Tuesday, June 25, 2013

Apa Itu Keek??

hello keekers! ops! tersalah channel lak. this is blog, not keek. hiks! before this, semua orang yang guna smartphone berlumba - lumba download facebook, twitter, what'sapp, line, instagram, WeChat dan sekarang semua orang sibuk nak ada Keek. 


Kalau anda berminat dalam seni videografi, keek adalah salah satu platform untuk anda cuba mengasah bakat dalam dunia vlogger atau  seni video. Keek ialah satu perkhidmatan dalam talian rangkaian sosial percuma yang membolehkan pengguna untuk memuat naik status update video. keek hampir sama seperti YouTube tetapi hanya berdurasi 36 saat sahaja setiap satu video. Pengguna keek boleh memuat naik video mereka ke laman web keeks dengan menggunakan webcam atau via the Keek mobile apps for Android , BlackBerry, ataupun iPhone



ni lah keek! *abaikan muka aku yang gelojoh nak ngap makanan tu*


Keek digambarkan sebagai "Twitter for video", "Instagram video" dan "versi mikro YouTube" dan sering dibandingkan dengan gabungan utama yang lain rangkaian media sosial seperti Facebook, YouTube, Tumblr dan Twitter. Apa yang membuatkan Keek berbeza ialah ia memberi tumpuan kepada Gambar video peribadi dalam jangka masa yang pendek. keek mudah dimuat naik dan tidak seperti banyak vloggers profesional di YouTube, yang memerlukan banyak proses mengedit. keek lebih mudah dimuat naik dan ia cepat untuk mengupdate status terkini seperti Twitter atau Tumblr, cuma Keek hanya memberi tumpuan hanya untuk video.



Aku baru sahaja sign up acc. keek ni seminggu yang lepas dan baru sahaja upload 2 video. hehehe. act, aku buat keek ni sebab nak tengok keek anak Tomok, anak Atitah Haris, anak Fyn Jamal yang comel baq hang tu!! rasa nak culik je anak dorang tu sehari. no, i'm just joking. then aku suka tengok keek artis, mawar rashid yang cool tu dan fiffy azmi yang comel. lepas tu, gatal tangan nak upload keek sendiri last week. my first keek sumpah ntah apa -apa je, dah lah 7 saat je. LOL. keek aku tak best mana pon dan follower aku tak banyak pon. tapi kalau korang nak follow video-video yang aku akan rakam nanti boleh lah follow dan  comment ye. Tekan link dekat bawah ataupun korang boleh search nama aku "LiezKusut" di keek.










Saturday, June 8, 2013

ENTRI DAN CHEQUE PERTAMA UNTUK TAHUN 2013

Assalamualaikum dan hai semorang. fuuuuhhhyyyoo!!! dah setahun dua bulan tak update blog. memang dah berabuk dan malap gila blog ni. kesian ada, sedih pon ada bila tengok blog sendiri dah macam tak de function. manakala blogger lain gunakan blog ni untuk kerjaya, untuk dapat duit side income dan ramai yang popular di sebabkan blog mereka. aku??? eeerrrmm.. aku blogger picisan yang dah pencen. tapi kan rasa macam nak buat comeback lah. hahaha. baget retis apa nak comeback bagai?? hahaha. apa pendapat korang?? kalau korang rasa aku patut buat update blog, buat entri baru atau musnahkan sahaja blog ini? hiks! kalau ramai yang sokong aku untuk kembali active untuk blog ini aku akan reactive, edit balik blog aku bagi cantik dan jangan malap - malap lagi. 


entri tahun lepas.

act, ape yang buat aku tiba - tiba untuk buat entri ini ialah hari tu aku tengah pokai gila. biasalah kan kehidupan seorang student. classmate aku stalk aku dan tanya aku ni blogger ke? amboi! nak stalk bagai, ingat aku ni pemes sangat ke?? then aku jawab ye dulu aku blogger tapi sekarang dah jadi blogger pencen. hiks! malam tu aku stalk blog sendiri. hahaha. dasar tak tahu malukan. stalk dan baca balik entri lama - lama yang macam nokhorom. tapi ada gak lawak - lawak hambar yang mampu buat aku ketawa sampai nak terkencing. hahaha. time syiok - syiok stalk blog ni ternampak iklan nuffnang. tangan ni pon gatal tekan dan check lah aku punya earning blog. agak terkejut juga lah kan bila check earning ada RM 91.09 walaupun dah setahun tak berblogging. bagai pucuk dicita, ulam mendatang aku pon terus lah click cash. hahaha. thank you nuffnag!!! ni yang buat semangat berblogging.


RM91.09 pon duit jugak gak daripada tak dapat langsung.



 muka orang exited gila dapat RM91.09 daripada nuffnang. hiks!


hari ini saya sign ini blog liezkusut dan saya sangat terharu kerana saya dapat 11 comment dari readers. maksudnya masih ada lagi yang jenguk blog usang ni. time first time sign in blog untuk tahun ni dalam bulan dua macam tu, ada 15 comments. pppeeeeehhhhh!!! tak sangka masih berguna juga info - info dalam blog ini untuk korang. terima kasih kepada semua readers, stalkers, bloggers dan haters yang datang dan baca entri - entri lama berlapok tu.aku check sehari adalah dalam 30 - 60 orang visit blog aku.  insya'allah mungkin aku akan kembali active dalam dunia blogging. hiks! aja- aja fighting liez!! 





Sunday, May 27, 2012

Gambar Kahwin

assalamualaikum dan selamat pagi ahad awak - awak sekalian :) terasa dah lama pula tidak membersih, mengemop dan buang habuk kat blog si kusut ni. okey, tak nak banyak bebel lagi. aku straight to the point kenapa aku update blog ini ye. beberapa hari lepas BFF aku tak habis - habis tanya aku bila nak letak gambar kahwin? oleh kerana tidak mahu dia berkecil hati dan sentap bagai dengan aku, aku terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk upload gambar - gambar ni semua. al-maklum lah, line internet aku lambat mengalahkan siput babi. owrait sayang, this entry is for you ye.

19 May 2012 adalah tarikh keramat bagi sepasang kekasih kerana telah selamat di ijab kabulkan di Masjid Jamek Pasir Gudang. Aku selaku pengantin pengapit  perlu datang pada majlis pernikahan nya. Babe, kalau aku nikah nanti kau jangan tak datang support aku pulak ye. bawak sekali husband and anak - anak kau tu ye. anak - anak? erm, aku andaikan kau dah ada dua orang anak ime aku nikah nanti. hahaha. ok, back to the topic. pukul 8 lebih aku dah bangun hari tu. ye lah, nak gosok baju lah, shawl lah inilah itulah. nak lilit - lilit shawl tu je ntah makan masa berapa lama lah kan. sambil lilit sambil bukak tutorial lilit shawl kat you tube. at last jadi macam kat bawah ni. langsung tak jadi macam yang di inginkan. hahaha.


freshnya muka di pagi hari. abaikan lilitan shawl aku.


abaikan orang dibelakang itu.hahaha

 
ye, inilah dia pengantin perempuan nya.
 
 
status sekarang ialah Puan Nathalia Idha

 
 status si BFF pengantin perempuan ialah Cik Nurshaliza Jumri

ehem ehem.. saya single dan available. hehehe

cantiknya kau nath. bila lah aku nak macam ni kan?

tadaaa... yang berbaju putih dan berkain samping gold itu ialah Syed Ahmad Razali a.k.a pengantin lelaki

aku angkut semua yang ada kat rumah tu. hehehe.
 

ye, mereka kakak dan mak saya :)

 
bersalam - salaman mengucapkan taniah


bergambar bersama - sama pengantin perempuan




maaf, saya terupload gambar model - model muslimah wannabe kunonnya mengikut usia. hahaha




 sebelum balik, kami sempat bercame whore sekejap. ye, saya gemok. dah jangan cakap lagi enk.




 sambil on the way nak pergi makan, ini lah aktiviti yang aku lakukan. hahaha





 dalam hari yang sama juga, majlis persandingan dilakukan di petang hari pula.lepas je pergi makan, aku terus rushing - rushing nak bersiap untuk menjadi pengapit lak. selesai bersiap - siap je, lantaas aku memandang cermin. sumpah kusut gila keadaan aku. sorry, nath sebab agak kusut waktu itu. tidak seperti pengapit lain, aku lah yang paling serabai sekali bagi tahun ini. aku drive sendiri menuju ke dewan TNB, Pasir Gudang. cari punya cari, aku tak jumpa jalan masuk untuk ke dewan. boleh macam tu? hahahaha.

 ini Hid. dia lah temankan nath time aku tiada. 1st time jumpa dia. before ni comment - coment kat FB & Twitter je. Hid, bila turn awak pula? hehehe.


pengantin sempat lagi bertweet - tweet di twitter sementara tunggu pengantin lelaki. time sanding jangan ngengade nak main Hp ye.

Memasing nervous sebab 1st time nak naik pelamin. so, bergambar lah untuk hilangkan nervous.

cantik kan pelamin ni. ala - ala fairy tale. i like! suka sangat. to future husband, take note enk!


setelah selesai menjalankan tugas sebagai pengapit, aku dan rakan - rakan mengambil kesempatan untuk bergambar bersama raja sehari kita ni.








 





saya sekeluarga

 
Puan Alice bersama - sama suami tercinta
 

budak dua orang kat bawah ni, bila pula turn korang? saya dah terbau nasi minyak ni. hehehe..






Bali - balik dari kenduri kahwin je, terus online twitter. maaf FB kerana berlaku curang padamu. hahaha.

candid from my mum. oh ye, saya #tahitwitter. hahaha


sebelum mengakhiri entri ini, izinkan saya membuat ucapan kepada BFF saya iaitu Puan Nathalia Idha.
- Selamat Pengantin Baru 
- Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.
- Menjadi isteri yang solehah
- Rajin - rajinlah memasak agar tidak lah hadiah yang aku berikan kepada kau itu tidak berhabuk di stor sahaja.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails