Monday, May 3, 2010

ORANG GILAK DI SINI!!




Hari sabtu lepas adalah LABOUR DAY a.k.a Hari
Pekerja.





Aku agak geram laa time tue kerana Labour Day jatuh pada hari sabtu lak. ceh! da laa aku tengah kerja sekarang ini. tapi nak buat macam mana kan. redha jewk laa. tak kan laa aku nak pergi buat rusuhan pasal ni. tak nak aku, tak pasal-pasal ramai lak mamapaparazi yg datang.Entry aku kali ini bukan laa nak membebel pasal Labour Day yg jatuh pada hari sabtu tapi pasal ORANG GILA!!




Okey, cerita nya bermula begini *ecececeh, cam nak buat karangan lak! .. pada petang sabtu tue, tak silap aku dalam pukul 2 atau 3 petang laa cam tue r, aku tengah menyelongkar dari satu blog ke blog yang lain. tiba-tiba aku terdengar bunyi suara orang. kuat gila suara tue. memang boleh menusuk gegendang telinga aku laa time tue. peerrrggghhh!!! tension gila aku. tengah best-best selongkar, ada pulak yg menganggu petang sabtu ku. aku memang nak rest time tue, malas nak buat kerja sebab da nama nya pown Labour Day. tapi aku tetap boleh mengcool kan jiwa raga ku ini. terperanjat aku bila mendengar suara kartun wonderpets *apa yang penting kerjasama (2x), wonderpets (2x), kami datang... owh! bunyi handphone aku rupa-rupa nya. aku pown baca laa text tue. mak aku yang text aku, dia suruh aku turun bawah. *kami anak beranak selalu text-mengetext walaupun berada didalam rumah. cuma berbeza lokasi sahaja. hehehe. dia suruh aku turun kebawah dan tgk siapa di luar. aku dengan tangkas nya pown turun ke bawah. bila aku tengok di luar rumah aku, ada orang gila. dia orang iban tak silap aku. *tak semua orang iban itu gila yee!



elak kan aku sumpah orang gila tue jadi cam kart atas ny jewk. kalau bikin kecoh lagi, aku sumpah ko jadi cam orang atas ny!!



Pergh!!! geram gila aku. kalau yee pown nak gaduh, tak perlu laa nak duduk kart batu depan rumah aku. DAMN! memalukan sungguh. kalau orang tak taw, macam family aku ny ada pinjam Along lak. ANNOYING gila!! terencat mood aku nak blogwalking tadi. terus aku off kan lappy ku dan duduk di bawah bersama mak aku. aku rasa dia tengah dalam keadaan drunk laa sebab minum tuak kowt. dia nak cari Girlfriend dia yang belum nikah tapi da berkawin dengan nya. aku rasa cam nak sound jewk tapi mak aku suruh befikir secara rasional. takut-takut laa dia belasah. mampos aku!! da laa belajar taekwondo sekerat jalan dulu. hehehe. ini kali terakhir buat ko,orang gila!!! lepas ini tiada maaf bagi mu. aku reporrt polis jewk terus. padan muka ko, bah!




ini laa rupa si gila itu bersama girlfriend nya. korang berdua memang GILA!!

Saturday, May 1, 2010

LITTLE AMOI mengidam walaupun belum berkahwin??



Pergh! tajuk entry aku kali ini panjang tak hengat donia. hahaha. tajuk lagi nak gempak kan! Okey, yang sebenar nya aku memang tgh mengidam. aku sedar perkara ini mula berlaku pada 2 minggu lepas. entah kenapa, tiba-tiba jewk tekak aku nak makan cake chocolate kart secret recepies. merengek-rengek dengan abah aku nak makan cake chocolate. akhirnya dapat jugak makan kart jusco ari tue. hehehe. mengadew kan aku ny!





aku makan chocolate banana cakes. sedap!!! *pix ny time birthday aku. time makan ari tue, aku tak sempat nak snap sebab gelojoh sangat makan. hahaha.





Then, 2 hari berikutnya aku nak makan ice cream chocolate lak. kalau boleh nak yang kart Baskin Robins punya. nak yg ada cone. sebab cone nya sangat rangup!




nak makan ice cream BR!! kali ini aku mengecek MR D. tapi MR D cakap kart Pasir Gudang tak de BR. so, dia belanja aku makan ice cream..




waaaaarrrrgggghhh!!! dia belanja aku makan ice cream kart MCD jewk. tak pe lah.. MCD p0wn boley laa. asal kan dapat makan. hehehe...
seminggu lepas tue, aku demam lak. pening kepala gila-gila. sampai macam tahap nak ke ICU. bila aku ajar budak kart sekolah, rasa nak pitam p0wn ada. da laa macam tue, aku tak de selera lak nak makan nasi. tengah demam-demam mcm tue, tekak aku ni makain larong lak nak membahan makanan yang sedap-sedap! oleh kerana aku belum gaji lagi time tue. maka, mangsa aku kali ini ialah mak aku. nak sangat-sangat makan chocolate kinder bueno!!! kalau mak tak ak beli, orang tak nak makan laa.. bila jumpa MR D plak, aku cakap laa aku ny demam dan tak lalu nak makan. tekak ny nak makan kinder bueno. oleh kerana MR D tak sampai hati, maka dia belikan laa. tapi yang besh nyew, bila aku sampai rumah aku nak letak laa chocolate tue dalam ice-box. tapi bila bukak jewk, aku tgk ada kinder bueno. rupa-rupanya mak aku beli kan. hehehe. happy giler time tue!! hehehe..


pagi-pagi buta sebelum pergi kerja, aku daa makan! hehehe..


setelah aku mendapat gaji, aku p0wn beli laa semua chocolate kegemaran aku. kali ii tak perlu nak pujuk rayu kart family atau MR D. ececeh.. baget sungguh! so, aku pown beli laa biskut coklat, soft cake dll yg ada chocolate.



macam sedap tak?? memang sedap!!! rugi siapa tak makan chocolate!!


hari tue keluar, mak belanja makan donuts kart big apple. yummy!!! hoooreeeyy.. sedap nya.. aku makan sampai 3. hehehe. tamak tak? lepas tue, malam nye aku makan muffins. kakak beli kart bread talk! enjoy gilew aku makan! hehehe..


ikut kan hati, semua aku nak sapu. tapi, kene tinggalkan orang belakang sikit. nnt kena marah lak! hehehe..


time ny aku tengah nak makan muffin buatan mak aku. pix tahun lepas tak silap aku. muke penat jewk kan? aku baru balik jln..
so konlusinya, adakah aku ny mengidam??? jawapan nya salah sama sekali!!! kerana tekak aku ny hah yang mengada-ngada sangat! kesian MR D, belum jadi hubby aku tapi da kena beli kan makanan utk menyedapkan aku. dah tue, aku ny mintak kes paksa lak tue! hehehe. kalau aku dah kahwin dan mengandung, mati laa family aku and MR D nak kena beli kan makanan yg sedap-sedap plus banyak utk aku. hehehe. k laa, aku nak out. nak menikmati ice cream chocolate indulgence brand wall. hehehe. daa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails