Friday, November 25, 2011

Wordless Wednesday #7 : Harimau Di Office

Minggu lepas negara Malaysia memenangi emas dalam sukan bola sepak di Sukan Sea. So, ia telah menjadi trend bila semua gambar / avatar di mana rangkaian sosial dan di semua tempat tidak mengira agama, kaum dan kelas, semua memakai jesi Harimau Muda / Malaysia. Oleh kerana terlalu bersemangat ketika itu, maka aku pon memakai baju bercorak harimau untuk menunjukkan yang aku ni penyokong Malaysia yang ke berapa juta ntah. tidak elok / tidak sopan rasanya kalau memakai jersi ketika hari berkerja itu. kalau time tu sabtu & ahad, memang aku sental je pakai jersi. btw, kenapa aku banyak cakap ni? hari ni bukan Wordless Wednesday  ke? hehehe..

hari ni memang bukan wordless wenesday. ikut suka aku lah nak post entri #ww. bahahaha

Wednesday, November 23, 2011

Video Gol Penalti Kemenangan Malaysia Vs Indonesia Bola Sepak Sukan SEA 2011


Tahniah buat skuad bola sepak Sukan Sea, diterajui jurulatih Ong Kim Swee, yang benar-benar membuatkan kita bangga.

Perlu diingat, acara bola sepak Sukan Sea di tanah Jakarta, bukan sebarang pingat..

Ia dianggap 'ibu' kepada semua pingat emas.

Malah, tidak keterlaluan jika kita katakan, meskipun Indonesia bergelar juara keseluruhan Sukan Sea edisi ke-26 kali ini, kejayaan mereka sebenarnya "cacat".

Ia gara-gara "berputih mata", emas berprestij lagi penuh tradisi daripada acara bola sepak yang "terlepas", dikalung ke leher pemain Malaysia.

Biarpun dimulakan dengan provokasi keterlaluan di luar padang, "Harimau Muda" beraksi penuh semangat lagi garang untuk mempertahankan pingat emas selepas menundukkan tuan rumah, 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada aksi permainan sebenar 90 minit, serta tambahan masa, kedua-dua pasukan terikat satu sama dalam aksi penuh klasik serta mendebarkan di lokasi yang kini sudah "luntur" keramatnya, Stadium Gelora Bung Karno.

Beraksi di stadium utama Gelora Bung Karno yang dibanjiri lebih 100 ribu penyokong lautan merah putih, Indonesia terlebih dahulu merentap semangat Malaysia.

Apa tidaknya, hanya selepas lima minit sepak mula, Indonesia sudah di depan menerusi tandukan kencang Gunawan Dwi Cahyo minit ke lima yang mengegar jaring, sekaligus menyemarakkan semangat penyokong tuan rumah.

Minit ke-16, skuad negara dikejutkan lagi  dengan jaringan kedua, mujur pengadil dari Jepun, Tojo Minoru menafikan jaringan Titus Bonai yang 'offside'.

Kesempatan terbaik Malaysia untuk membolosi gawang lawan muncul pada minit ke-19 tetapi sepakan deras Mohd Irfan Fazail berjaya dibaca penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Skuad Harimau Muda terpaksa menanti hingga minit ke 38 sebelum kegigihan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar yang kemudian mengumpan bola untuk  disambut Asrarudin Putra Omar dengan tandukan rendah untuk gol penyamaan.

Satu sama tamat separuh masa, aksi terus rancak pada babak kedua.

Namun kedua-dua pasukan gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang yang dimiliki.

Tamat 90 minit, aksi masa tambahan 30 minit juga tidak dapat menentukan pemenang memaksa perlawanan berakhir menerusi tendangan penalti.

Juga berlangsung penuh mendebarkan apabila pemain Indonesia, Gunawan, dan Fakri Saarani buat Malaysia, gagal menyempurnakan tendangan.

Peluang tiba apabila Khairul Fahmi Che Mat menafikan tendangan terakhir Ferdinand Srinaga.

Dan Baddrol muncul wira apabila tendangannya meleret mencecah jaring meskipun sedaya upaya ditampan penjaga gol lawan.

Kemenangan ini memberikan pingat emas ke- 59 buat kontijen Malaysia.

Thursday, November 17, 2011

Lagu Harimau Malaya - Selamanya

Asalamualaikum...Aku Sengaja Upload Vid Ni Tanda Sokongan Aku Terhadap Malaysia Team..

Dan Sempena Perlawanan MALAYSIA TEAM DI SEA GAMES indonesia...

Semoga TEam Malaysia Berjaya Merangkul Emas Di Sea GAMES Indonesia...

Harimau Malaya sudah mengaum..
Malaysia Boleh!
jom berikan sorakan kepada pemain - pemain bola Malaysia.

Monday, November 14, 2011

SPM OH SPM!

Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia semua. aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada semua adik - adikku yang mengambil Peperiksaan SPM pada esok hari dan tak lupa juga kepada rakan - rakan aku yang mengambil sesi ulangan untuk Peperiksaan SPM . cerita pasal SPM ni, teringat pula zaman - zaman muda aku dulu time menghadapi SPM. pergh! sumpah nervous. nasib baik aku boleh handle semua masalah - masalah tu semua dengan mudah. nak tahu caranya? jom baca tips di bawah ini.. 

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Semak Jadual

Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat menduduki peperiksaan.

Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan

Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.

Jauhi Dari Bercinta

Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan ketika menghadapi peperiksaan nanti.

Mohon Maaf

Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.

Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok

Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.

Jaga Pemakanan

Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.

Berdoa

Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian dariNya.

Thursday, November 10, 2011

Spontaneous Thursday #5 : 100% Banjar

tadi saya pergi shooping, semua cakap cina dgn saya.
saya orang melayu & 100% banjar okey, bukannya chinese.
*baru balik dari KSL & Pasar Karat*
 

Friday, October 28, 2011

Spontaneous Thursday #4 : Muncul Di Mimpi

Did you know that when someone appears in your dreams, it's because that person misses you.

Saturday, October 22, 2011

Burger Quarter Pounder With Cheese hanya RM 6.99

Selamat petang semua : ) Hari ni adalah hari berehat untuk aku kerana hari ini saya ponteng tak kerja. Bestnya dapat cuti dua hari. Hehehe. Bulan ni kat area Johor selalu hujan je. Setahu aku bulan 12 lah yang selalu hujan je. *Harap - harap bulan depan tak hujan* Hujan - Hujan ni memang perut selalu merengek je kan. Bila dah merengek - rengek, tak kan nak di biarkan pula. Kesian lah kat perut kita ni. Oleh kerana tidak mahu mengecewakannya, kita kena lah bagi dia makan. Tapi tak kan hujan - hujan pon nak bedal Frutti Tutti pula. Oleh itu dah beberapa hari ni aku selalu makan burger kat Mcd. 

Yup! I'm a big fan's of MCD. *berharap CEO Mcd membaca entri ini & jadikan aku duta mereka* hahaha. Dengan hanya RM 6.99 aku dapat makan satu set burger di MCD. Harga ni bukan hanya untuk lunch time je, dinner time ke, subuh time ke, atau maghrib time pon tetap harga ni. Murahkan? Nak tahu macam mana aku boleh dapat harga murah? Caranya ialah kenyit mata pada budak yang kerja MCD tu korang print kupon MCD di bawah ini dan tunjukkan kepada budak yang bekerja di counter MCD tu. 


Bagaimana nak dapatkan kupon di atas ini? korang print gambar coupon kat atas ni. Tapi kalau korang ingat aku saja nak buat October Fool kat korang, korang boleh pergi ke website MCD atau ke page MCD dan download gambar tersebut dan print kan nya. Coupon ni valid dari 17 - 25 October 2011. Korang juga boleh print black & white coupon ni. Good info kan? So, bila nak belanja atau tapau kan aku Burger Quarter Pounder With Cheese yee? Hehehe. Enjoy it!

Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday #3 : Oxygen

People say you can't live without LOVE,
I think OXYGEN is more important.

Tuesday, October 18, 2011

'I'm Falling In Love' - Cikgu Shida

Salam satu Malaysia dan selamat malam semua : )   Entri lepas aku dah post MV 'I'm Falling In Love' by Dato' Siti Nurhaliza kan tapi kali ini jom kita layan MV yang telah di edit iaitu 'I'm Falling In Love' by Cikgu Shida. Sumpah lawak! mak aku ketawa guling - guling tengok MV ni. hehehe.

 
Enjoy it!

Saturday, October 15, 2011

(OFFICIAL VIDEO) FALLING IN LOVE - DATO' SITI NURHALIZA

Hi all. Malam sabtu yang sangat bosan minggu ini. Sepatutnya hari sabtu lah hari untuk merehatkan minda tapi jadi makin kusut pulak. Kerja aku semakin melambak - lambak. Aku rasa korang kalau tengok meja office aku tu, mesti korang akan ingat meja tu lain dari yang lain sebab meja tu di perbuat dari kertas. hahaha. So, korang dapat agak kan begitu busynya aku ini. Alangkah happynya minda ini kalau dia dapat membuang segala virus - virus yang terkandung dalam memory aku. Tapi.. itulah.. nak ajak member, semua keluar dengan couple memasing. nak ajak BF aku, aku ADA ke BF?? macam dah tak de je rasa nya. erm, too bad. siapalah aku ni kan. erm.. nak ajak family, memasing busy dengan plan masing - masing. so, boring - boring ni aku layan lagu kat youtube. Sejam je aku dah tengok banyak music video. Antara banyak - banyak yang aku dengar, lagu ni macam best lah antara yang lain - lain tu. feeling je dengar lagu ni. i'm falling in love with Lee Min Ho jelah macam ini, sebab lelaki - lelaki malaysia ni nak yang hot je. #okbai 


Friday, October 7, 2011

Saturday, October 1, 2011

Gadis Seperti Aku - Shila Amzah

Today I don't feel like doing anything.. I just wanna lay in my bed.. yup! hari ini sangat membosankan.satu hari duduk rumah dan sangat - sangat tak de mood. mana ntah mood aku pergi. tengah pergi mengusha lelaki - lelaki korea kot. hahaha. sambil cuba - cuba buat header blog aku, aku pon melayan laa video - video kat youtube. then, tertekan video shila amzah lak. dah semua video dia aku selongkar. antara banyak - banyak video tu, yang ini aku paling suka. cute seyh versi perempuan. jom layan..






Memang takkan Ada gadis seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang takkan Ada gadis sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu
Kau susah hati
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih
Untuk Kau jadikan sandaran hati

Memang takkan Ada gadis seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang takkan Ada gadis secomel aku
Tapi yang lebih comel banyak
Maka tak perlu pujuk rayu itu
Jangan sampai Kau rendahkan dirimu
Memaksa aku 'tuk jadi pacar mu

Oh baby2, Jangan Kau marah
sebab ku tolak
Ku tahu kamu kaya Dan baik Budi bahasa
Ku yakin pasti Ada Gadis yang Akan suka

Oh baby2, Jangan Kau dendam
sebab ku enggan
Bercinta aku mau tapi tidak dengan mu
Ku sudah Ada satu kekasih yang menunggu

Ceritanya aku mau belajar setia
Makanya Dari itu kamu jangan memaksa
Karna aku memang tak bisa mendua



nota kaki : kepada blogger yang kawai - kawai dan yang kacak - kacak, boleh tolong saya buat header blog saya tak?? saya punya header sangat buruk laa. #okbai 


Sunday, September 25, 2011

Monyet Berubah Menjadi Gadis Comel


Happy Stripe Way Advertisment 

haluuuuww.. jom kawan - kawan layan video di atas. tengah syok - syok tengok tutorial make up dari tsubasa (model japan), aku tejumpa video advertisment utk chewing gum. lagu tema utk advertisment ni pon cumel. sungguh - sungguh cumel. enjoy watching this video : )

Monday, September 19, 2011

Apa Itu Subscribed di Facebook?

halluuuwww.. selamat hari satu malaysia dan selamat hari raya kawan - kawan sekalian. ye, aku tahu bulan syawal sudah hampir berakhirnya  tapi aku baru wish kat korang. act, saja je wish lambat sebab tak nak sama dengan orang lain. hahaha. *padahal aku ni busy berkerja*. entri ini bukan lah nak bercerita tentang hari raya 2011, entri kali ini adalah berkaitan dengan MUKABUKU ataupun lebih dikenali dengan FB. cerita hari raya 2011 Liez Kusut akan aku post pada hari ke-tiga atau ke-dua berakhirnya hari raya. hehehe.





aku ingin berterima kasih kepada jiran aku kerana telah memberi aku idea untuk update blog yang dah hampir ranap ini. hahaha. aku pasti ramai yang still tertanya - tanya sampai sekarang APAKAH ITU SUBSCRIBED? apekah? hehehe.. okey, dengan hanya satu click sahaja di perkataan subsribed, segala status, gambar the latest and any update from him / her korang akan tahu. dimana nak jumpa perkataan subsribed? kalau korang pergi ke profile FB musuh - musuh kawan - kawan korang, korang akan terjumpa di left side bar ada perkataan subsribed. *kalau tak jumpa tak kahwin* hahaha..





 
 no need ask me the next question sebabnya aku dah tahu korang nak tanya apa. apa pula maksud subscriptions dan subscribers. apa perbezaan antara kedua - dua spesies ini? hahaha. ingin tahu lebih lanjut? mudah sahaja, caranya dengan memberikan aku RM 50.00 sebagai duit raya. hahaha. no lah, just jokes.  tapi kalau betul - betul apa salahnya. hahaha. ok, subscriptions itu ialah manusia - manusia yang telah anda subsribed untuk mengetahui segala status, gambar the latest and any update from him / her lah. dan subscribers pula ialah manusia - manusia yang telah subsribed anda untuk mengetahui segala status, gambar the latest and any update dari korang. atau lebih mudah di sebut ialah STALKER. hahaha.



akhir kata dari aku, selamat mencuba dan selamat menjadi Stalker.


tak perlu nak subscribed saya kot..
sbb saya bukan #retis pon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails