Wednesday, May 25, 2011

Beli 1, Percuma 1 Burger McChicken!!!

salamat makan malam semua : ) hari ni aku balik - balik kerja je dapat idea untuk update blog. tapi agak bengang lah juga sebab sudah ada beberapa orang sound aku. salah satu comment mamat tu " i benci pompuan cakap "DIET".Tape post semua pasal makan..itukah name nye diet???" wahai si pengoment, itu namanya diet secara bijak. nanti lepas ni aku kena buat entri berkaitan dengan exercise atau jogging pula laa kan. apa pendapat korang. ramai sangat yang tak puas hati tengok entri aku berkaitan dengan makanan. relax der. hari ni aku nak belanja korang makan burger free.


mudah sahaja caranya. pertama sekali ialah korang tahu apa itu McDonald's. pada yang tak tahu itu sila google yee. kedua, kalau korang rajin silalah like page McDonald's Malaysia . kamon lah! support lah sikit. ketiga pula, print coupon Mcd and then pergilah Mcd yang berdekatan dengan rumah ada.



sila print coupon ini untuk burger free.
Lovin' Mid Month BUY 1, GET 1 FREE McChicken Offer starts YESTERDAY and until today 25 May only! Hurry up guy's! untill 12 am yaa..



jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. *krook krrookkk* bunyi perut aku sudah berulang kali berbunyi, namun ku tahan sahaja. tiba - tiba bunyi telefon di tempat ku berbunyi. aku pun mengangkatnya dengan lemah longlai. kunonnya tidak bermaya kerana belum makan. mana tidaknya, semalam aku tidur dalam kelaparan. hehehe. kawan aku ajak makan MCD lunch ni. dia ada banyak coupun Mcd. hehehe.. terbaik laa Datin! macam tahu - tahu je aku memang kaki Mcd.





bunyi jam loceng di tempat kerja, itu menunjukan lunch time. dengan hujan renyai - renyai, kami mempercepatkan langkah untuk sampai ke kereta. tak sampai 2 minit, aku dah susun strategi untuk order makan apa, set medium ke large, nak plus ice cream ke tak. hahaha.what ever! yang penting aku nak terkam McChicken dulu.. tapi agak mengecewakan aku bila, ada orang order makan tak ingat dunia. sampai kena menyusahkan orang yang di belakangnya. sungguh kejam! dah order , nak tambah order lagi. ini membuatkan aku dan kawan - kawan aku menunggu hampir 20 minit. terbaik r! inilah rakyat malaysiakan.


maaf pix ini adalah pix lama, sila ignore mak cik di belakang itu boleh? hahaha..
satu untuk saya!



ni pon untuk saya jugak. tapi ini untuk stock malam. act, beli banyak juga tadi. belanja kakak aku dan abang ipar kau. MR D?? dia nepal. 24 hours kerja. hehehehe. aku ada gak bagi - bagi coupun tu kat member - member aku. syioookkk kan kalau kawan dengan aku. sebab dorang beli 1, aku bagi dorang 1 free. hehehe. cepat - cepat pergi Mcd sekarang. ada lagi 30 minit!!!


saya sudah, anda bila lagi?? *macam iklan lak*

Sunday, May 22, 2011

Lambat Kerana Message, koleksi gambar & Video Lucah

selamat hari sabtu. sabtu petang macam ni memang best tido. tapi tak boleh tido pula sebab makan nasi lemak terlalu banyak tadi. *makin bertambahlah lemak - lemak aku. aku tahu korang memang suka tengok aku makan kan? ada sampai meleleh air liur. entri kali ni bukan pasal untuk menambah lemak yee. kalau selalu buat entri pasal makan, tak boleh kerja lah serena redzuan dan maria tengku sabri. #propa.



beberapa hari ini aku sampai kerja mesti lambat. eh, bukan salah aku yee, MR D yang bangun lambat. seksa gila aku nak kejutkan dia bangun pagi. sampai je di tempat kerja, dengan rambut yang kusut masai dan kasut wedges yang tebal bagai nak rak *boleh buat penampar muka orang*, aku pun berlari - lari anak untuk membuat thumb print. sedang aku sibuk - sibuk nak punch card, tiba - tiba bunyi message. aku pun membuka zip seluar beg dan mencari - cari handphone.selongkar punya selongkar tapi tak jumpa. aku mengambil punch card aku, lalu punch ke machine. damn! aku lambat seminit gara - gara mencari handphone. siap lah orang yang text aku pagi - pagi. aku nak text dia malam - malam buta lak. hahaha..


dah lambat pon sempat take picture. ngeh ngeh..



hari sabtu pun kerja banyak. eeerrggghhh! tengah syok - syok menaip, handphone aku berbunyi. nombor tak dikenali. then bila angkat, rupanya orang tu nak cakap pasal kerja. okey, handphone aku dah macam public phone. semua orang call. sampai malam - malam pon ada orang YM tanya pasal kerja. waaaarrggghh. give me some place. sesudah bercakap dengan orang tu, aku teringat kembali akan peristiwa pagi tadi ketika aku datang kerja. aku terus baca text tersebut. sumpah bengang gila! nak tahu aku dapat message apa?




hai korang! hari ini adalah hari terakhir gadis jepun di bukit _______ *apa kejadah ntah*, esok mereka sudah balik. mereka ada pelbagai koleksi gambar dan video 18sx yang pasti membuatkan anda mahu melihatnya lagi. taip on PANAS dan hantarkan ke ______ *no ke neraka*.



hamik kau dua penumbuk ni!



Whayt The Fish Cake laa. aku lambat kerana message lucah tu. jadah aku nak onn benda tu semua. rubbish. nak berniaga dengan cara yang betul laa. ini berniaga tentang sex. dosa ko, ko sendiri tanggung laa. ini nak share dengan orang lain pula. mengajak perkara yang terlarang dan dilarang. eeerrrrggggh! aku cool. so, jangan hantar message onn panas kat aku yee. #okbai.


*ini entri petang semalam.
ngeh ngeh (^___^)

Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day Dan Beard Papa di JB

 
 ni hao? wo pun hen hao. beberapa mingu ni tak berapa sihat lah. sindrom gastrik dah kembali menyerang sebab tu asyik MC je. huhuhu. tapi kini alhamdulillah sudah hampir pulih laa.doa kan saya cepat - cepat sembuh yee. btw, sebelum terlupa aku ingin mengucapkan Happy Wesak Day kepada semua rakyat malaysia yang menyambutnya. kepada yang tidak menyambut perayaan itu selamat bermalas - malasan di rumah dan berjalan sakan hingga penat yee (^____^)  . hari cuti dan hujan - hujan seperti ini, kan syiook dapat makan something.. betul tak? ewah! padahal mak aku dah warning dah kena jaga makan. 


okey, muka kena serius dulu ketika mencari tempat makan yang menarik. hahaha. maaf saya kena betulkan cermin mata saya kerana saya berada dalam situasi yang agak sukar. amat sukar untuk memilih tempat makan yang best di JB ni. hehehe.meletakkan satu jari di cermin mata menandakan saya sudah tahu nak ajak korang makan kat mana. cecita - cecita kat mana? nak tahu kat mana yee? jum usha jum usha pix di bawah.



BEARD PAPA JB
kepada orang JB, jangan meraung yee bila tengok Cik Epal menternak lemak dia di Bear Papa T___T kerana di Johor bahru pun sudah ada. jom orang johor kita serbu reramai lepas ini.apa yang menarik sangat kat papa janggut ni? dah tentu laa kerana janggutnya rotinya. 


hujan - hujan macam ni memang syiioook kalau pekena roti dengan hot chocolate. perghh! memang mengancam lah kan. okok, aku faham korang exited nak tengok rupa roti ni macam mana kan? sila scroll kebawah untuk si kuat makan. hahaha. act, ada macam - macam rupa dan bentuk roti yang dijual di situ tapi aku tak sempat nak take pix sebab aku dah ngap dulu. hehehe..





cream dia memang terbaik dari ladang lah. sangat - sangat soft dan rasa macam ice - cream. sekali makan, empatpuluhempat kali nak lagi. hehehe. antara flavour lain yang dijual selain chocolate ialah vanilla, durian, manggo dan lain - lain lagi. nak tahu lebih lanjut try lah makan. huhuhu.



 
muahahaha. muka aku macam baget je tengok makan ni. sedap ke tak sedap yee?


 bismillahirahmanirohim.. *baca doa makan* ya allah, sumpah sedap. dah gigit sekali nak gigit berkali - kali pula. hehehe.


 bagi zoom sikit. yeah! terbaik laa. hehehe. sila jeles yee.



LOKASI : TINGKAT BAWAH CS, JB.
HARI : ISNIN - AHAD
WAKTU : DARI CS BUKAK HINGGA CS TUTUP.

Wednesday, May 11, 2011

Mother's Day & 1 Hari Di Singapura


Aniobseyo! ops! tersalah bahasa lak. hehehe. selamat pagi semua! sambil korang breakfast tu, jom skodeng - skodeng blog aku. aku tahu korang semua tahu kan hari ini hari apa. hari ini ialah mother's day. tapi aku pasti korang masih tak tahu nak celebrate dengan mak korang kat mana kan? aku boleh suggest tempat menarik untuk korang pergi satu family untuk celebrate mother's day. before aku beritahu korang kat mana tempat tu, izin kan aku wish happy mother's day kat mak aku yee..


 aku TO :  NORIATI BT KOONDARI,
Omma, Oboi Nal Hamnida!
사랑해! (Saranghae)

okay, beberapa minggu yang lepas aku dan family masuk singapore. eh, ingat raya je ke boleh masuk singapore huh? hahaha. pergi sana pon saja - saja je. act, tak plan pon nak pergi. oleh sebab weekends dah terlalu boring sebab selalu sangat merayau - rayau kat johor je, so tukar angin lah pulak. berbekal kan makanan masing - masing (pot luck) dan kereta yang ada, we'ol pon decide pergi ke EAST COST, singapore. malas nak cakap banyak. *kekeringan idea untuk menulis. jom layan gambar!




asal semua nampak chubby ye? terutamanya aku..


kami fikir kami sweet tapi sebenarnya sweat! hahaha..



sangat tidak seperti perempuan melayu terakhir.

konon main - main air. dalam hari nak buat kuak rentang je. nasib baik tak bawak baju spare. 

menunju puncak.. lalalala.. gigih naik batu tu!
perut dah lapar ni, tapi nak makan mana yee?

tak payah nak bazir duit, makan port luck sudah. makan memang style singapore habis. *memang lah style singapore sebab mak aku dan sedara - maara sepusat spusing semmua dari sana. hehehe


dah puas makan, jom bakar kalori dengan menunggang basikal! 
 
konon nak macam dalam autum in my heart lah tu. hehehe..



 dah penat bakar kalori, kita bersantai - santai di tepi tasik pula yee..



okay, saya dah penat bergambar. jom balik JB.


entri ini adalah untuk hari ahad. tapi disebab kan gastrik yang melampau - lampau, tak sebab nak post entri ini. even hari ibu dah lepas, tapi korang boleh buat setiap hari adalah hari ibu kan? so, tak perlu kan hari untuk happy kan mereka. akhir kata, saya sayang ibu saya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails