selamat hari rabu dan selamat bergembira. (yee, aku happy sekarang ni sebab tengah relax - relax kat rumah). hari jumaat lepas, dan aku sangat rajin untuk mengedit muka aku (maksud aku make up). hari itu pakai baju kuning konon nya nak jadi kaum kerabat diraja Brunei, kat atas kepala aku siap ada sekuntum bunga lagi. ececewah! ngeh ngeh.. bukan nak pergi dating ok, tapi bangun awal tu yang sempat bermake-up. kalau tak, muka memang kusut gila kalau g kerja
pekerja dari IT department tegur aku. dia cakap wah! hari ini pakai cantik - cantik enk. *dalam hati bengang juga. apa selama ni aku tak cantik ke ke? ok fine, aku sedar. then dia cakap u punya mata selalu tukar - tukar enk warna.. hahaha. korang jangan ingat aku ni ada magic, boleh tukar -tukar warna biji mata tu. yang dia maksudkan ialah lens. tu ok lagi, ada situasi yang lagi membuat kan aku bertambah bengang.
dengan muka kelaparan tahap gaban, aku pon pergi lah pantry untuk breakfast. mak cik cleaner di tempat kerja aku mengucap kan selamat pagi kepada aku, lalu aku membalas nya kembali. sedang aku menuang susu untuk di makan bersama- sama cococrunch, mak cik itu menegur aku dengan patah - patah perkataan yang agak mengejutkan aku. hampir - hampir mahu tersimbah susu itu ke arah mak cik cleaner tersebut. ngeh ngeh.. nasib baik perkara itu tidak berlaku, kalu tak kene sue lah aku dengan mak cik cleaner tersebut. nak tahu apa ayat yang mengejutkan aku. dia tanya aku, aku ada masalah sakit mata ke? aku menjawab dengan baik bahawa mata aku normal dan aku tidak sakit mata. but then dia tanya lagi aku soalan, iaitu kenapa mata awak warna pink? macam mata orang sakit je taw. kan sepatut nya mata kita berwarna hitam.
ok, terima kasih mak cik mengingatkan saya. hahaha. sumpah lawak ini mak cik. boleh masuk maharaja lawak untuk menggantikan tempat amir yang bakal terkeluar tak lama lagi. hehehe.. nak tengok orang sakit mata macam mana? sila lihat pix di bawah.
mata colour pink! aauuuuww.. tergoda tengok mata orang sakit ni. hahaha..
brand : gorgeous
diam : 16mm
colour : pink
okey, kita zoom sikit ye.. sorilah yee, camera cap ayam laa. malas nak guna camera digital. untuk penglihatan lebih jelas berkaitan warna lens ni, sila scroll pix di bawah untuk melihat orang korea memakai nya. hehehe.
lawa kan girls di atas. aku beli lense dengan dia lah. jangan cakap korang tak kenal ailyl yee, sebab dia adalah blogger yang famous amous pada abad ini. ngeh ngeh. Ailyl pakai contact lens 16mm Made in Korea, RM37 sepasang. kalau korang berminat boleh order dekat inbox Facebook ! Terdapat dalam 7 warna: Black/Gray/Brown/Pink/Violet/Green/Blue. Power range: 0~750. murah kan lens yang dia jual, then mata kita akan nampak lebih besar dan bulat. jum beli jum.
ish korang ni, tak percaya lak aku beli dengan ailyl. betul lah. tengok pix di bawah ni. betul kan betul kan? tengah tunggu gaji bulan depan. nak amik lens colour grey lak. hehehe.
ops, terlupa lak.. congrats ailyl : ) semoga bahagia & kekal ke anak cucu yee..