Friday, July 30, 2010
Imam Asyraf Pemenang Imam Muda 2010
Monday, July 26, 2010
Malam Nisfu Syaaban
Dari `Aisyah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Tahukah engkau (wahai `Aisyah) apa yang berlaku pada malam ini?” – Malam Nisfu Sya’aban.Saiyidatina `Aisyah pula bertanya; “Apa yang berlaku pada malam ini, Ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Pada malam ini akan ditulis perihal tiap-tiap seorang anak Adam yang dilahirkan dalam tahun ini dan pada malam ini juga akan ditulis nama tiap-tiap seorang anak Adam yang akan mati pada tahun ini, demikian juga pada malam ini akan diangkat amal-amal mereka (ke hadrat Ilahi) dan pada malam ini juga akan ditentukan turunnya rezeki mereka.”
Biasanya Allah memberi perhatian kepada langit yang dekat dengan kita pada akhir malam (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya) Pada Malam Nisfu Syaaban, Allah memberi perhatian terus bila ghuru’(matahari terbenam) dan tidak menunggu akhir malam.
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra: Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari….
“Allah turun ke langit dunia“, bukanlah bermaksud Allah bergerak atau berpindah sebaliknya ia bermaksud “Allah memberi perhatian kepada langit dunia yang dekat dengan kita (untuk mendengar permintaan dan keampunan hambanya)“
Apakah amalan pada malam Nisfu Syaaban? Bidaahkah membaca Yasin 3 kali? Bolehkah berpuasa pada hari Nisfu Syaaban? Apa kelebihannya?
Rasulullah s.a.w. ada melakukan solat-solat sunat pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siangnya. Antara fadhilat puasa pada hari 15hb Syaaban ialah dihapuskan dosa setahun. Tentang amalan membaca Yasin pula ada ulama buat, ada kata bidaah (perkara baru), namun orang yang melakukannya kira ulama yang teratas jugalah yang boleh diikuti.
Abdullah bin Masud ada meriwayatkan doa pada malam ini dari firman Allah, “yam hullah huma yasa’:
Ar-Ra’d [39] Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Bolehkah berpuasa dalam Bulan Syaaban? Ada yang mengatakan kalau nak puasa pada bulan Syaaban kena puasa sebelum 15hb Syaaban? Apakah Nabi puasa sebulan pada bulan Syaaban?
Dalam Islam cuma 5 hari (4 hari raya haji, 1 hari raya puasa) yang diharamkan berpuasa setahun, selain dari itu dibenarkan. Rasulullah s.a.w. banyak
Sunday, July 25, 2010
Sikap Perempuan yang diminati lelaki?
- Jadi pendengar setia - Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
- Suka dimanja. - Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
- Tarikan derapan kasut - Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
- Jangan bersolek tebal - Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
- Ingat hari pentingnya - Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
- Hormatinya - Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
- Jangan terlalu kebudak-budakan - Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
- Agresif - Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
- Jangan terlalu seronok - Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
- Jangan ganas - Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
- Jangan terlalu baik - Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
- Jangan perasan - Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
- Sikap sederhana - Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
- Sikap keibuan - Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
- Lemah-lembut - Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
- Sensitif - Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
- Kenali dirinya - Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
- Jaga kecantikan - Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
- Gaya kemas - Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
- Jangan kuno - Jangan bersikap terlalu kuno.
- Sering tanya khabar - Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
- Jujur dalam tingkah laku - Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
- Suka yang beragama - Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
- Tidak mudah dipermainkan - Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
- Jangan tunjuk lemah - Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
- Tunjuk matang - Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
Thursday, July 22, 2010
Kubur di atas kubah Masjid Nabawi
Sunday, July 18, 2010
Hari Gathering Geng Blogger 2010
Pada hari GGB 2010, aku terpaksa bekerja . waaaarrrgghhh! frust gila seyh. aku akan pastikan GGB ke dua aku akan ada dan kalau boleh aku nak jadi AJK ( Aku Je Busy). huhuhu.. jangan lah buat jauh - jauh. susahlah nak pergi. dah lah hari sabtu aku kena kerja. mintak - mintak lokasi seterusnya adalah di Johor atau pon negeri yang berdekatan dengan Johor. contohnya seperti Melaka. senang aku nak join. huhuhu..
oleh kerana aku tak dapat join GGB 2010, so aku pergi lah menjalankan tanggung jawab aku terhadap negara kita iaitu bekerja. hehehe. pergi je kerja tapi aku tak buat kerja pon. hey! aku tak mengular yee. aku buat kerja luar. aku ada masuk competition. competition ape? kalau aku habaq, korang jangan gelak sakan lak. aku masuk Ratu FMM. kelakar lah! ada ke patut orang big size a.k.a gemuk macam aku ni boleh jadi model untuk memperagakan baju tradisional dan catwalk. *muka comot macm ni ada hati nak jadi ratu! tak sedar diri langsung. aku masuk bukan nya nak menang pon. just suka - suka je. walaupun aku jalan berterabur tapi enjoy and fun gila taht time. hey! the good news is aku dapat bagi Final!! hooreeeyyy!!! hehehe. malas nak cerita banyak, korang tengok je lah kat pi bawah ni atau pun kat facebook aku.
itu lah aktiviti yang aku lakukan ketika GGB 2010. amacam, best tak? hehehe. tapi tetap sebest dan sehebat serta sefun GGB 2010. dorang dapat share idea, berkenal-kenalan dan bergambar. waaaaarrgghhh! part bergambar ni lah yang aku tak boleh blah. sumpah aku jelez! da lah aku ni camwhore! next time muka aku ni kena ada dalam paper kosmo juga! hehehe. hey, pada blogger johor kat luar sana, kalau nampak muka kau ni kat mana - mana, sila - sila lah tegur yee. amoi kusut ni segan nak tegur dulu. pemalu lah di katakan. bluewk! amoi ni tak de lah kusut mana pon. huhuhu. before aku out ni, wish me luck for my final Ratu FMM ye. daa :p
Thursday, July 15, 2010
Artis Dan Otai Blogger Add FB aku
okey, aku dah mula nak story pasal tajuk entri aku tu. siapa artis yang add aku tu? nama artis tersebut ialah faizul hafiz hashim. korang tak kenal kan? aku bagi korang cepat ingat siapa artis ini yee. korang ingat tak cerita tari tirana kat tv 3 dulu. ingat dengan mak cik guard yang bernama mak cik bella. anak kepada mak cik bella tu lah yang add aku. hehehe. tak percaya? jom tengok bukti di bawah ini..
betul kan?
setelah ARIFF SHAH usha LITTLE AMOI . kini giliran blogger lain pula iaitu otai blogger add FB aku. nak tahu siapa? zainal zuhry. maybe korang tak familiar dengan nama tu. tapi kalau aku cakap dark batman. mesti korang familiar gila kan. at first, aku tak perasan yang dorang ni add aku. aku main approve je orang yang add aku. bila check check balik, rupa nya 2 orang famous ni hah yang add aku.
sila jeles. hahaha
Sunday, July 11, 2010
Pemenang Fifa World cup (Paul The Octocpus)
tekaan paul si sotong kurita.
kalau salah tekaan PAUL THE OCTOPUS ni.. aku masak sambal sotong ni!! hahaha. go netherlands!!
Thursday, July 8, 2010
Rahsia Tarzan Pakai Cawat
Monyet : Tarzan..., kenapa engkau sorang je yang pakai cawat? Kami semua tak pakai. Ada apa-apa rahsia ke?
Tarzan : Tak ada apalah!
Monyet : Kita kan kawan baik. Takkan nak berahsia kut?
Tarzan : Aku kata tak ada..., tak ada lah!
Monyet sungguh rasa tak puas hati dengan jawapan Tarzan. So dia pun ajak kawan-kawan dia ke pondok Tarzan dan mengintai untuk congkel rahsia Tarzan. Seperti biasa, sebelum mandi Tarzan mesti buka cawat dia (itulah satu-satunya cawat yang dia ada). Bila tengok aja keadaan Tarzan yang berbogel tu, monyet-monyet tu pun ketawa dengan berdekah-dekah.
Monyet : Patutlah dia pakai cawat. Rupa-rupanya dia malu sebab ekor dia kat depan
Gambar Lady Gaga Jatuh.
taniah kerana anda masih boleh mengawal diri anda dari jatuh.
tapi bila di lihat dari dekat, rupa-rupa nya dua-dua kaki dah terjelepok. hahaha.
nanti.. nanti.. aku masih belum ready untuk jatuh..
Sunday, July 4, 2010
2hb JULAI 2010 adalah tarikh DIA pulang ke rahmatullah.
hajah hamsah binti somadi.
1927 - 2010