Suka Berkongsi.

sharing is caring right? so, apa salahnya kalau saya berkongsi dengan orang lain kan. saya happy sangat kalau apa yang saya kongsikan tu, orang turut melakukan nya dan memberikan ucapan terima kasih. pergh! sumpah terharu kalau membacanya. antara perkara - perkara yang saya akan kongsi dengan blogger, follower dan rakan - rakan yang lain ialah tempat makan yang menarik, tempat shooping yang murah, port melepak yang best dan lain - lain lagi laa. saya juga akan berkongsi tips - tips yang menarik, yang mungkin boleh diguna pakai kepada korang.






5. Saya Ingin Menambah Kawan.

cerita sedih ni, dulu time sekolah rendah saya tak ramai kawan kerana saya tak cantik, selekeh, gemuk dan Nerd. Bila dah naik sekolah menengah rendah, saya tiada conffident untuk berkawan dengan orang lain sebab saya masih - masih bengang dengan penampilan saya. memang pemalu gila laa aku time dulu. hanya ada beberapa kawan sahaja. selepas tu, bila dah naik menengah atas pula ramai tak nak kawan dengan aku sebab mereka cakap aku ni sombong dan memilih kawan. sumpah aku tak memilih kawan. tak percaya, tanya kawan - kawan baik saya. saya seorang yang peramah okey. cuma saya ada masalah untuk memulakan perbualan dengan orang yang saya baru kenali. saya memang terbiasa dengan cara yang macam ini, ramai yang ingat saya cara saya ini cara budak sombong. ingat yee, don't judge a book by it's cover. alhamdulillah, setelah ada blog ini saya semakin ramai kawan dan masalah komunikasi saya semakin mudah saya buangkan dalam diri ini. hehehe. tapi kalau jumpa berdepan, saya memang tak boleh buangkan masalah untuk memulakan perbicaraan. harap dapat jumpa kawan - kawan blogger saya satu hari nanti.





6. Saya Nak Dapat Ganjaran.

pada mulanya saya buat blog ini hanya lah untuk bersuka - suka. tak nak serius sangat nanti kena banned / kena masuk penjara pula. hehehe. tapi bila ramai bloger kata boleh jana pendapatan melalui blog, maka aku dengan gatalnya pon join laa company iklan terkemuka di alam maya. Nuffnang laa. Nuffnang memang terbaik laa! Nuffnang selalu bagi iklan yang berbayar di blog aku ni. selalu dapat BE yang banyak. syiioookkk gila. see, dengan bermodalkan computer / lappy dan internet, korang boleh dapat duit. best kan. kepada newbie : betul.. kami tak tipu anda. jom lah masuk Nuffnang, banyak kebaikan yang ada akan terima *dah macam kerja kat NN je ayat aku ni, nak mintak kerja kat sana laa tu konon nya. hahaha




7. Saya Jadikan Blog Sebagai hobi.

ingat lagi time isi borang sekolah dulu, ada form yang perlu budak - budak Tingakatan 6 isi. kemudian ada tulis hobi di situ, saya dengan selamba badaknya tulis hobi saya ialah blogging. hehehe. kalau cikgu aku baca, mesti dia cakap aku baget nak menunjuk - nunjuk yang aku ni blogger. hehehe. sori cikgu. saya tahu cikgu selalu skodeng blog saya dulu. tapi saya tak kisah. sebab dah hobi saya berblogging, nak buat macam mana yee. blog sebagai hobi??? bermanfaat gila hobi macam ni sebab saya dapat membaca, dapat ilmu, dapat berfesyen, dapat gelak, dapat nangis dan banyak lagi lah..











okey, cukup lah sampai 7. kawan - kawan 5 serangkai saya dah bebel tanya kenapa saya tak update lagi. jangan marah yee kawan - kawan. muka penat baru balik kerja tu, tenungan menagih simpati untuk korang maafkan saya. hehehe.




reason - reason kenapa aku berblogging seperti di atas. tapi lain blogger lain pendapatnya. apa kata korang ambil tahu pula kawan - kawan 5 serangkai saya, kenapa dia berblogging.
Geng - geng 5 Serangkai *pandai - pandai aku je buat nama 5 serangkai. hahaha..
  1. Blogger Johari Hamzah
  2. Blogger ZackEntry
  3. Blogger ZulSyamin
  4. Blogger Zt-Zati
  5. Blogger Nushaliza / Liez kusut


yeay! complete : )
thanks for readings yaa (^___^)

Tuesday, December 28, 2010

PEACE CONTEST


hello. entri kali ini sangat pendek dan saya malas nak type panjang - panjang. ini adalah entri contest. so, aku copy & paste je dr blog owner yang menganjurkan contest tersebut.

PEACE CONTEST




Inilah pix peace liezkusut. nama peace ini ialah peace separuh kepala. hahaha.




1. mcm biase la. follow la belog ini. kalo tak follow pon takpe. tp tertinggal berita terkini hiburan tersangsi jgn mara! kalo follow, lain kali korg buat contest bole la i follow korg pulaks!
da follow.

2. mesti ade blog dan berstatus warganegara MALAYSIA.
(blogger only)
i'm MALAYSIAN.

3. letak banner contest ini di entry anda dan di sidebar berlink kan belog ini.
DONE!

4. tag kan kengkawan anda juga blogger seramai 3 org. atau 30 org. kah kah kah
I tag semua blgger yg follow i. ada 600 ++ blogger, sila msk contest ini!!

5. suda join tinggalkan komen anda pade entry ini supaye senang saye nak g kat belog anda. and tengok anda peace smbil peace balik kat anda!
check!

6. tarikh tutup pade 01 january 2011 okey.

7. hadiah? mystery gift from EZAN IDMA. jengjengjeng


Wednesday, December 22, 2010

Aku Menang Contest. YEAY!!



Salam .. OMG! Dah seminggu seyh aku tak update blog , syok je spiderman buat sawang kat sini. Erm.. aku andaikan blog aku ni macam rambut aku. Kalau aku selalu shampoo dan buat treatment rambut, maka ia akan kelihatan terurus dan sihat. Sama juga seperti blog, kalau tak selalu update blog ni, alamatnya blog ini akan “kusut” seperti owner blognya. Hehehe. Yup! Kusut macam aku – NURSHALIZA  JUMRI. But I loooiikkkeee messy style! Okey, tujuan aku update entri ni bukanlah kerana nak membincangkan isu messy style tapi aku nak bercerita tentang style pakaian tradisional.



Inilah perenggan entri yang aku paling suka sekali antara entri – entri aku yang lain. Nak tahu kenapa? Okey , pada yang rabun tu sila pakai speck atau pun contact lens keran ayat berikutnya ini akan membuatkan mata anda tidak berkelip – kelip serta merasa sangat jealous. Hehehe..  Bulan lepas aku ada join satu contest iaitu contest pakaian tradisional di blog. Dulu time masuk contest pakaian tradisional kat FMM, aku kalah teruk. Aku tak pasti kenapa si juara boleh mendapat gelaran juara serta mendapat rm 1000. Korang boleh tekan sini untuk tengok muka si juara tersebut. 

Okey, dah baca entri tu yee? Terima kasih kerana click. Oleh kerana nak mencuba nasib, maka aku pon joinlah contest tu. Beriya – iya gila aku buat entri tentang contest tu. Oleh kerana nak masuk dalam top 10, aku harus letak seberapa banyak gambar pakaian tradisional yang pernah  aku pakaikan. Hehehe. (Gila tamak ini perempuan!) Bukan itu sahaja, aku juga telah mentag semua followers dan bloggers untuk join contest pakaian tradisional ni. Hehehe. Dan setelah beberapa minggu tak online, aku mendapati aku berjaya ke top 10 dan sekaligus mendapat gelaran juara!!! Yeah! That’s mean aku mendapat no 1 dalam contest ni. Gembira gila bila dapat tahu perkara tu.



ini lah rupa pemenangnya. amacam? kawaii tak? hahaha


Aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada hafidzah hafiz dan familynya kerana memilih aku sebagai pemenang contest tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga telah memberikan RM 70 kepada aku. Hehehe. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, bagai pokai di tgh bln, wang pon datang.  (Apa punya peribahasa laa kan). Dulu time masuk contest bro eriqaz dapat top 10 jugak tapi tak dapat no 4 je. Dapat lah jugak kad top up free. Hehehe. Selepas ini aku lebih gigih untuk masuk contest – contest lain. Yeay! Aja – aja fighting!



saya nak jd budak kecik cam dorang jugak. ngeh ngeh..



Tuesday, October 19, 2010

"Pakaian Tradisional The Contest"

Elow. Assalamualaikum & salam 1 malaysia. Ececewah aku ni, dah macam pembaca berita lak kan. Hahaha. Tapi kalau betul – betul jadi pembaca berita ok gak. Dah lah company aku sekarang tengah terumbang ambing. *bosan lah penonton semua sebab terpaksa tengok muka pembaca berita yang tak berapa nak siuman. Ngeh ngeh.




Hari ni rasa semangat gila. semangat gila buat blogwalking kat blog orang lain. Tapi harap maaf lah yee, aku tak sempat nak comment. Masa sangat mencemburi aku. Hahaha. Tengah aku syok – syok buat blogwalking, aku terjumpa satu entri yang menarik kat blog tu. Entri dia pasal contest Pakaian Tradisional. Rasa macam terpanggil- panggil lak nak buat entri pasal contest tu walaupun aku tak di tag. Yee la, mana lah taw aku ada rezeki untuk menang contest tu. *tak menang ratu pakaian tradisional kat FMM, menang kat blog pon jadi lah. Hahaha. Tinggi betul angan – angan aku tu.


Okey, jom layan pix aku pakai pakaian tradisional.


Pakaian pertama : baju kurung




Pakaian kedua : kebaya nyonya

 
 
 Pakaian ketiga : cheongsam





Pakaian keempat : han - bok




kelima : kebaya moden.



 
tag : kepada semua yang followers aku.

Kalau korang berminat nak join contest ni, korang kena baca syarat – syarat di bawah ini dulu yee.

  1. Mesti menjadi follower Hafidzah Hafidz
  2. mesti gambar uolss sendiri..hak milik sendirian berhad
  3. Mesti posing baek punye..
  4. Buat entry pasal contest nih
  5. Letak + linkkan banner contest nih kat sidebar
  6. Mesti buat entry tajuk "Pakaian Tradisional The Contest"
  7. linkkan entry post
  8. Tag minimum 2 orang atau lebih



fieza 1


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/

muke owner.


Tarikh tutup 27.10.2010..


Hadiah topup RM 60.."ape? guna line prabayar? tak maen la topup2 nih"..hehe..oooo, tu tak de masalah, owner akan tuko nilai topup tadi dalam bentuk wang ringgit, kemudian bank in dalam akaun pemenang contest nih..


Bagus kerana membaca nya. Jom lah join contest ni beramai-ramai. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sokong contest – contest seperti ini. Kalau bukan kita, siapa lagi. Tak kisah lah apa bangsa, agama dan kaum korang boleh je masuk. Pakaian korang tu pon bukan nya tertakluk untuk kaum korang je, malah korang boleh pakai baju tradisional negara lain. Best kan?? Selamat mencuba. *kalau korang menang, jangan lupa 50% bagi aku. Hahaha. Penat tu aku promot kat korang. Ngeh ngeh.. K lah, aku dah nak chow ni. Daa.. wish me luck yaa! Aja – aja fighting!














 


Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya


hai semua. ini ialah entri contest berserta tags. aku terpaksa buat entri ini sebab kalau aku tak buat, bro Jo akan putus kawan dengan aku. melampau kan dia ni? huhuhu.. erm, aku rasa contest yang bro GTO ni buat sangat laa cute dan best. kenapa contest ni cute dan best? sebab nya contest ini untuk anak nya, alisya.



cute kan alisya ni? geram gila amoi tengok. rasa nak picit-picit je pipi dia yang gebu tu. hehehe. :)


22hb Jun 2010 nanti, genaplah setahun umur Nurul Alisya Ilyani. sekarang ni Bro GTO dan isteri nya iaitu, Azwa tengah tercari-cari hadiah paling ideal yang mereka ingin berikan kepada baby Alisya mereka itu. setelah fikir punya fikir, maka amoi pon mendapat idea. tapi amoi tak tahu laa sama ada bro GTO ni suka ke tak. harap-harap dia suka dan boleh pertimbangkan hadiah ini untuk di berikan kepada baby alisya. hadiah nya ialah two in one ( 2 in 1).

HADIAH PERTAMA ialah..

eyriqazz dan azwa boleh menghadiah kan baby alisya BIRTHDAY PARTY untuk baby alisya. anda perlu laa menjemput rakan-rakan, saudara-mara, family, dan jiran tetangga untuk hadir ke bithday party alisha. dan pastikan mereka mempunyai anak kecil yang berumur 5 bulan hinggalah 11 tahun. party itu mestilah ada tema. contoh tema party itu ialah SHREK. so, tetamu yang hadir mestilah memakai baju atau kostum yang terdapat dalam cerita shreek. *ibu bapa tidak wajib, ia hanya lah untuk kanak-kanak sahaja. setelah selesai baby alisya memotong kek, majlis makan-makan dan sesi memberi hadiah (eriqazz dan isteri juga perlu memberi hadiah kepada baby alisya ketika itu. apa hadiah nya? hadiah ke dua elisya boleh di baca selepas perenggan ini ), eriqazz dan azwa perlu lah membawa baby elisya dan rakan-rakan nya ke satu bilik atau tempat kosong yang mempunyai sebuah TV. kemudian pasang kan DVD cerita shreek atau apa-apa sahaja cerita. saya suggest kan bilik itu di gelap kan lampu. best tak hadiah yang pertama ni? mesti gempak kalau eriqazz buat untuk baby alisya.



HADIAH KEDUA ialah..

SOFTWARE FOR BABIES. saya rasa eriqazz tak perlu nak bazir kan terlalu banyak wang, sebab yang lebih murah da ada di depan mata. maksud nya, tak perlu nak belikan lappy baru untuk baby elisya. sebab software ni boleh di pasang di apa-apa sahaja jenis PC, lappy dan MAC versi terbaru. saya cadang kan eriqazz beli software di http://www.giggles.net/




KENAPA perlu beri hadiah seperti itu??

hadiah PERTAMA :- baby alisya kan anak tunggal. so, mesti dia suka sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan dia ketika itu. dan maybe dia akan dapat kawan baru. bukan itu sahaja , A movie can be a great gift as well. Although babies don't have a very good attention span, they do make movies for them too. Baby Alisya will learned so much from watching a SHREK movie (or others) and who knew that your wife and you would end up knowing every song SHREK sang. Elmo is another great character and children love him as well.


hadiah KEDUA :- pelbagai benda yang baby alisya dapat pelajari dalam tu. dalam software tu ada mengajar shapes and colour, nussery ryhme, cerita, huruf dan macam-macam lagi laa. eriqazz tekan sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal software ni. kalau beli software ni, tak perlu laa nak beli buku, beli kad huruf, buku nombor dan banyak lagi. kat dalam ni pon ada game. game pelajaran. so, tahap iQ alisya mesti akan bertambah baik dan pandai lepas guna software ni.

3 orang blogger yang amoi nak tag ialah meniti senja, mai si anak gajah dan ery farieha.



act, banyak entri Bro GTO yang amoi suka. semua best-best. tapi yang paling amoi suka ialah Terimakasih Anonymous Most Malay Blogger Sucks??? . walaupun entri itu agak hot and spicy, tapi best!! hehehe.

sekian. harap, bro GTO dan wife pertimbangkan laa hadiah yang amoi suggest kan ni yee. :)

Wednesday, March 17, 2010

cik NUFF!

el0w! entry aku kali ini adl berkaitan dgn NUFFNANG. act, aku start b'bl0ging ny dr awal thn lps lg. tp guna NUFFNANG awal thn ny. bilew aku check earning aku, mak aiiii!!!! tak mcm ciput laa plak. aku dpt RM0.25 jewk tp drpd 31 jan 2010 hingga 6 februari 2010.

ny da bln march tp kenapa earning aku tak naik2?? kanapa hari tak bertukar2??? asyik2 bln jan-feb. busan!! aku kena buat sesuatu kew? atau biar kan shj?? tak phm eden! pdhal traffic aku menaik jewk tiap2 minggu. kpd yg berpengetahuan dlm hal ini atau tahu apa perlu aku buat, tlg explain kart AM0I KUSUT ny di ruangan cmmt yee..

pantun 2 kerat;

buah cempedak di luar pagar,

ambil galah tolong jolokan,

saya budak baru belajar,

kalau pandai tolong ajarkan..

Thursday, December 24, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.

aku tak pernah j0in mane2 c0ntest selama ny. ny 1st time k0wt! hehehe.


rase cam menarik lak c0ntest ny & da ramai yg j0in diz c0ntest. *jelez ny!


es0k da last day c0ntest ny. agak lemb gak r aku ny kan!!


http://thecamerajunkie.blogspot.com/2009/12/black-white-photography-contest.html

silew klik pix di ats utk ke bl0g tuan punye c0ntest ini yee! : ))



diz is my black & white pix.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails