Minggu lepas negara Malaysia memenangi emas dalam sukan bola sepak di Sukan Sea. So, ia telah menjadi trend bila semua gambar / avatar di mana rangkaian sosial dan di semua tempat tidak mengira agama, kaum dan kelas, semua memakai jesi Harimau Muda / Malaysia. Oleh kerana terlalu bersemangat ketika itu, maka aku pon memakai baju bercorak harimau untuk menunjukkan yang aku ni penyokong Malaysia yang ke berapa juta ntah. tidak elok / tidak sopan rasanya kalau memakai jersi ketika hari berkerja itu. kalau time tu sabtu & ahad, memang aku sental je pakai jersi. btw, kenapa aku banyak cakap ni? hari ni bukan Wordless Wednesday ke? hehehe..
Friday, November 25, 2011
Wordless Wednesday #7 : Harimau Di Office
Labels:
#WW,
bola,
funny,
kerja,
my JURNAL life,
WEIRD,
what I says
Wednesday, November 23, 2011
Video Gol Penalti Kemenangan Malaysia Vs Indonesia Bola Sepak Sukan SEA 2011
Tahniah buat skuad bola sepak Sukan Sea, diterajui jurulatih Ong Kim Swee, yang benar-benar membuatkan kita bangga.
Perlu diingat, acara bola sepak Sukan Sea di tanah Jakarta, bukan sebarang pingat..
Ia dianggap 'ibu' kepada semua pingat emas.
Malah, tidak keterlaluan jika kita katakan, meskipun Indonesia bergelar juara keseluruhan Sukan Sea edisi ke-26 kali ini, kejayaan mereka sebenarnya "cacat".
Ia gara-gara "berputih mata", emas berprestij lagi penuh tradisi daripada acara bola sepak yang "terlepas", dikalung ke leher pemain Malaysia.
Biarpun dimulakan dengan provokasi keterlaluan di luar padang, "Harimau Muda" beraksi penuh semangat lagi garang untuk mempertahankan pingat emas selepas menundukkan tuan rumah, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.
Pada aksi permainan sebenar 90 minit, serta tambahan masa, kedua-dua pasukan terikat satu sama dalam aksi penuh klasik serta mendebarkan di lokasi yang kini sudah "luntur" keramatnya, Stadium Gelora Bung Karno.
Beraksi di stadium utama Gelora Bung Karno yang dibanjiri lebih 100 ribu penyokong lautan merah putih, Indonesia terlebih dahulu merentap semangat Malaysia.
Apa tidaknya, hanya selepas lima minit sepak mula, Indonesia sudah di depan menerusi tandukan kencang Gunawan Dwi Cahyo minit ke lima yang mengegar jaring, sekaligus menyemarakkan semangat penyokong tuan rumah.
Minit ke-16, skuad negara dikejutkan lagi dengan jaringan kedua, mujur pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang 'offside'.
Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.
Skuad Harimau Muda terpaksa menanti hingga minit ke 38 sebelum kegigihan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang kemudian mengumpan bola untuk disambut Asrarudin Putra Omar dengan tandukan rendah untuk gol penyamaan.
Satu sama tamat separuh masa, aksi terus rancak pada babak kedua.
Namun kedua-dua pasukan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang yang dimiliki.
Tamat 90 minit, aksi masa tambahan 30 minit juga tidak dapat menentukan pemenang memaksa perlawanan berakhir menerusi tendangan penalti.
Juga berlangsung penuh mendebarkan apabila pemain Indonesia, Gunawan, dan Fakri Saarani buat Malaysia, gagal menyempurnakan tendangan.
Peluang tiba apabila Khairul Fahmi Che Mat menafikan tendangan terakhir Ferdinand Srinaga.
Dan Baddrol muncul wira apabila tendangannya meleret mencecah jaring meskipun sedaya upaya ditampan penjaga gol lawan.
Kemenangan ini memberikan pingat emas ke- 59 buat kontijen Malaysia.

Thursday, November 17, 2011
Lagu Harimau Malaya - Selamanya
Asalamualaikum...Aku Sengaja Upload Vid Ni Tanda Sokongan Aku Terhadap Malaysia Team..
Dan Sempena Perlawanan MALAYSIA TEAM DI SEA GAMES indonesia...
Semoga TEam Malaysia Berjaya Merangkul Emas Di Sea GAMES Indonesia...
Harimau Malaya sudah mengaum..
Malaysia Boleh!
jom berikan sorakan kepada pemain - pemain bola Malaysia.
Wednesday, November 16, 2011
Monday, November 14, 2011
SPM OH SPM!
Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia semua. aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik - adikku yang mengambil Peperiksaan SPM pada esok hari dan tak lupa juga kepada rakan - rakan aku yang mengambil sesi ulangan untuk Peperiksaan SPM . cerita pasal SPM ni, teringat pula zaman - zaman muda aku dulu time menghadapi SPM. pergh! sumpah nervous. nasib baik aku boleh handle semua masalah - masalah tu semua dengan mudah. nak tahu caranya? jom baca tips di bawah ini..
Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka
sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member
kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota
ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek
serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini
penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung
menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak
terperinci.
Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan
lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat
lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain
memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan
dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman
melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan
tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir
sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan
yang timbul.
Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum
menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar
kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda
pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa
menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut
jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab.
Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa
diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat
menduduki peperiksaan.
Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak,
segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi
membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis,
geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain
seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila
semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah
huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan
bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan
biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat
peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi
akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari
peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan
tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan
bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.
Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat
baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana
perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang
menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan
dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik
dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang
hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan
baik maklumat-maklumat yang disimpan.
Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda.
Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh
menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan
maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan
gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan
hormon yang memberi ketenangan.
Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan
sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan.
Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih
seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda
boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.
Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita
hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta
apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.
Thursday, November 10, 2011
Spontaneous Thursday #5 : 100% Banjar
tadi saya pergi shooping, semua cakap cina dgn saya.
saya orang melayu & 100% banjar okey, bukannya chinese.
*baru balik dari KSL & Pasar Karat*
Labels:
#ST,
funny,
my JURNAL life,
WEIRD,
what I says
Subscribe to:
Posts (Atom)