salam. aku pasti ramai yang akan buat entri pasal imam muda. aku pon tak nak lepas kan peluang ini. sambil makan kueh tart on9 Facebook dan tengok imam muda. *walaupun belum raya, mak aku dah sibuk buat kueh tart. huhuhu.. okey, aku adalah peminat tegar Imam Muda. aku paling suka imam Taufiq!! aku seboleh-boleh suruh mak aku pinang kan imam Taufiq untuk aku. tapi mak aku lambat sangat. melepas aku! hehehehe.. last - last dia kahwin dengan orang lain lak.. yang paling sedih bila dia terkeluar dari Imam Muda pada saat - saat hampir final. waaaaarrgghhh!!
calon bakal suami ku! hehehe..
eh, aku tersalah topik lak kan. tajuk entri pasal imam Asyraf tapi aku dok menceceh pasal imam Taufiq lak kan. hehehe. okey, pada siapa - siapa yang tak tengok Kemuncak Imam Muda 2010 di siaran astro tadi korang boleh tahu pemenangnya siapa dengan membaca entri ini. pada pukul 9 malam tadi telah berlangsungnya satu pertandingan yang hebat pada abad ini. pertandingan seperti ini lah yang aku nanti - nanti kan. bosan asyik tengok realiti tv nyanyian je. nak tahu siapa pemenangnya? jeng jeng..
pemenangnya ialah imam Asyaf. yeay! syukur alhamdullilah. taniah di ucapkan. aku memang sokong imam Asyraf. oh no no.. bukan sebab dia manis yee. siapa penonton setia Imam Muda pasti tahu kenapa aku sokong dia. taniah juga di ucapkan pada imam Hizbur kerana telah sampai ke peringkat final. bukan nya dia tak bagus. tapi bukan rezeki dia untuk menang. mungkin dia akan berjaya di luar sana. kepada semua finalist Imam Muda 2010, anda semua adalah yang terbaik daripada terbaik!!

