Wednesday, October 27, 2010

Lelaki Tak Guna!

Wooho! Kenapa tajuk entri hari ini hot yee? Padahal cuaca kat luar macam nak hujan je, lagi lah sekarang ni musim jerebu. Hehehe. Tak de pape, saja je buat entri ni. Aku nak tahu perasaan jejaka – jejaka Malaya kita bila terbaca tajuk entri ni. Hahaha. *aku memang cari nahas, nanti ada lak yang datang nak pancung aku.

Mesti mamat kat luar sana cakap macam ini bila baca tajuk entri “Woit! Ikut sedap mulut ko je yee minah kusut masai & selekeh cakap kaum kami ni tak guna. Nanti kau kawin dengan lelaki (yang tadi kau gelarkan orang tidak berguna)”. Okey, memang aku akan berkahwin dengan insan yang berjantinakan lelaki. Tapi bukanlah lelaki yang tak guna macam haiwan mamat di dalam artikel di bawah ini. Sila baca untuk fahami entri ni.




  Kencing muka lafaz talak tiga

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya. Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa ftarkan semula perkahwinan di sini.Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. “Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman saminya. “Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. “Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya. Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan"

See?? I told u right? Lelaki jenis ni mamang tak guna. Apa salah isterinya hingga di perlakukan sebegitu. Aku rasa suami dia ni kategori spesies syaitan kot. Sedangkan haiwan pon sayang isteri, anak dan familynya, inikan pula kita yang di kurnikan akal fikiran. Perbezaan antara manusia dan kejadian di muka bumi ini ialah akal. Haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran boleh melindungi dan membantu keluarganya tapi kita sebagai manusia sebaliknya pula. Apa guna di berikan akal tapi simpan buat perkasam sahaja. Akal yang tuhan kurniakan di salah gunakan. Kepada mamat di atas ni : kalau kau rasa ko nak botak kan kepala orang lebih baik bukak kedai botak kan kepala secara free. Dapat pahala lagi. Tak payah kau nak gunakan kepala isteri ko untuk kau membuat eksperimental. Dan kalau kau rasa kau nak kencing sesuka hati je, better kau jadi anjing je kot. Sebab kelakuan ko dah sama macam anjing gila. 

 


Semakin aku cuba fahami dan dekati sifat serta tingkah laku insan yang bergelar lelaki, aku semakin tak paham dan keliru jadinya. Aku dapati, ramai blogger lelaki buat entri berkaitan tindak tanduk tingkah laku kaum mereka terhadap wanita. Contohnya lelaki kalau marah perempuan bermaksud dorang sayang girlfriend atau isteri mereka. Dorang pukul bermaksud untuk menyedarkan kaum wanita. I think that’s bullshit! Bila nampak isteri / gf cakap dengan lelaki lain je, mula lah botak kan kepala kami dan letak putung rokok di badan kami, konon nya biar kita tak layan lelaki lain. Isteri masak tak sedap, bagi je air kencing kat muka isteri. Konon nya, next time isteri tak masak macam rasa kencing. Tapi bila nak lepaskan nafsu serakah kau tu, kau cari kami? Hey! Kami bukan nya hamba abdi atau banduan korang yee. Spesis jenis lelaki – lelaki macam ini, patut di hapuskan. Aku rasa cam nak smack down je dan tendang laju – laju lelaki dalam artikel tu. *mood aku semakin panas dan menyirap tahap volcano nak meletus! Aku benci lelaki di dalam artikel tu!!!


Sepatutnya anda sebagai suami perlulah menyayangi isteri, anak – anak dan family anda. Perlu bertanggungjawab memikul beban sebagai ketua keluarga dan boleh menyara hidup family anda. *tak kan lah tak de belajar time pergi kursus kahwen dulu. Bukannya bila korang mengalami masalah dan kengkangan hidup, korang melepaskan geram terhadap isteri dan anak atau pun gilrfirend anda. Tapi.. *ini korang kena highlight sikit bila baca. Tapi.. tak semua lelaki di dunia ini sama perangainya macam tingkahlaku mamat di atas ni. Golongan syaitan tu mungkin segelintir je atau mungkin sekecumit sahaja. Aku berharap golongan – golongan ini akan menyesaldan pulanglah ke pangkal jalan.


Aku pasti, masih ramai lagi lelaki – lelaki di Malaysia ni yang mempunyai ciri – ciri lelaki berkualiti seperti bertanggungjawab, beriman, bersaling hormat menghormati, jujur, dan semua yang positif lah.tak percaya yee kaum wanita? Okey, contoh lelaki yang boleh dijadikan stok suami ialah adziim ataupun dr love. Hehehe. Selain dia, ariff shah juga mempunyai cirri – ciri tersebut. Cubalah tengok dia layan fida aisyah. Kisah cerita cintanya juga penuh dengan romantika. Eh eh, ada lagi lah. Bro GTO, Ben dan Uncle juga seorang suami yang penyayang. Baca jelah entri nya, mesti korang dapat tahu kan. *tapi tak leh buat stok suami sebab mereka sudah married. Hehehe. Tapi aku suka stok suami yang punyai cirri – cirri seperti maher zain. Aaauuuuww!! Aku rela jadi isteri kedua atau ketiga dia. Dengar lagu for the rest of my life je dah buat aku melting. Hehehe.. *gedik sekejap!

 


Okey kembali serius. Act, aku dah siapkan banyak entri yang penuh dengan ilmu kat dalam draft ni. Tinggal post je. Wahai cik anonymous yang malu dengan nama sebenar serta encik pengkritik yang tidak pernah mendapat bayaran apabila mengkritik, sila comment entri ni yee.adakah entri ni zero, nothing, merepek,tayang muka je dan lain – lain.jangan lah diam sahaja.


Nota mulut : ben ashaari continue this entry.
tapi kali ini perempuan pula yang tak guna. click sini untuk baca!






Sunday, October 24, 2010

Penting atau Tidak Anonymous & Pengkritik Dalam Sesebuah Blog?

salam & hye. amacam tajuk entri aku kali ni? menarik atau Hell No? kalau rasa macam menarik, sila baca sampai habis entri ni dan kalau tak korang boleh tekan pangkah kat hujung belah kanan tu yee. ini bukan entri menggedik macam selalu aku post tu. entri ni penuh dengan isi. *bukan isi perut ye. rasa exited plak nak buat entri ni. hohoho.


sebab aku buat entri ni ialah ramai sangat orang benci dengan entri aku yang nak bangga diri  pasal siti nurhaliza atau nurshaliza. ada pengkritik yang tanpa insurans dengan sedap mulut cakap blog aku ni mengarut. ada juga cakap aku ni nak tayang muka je. dan ada anoymous yang tak bertauliah cakap blog aku ni zero serta tak de info Langsug. hohoho. pedas tak pedas? memang lah tak pedas sangat pon sebab blog aku tak sefamous amous blog korang. so, korang dah boleh agak kan kenapa aku buat entri ni.


pada pendapat aku, anonymous dan pengkritik memang penting ada dalam blog seseorang. ini adalah kerana, kita tak de lah syok sendiri buat entri yang gedik sakan macam aku ni. ingin aku tegaskan di sini yee wahai encik dan cik anoymous bahawasanya blog ini bukan nya tak de info langsung. mungkin korang yang tak pernah baca. jangan lah nak judge sesuatu blog tu dengan satu entri je. yee, aku akui aku memang dah lama tak post entri yang penuh dengan ilmu pengetahuan. tapi entri - entri sebelum ini banyak aku post pasal info - info yang korang boleh guna pakai. time aku post entri pasal info, tak ramai nak comment. bila aku post entri yang gedik -gedik tak berapa nak best, ramai pulak yang comment dan cakap kelakar.

sila tekan di bawah untuk mendapat kan entri - entri yang penuh dengan info :-

info 1, info 2, info 3, dan yang lain - lain tu korang eplore lah kat post.


act, tak semua anonymous dan pengkritik tu berniat jahat dan hanya nak sabotage sesebuah blog tu. sometimes apa yang dorang cakap tu, ada betul nya. apa kata kita cuba buat ialah perbaiki kelemahan blog kita. kalau dah memang cara penulisan blog korang penuh dengan dengan kekusutan seperti aku, tak payah nak tukar style korang tu. cuma perelok kan dan percantikan lagi ayat korang tu. tak payah lah nak dengar sangat cakap - cakap dorang tu. sebab dorang tu pon bukan nya bagus mana pon. but practice makes u perfect.


sometimes, your anoymous and pengkritik tu bukan nya ada blog. so, sedap - sedap tangan dorang je type entri ni tak sebest blog ttuuuuttt lah. macam aku, selalu kena comment entri blog ni tak sebest blog The Other Khairul lah. HELLo! ini blog Little Amoi Says yee, bukan blog sarkastik ke blog hijau ke blog what ever lah. so, tak payah lah korang (anoymous & pengkritik) berharap blog - blog lain akan dapat buat entri yang sama macam tu. setiap orang ada style tersendiri. tak kan lah semua bloger nak tiru cara blogger yang dah hebat ni. btw, yang pandai cakap ni kan korang ada blog tak? kalau tak de, maybe korang tak kan faham. cuba lah buat , baru tahu susah nak dapat idea nya. melainkan korang ni jenis coppy cat entri orang lain. hohoho. dan pengkritik yang ada blog tu, best sangat ke entri korang tu? kalau memang setiap entri korang tu the BEST, bak sini bagi aku usha. aku nak kritik juga. hahaha.

kesimpulannya, Anoymous & Pengkritik memang di alu - alu kan datang ke blog aku ni. sebab aku memang perlukan comment -comment korang untuk pertingkatkan lagi dan memantapkan lagi blog aku yang serba serbi kekurangan. kalau korang cakap merapu dan memang tak boleh pakai, aku ignore je.
 

akhir kata, Aku Sayang Blog Aku! 


 

nota tangan : entri ni langsung tak gedik.
dan aku juga tak nak letak pix sbb esited nak post entri ni.


Friday, October 22, 2010

Siti Nurhaliza atau Nurshaliza??


hye semua peminat - peminat ku. siti sayang anda! errr, aku perlu menjadi diri aku sendiri bukan nya jadi Dato' Siti Nurhaliza. hehehe. sebelum aku meneruskan bebelan ku ini, aku rasa korang patut tenok tenung pix di bawah ni betul - betul.




saya bukan Siti Saerah lah.. Saya Amoi Kusut!



okey, dah tenung selama 1 err 1 + 11 jam? kalau dah bagus, kalau belum sila buat sedemikian. hehehe. aku nak beritahu ni, muka orang kat dalam gambar tu siapa?? Siti Nurhalijah? bukan lah. itu bukan Dato Siti Nurhaliza. Nama orang dalam pix kat atas tu ialah NURSHALIZA JUMRI atau lebih di kenali dengan nama LIEZ.  dan aku nak beritahu jugak kat korang yang aku ni hanya lah insan biasa. bukan nya public figure atau anak orang brader atau model dan lain - lain lagi. tapi kenapa masih ramai orang add aku ni kat facebook? padahal aku dah delete dah si mat - mat rempit, mat - mat kutu, mat - mat gila seks, mat - mat gila skodeng dan mat - mat kepoh. aku hanya delete lelaki je, perempuan tidak akan di delete sama sekali. so, don't worry yee. aku suspek dorang - dorang ni semua nak taip siti nurhaliza kat search tapi terkeluar muka aku yang tak berapa iras dengan dato siti. hehehe. cian korang. terjumpa typo dato siti lak. hehehe.








see.. baru tak approve friends 2 hari je dah ada 116 friend request.




btw, aku perlu kan pembantu untuk siasat siapa anda. kalau boleh, time nak add aku tu, korang cakap lah yang korang tu blogger. dengan pantas nya aku approve. eh eh nak dengar cerita tak? semenjak, dua menjak, tiga menjak ni kan, semakin ramai pula blogger dan readers blog Little Amoi Says add aku di facebook. then puji - puji lah cakap best. aku macam tak percaya dan tergamam. tak sangka ada orang minat baca blog kusut aku ni dan selalu suruh aku update blog cepat -cepat. terharu seyh! korang memang the best lah! aku promise, esok aku akan approve korang di mukabuku aku. sekarang ni aku nak tidur dulu. wo heng lei laa. 



akhir kata, saya NURSHALIZA bukan artis dato SITI NURHALIZA tu dan aku tiada kena mengena dengan nya. lepas dah mention macam ni, gerenti tak ramai lagi orang add aku atau tersalah sangka ingat aku ni dato siti lagi. hehehe..



nota tangan : be your self not plastik
xoxo



Tuesday, October 19, 2010

"Pakaian Tradisional The Contest"

Elow. Assalamualaikum & salam 1 malaysia. Ececewah aku ni, dah macam pembaca berita lak kan. Hahaha. Tapi kalau betul – betul jadi pembaca berita ok gak. Dah lah company aku sekarang tengah terumbang ambing. *bosan lah penonton semua sebab terpaksa tengok muka pembaca berita yang tak berapa nak siuman. Ngeh ngeh.




Hari ni rasa semangat gila. semangat gila buat blogwalking kat blog orang lain. Tapi harap maaf lah yee, aku tak sempat nak comment. Masa sangat mencemburi aku. Hahaha. Tengah aku syok – syok buat blogwalking, aku terjumpa satu entri yang menarik kat blog tu. Entri dia pasal contest Pakaian Tradisional. Rasa macam terpanggil- panggil lak nak buat entri pasal contest tu walaupun aku tak di tag. Yee la, mana lah taw aku ada rezeki untuk menang contest tu. *tak menang ratu pakaian tradisional kat FMM, menang kat blog pon jadi lah. Hahaha. Tinggi betul angan – angan aku tu.


Okey, jom layan pix aku pakai pakaian tradisional.


Pakaian pertama : baju kurung




Pakaian kedua : kebaya nyonya

 
 
 Pakaian ketiga : cheongsam





Pakaian keempat : han - bok




kelima : kebaya moden.



 
tag : kepada semua yang followers aku.

Kalau korang berminat nak join contest ni, korang kena baca syarat – syarat di bawah ini dulu yee.

  1. Mesti menjadi follower Hafidzah Hafidz
  2. mesti gambar uolss sendiri..hak milik sendirian berhad
  3. Mesti posing baek punye..
  4. Buat entry pasal contest nih
  5. Letak + linkkan banner contest nih kat sidebar
  6. Mesti buat entry tajuk "Pakaian Tradisional The Contest"
  7. linkkan entry post
  8. Tag minimum 2 orang atau lebih



fieza 1


http://hafidzahhafidz.blogspot.com/

muke owner.


Tarikh tutup 27.10.2010..


Hadiah topup RM 60.."ape? guna line prabayar? tak maen la topup2 nih"..hehe..oooo, tu tak de masalah, owner akan tuko nilai topup tadi dalam bentuk wang ringgit, kemudian bank in dalam akaun pemenang contest nih..


Bagus kerana membaca nya. Jom lah join contest ni beramai-ramai. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sokong contest – contest seperti ini. Kalau bukan kita, siapa lagi. Tak kisah lah apa bangsa, agama dan kaum korang boleh je masuk. Pakaian korang tu pon bukan nya tertakluk untuk kaum korang je, malah korang boleh pakai baju tradisional negara lain. Best kan?? Selamat mencuba. *kalau korang menang, jangan lupa 50% bagi aku. Hahaha. Penat tu aku promot kat korang. Ngeh ngeh.. K lah, aku dah nak chow ni. Daa.. wish me luck yaa! Aja – aja fighting!














 


Tuesday, October 12, 2010

Entri Aku Dah Terkantoi : Sepandai – Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua.



Waaaaarrrgggghhh.. Mesti korang dapat agak apa yang aku nak cerita kan dalam entri aku kali ini kan. Dah tajuk entri pon Kantoi! So, entri aku pasal Ko Tak Payah lah Nak Show Off Dengan Aku tu telah kantoi apabila salah seorang engineer di tempat kerja aku telah terbaca. Sila scroll ke bawah untuk baca entri ini lebih lanjut. Hehehe..
ni versi tupai jatuh dalam kolam. hehehe..






Ingat tak lagi entri pasal Ko Tak Payah Nak Show Off Dengan Aku? What?? Tak ingat. Entri tu kan sebelum entri ni. Tekan sini kalau nak baca.okey dah faham jalan cerita nya kan. Aku ada link kan entri tu kat muka buku budak kerja aku. Tapi hanya dia sorang je aku bagi link. Yang lain semua bukan budak kerja. Tengah syok –syok check notification mukabuku aku untuk reply comment, aku terperasan ada seorang mamat comment kat link entri blog aku tu di mukabuku kawan aku. Kat motification kan keluar muka orang yang comment kan? Aku dapat tengok gambar kecil je. Ada seorang mamat tengah pegang budak. Dalam hati ku berkata – kata.. eh, macam kenal je mamat ni? Tapi kat mana ntah. Oh maybe tu suami orang dengan anaknya kot. Aku pon bukak lah kat comment dia tu. nak cakap terima kasih kerana sanggup meluangkan masa untuk baca entri sengal plus lawak berserta muka aku yang tak berapa nak senonoh tu. Bila aku bukak je comment tu! beruk terperanjat macam aku eh eh aku terperanjat beruk bila tengok nama dan muka mamat tu macam engineer kat tempat kerja aku.

muka aku yang terperanjat macam beruk. beruk pon lagi cun dari aku kan?? hahaha..





Oh oh.. you in trouble! nak tahu dia comment apa? Dia cakap ‘oh ho, terasa engineer’. OMG! Kenapa lah member aku tak beritahu bahawasanya engineer – engineer di tempat kerja aku ada add dia.  Sumpah aku rasa telah di serkap. Hehehe. Bila aku chek kat friend request, dia add da add aku maybe untuk memeberikan aku kata – kata hot & spicy seperti peluru yang melepaskan das tembakan tanpa henti tanpa merasa belas kasihan. Aku erfiir dua tiga kali atau mungkin enam kali kot untuk approve. Setelah berfikir goreng – goreng masak – masak, akhirnya aku pon approve dia. Mental dan fizikal aku memang nampak macam perempuan melayu terakhir tapi sebenarnya aku dah mental dan fizikal  aku kuat macam atlet angkat berat Malaysia dan kental seperti dodol.

 

macam amoi ke macam minachi?? macam awek melayu kan..





Engineer yang add aku tu member kepada engineer yang sedap mulut cakap aku pekak tu. dan orang engineer yang nama nya sama macam MR K tu adalah kawan dia. Dengar cite dia yang recommendkan si engineer sedap mulut tu kat tempat kerja aku. Mampos aku! Gerenti aku wanted kat tempat kerja aku nanti dan mungkin aku kena pangkah dengan engineer – sengineer semua. Nama engineer yang add aku ni ialah Khairil haqiemi. Oh lupa! Dia nak diri nya dikenali dengan nama MR Q. ececeh! Gedik je. Siap request lg nak name apa untuk dia. Nampak sangat dia nak aku tulis pasal diri dia. Bangga laa tu dapat glamour kat Blog Little Amoi Says. Aku cakap kat dia terima kasih lah sebab add aku dan aku tanya dia dah baca ke belum entri tu? dia cakap dia dah baca dan dia suruh aku ubah persepsi yang engineer baget kalau aku tak nak macam mana?? Ngeh ngeh..





Setelah agak lama aku dengan MR Q ni membalas – balas comment di mukabuku. Akhirnya dia setuju untuk zip mulut dia dan tak kecoh – kecoh untuk heboh kat semua orang office nya. Terima kasih junior ku! Lupa nak beritahu kat korang yang dia ni lagi tua dari aku tapi dia tu junior aku. Lepas ni kalau dia jumpa aku dia kena respect sikit laa sebab aku ni senior dia untuk sebulan awal kerja dari dia. Hahaha. Pengumuman – pengumuman dia sangat setuju dengan kata –kata aku bahawasanya entri tersebut adalah hanya lawak jenaka dan bukan nya untuk mengutuk orang. Aku jua dah bersetuju bahawa dia seorang engineer yang cool dan tidak baget. Act, senior engineer tak baget pon. Bactch baru je yang gedik semacam. Hahaha.


aku dah mengaku kan. (pix diatas - muka senyum ada makna.)



 
Aku rasa MR Q telah memegang amanah tersebut sebaik mungkin sebab semalam time rehat aku pergi makan kat canteen . lepas tu aku terjumpa segeropolan geng geng engineer. Cuak gak aku time tu. mana lah taw dorang nak bikin panas kat depan semua orang. Hahaha. Aku siap berselisih dengan engineer ikut sedap mulut tu time nak amik lauk. Tapi dia relax je dan macam baik waktu tu. Ini bermakna dia tak tahu pasal entri tu. hehehe. Tapi aku rasa dorang macam tengok kan aku semacam je time aku jalan. Adakah dorang cakap aku ni pengutuk sarkastik??? Argh.. what ever! Aku tak de mention siapa namanya. Siapa makan cili sos thai dial ah terasa kepedasan nya. Betul tak?





kalau ko nak fight dengan aku, aku akan pakat ramai - ramai member aku. name group we'ol crow zero malaysia. ada berani engineer - engineer sekalian? hahaha..

 

ingat enk MR Q, ko dah janji dengan aku. kalau ko tipu, aku tak nak bagi ko medical chit walaupun ko merayu air mata kucing pin. bluewk ;p



 Akhir kata : I got punkd wakenabeb! Encik engineer yang ingin dikenali sebagai MR Q, tengs yaa dude sebab simpan rahsia. Dan sekarang kau boleh gelak bangga sebab nama aku buat entri ni khas untuk kau. Dan kau engineer yang tak baget bagus. Peace dok!



yeay! MR Q rawks.. jangan nak baget - baget sangat ye bila jumpa aku.



nota mulut : ni semua gara - gara MR K!
kalau engineer tu nama nya tak sama dengan MR K, gerenti aku tak buat entri tu..
eeerrrgghhh! geram!








Friday, October 8, 2010

Ko Tak Payah Nak Show Off Dengan Aku Laa..



Fuhyoo tajuk entri aku kali ni. Menyengat tak? Hahaha. Wah! Rasa macam zaman sekolah – sekolah lah plak. Ngeh ngeh.. yee la, aku dah lama tak guna kan ayat show off sekarang ni. Dulu time sekolah selalu guna cakap ayat – ayat yang seperti ini ‘eh eh nak show off lak dia ni atau pun lagi nak step seyh minah / mamat tu atau mungkin takat nak baget dengan aku tak yah lah’. Hahaha.. Ayat – ayat tu aku hanya akan guna dengan member – member terdekat aku sahaja atau pun aku cakap dalam hati sahaja. Bukan tak berani okey. Tapi sebab aku malas nak cari pasal dengan orang lain.


eeuuuuwww.. so jerk! *alala girl Bimbo cakap.. 
Oleh kerana sekarang ni aku dah ada blog dan semakin kekurangan kawan *walaupun sebenarnya makin ramai nak kawan dengan aku.., so aku rasa nak share perkara ni kat blog aku laa. Harap – harap orang yang satu tempat kerja dengan aku ni tak baca blog atau entri aku ni. Act, entri ni bukan nya nak mengutuk orang tapi agak lawak sikit lah. Hehehe..

 

 
Okey, cerita nya bermula begini. Aku dengan blogger sarkastik iaitu (Mr K ) kan selalu buat entri mengena kan masing – masing kat blog masing – masing. Sebenar nya bukan takat kat blog je, kat muka tembok buku pon, we’ol selalu gaduh. Ngeh ngeh.. gaduh – gaduh gedik kot. Hahaha. Mamat tu kalau dengan aku ade je lah tak kena, tapi cuba kalau dengan perempuan lain. Ok plak. Wahai MR K sila jangan nak buat saya marah lagi yee! Eeeerrrrgghhh! *entri sebelum ni adalah entri aku membodek dia kerana.. ada lah.. rahsia blogger tegar. Hahaha.

 

So, sekarang korang dah paham lah kan yang aku ni memang ada problem hyper temper bila bercomment – comment dengan MR K ni. Pada suatu hari adalah seorang engineer ni baru masuk kerja kat tempat aku. Pengumuman : aku tak berapa suka sangat dengan engineer - engineer  kat tempat kerja aku tu sebab dorang tu sangat baget. So, aku tak amik port lah. Lagi pon aku bahagian HR. kalau kerja kat HR Department, we’ol kena cover receipcionist kalau recept. tu cuti atau berhenti. Time tu, receipt. kat tempat aku tu berhenti lak. So we’ol terpaksa lah cover kerja dia.

 

Adalah seorang mamat tu tegur aku. Tapi aku tak dengar dia cakap apa sebab aku tengah busy buat kerja. Lepas tu dia tanya lagi. Aku jawab lah Huh? then dia cakap aku ni Pekak ke apa? What the… suara ko yang macam orang dalam kelambu *baget nak romantic lah tu. bluewk! Semenjak dari tu, aku tak berapa suka dengan dia. Makin menambah kan geram aku bila aku dapat tahu nama dia hampir sama dengan MR K yang sangat SARKAS tiik tu.


Berapa harga diri  dodol ni? saya tengah banyak duit ni.
 


Beberapa hari kemudian, aku nak bawak keluar surat khabar daripada dalam bilik. Ada ke patut dia cakap aku nak rembat surat khabar. Hello! Aku tahu lah aku bukan engineer macam ko, tapi aku tak sesengkek tu kot. Eeerrrgghhhh! Agaknya orang yang namanya macam MR K tu memang suka cari pasal enk gak nye. Ade lah kisah – kisah yang hampir serupa dengan cerita yang aku ceritakan tadi tu. Malas aku nak cerita lagi.








Akhir kata : Tak Payah lah Nak Show Off Dengan Aku. Talk To My Hand yaa!




enti ini hanya lah gurauan semata - mata.
aku tidak membenci mereka yang bernama KHAIRUL.




Sunday, October 3, 2010

Muka Saya Macam Muka Awek Nerd Yang Comel Tak?





Selamat Hari Raya Ke 24 Hari semua. macam bengang plak nak mengaku yang aku ni owner Blog Little Amoi Says. hahaha. kenapa? yee la, blog ni dah malap gila. macam tunggu hari je nak tutup. oh tidak! aku harap pekara seperti itu tidak akan berlaku. sayang sangat - sangat sama ini blog. act, aku selalu bukak blog aku ni, cuma tak update je. ntah laa, macam kekurangan idea. aku selalu online pon sebab nak baca entry terbaru dari blogger - blogger lain. tapi aku tak comment la. just jadi silent reader je. entri dorang semakin lama, semakin best. tak macam aku. waaaaaarrrggghhhh! mana pergi kreativiti aku yang dulu itu??? siapa yang mengambil nya atau mencuri nya, sila pulang kan kreativiti aku tu semua ye. hehehe.










sebelum aku mula kan ayat untuk tajuk entri aku, izin kan aku betul kan spec dulu yee. hehehe. aku ada terbaca satu entry kat Blog Mr. Gay   Kay. Antara petikan yang aku ambil dari blog nya ialah seperti di bawah ini.

Hari tu ada orang tanya. Macam mana muka girl nerd yang comel? Aku cakap "Yang muka baik dan pakai spectacle (Kaca mata)"



Then orang tanya lagi. "Yang pakai kaca mata yang macam mana?"



Mr. K, cuba tengok pix di bawah ni




manje bukan Gedik!

 
skema bukan gedik!



Muka i macam muka awek nerd yang comel tak? hahaha.




nota tangan : lepas dah tengok pix ni, U jangan kutuk i lagi keyh :)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails