Sunday, April 29, 2012

Buah Hati Pengarang Jantung Saya

Hello u'olls. hari ini adalah hari sabtu yang bertarikh 28 April 2012. Hari ini juga adalah hari kecoh satu Malaysia tentang Demostrasi Bersih 3.0 tu. Tapi malam ni aku bukan nak cerita pasal Demostrasi Bersih 3.0 ye kakak - kakak, abang - abang dan adik - adik. Aku nak cerita tentang Buah Hati Pengarang Jantung aku. Let me introduce u'oll my everything in this world.


 Puan Noriati Binti Koondari



Yup! She is my mom's and merangkap sebagai best friend, perunding imej, penasihat, pembangkang, pembebel, pemarah, pengutuk, penyayang, pengasih, peneman, pe..pe..pe.. apa - apa yang berkaitan dengan nya lah. And one more thing, she is the one that know me better than me. IDK why i post this entry in this time. Maybe aku terlalu rindukan mak aku kot. Sekarang ni mak aku dan kakak aku sedang bercuti di Sarawak selama 8 hari. Sepatutnya aku pon join dorang gak tapi di sebabkan aku kerna kerja dan ada hal yang aku patut selesaikan di tempat kerja, makanya aku tetap berada di JB bersama - sama abah. Hehehe. Tak nak lah aku tidur rumah sorang - sorang.





Oh ya, oleh kerana hari ibu semakin hampir, aku ingin mengucapkan Advance Happy Mother's Day and Happy Belated Birthday also to Puan Noriati . Mak.. Biarpun dunia akan merayakan hari ini untukmu, namun bagiku, setiap hari ini, dan hari - hari seterusnya adalah hari untukmu.



Dear Mak, Hadiah mak orang bagi time gaji ye. Dan lagi satu, hadiah mak pakej 2 in 1 ye. hehehe. Hadiah Hari Jadi dengan Hadiah Hari Ibu. Awsome kan..

Sunday, April 22, 2012

Transformasi Blog LITTLE AMOI SAYS

Asalamualaikum u'olls. Ye, aku tahu sudah berbulan - bulan aku tak jenguk blog aku ni. Bukan takat bersawang malah dah beranak pinak tikus, lipas, cicak dan segala macam bacteria dalam blog aku ni. Ntah kenapalah perasan malas untuk mengupdate entri terbaru semakin pupus dalam diri aku ini. Setelah membuat beberapa kajian, akhirnya aku telah mendapat beberapa hipotesis yang boleh diguna pakai mengapa blog aku ni aku abaikan.

Antara punca - punca aku mengabaikan blog aku ni adalah kerana seperti berikut :-

1) Siapa kata wanita hanya perlu duduk di dapur 24-7 sahaja? aku sangat tidak setuju ye! aku akui sebijak - bijak atau secantik - cantik wanita, dia perlu ke dapur. Tapi bukanlah dok terperap kat dapur dan rumah je. Duduk di bawah tempurung, suami buat apa kat luar tu pon tak tahu. Asyik kena kencing je dengan laki ko! Jadi sebelum perkara - perkara tak  di ingini berlaku, jadi kita perlu bekerja. Aku rasa aku adalah wanita zaman moden. So, aku terlalu busy mengejar kewangan demi masa hadapan. Aku belum berkahwin, bertunang apatah lagi. Kena simpan duit banyak - banyak, unless aku dapat suami kaya. Hehehe.. Akibat kerja yang terlalu banyak melimpah - limpah, maka aku tiada masa nak update. Terasa nak hire someone untuk tolong type kan lah. Aku cakap kau type. Mahu? okbai. Kesimpulannya, aku terlalu busy dengan kerja jadi tiada masa untuk berblogging.

2) Yup! i'm camwhoring girl but i'm not model ok. Aku memang suka bergambar dan letak di Blog tetapi sekarang ni aktiviti - aktiviti itu terbatas bagi aku. semenjak dua menjak tiga empat menjak ini, terlalu banyak fakers yang buat accaunt fake dengan mencopy picture aku. Risau juga aku kalau dorang menggunakan muka aku untuk tujuan tertentu. Aku tak pernah memarahi mereka, malahan aku memberi mereka ceramah free sahaja tapi lepas itu je dorang terus block aku. Teruk betulkan! sepatutnya aku yang block dorang. Dah lah copy pix. aku, mereka boleh mengaku yang kawan - kawan dan family aku adalah milik mereka juga. What a Psycho People! Aku kan selalu lost idea, so aku post lah pix. yang aku rasa menarik kat dalam blog. Oleh kerana terlalu banyak copycat kat luar sana, maka aku berhentikan seketika aktiviti itu. *ehem ehem.. ada sesiapa yang nak buatkan aku watermark tak? okbai*

3) Aku syak aku terlalu banyak termakan atau terminum semut. Eh ye ke? Hahaha. Kesannya ialah aku selalu terlupa apa yang aku nak postkan dalam entri. Korang ingat kita boleh seru ke idea untuk datang waktu kita nak update. Kadang - kadang idea kita datang time kita kat dalam toilet lah, tengah drive lah, tengah makan lah dan lain lain lagi lah. Tak kan lah time tengah macam tu aku nak terus capai lappy dan update. Leceh kot. So, bila aku ada masa barulah aku akan update blog tapi time tu lah idea aku akan terbang ke awang - awangan. Semakin aku ingin tangkapnya ia semakin meninggi. demmit! geram betei. *mohon anda tak marah aku kerana menggunakan spelling seperti itu. Aku terbawa - bawa dunia #twitterjaya dalam blog pula*. Aku rasa aku kena sentiasa bawa kertas dan pen lah macam ni sebab boleh tulis idea - idea tu semua, then edit kembali di blog. Ok tak?

4) Laman sosial juga adalah salah satu punca aku tak update blog. Facebook, Twitter, Instagram, dan online blog adalah jaringan sosial yang selalu menjadi penghadang aku untuk menaip entri. Setiap kali aku nak menaip entri blog je, setiap tu jugalah aku terdengar hasutan - hasutan agar aku reply tweet atau comment memember aku. Korang boleh nampak kan kejahatan jaringan sosial ni. Why they so jelly when i'm blogging! Hahaha. Oh btw, aku hanya mempunyai 1 acct. FB, 1 acct.twitter, 1 acct. blog, 1 acct. Myspace, 1 acct. BLABLABLABLA.. Serious, aku hanya mempunyai 1 sahaja acct. di setiap laman sosial. Selain dari itu adalah Fake ye. I'm rarely online FB now because i'm #tahitwitter ye. Kunon - kunon nak bajet retis lah bila bertttwwiiiitttdddeerr lah tu. Hahaha. Dah beberapa kali lah aku terjumpa fake acct. yang menggunakan pix aku di FB. Baru - baru ni terjumpa di twitter lak. Sumpah BENCI FAKER & COPY CAT!!

5) Ok, alasan terakhir kenapa aku tak update blog adalah kerana aku MALAS. Hahaha. Sangat simple kan alasan aku. Alasan inilah yang korang nak dengar sangat aku cakapkan. Yes, aku malas sebab aku ni bukannya jurnalism, blogger tegar atau fashionista yang sentiasa rajin nak mengupdate. Dorang tu pemes bolehlah semua nak di masukkan dalam blog. Cuba aku masukkan pix aku yang berfashion gaya kusut, mampos aku dikecam oleh pengkritik - pengkritik yang tak bertauliah. Aku juga bukannya serajin blogger lain buat blog kerana nak kan duit. Aku blogger yang berblog mengikut hati aku. Aku punya blog, aku punya sukalah. Hahaha. Aku rasa sangat terharu sekali bila member - member aku selalu bagi support untuk kembali kedunia blogging. Walaupun soalan korang tu macam mohon di tampo, tapi aku tetap chill. Dear Blog, sori telah curang dengan anda kerana Twitter, FB & Instagram menjadi blog saya.

Kesimpulannya, aku telah bertekad untuk kembali berblogging dengan penuh bergaya dan kematangan. Hahaha. *Apa punya ayat lah kan*. Aku perlu membuat beberapa transformasi untuk menjadi semakin rajin dan teruja berblogging. Langkah pertama telah aku lakukan. Thank you so much to my friend Yard kerana terlampau rajin dan nak sangat buat header blog aku. Aku bagi kan je lah, takut dia buat muka manja mulut kembong ikan buntal dia tu lah. Mungkin dia terasa nak muntah kot tengok header dulu yang aku buat sendiri tu kot. #ehyeke? Tak kot, dia saja nak bagi aku semangat untuk terus merajinkan diri mengupdate blog. Korang boleh add FB Yard di sini, boleh tweet dengan Yard di sini dan boleh skodeng blog Yard di sini. Lastly, korang boleh amik no handphone Yard di sini. LOL. Hahaha. Mana ada, no telefon. Aku tipu je.

 
#Awsome kan header blog saya. Ini adalah langkah transformasi blog saya. Saya sudah, anda bila lagi?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails