Monday, May 31, 2010

Di Jemput Hadir ke Majlis Persandingan Aku

salam. pergh!! penat seyh. beberapa minggu ni aku bz je. bz sebab apa? yee laa, nak dekat cuti sekolah ni, makin ramai lak orang kahwin. minggu depan lagi laa ramai orang kahwin sebab cuti sekolah. waaaarrgggghhhh!!! cuti sekolah ada lah waktu untuk merehatkan diri. tapi kena pergi tempat orang kawin lak. niat sebenar hati ni tak nak pergi. tapi.. baca lah dialog kat bawah ni.

MAK : beberapa minggu ni korang free tak?
AKU & SIS : kenapa mak?
MAK : walaupon korang BZ, korang tetap kena free kan diri korang.
AKU : dlm hati ku berkata ''aadduuuyaaaiii mak aku ni, kalau cam tu tak perlu tanya''.
MAK
: beberapa minggu ni kita kena pergi rumah orang kahwin.
SIS : oh.. kat mana mak?
MAK : kau nak kat mana ?
AKU : dalam hati ku berkata '' mak aku sungguh pandai berjenaka sinis''.
MAK
: ada kat singapore, JB, muar, dan negeri sembilan.
SIS : wah!! banyak laa kalau cam tu. kawan orang lagi kawin.
AKU : mak.. adik tak payah pergi kan?
MAK
: ko wajib pergi!! kakak pon kena pergi.
AKU : alaa.. kenapa lak?
MAK
: nanti kalau ko kawin, tak de sapa nak pergi nanti.
AKU : huh? kenapa lak.. ada je laa.
MAK
: sebab ko tak pergi majlis orang. orang pon tak nak laa pergi majliis ko.
AKU : owh.. itu macam yee?
SIS
: aku pon kena pergi taw. sebab time aku kahwin dorang datang.
AKU : yela..

Nak tak nak, aku kena lah pergi.
mak aku yang memaksa aku pergi.

kakak aku yang turut masuk campur dalam perbualan mak aku dan aku.


aku yang suka sangat bergambar di atas pelamin orang.
semalam pergi kenduri kahwin kat muar. kaki aku sakit gila. kenapa? aku pakai high heels laa. tue yang sakit. mak aku yang suruh. konon nya nak nampak anak gadis dia ni ladies laa. tapi dia tak sedar yang aku ni gemuk. tak sesuai orang yang berbadan gemuk macam aku ni pakai heels. untuk tidak mengecewakan dia, aku pon pakai. tapi aku yang menerima padah. sebab kaki aku melecet. waaarrrgghhhh!!! sumpah sakit! tak nak pakai heels lagi.


kebaya nyonya + seluar jeans + high heels = amoi kusut.


aku dah pergi kenduri kahwin dorang. next time, korang kena pergi kenduri kahwin aku. aku jemput satu kampung, biar semua datang. kecoh sangat mak aku tu. takut sangat tak de orang nak datang. yee ke orang malayu ni suka membalas balik? contoh nya, kalau orang tu tak datang rumah aku time raya, maka aku pon tak nak datang rumah dia time raya. patut ke kita membalas balik cam tu. ntah laa yee. kalau aku, aku tak kisah je. kalau korang macam mana plak? kesimpulannya, semua pihak perlu lah menukar corak pemikiran kot. sampai bila kita harus begini sahaja.. sebelum aku akhiri entri ini, korang dengar ni betul-betul yee. SEMUA BLOGGER DI JEMPUT HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN AKU yang akan berlangsung.. ntah aku pon tak tahu. hehehe. daa..


Friday, May 28, 2010

Bolos Saja Kereta Itu # 3 Wanita Ganas!!



hai semua. sori lah semalam tak dapat nak update blog ni. dah 2 hari dah aku demam. maybe ni semua gara-gara berjalan hari tu kot. so, semalam aku hanya mampu blogwalking dan comment kat blog korang je laa. okey, hari selasa yang lepas aku keluar hang out dengan ex-classmate aku time form 6 dolu-dolu. hehehe. si syud ni laa yang punya idea nak keluar sama-sama. nak bajet dengan we'ol yang tak de lesen.



budak ni baru dapat lesen 4 hari.


amoi yang memang tak ada lesen memandu. hahaha



su-are dalam proses nak dapat lesen.




banyak gila kejadian-kejadian yang tak di ingini berlaku. banyak ke? hehehe. takut aku naik kereta dengan syud lagi. menyeramkan. we'ol buat keputusan untuk tengok muvie kat CS je. sebab da lama tak lepak sana. selalu lepak kat jusco je. sampai je kat CS, we'ol pon parking laa kereta kat car park dalam CS. dan secara tiba-tiba je, kereta kami telah..... tttuuuuuttt.. bahagian ini aku tak boleh cerita. syud marah. aku hanya mampu berkata seperti zizan raja lawak ''BOLOS SAJA KERETA ITU''.. we'ol takut gila time tu. apabila kejadian tak di ingini tu berlaku, we'ol pon blah laa dari car park CS. kalau tunggu lama-lama kat situ, memang cari nahas laa. hahaha. aku bagi idea kat member-member aku untuk parking kat Plaza Seni je. sebab tempat tu selamat bagi we'ol. hahaha. lagi satu, car park sana lagi murah daripada CS.



kereta yang we'ol naiki di sebelah kiri sekali. sebelah kereta waja tu. parking agak senget sebab orang yang naik pon senget-senget belaka. hahaha.



sampai je CS, memasing muka da pucat dan cuak gila. we'ol minum jap untuk merehatkan minda yang tengah kusut ni. sambil minum tu, we'ol pon bergosip-gosip dan cit cat pasal member-member sekolah. walaupun kejadian tak di ingini tu berlaku 30 minit yang lepas. aku still shockling.
muka aku yang masih fikir kan lagi kejadian di car park CS. *nampak gemuk seyh!



tengok lah kereta syud. jadi kemek cam ni. oh tidak...


untuk menghilangkan rasa ketakutan aku tu, we'ol pon meronda-ronda dari satu kedai ke satu kedai yang lain. sambil ronda sambil ambil gambar.

syud.. beruang kutub makan penguin tak? hahaha..

setelah penat berjalan, jam menunjuk kan waktu yang kami perlu masuk ke panggung wayang. kalau tak, tertinggal lah babak pertama cerita tu. hehehe. we'ol tengok cerita A Nightmare At Elms Streets. pada mula nya syud ajak tengok cerita shrek, tapi aku dan su-are membidas sebidas-bidas nya. hehehe. kat dalam wayang tu asyik menjerit je. sampai naik sakit tekak aku ni. dah laa lapar, aku tak makan lagi. niat nak makan roti sambil tengok muvie tapi terbantut lak. sebab dalam cerita tu banyak babak yang meloyakan lak. bluewk!




lepas tengok muvie, we'ol g makan lak. hah, ni yang best ni. aku memang suka kalau part makan ni. tengok je lah badan aku ni, semua aku rasa nak makan. hehehe. we'ol makan kat restoran Seoul Garden. erm.. makanan nya not bad laa. sedap gak laa.

aku baget nak makan ala-ala orang korea. letak salad then daging, cecah sos. yummy!! sedap gak! hehehe..




aku dan su-are yang beriya gila bakar benda ni. sampai naik hangus plus keras we'ol punya danging and ayam. hehehe.

pergh!! 3 orang punya makan kena sampai RM 104.00. huhuhu.


lepas makan je, we'ol pergi tesco lak. buat apa? mak syud dan nenek su-are kirim beli gula. hahaha. tapi bila da sampai tesco, tak de jual gula. gula semua da habis... waaaaarrrggghhh!! da lah gula tak de, aku boleh terjumpa ustaz sekolah aku lak. sempat dia jelin we'ol. pergh!! bengang beb.. tapi ustaz tu gatal jugak kot sebab wife kat sebelah jeling perempuan lain. hehehe :)


Wednesday, May 26, 2010

Hadiah Birthday Untuk Alisya


hai semua. ini ialah entri contest berserta tags. aku terpaksa buat entri ini sebab kalau aku tak buat, bro Jo akan putus kawan dengan aku. melampau kan dia ni? huhuhu.. erm, aku rasa contest yang bro GTO ni buat sangat laa cute dan best. kenapa contest ni cute dan best? sebab nya contest ini untuk anak nya, alisya.



cute kan alisya ni? geram gila amoi tengok. rasa nak picit-picit je pipi dia yang gebu tu. hehehe. :)


22hb Jun 2010 nanti, genaplah setahun umur Nurul Alisya Ilyani. sekarang ni Bro GTO dan isteri nya iaitu, Azwa tengah tercari-cari hadiah paling ideal yang mereka ingin berikan kepada baby Alisya mereka itu. setelah fikir punya fikir, maka amoi pon mendapat idea. tapi amoi tak tahu laa sama ada bro GTO ni suka ke tak. harap-harap dia suka dan boleh pertimbangkan hadiah ini untuk di berikan kepada baby alisya. hadiah nya ialah two in one ( 2 in 1).

HADIAH PERTAMA ialah..

eyriqazz dan azwa boleh menghadiah kan baby alisya BIRTHDAY PARTY untuk baby alisya. anda perlu laa menjemput rakan-rakan, saudara-mara, family, dan jiran tetangga untuk hadir ke bithday party alisha. dan pastikan mereka mempunyai anak kecil yang berumur 5 bulan hinggalah 11 tahun. party itu mestilah ada tema. contoh tema party itu ialah SHREK. so, tetamu yang hadir mestilah memakai baju atau kostum yang terdapat dalam cerita shreek. *ibu bapa tidak wajib, ia hanya lah untuk kanak-kanak sahaja. setelah selesai baby alisya memotong kek, majlis makan-makan dan sesi memberi hadiah (eriqazz dan isteri juga perlu memberi hadiah kepada baby alisya ketika itu. apa hadiah nya? hadiah ke dua elisya boleh di baca selepas perenggan ini ), eriqazz dan azwa perlu lah membawa baby elisya dan rakan-rakan nya ke satu bilik atau tempat kosong yang mempunyai sebuah TV. kemudian pasang kan DVD cerita shreek atau apa-apa sahaja cerita. saya suggest kan bilik itu di gelap kan lampu. best tak hadiah yang pertama ni? mesti gempak kalau eriqazz buat untuk baby alisya.



HADIAH KEDUA ialah..

SOFTWARE FOR BABIES. saya rasa eriqazz tak perlu nak bazir kan terlalu banyak wang, sebab yang lebih murah da ada di depan mata. maksud nya, tak perlu nak belikan lappy baru untuk baby elisya. sebab software ni boleh di pasang di apa-apa sahaja jenis PC, lappy dan MAC versi terbaru. saya cadang kan eriqazz beli software di http://www.giggles.net/




KENAPA perlu beri hadiah seperti itu??

hadiah PERTAMA :- baby alisya kan anak tunggal. so, mesti dia suka sebab dapat jumpa ramai kawan-kawan dia ketika itu. dan maybe dia akan dapat kawan baru. bukan itu sahaja , A movie can be a great gift as well. Although babies don't have a very good attention span, they do make movies for them too. Baby Alisya will learned so much from watching a SHREK movie (or others) and who knew that your wife and you would end up knowing every song SHREK sang. Elmo is another great character and children love him as well.


hadiah KEDUA :- pelbagai benda yang baby alisya dapat pelajari dalam tu. dalam software tu ada mengajar shapes and colour, nussery ryhme, cerita, huruf dan macam-macam lagi laa. eriqazz tekan sini kalau nak tahu lebih lanjut pasal software ni. kalau beli software ni, tak perlu laa nak beli buku, beli kad huruf, buku nombor dan banyak lagi. kat dalam ni pon ada game. game pelajaran. so, tahap iQ alisya mesti akan bertambah baik dan pandai lepas guna software ni.

3 orang blogger yang amoi nak tag ialah meniti senja, mai si anak gajah dan ery farieha.



act, banyak entri Bro GTO yang amoi suka. semua best-best. tapi yang paling amoi suka ialah Terimakasih Anonymous Most Malay Blogger Sucks??? . walaupun entri itu agak hot and spicy, tapi best!! hehehe.

sekian. harap, bro GTO dan wife pertimbangkan laa hadiah yang amoi suggest kan ni yee. :)

Tuesday, May 25, 2010

Isteri Mintak Cerai Dari Suami

entri di bawah ni aku dapat dari email. sumpah kelakar. so, aku rasa aku patut share benda-benda macam ni kat korang. hehehe. selamat membaca yee..


Suatu petang yang hening. aku (selamat bin dol ) duduk berehat-rehat di depan rumah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah sikit). huhuhu. sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah. aku lihat dia tersenyum sorang-sorang. ape lah yang dia fikir agak nya. isteriku? ade kat dapur nun, memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku memang cukup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata-kata menghiburkan kami se famili. alahai.aku senyum sorang-sorang gak bangga memiliki famili ni....

Tengah aku dok senyum-senyum tetiba anak aku datang.
'abah...mak nak cerai...'
Aku tersentap. mata ku automatik berpinar. rokok tetap maintain kat mulut.

Tetiba sahaja dia nak minta berpisah??? Aku ni bukan insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh. Rumah ni pun aku beli pakai nama dia (aku beli je...dia yang bayar..hehehe) lepas tu kereta kat depan rumah tu memang aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999). ape lagi yang kurang. dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur.

'YAH, APE KURANG KE KASIH SAYANG ABE KAT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MINTA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK BUAT ABANG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah.. kalau berani buat lah....

YAAHHHHH.......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinga aku dah terdengar-dengar lagu Anang. jari jemari dah sejuk. sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....

Iye.. buat lah bang OIIIII... saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat. boboi tak cakap kat awak ke??

HAH SERAI??????? Betuah punyer anak. pelat....


Ceyai Vs cerai...
Be carefull dengan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....
Hihihihik hukhuk ..
p/s ; hahaha. kelakar kan. so, pada yang da berkawin tu, jangan nak merintah anak korang yee. cakap sendiri dengan pasangan anda. nanti tak pasal-pasal jatuh talak.

Monday, May 24, 2010

Pergaduhan Blogger Malaysia . #NIAT BAIK DI SALAH ERTI KAN..


salam semua. entri kali ini adalah untuk meleraikan segala kekusutan sesetengah blogger. pada yang tak tahu tu, korang boleh amik tahu . dan yang da tahu tu, korang boleh menilai nya sendiri.
PERTAMA
okey, maybe comment aku pada mula nya telah membuat kan mereka sentap. yee, aku minta maaf sekira nya aku ada tersalah cakap. tapi setahu aku, aku tak de menyakitkan hati sesiapa pon. apa yang aku comment kan yee?

ini laa yang aku comment kat salah satu blog.

maybe dorang ingat aku kutuk owner blog tu. sebab aku cakap dia talam dua muka. apa yang mereka perlu lakukan ialah baca comment itu dengan sebetul nya. aku cakap ''ADAKAH u pon blogger talam dua muka ? '' . ADAKAH dan ? (tanda soal) itu mereka patut tekan kan. adakah dan tanda soal itu menunjukkan ayat tanya atau soal. aku tidak menunding jari langsung terhadap owner blog tu dengan mengatakan dia talam dua muka. menurut kamus dewan dan pustaka siri terbaharu, ayat tanya adalah ayat yang menginginkan kepastian. jadi, comment aku ingin kan kepastian sama ada dia juga seperti itu atau tidak. kalau tidak, cakap tidak. kalau ia, cakap ia. mudah bukan. owner blog tu ramai supporter bekap. jadi tidak perlu laa dia susah-susah nak jawab kan.. hehehe.

kepada blogger yang gambar nya di perkatakan itu, dia sangat lah cool sebab tak terus shoot aku dengan comment yang agak berbisa. aku tidak langsung mengutuk atau memberi comment pada dia. yee, aku tahu dia mesti marah apabila ada orang kata macam tu. so, comment yang aku berikan kepada owner blog tu hanya laa di tujukan kepada owner blog tu. aku bukan nya mengipas atau mengampu blogger femes. aku cuma kata, kita tidak perlu mengutuk orang lain. sebab apabila kita berbuat begitu , orang lain juga akan mengutuk kita juga. kalau marah pon, tak perlu laa mengeluar kan kata-kata yang agak kesat. apa kata kita meluahkan nya dengan cara yang lebih diplomatik tapi berbisa dan boleh membuat kan semua orang terkedu dan tidak dapat menyangkal kata-kata kita itu walau sedikit pon. maybe cara olahan ayat itu kurang baik. kepada owner blog tersebut, kalau anda tidak dapat menerima kata-kata amoi ni, tak pe laa. kata-kata terakhir ialah, terus kan lah berblogging dengan memberikan entri-entri yang terbaik.

KEDUA

kepada blogger yang buat entri khas untuk aku tu, terima kasih yee. terharu gila. siap bagi aku fans yang comel lagi untuk letak kat sekolah. eh, aku bukan budak sekolah tapi cikgu laa. hehehe :) dia juga tersalah anggap dengan comment aku. lain orang, lain cara tafsiran sesuatu ayat tu. aku tanya dia pasal kronologi macam mana pergaduhan tu boleh berlaku. yee la, aku asyik dengar dari sebelah pihak je, nak juga tahu dari dorang lak. aku tak sempat nak baca entri yang mereka perkatakan itu. tapi dari perspektif sudut pemikiran nya pula, dia ingat aku ni nak di jadikan topik hangat yang ingin mereka perkatakan. yee, aku akui aku tersalah comment kat blog dia. yang sebenar nya aku comment kat blog orang lain. hahaha. aku kompius laa. entri dorang lebih kurang sama je. lagi pon aku pergi sekali je kat situ. harap dia faham. huhuhu. nak terima kasih la sekali lagi laa kat dia sebab dia suggest kan aku makan raisin. walaupun entri yang dia buat untuk aku tu tak berapa nak suka aku, tapi aku tahu dia baik. hehehe. *baik kan hati aku terima kasih kat dia. hehehe. tapi entri yang dia buat tu, bukan nya pasal kronologi cerita hangat yang aku nak tahu sangat tu. tapi lebih kepada menghentam aku. aku bukan nak jadi mami jarum atau mami mesin jahit ke apa. da korang suruh aku faham cerita sebenar ni macam mana. aku nak laa faham betul-betul. tak sangka pula mereka menyalah tafsirkan comment aku yang berniat murni itu. harap mereka faham apa yang sebenar nya tersirat dan tersurat dalam niat murni ku itu. salah ke aku nak ambil tahu? aku seorang blogger yang mengambil berat. huhuhu.

PEACE DER..

Sunday, May 23, 2010

Jom Bercium - Ciuman

Tahukah anda, ramai orang menghabiskan purata hidup mereka dengan bercium? bercium bukan sahaja dapat mengingatkan mereka kepada peritiwa manis yang berlaku hingga mereka bercium, malahan saliva kita akan membasuh makanan yang ada di plak-plak gigi. tetapi ia juga dapat mengurangkan tahap asid yang boleh menyebabkan gigi kita rosak, mulut berbau, dan mencegah magnesium-magnesium untuk menguatkan gigi anda. so, kepada yang sudah pun berkawin, boleh laa mengamal kan nya. sekali lagi aku tekan kan yee, amalan ini hanya laa untuk pasangan suami isteri yang sah dari segi undang-undang islam. harap faham yee.



bagi orang yang belum berkawin, anda hanya boleh bercium di pipi mak, ayah, kakak, abang dan adik anda sahaja. dengan bear pon boleh!!! hehehe..

ATTN : entri ini adalah pengetahuan umum a.k.a science. amalan ini hanya boleh dilakukan untuk mereka yang sudah berkahwin secara halal sahaja yee. yang belum berkahwin tu, jangan nak mengada-ngada nak buat aksi aksi ni kat kekasih korang. kalau aku dapat tahu korang berdegil nak buat juga, aku akan tempeleng / tampar muka korang laju-laju sampai bibir korang kena cium dengan benang *kena jahit sebab luka kena penampar sakti aku.

Saturday, May 22, 2010

4 Text / SMS Yang Anda Tak kan Delete.

''cannot receive message, memory full''. pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? aku pasti ramai yang telah mengalaminya. texts / sms apa yang membuatkan inbox anda penuh, sehingga tidak mahu meng''delete''nya? dan mengapa yee?


1. texts / sms daripada ex-BF /GF.

''hai sayang, tak sabar nak jumpa u malam ni. sayang awak, rindu awak. muahxx ''. walaupun kita da berpisah dengan si tak guna tu, tapi kita akan ingat kata-kata manis nya dan ayat-ayat cute dari si tak guna itu. ia menunjuk kan bahawa kita ini terbaik ketika itu.




2. text /sms gila-gila daripada BFF.

''OMG!! da semingu tak text dengan ko. rindu nak dengar celoteh ko yang cute tu!'' . tau tak mesej ini sangat berharga? sebab nya kita boleh buat ''bahan'' untuk kena kan BFF kita bila baca text/ sms ini. gerenti muka dia akan bengang plus blusshing. ia juga akan mengingatkan kita bahawa penting nya kita dalam hidup mereka.



3. text/sms kata-kata dorongan daripada ibu bapa.

''asalmualaikum adek. adek sihat? macam mana dengan kerja? baik-baik yee kat negeri orang tu. mak selalu doa kan yang terbaik untuk adik serta murah rezeki, dan sihat selalu. '' mesti rasa terharu gila babun dan homesick bila baca mesej ni kan? bukan itu sahaja, mesej ini juga berguna kalau kita tengah kecewa ataupun stress. text/ sms ni menunjuk kan walau apa pun terjadi, parents dan family kita sentiasa menyokong dan menyayangi kita.



4. text /sms ''TERIMA KASIH''

''hey, i just wanna say thanks for last ninght. tak tahu laa apa yang akan terjadi kalau u tak tolong i time tu. :)''. text ini pasti kita akan simpan sebab ia mengingat kan kita bahawa kita ini di hargai. dan rasa seperti otomen / power puff girl.


amoi kusut sedang tekun meng''reply'' text. hehehe.

Thursday, May 20, 2010

Aku Berjaya Mengalahkan Blog Its All About Journey (JOEGRIMJOW)

salam semua. hari ini adalah hari kedua penubuhan fan page blog little amoi says di facebook. aku buat fan page ni bukan laa kerana nak menunjuk-nunjuk yang aku ni famous dan boleh jadi artis. fan page ni adalah untuk rakan-rakan blogger, silent reader, follower dan meraka yang mengikuti blog aku tapi tiada blog untuk follow. da lama sebenar nya nak buat tapi asal buat je tak jadi. aku sangat berterima kasih kepada owner blog Legasi Piston Pecah kerana dia dengan baik hati nya membantu/ mengajar aku cara-cara nak buat fan page. terima kasih sangat-sangat! memang baik hati laa dia ni.


hari ini pagi-pagi lagi aku dah on9 FB aku. ni semua gara-gara nak cek da berapa orang yang sudi menyokong blog little amoi says di facebook. tiba-tiba mata aku jadi bulat. aku berubah menjadi beruk. eh eh silap lak. aku berubah kerana terperanjat beruk! badan ku jadi kaku. cam ayat novel lak. ialah mana tak nya, baru 1 hari aku buat fan page blog aku ni. da ada 115 orang yang like this page pagi tadi. tak percaya? sila lihat pix di bawah ini.





betul kan? aku ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi meng''like'' fan page blog amoi. amoi sangat-sangat menghargai nya. dan kalau korang nak tahu fan page aku ni berjaya kalah kan fan page blogger otai kita. siapa? tengok di bawah ni.




yee, blogger yang tengah hot macam goreng panas sekarang ni. walaubagaimana pun, aku tak boleh suka sangat. nak tahu sebab apa? sebab aku tetap tidak berjaya mengalah kan blog dia dari segi follower dia, dari segi comment dia, dari segi traffic dia, dari segi alexa ranking dia, dari segi earning dia, dari segi populariti dia. aku tetap tidak berjaya nak mengalah kan dia. so, blog aku tidak laa sehebat mana. kerana apa yang penting dalam berblogging adalah perkara-perkara di atas ini.




banyak kan follower dia..


blog its all about journey ni da hampir dua tahun ada di alam maya ini. owner nya yang lebih di kenali sebagai joegrimjow adalah seorang pelajar overseas. walaupun study jauh nun di negara orang, dia tetap mengetahui hal- hal yang berlaku di Malaysia yang kadang-kadang kita pon tak berapa nak tahu sangat. aku memang selalu laa singgah blog dia kalau buat blogwalking. bagi yang tak pernah pergi blog dia, boleh laa usha-usha blog goreng pisang panas ni yee.



*sebelum post entri ni, aku da mintak kebenaran kart joegrimjow. so,kepada bro joe dan semua kipas susah mati blog its all about journey, harap korang tak marah dan tidak terasa hati dengan kata-kata aku ini yee. peace yoo!



Wednesday, May 19, 2010

Korang Nak Barang Free Tak?

salamat petang semua. wah! aku boleh nampak dari mata korang yang bersinar-sinar tu dan hati yang bergetar-getar nak sangat tahu bagaimana cara nya untuk dapat barang free tanpa perlu mengeluarkan sesen pon. okey, nak tahu bagaimana cara nya? sabr yee. aku biarkan korang terus rasa teruja tak ingat dunia punya. hahaha.


16 mei 2010 adalah hari yang paling best sekali dalam hidup aku. ya laa, baru lima bulan bekerja sebagai cikgu, da ada orang menghargai jasa aku. terima kasih anak-anak murid ku. terharu gila ! oleh kerana mereka menghargai jasa ku itu, so aku nak tempel laa gambar dorang kart blog aku ni.





mana satu cigku? cuba cari. hehehe. mesti laa yang comot tu.

hari tu aku dapat banyak hadiah. pix kat bawah ni hanya sebahagian sahaja. sebab barang selebihnya aku da buka dan letak dalam bilik. yang ini sisa-sisa hadiah yang tertinggal. tak sempat nak buka sebab bz sangat. hehehe.

salah ejaan laa sayang. teacher LIEZ not teacher lis. but it;s okey. tetap sayang anak2 murid ku yang cilik tp nakal itu.
balik rumah je, aku tunjuk kan laa kat mak aku. mak aku yg over exited. suruh aku kumpul kan semua present2 tu, sebab dia nak amik gambar. sori laa mak. penat sangat laa, malas nak naik atas amik hadiah tu. susah nak amik pakai dua tangan ni. aku memerlukan lagi tangan. tapi tiada siapa ingin membantu. so, aku mengambil kepurusan untuk tidak mengambil nya. korang tengok je laa yg ini yee.

mak aku yang ambil gambar ini. time muka comot, time tu laa nak amik gambar. haiiiisshh!

akhir sekali ingin aku kata kan ialah, jangan harap laa korang nak dapat barang percuma kalau tidak menyumbang kan sesuatu. melain kan korang dengan muka tembok nya mintak barang free kat orang lain. kalu dapat, maybe orang kesian laa tu. kalau tak dapat, maksudnya orang menyampah. jadi, buat laa sesuatu dengan usaha sendiri tanpa mengharap kan bantuan orang lain. salam dunia yang serba maju ini, tiada barang free. melainkan orang itu ada udang si sebalik mee dengan korang. so, kesimpulan nya, tiada barang free yang aku nak bagi kat korang. maaf yee. hehehe.

teacher liez sayang korang semua! terima kasih sebab bagi teachear hadiah yee! teacher akan ingat sampai bila-bila.

Tuesday, May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI


nama samaran amoi kat blog ialah liez kusut atau amoi. dan nama blog amoi ialah little amoi says.
mula berblogging pada buan april tahun 2009. mula-mula buat blog ni hanya laa untuk suka-suka. sebab amoi suka bergambar dan berceloteh, so buat laa blog biar orang lain pon boleh baca sama dan berkongsi pendapat mereka. daripada suka-suka menjadi minat pula. hampir setiap minit masa amoi akan di luangkan untuk baca blog blog yang menarik. amoi tak harap blog amoi ni popular ke atau nak dapat earning yang berkepuk-kepuk. tapi cukup lah sekadar ada yang sudi membaca, memberikan pendapat dan mengkritik blog amoi. blog amoi ni baru setahun jagung. amoi banyak cerita personal life dalam blog amoi. blog ni da macam diari da. tapi diari tak boleh letak gambar. kalau nak letak juga, kena cuci gambar, then kena tampal lagi. leceh kan! hehehe.. nak tahu lagi pasal amoi, anda boleh baca etri berikut nya atau baca entri-entri yang terdahulu.
tahu segmen ini daripada blog BEN ASHAARI.

Monday, May 17, 2010

Little Amoi kena Bebel dengan blogger tegar (BEN ASHAARI) ?


terima kasih ben ashaari kerana follow blog saya!

Salam satu malaysia semua. ececeh. hari ini mood patriotik aku begitu berkobar-kobar sekali. maybe ada kena mengena dengan hari belia dan hari guru yang aku sambut tahun ini. tapi entri kali ini bukan laa pasal perkara tersebut. tapi pasal mamat yang bernama ben affleck. eh silap silap. ben ashaari laa. hehehe. jangan marah yee en ben. okey, tajuk enti kart atas tu cam gempak jek kan. act, aku tak kena bebel pon dengan ben. tapi dia berikan aku idea dan pendapat tentang blog nya. baik kan en ben kita. cuma bila dia da bebel agak panjang lebar juga. hehehe.
cerita nya macam ni, di suatu pagi yang hening. aku sedang beborak dengan dua tiga orang rakan blogger di GENG BLOGGER . dan salah seorang daripada mereka iaitu A. Awang nak beborak dgn ben. tapi ben diam je. maka aku pun buat andaian bahawa ben tengah breakfast waktu itu. tengah dok sedap bercerita pasal ben, tiba-tiba en. ben buzz kita orang. dan dengan baik hati nya ben menjelajah blog kami walaupun kami tidak join untuk jelajah blog. setelah dia menyelongkar blog kami, akhir nya kami beborak di ym pula. tak percaya? tengok pix di bawah tu yee.

betul kan. okey, sila jelez lagi yee. hahaha.

otai blog kita ni, suruh aku buat sikit perubahan kat blog aku.
contohnya seperti

  • letak banner
  • letak sikit je entri kart blog
  • buang benda-benda tak patut di sidebar

*bg newbie, korang boleh ikut cakap ben.

amoi tengah renovate blog. so, apa yang ben cakap tue, amoi akan upgrade dan ubah dari semasa ke semasa. maybe keseluruhan blog ini akan berubah lagi seminggu. so, tunggu yee gaya terbaru blog amoi!

banyak lagi yang kami bual kan. tapi cukup laa sampai sini je aku ceritakan yee. kepada yang sedang jealous dan makan hati, anda boleh laa buat entri tentang jelajah blog versi 4.o .. nanti ben akan jelajah blog ko versi terbaru punya. so,jangan lepas kan peluang yee.

p/s : en ben.. boleh tak amoi buat entri tentang jelajah blog versi 4.o ?

Sunday, May 16, 2010

10 Kesalahan Cikgu Terhadap Cikgunya.


salam. hari ini 16hb MEI, 2010 adalah hari guru. walaupun aku dah habis sekolah, aku tetap nak wish kan selamat hari guru kepada semua guru-guru di malaysia. terutamanya yang pernah mengajar aku iaitu di sekolah tadika, sekolah rendah kebangsaan pasir gudang 3, sekolah menengah kebangsaan pasir gudang 1/ sekolah menengah kebangsaan kota masai dan sekolah menengah pasir gudang 2. terima kasih kepada semua tenaga pelajar yang selama ini tak pernah merasa penat dan bosan mengajar aku selama ini.

pix time sekolah dulu.

time aku sekolah dulu, aku banyak buat salah kart cikgu aku. contohnya, pertama ; tidur dalam kelas. selalu nya aku akan tidur waktu kimia, sejarah dengan add math. kedua ; makan dalam kelas. aku dan member-member aku duduk bahagian belakang sekali. so, kalau nak makan tu cikgu tak perasaan sangat. waktu makan di dalam kelas ialah waktu subjek pendidikan seni. ketiga ; baca komik ketika cikgu mengajar. erm.. ikut mood laa. aku akan baca komik kalau cikgu tu ajar tak best time tu. keempat ; memperkotak katik kan cikgu. kesian cikgu tu. selalu nya cikgu pratikal atau cikgu baru laa kena. hehehe. kesian. kelima ; mengkritik. wah! ada sahaja yang tak kena dengan seseorang cikgu tu. antara topik yang kami akan kritik ialah baju tu tak match dgn tudung nya, perut cikgu tu buncit atau mengandung, cikgu lelaki tu da ada wife tapi still gatal, teknik mengajar kureng, asal cikgu tu busy body dan lain -lain lagi. keenam ; bersms di dalam kelas. selalu nya waktu cigu tgh sibuk meeting, ada event tertentu. ketujuh ; menggunakan wifi sekolah untuk online laman sosial. cikgu mengajar kat depan, tapi kart belakang reply comment kart laman sosial. bila cikgu datang sekat je, terus click kart tempat belajar punya. jahat kan. kelapan, skip kelas. alasan nya sebab nak tolong cikgu buat bla bla bla. tp padahal menipu. bila ada meeting pengawas, aku akan mencurik tulang dengan melepak di bilik sejarah. kesembilan ; langgar peraturan sekolah. rules are made to be broken. so, banyak laa peraturan sekolah aku langgar. contohya seperti aku tidak memakai lencana, tanda nama, tak pakai anak tudung, pakai kasut yg tak di benar kan, stokin yang tidak di benar kan, datang lambat laa dan banyak lagi lah. tapi aku jarang kena sounds sebab aku adalah pengawas. hahaha. dan yang terakhir sekali ialah selalu bagi hadiah hair guru pada cikgu yang best je. kesian. yg garang-garang mesti dapat hadiah tak banyak.



cikgu aku dengan aku. dia ajar besh! time ni maulidul rasul. so, aku kena melakon kan watak orang arab. tapi cigu cakap macam anak cina pakai baju arab. hahaha..


sekarang ni, aku pulak yang jadi cikgu. walaupun aku jadi cikgu sekolah tadika, tapi aku dapat merasakan susah nya nak mendidik anak bansa kita agar menjadi cemerlang, terbilang dan gemilang.

pagi- pagi buta sebelum pergi sekolah, pose dulu. hehehe.


ini lah pelajar-pelajar ku. sayang dorang sangat-sangat. aku da lah tak da adik plus tiada anak saudara, so aku anggap mereka macam adik-adik aku. kita tunggu laa apa yang budak cilik ni bagi aku nnt.

akhir sekali, kepada guru-guru ku semua, liez nak mintak maaf kepada anda jika perangai saya sangat hampeh, terkutuk dgn sengaja dan ternakal dengan sengaja, harap teacher's semua maaf kan. guru, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila!!

Thursday, May 13, 2010

Aku Kena Sounds Dengan Blogger Tegar!


salam. sebelum aku memulakan entri ini, ingin aku kata kan dengan tegas nya bahawa aku bertutur dan menulis dengan fluent nya dalam bahasa malaysia.




aku bukan nya nak bangga diri mahu pun bak kata pepatah, naik lif tekan sendiri tapi aku memang tidak ada masalah untuk faham ayat atau menulis bahasa melayu. sejak dari result UPSR, PMR, dan SPM kemudian melarat ke STPM , aku selalu mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu. semasa aku jadi student form 6 dulu, aku juga ambil aliran sastera dalam cos Bahasa Melayu. *so, aku pasti korang nampak begitu aku bangga dengan bahasa melayu ni. banyak yang aku pelajari tentang subjek ini semasa form 6. ia nampak seperti subjek yang mudah. tapi hakikat nya sangat susah kerana aku perlu belajar dari bahasa melayu kuno hingga lah bahasa melayu moden.



tapi, perkara yang membuatkan bengang aku menebal bak gabus di atas gunung everest ialah bila ada orang sounds aku yang aku ni macam tak reti guna bahasa melayu dengan betul. cerita nya begini. aku sedang berYM dengan salah seorang blogger tegar. nak tanya pasal pok cik nuff pluss bersembang. tiba muncul ayat ini seperti ini..



MR ? : u cikgu kan?
aku : yup! nape?
MR ? : ajar anak murid macam ini kew
ke = kew , je = jewk , nya = nyew , kat = kart ??
aku : *dalam hati gulp! erm.. i short form laa.
MR ? : bukan ke perkataan je lebih pendek berbanding jewk?
aku : *sentap dengan tiba-tiba nya. okey, lepas ni i tak guna short form bila chat dengan u.
lebih kurang macam ini laa ayat dia.






aku mengomel dalam hati je time tu. di YM pon perlu guna ayat penuh seperti blog ke? aku teringat kata-kata ariff syah iaitu ayat rempit. dah lama aku tinggal kan ayat rempit semasa berblogging. tapi bila berFB , YM dan MS mmg selalu mengguna kan bahasa rempit. huhuhu. dah ramai orang join goup ini di facebook. keesokan hari nya, semasa mengajar subjek bahasa malaysia , aku merasa ada benar nya apa yang MR ? cakap kan semalam. so, selepas ini aku akan cuba membiasa kan diri aku agar tidak mengguna kan bahasa rempit di mana- mana rangkaian sosial serta untuk menghantar SMS.

okey, dah boleh bukak mulut. sebab kritikan anda membina!

dalam hati ada taman ku berkata : terima kasih MR K kerana menyedar kan aku betapa berharga nya bahasa kita. kalau bukan kita yang guna, siapa lagi kan.. akhir kata ; BAHASA JIWA BANGSA.

Wednesday, May 12, 2010

ARIFF SHAH usha LITTLE AMOI (part II)



attn : okey, entri kali ini lebih kepada wanita yang sopan dan berkarisma. *cewah ayat! tak nak macam entri yang lepas, lebih ke arah ke gedik kan.





salam. entri hari ini berkaitan dengan entri aku yang lepas iaitu ARIFF SHAH usha LITTLE AMOI. tapi kali ini ialah part two. aku agak malu waktu ini kerana Ariff Shah telah membaca entri tersebut. dan dia telah meletak kan blog url aku di entry nya. dia mengucap kan terima kasih kerana memberikan dia mood untuk update blog ketika itu. tak percaya? baca entri nya di sini . betul kan? aku tak tipu kan.. aku bukan laa penipu untuk mambuat cerita propa untuk popular. kepada ariff ; terima kasih kerana berbuat sebegitu dan comment pix saya di FB.



ada lah hamba allah ini bertanya padaku.. adakah aku minat blog arif kerana owner nya seorang lelaki yang kacak, belajar di russia, blog nya mendapat top ranking dan lain- lain lagi. pada aku, itu hanya laa pakej bagi diri dia. act, aku minat blog.ariff kerana cara penulisan dia sangat menarik, tips-tips yang dia berikan di blog sangat berguna dan boleh di guna pakai.




Ariff shah ada tulis di entri nya bahawa dia tidak popular dan hanya blog ariff yang popular. diri dia di luar dan ketika berblogging adalah berbeza. perkara ini juga sama seperti diri ku. sebab aku kart luar sangat pendiam hingga ada orang cakap aku berlagak. aku juga tidak ramai kawan sebab orang ingat aku ni sombong. yang sebenar nya aku tiada idea atau topik apa yang perlu aku bual kan dengan mereka. tapi kalau kat FB, MS, YM, FORMSPRING & BLOG ada sahaja benda yang ingin di kata kan. kalau korang perasaan, orang yang mempunyai blog ni kebanyak kan nya pendiam dan pemalu bila berhadapan dengan orang ramai. maybe sebab tu laa kita buat blog untuk melepas kan segala isi hati kita kan?



konlusi nya : bloggers tak popular seperti artis ketika di luar. tapi mereka popular di alam maya. setuju tak?



Monday, May 10, 2010

AKUKAH TANGGANG??

semalam adalah mother's day. so, entri aku kali ini adalah berkaitan dengan hari ibu. betul ke kalau orang tak sambut hari ibu adalah anak derhaka?? mak ai!!! takut nya. kalau anak dia selalu kurang ajar dengan parents dia, tapi bila celebrate mother's day, dia bukan anak derhaka?? eh, cam tu pulak yee. tepuk dada tanya laa selera!

puan noriati binti koondari, kami nurshaliza binti jumri, norliza binti jumri, jumri bin lokman dan fadzly bin talib ingin mengucapkan selamat hari ibu 2010!!! we love u so much!!

mak saya dengan saya!!
aku dengan kakak tengah fight nak pilih tempat mana yg sesuai untuk celebrate. at last, kami bersepakat untuk makan di tempat yang sama.

kami makan di benafee village. creadit to hentak berlipat kerana telah buat review tempat ni kat blog dia. trimas! act, aku dah pernah pergi kart benafee ny. tapi tempat lama dia laa. huhuhu. yang ini baru punya. besh sangat! harga pon berpatutan.

okey, tak nak banyak cerita. sila laa jamu pix di bawah ini yee. kalau meleh air liur, cepat-cepat laa lap. nanti orang nampak malu jewk.



aku dengan kakak aku present kan mak aku kasut. pix tidak sempat nak ambil sebab kita orang bagi dulu sebelum pergi makan. hehehe..

nak celebrate atau tidak terpulang lah pada anda. tak semesti nya kita tak celebrate kita ini setaraf dengan tanggang. pada aku, hari-hari adalah mother's day. tidak perlu nak beli hadiah yang mahal-mahal dan unik. cukup lah sekadar dengan mengucapkan hari ibu, dan menunjuk kan keikhlasan hati anda kepada mereka. tak perlu nak propa yee. biar laa original datang dari hati anda yang telus. berikan laa mereka kasih sayang anda. dan kepada yang dah lama tak jengguk parents tue, sila-sila laa buat sementara ada masa lagi. kalau mereka tidak pergi dulu, mungkin kita yang akan pergi dulu. ajal kita di tangan tuhan. so, sebelum terlambat pergi laa jenguk dorang. jangan jadi seperti si TANGGANG.


okey, enough. aku kena tanda buku yang berlambak ni. waaarrggghh!!! esok nak kena ajar *kill subject bagi budak sekolah tadika. hahaha...

Saturday, May 8, 2010

ARIFF SHAH usha LITTLE AMOI

attn : entry kali ini agak gewdik. harap anda tidak menyampah. hahaha.

korang mesti tertanya-tanya ariff shah mana yang usha aku ny. adakah ariff shah si anak pak cik penjual tempe di kampung janda itu? atau ariff shah yang belajar di russia? dah tentu lah ariff syah owner blog.ariff. tak kan laa aku nak heboh-heboh kart blog ini pasal anak pak cik tempe tue usha aku kan. korang pown tak nak baca.

tapi betul kew ariff shah tue usha aku? di sini aku ingin menerangkan maksud usha. usha yang aku kata kan ini adalah membawa maksud visit. hehehe.. kesian korang sebab ingat usha yang bermaksud ngorat.okey, ariff shah telah visit facebook aku dan meng'add' aku. terperanjat gila aku time tue. yee laa, dia kan famous. macam mana lah boleh ada hati nak add aku ni. mula-mula aku ingat tue hanya laa copy cat dia jewk. tapi setelah aku selongkar profile facebook tue, aku dapati dia memang laa ariff shah. happy gila aku!! tak sangka dia yang banyak admire tue tak sombong untuk add blogger yang kusut macam aku ini.





betul kan? aku tak tipu korang kan.. so, sila jelez yee !! hahaha.




oleh kerana dia telah add aku, maka aku nak promote sikit laa pasal dia.

kepada para wanita ; sila usha blog ariff shah kerana dia single sekarang ini. dan sedang mencari gadis melayu yang intelligent dan mempunyai ciri-ciri supermodel. *aku out. sbb sangat gemuk dan tidak hot seperti model.


kepada para jejaka : sila usha blog ariff shah kerana dia sangat popular di kalangan wanita. *di kalangan lelaki pown dia popular gak. kalau korang nak tambah fans perempuan, boleh mintak tips sikit daripada dia. hehehe.





dia juga da ada blog daripada blogspot.


*mintak-mintak ariff syah tak baca entry ni. kalau tak malu aku. LARI....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails