Today is Valentine Day, #ehyeke. You say Valentines Day, I say Tuesday. Today is Tuesday lah! speaking London pula aku malam ni. Hehehe.Yee, aku tahu aku dah lama tak update blog. Korang cakap je nak sarang apa? Macam - macam spesis sarang dah membiak dalam blog aku ni. Aku rasa korang pon dah tahu kan kenapa aku dah jarang update. Al-maklumlah busy sangat dengan alam perkahwinan pekerjaan, tu yang tiada masa untuk berblogging.
Ok back to the topic, seperti yang kita ketahui tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine's Day atau Hari Memperingati Kekasih dilihat sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari sambutan Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu adalah penting untuk kita semua menyelami sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut dalam lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam mahupun masyarakat Melayu malah hukum menyambutnya adalah haram.
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut sejarah sambutan Hari Valentine dan hukum menyambut Hari Valentine.
terbaik punya video!
Masuk tahun ini sudah lima tahun aku dan Mr D mengharungi saat - saat gembira, sedih, kecewa, susah dan senang bersama - sama. Walaupun dah lima tahun kami bersama tapi sumpah kami tak pernah pun menyambut Hari Valentine. Kerana bagi kami setiap hari, setiap minggu dan setiap tahun adalah hari kekasih bagi kami. aku langsung tak pernah marah atau jealous bila tak dapat coklat, rose dan hadiah pada 14 februarI. Baru sahaja beberapa hari lepas Mr D memberikan aku chocolate. See.. I told you already kan? Everyday is hari kasih sayang.
Nampaknya naik 5kg lah aku bulan ni!
melalui hukum islam, tak tutup aurat juga haram kan? bahkan berdosa setiap mase. berganda-ganda dosa bila laki pandang.,,, kan?
ReplyDelete