Sunday, February 27, 2011

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?"

"BC | Kenapa Saya Berblogging ?" adalah tajuk yang diberi oleh MelRomeo untuk 5 blogger bertuah untuk join segmen Sharing Entri. macam mana nak join Sharing Entri ni? korang kena jadi orang pertama comment di post Sharing Entri. Nak cari kat mana post Sharing Entri tu? Senang sahaja , korang kena join group Blogger Chat. then beramah - mesra laa dengan blogger yang lain. act, kami berlima iaitu Jo, Zack, Zul, dan ZT dah berjanji untuk post entri "BC | Kenapa Saya Berblogging ?" hari sabtu dalam pukul 3 atau 4 petang. tapi oleh kerana kekangan masa *padahal merayap lepas balik kerja tadi, aku terpaksa post entri ni malam. sori yee kawan - kawan, saya janji tak buat lagi. lepas ni nanti saya upah ice - cream Baskin Robins calong yang satu RM 1 tu yee. hehehe. wo hembau ci : (






okey, back to the tittle. Kenapa Saya Berblogging?

1. Saya Suka Baca Blog Orang Lain.

Saya berblogging pada mulanya adalah kerana saya suka baca blog orang lain. hehehe. blog pertama sekali yang saya baca ialah.. erm, sebenarnya saya pon tak ingat blog apa yang saya baca. apa yang saya ingat ialah blog itu bernama Khai. keesokannya, saya mula mengoogle blog lelaki yang bernama Khai. bermula dari hari itu setiap hari aku akan baca blog JustKhai dan The Other Khairul. setelah beberapa bulan baca blog mereka, aku pun mula berazam untuk buat blog sebab aku rasa blogger ni cool. so, start dari situ laa aku mula liar berjinak - jinak dalam blogsphere ni. thanks to them kerana banyak memberi saya tunjuk ajar. hehehe





2. Saya Ingin Bersuara / Memberi pendapat.

tahukah anda bahawa cik shaliza ni suka sangat bercakap tapi oleh kerana pada waktu dulu saya tak ramai kawan, maka saya mula bersuara menggunakan blog. memang best gila bila ada orang memberi reponse apa yang kita katakan. bukannya selalu orang akan setuju dengan apa yang kita katakan, ada juga kritikan yang diterima. saya tak kisah mendapat kritikan daripada orang lain kerana dengan kritikan itulah saya akan menjadi semakin maju kehadapan dan menyedarkan diri kita bahawa apa yang kita suarakan itu tak semestinya betul.





3. Saya Jadikan Blog Ini Sebagai Diari.

setelah sibuk ikut orang lain buat blog, kemudian sibuk nak bagi pendapat dan dah tak tahu nak taip apa kat blog, saya akan taip apa - apa sahaja perkara yang saya rasa saya nak post kat blog. contohnya, saya akan cerita kat blog saya apa yang saya lakukan pada hari itu. saya juga akan beritahu status saya ketika itu, contohnya macam tengah marah, frust, happy dan lain - lain lagi.





4. Saya Suka Berkongsi.

sharing is caring right? so, apa salahnya kalau saya berkongsi dengan orang lain kan. saya happy sangat kalau apa yang saya kongsikan tu, orang turut melakukan nya dan memberikan ucapan terima kasih. pergh! sumpah terharu kalau membacanya. antara perkara - perkara yang saya akan kongsi dengan blogger, follower dan rakan - rakan yang lain ialah tempat makan yang menarik, tempat shooping yang murah, port melepak yang best dan lain - lain lagi laa. saya juga akan berkongsi tips - tips yang menarik, yang mungkin boleh diguna pakai kepada korang.






5. Saya Ingin Menambah Kawan.

cerita sedih ni, dulu time sekolah rendah saya tak ramai kawan kerana saya tak cantik, selekeh, gemuk dan Nerd. Bila dah naik sekolah menengah rendah, saya tiada conffident untuk berkawan dengan orang lain sebab saya masih - masih bengang dengan penampilan saya. memang pemalu gila laa aku time dulu. hanya ada beberapa kawan sahaja. selepas tu, bila dah naik menengah atas pula ramai tak nak kawan dengan aku sebab mereka cakap aku ni sombong dan memilih kawan. sumpah aku tak memilih kawan. tak percaya, tanya kawan - kawan baik saya. saya seorang yang peramah okey. cuma saya ada masalah untuk memulakan perbualan dengan orang yang saya baru kenali. saya memang terbiasa dengan cara yang macam ini, ramai yang ingat saya cara saya ini cara budak sombong. ingat yee, don't judge a book by it's cover. alhamdulillah, setelah ada blog ini saya semakin ramai kawan dan masalah komunikasi saya semakin mudah saya buangkan dalam diri ini. hehehe. tapi kalau jumpa berdepan, saya memang tak boleh buangkan masalah untuk memulakan perbicaraan. harap dapat jumpa kawan - kawan blogger saya satu hari nanti.





6. Saya Nak Dapat Ganjaran.

pada mulanya saya buat blog ini hanya lah untuk bersuka - suka. tak nak serius sangat nanti kena banned / kena masuk penjara pula. hehehe. tapi bila ramai bloger kata boleh jana pendapatan melalui blog, maka aku dengan gatalnya pon join laa company iklan terkemuka di alam maya. Nuffnang laa. Nuffnang memang terbaik laa! Nuffnang selalu bagi iklan yang berbayar di blog aku ni. selalu dapat BE yang banyak. syiioookkk gila. see, dengan bermodalkan computer / lappy dan internet, korang boleh dapat duit. best kan. kepada newbie : betul.. kami tak tipu anda. jom lah masuk Nuffnang, banyak kebaikan yang ada akan terima *dah macam kerja kat NN je ayat aku ni, nak mintak kerja kat sana laa tu konon nya. hahaha




7. Saya Jadikan Blog Sebagai hobi.

ingat lagi time isi borang sekolah dulu, ada form yang perlu budak - budak Tingakatan 6 isi. kemudian ada tulis hobi di situ, saya dengan selamba badaknya tulis hobi saya ialah blogging. hehehe. kalau cikgu aku baca, mesti dia cakap aku baget nak menunjuk - nunjuk yang aku ni blogger. hehehe. sori cikgu. saya tahu cikgu selalu skodeng blog saya dulu. tapi saya tak kisah. sebab dah hobi saya berblogging, nak buat macam mana yee. blog sebagai hobi??? bermanfaat gila hobi macam ni sebab saya dapat membaca, dapat ilmu, dapat berfesyen, dapat gelak, dapat nangis dan banyak lagi lah..











okey, cukup lah sampai 7. kawan - kawan 5 serangkai saya dah bebel tanya kenapa saya tak update lagi. jangan marah yee kawan - kawan. muka penat baru balik kerja tu, tenungan menagih simpati untuk korang maafkan saya. hehehe.




reason - reason kenapa aku berblogging seperti di atas. tapi lain blogger lain pendapatnya. apa kata korang ambil tahu pula kawan - kawan 5 serangkai saya, kenapa dia berblogging.
Geng - geng 5 Serangkai *pandai - pandai aku je buat nama 5 serangkai. hahaha..
  1. Blogger Johari Hamzah
  2. Blogger ZackEntry
  3. Blogger ZulSyamin
  4. Blogger Zt-Zati
  5. Blogger Nushaliza / Liez kusut


yeay! complete : )
thanks for readings yaa (^___^)

Thursday, February 24, 2011

Festival Layang - Layang Sedunia Ke 15, Pasir Gudang, Tahun 2011

Hi semua orang - orang pasir gudang, orang - orang johor bahru, dan orang - orang yang duduk di johor tak kisah lah area mana. apa khabar orang - orang kampungku / senegeriku? sihat tak? alhamdulillah kerana dalam keadaan baik. kalau tak sihat, cepat - cepat jumpa doktor & makan ubat. nasihat pandai, buat tak nak hahahaha.ops! sori kalau orang dari negeri lain kecil dengan saya. maaf lah yee, aku terlalu exited nak story pasal tempat tinggal aku yang telah aku duduki selama 10 - 13 tahun.

aku merasa sangat teruja pada hari sabtu lepas iaitu 19th february 2011 kerana setelah sekian lamanya aku tak pergi ke festival. hehehe. saya bukan budak kaki merayap okey. *baik kan saya. hahaha. oleh kerana minggu itu minggu bz, mandang pack sahaja schedule aku. bincang punya bincang dengan MR D, so we'all pon decide nak pergi hari sabtu malam.




sebelum pergi, kene bergambar / pose dulu yee. hahaha








nak pergi mana? kenapa? ada apa? ish, tak kan tak tahu? satu dunia tahu tau!






kalau korang nak tahu, dah hampir 3 atau 4 tahun aku tak pergi Festival Layang - Layang. kenapa tak pergi? sebab dulu time sekolah dah selalu sangat ke sana. hahaha. yang lagi best, setiap kali balik sekolah mesti akan nampak layang - layang terapung - apung di udara. macam - macam jenis layang - layang ada. cakap je nak apa. 


kalau datang waktu petang, macam ni lah suasana nya. meriah kan? tahun ni aku datang malam sebab isnin - sabtu kerja. ahad ada jemputan. so, terpaksa pergi malam. *yang sebenarnya, aku jaga kulit. tak nak hitam kononnya. ahahaha..


"Bermula 16 Februari lalu hingga semalam, ruang udara di Bukit Layang-layang, Taman Bandar, Pasir Gudang dipenuhi dengan layang-layang pelbagai bentuk dan warna hasil kreativiti pelayang tempatan dan antarabangsa.
Bentuk buaya, ketupat, sotong, bulat, segi tiga, ikan, pahlawan samurai, naga dan tidak lupa juga wau tradisional mewarnai ruang udara dengan terbang mengikut kelajuan angin di tempat festival berkenaan berlangsung.Suasana itu bukan hanya membawa kepuasan kepada para peserta, malah memberi keceriaan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak yang membanjiri kawasan berkenaan dan ia terserlah dengan senyuman yang diukir di bibir mereka.
Bertemakan ‘Mewarnai Langit’, festival tersebut menyaksikan penyertaan 212 peserta dari 30 negara bagi kategori antarabangsa dan 707 peserta tempatan daripada 139 pasukan untuk kategori kebangsaan.Pelbagai aktiviti membabitkan penyertaan orang awam dewasa dan kanak-kanak berbilang kaum turut diadakan sekali gus mampu menarik pengunjung antarabangsa yang sememangnya kagum dengan keharmonian tersebut.Pada tahun ini, penganjur turut menampilkan kelainan iaitu dengan menerbangkan 3,000 wau berlogo KFC secara serentak oleh 3,000 pelajar, sasaran untuk mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada hari perasmian.
Lebih meriah, perasmian festival tersebut disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Astaka Diraja Muzium Layang-Layang petang kelmarin.Yang Dipertua MPPG, A. Rahim Nin berkata, penganjuran pesta itu juga antara lain menyasar untuk meletakkan Pasir Gudang di persada antarabangsa sekali gus menjadi bandar ternama dalam penganjuran festival layang-layang di mata dunia.
“Bagi menjayakan usaha itu, kami turut menganjurkan lawatan terutamanya untuk peserta antarabangsa ke pelbagai tempat menarik di sekitar Pasir Gudang.“Kita tidak mahu Pasir Gudang hanya dikenali sebagai kawasan perindustrian tetapi juga tempat yang menarik untuk dikunjungi dan menerusi festival ini, kita berharap ia dapatdirealisasikan,” katanya.Malah, MPPG juga bakal menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak berkuasa Weifang, China untuk menjadikan Pasir Gudang sebagai Bandar Berkembar Layang-layang dengan wilayah berkenaan.Menurutnya, Weifang yang terletak di Wilayah Shandong sememangnya terkenal sebagai Bandar Layang-layang selain mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik untuk dikunjungi"




sila hindarkan kaki itu. hahaha






kan aku dah cakap aku pergi tahun ni. tahun ni aku tak malas nak pergi festival layang - layang.








berposing di hadapan kedai layang - layang. saya tak beli, sebab abah saya pandai buat layang - layang surat khabar. hahaha





duduk lepak - lepak di tasik sambil dengar lagu baru Jalil Hamid. sumpah kelakar lagu dia. tajuk lagu dia AYAMAS. hahaha. sambil - sambil tu, makan keropok lekor jap.



bergambar dengan MR D. dia cakap, susah betul dapat GF yang camwhore tak hingat dunia ni. nanti time sanding, nak jugak lah ambil gambar sendiri? hahaha. diam laa ko! tak support GF langsung. 




dah lepas mentawaf satu tasik tu, perut kami tiba - tiba berbunyi bunyi pulak. MR D saya tak nak makan kat dalam tasik sebab dia kata crowded sangat dan tak privacy. wah, dan dan yee. nak privacy makan kat hotel 5 stars laa. lebih pulak BF aku ni kan. hehehe. kepada semua blogger yang tak pernah datang Festival Layang - Layang Sedunia, next year kena datang okey. and kalau datang tu, hello - hello laa saya yee. boleh meet nanti. hahaha.



yummy! jemput makan. *ada sesiapa nak belanja saya fruti tutti di daerah JB tak? hahaha.



*next entri pasal aku dengan sorang minah Blogger JB.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails