Tuesday, March 29, 2011

KOREA : SUNTIK MINYAK MASAK PADA WAJAH KERANA SILIKON

 petang semalam ketika aku menunggu waktu balik kerja, aku meluangkan masa beberapa minit untuk baca email. sejak - sejak sekarang ni bz memanjang, sampai tak de masa nak baca email. email - email ku di inbox jadi berkepam. aku hanya buka yang berkaitan dengan kerja je. cewah! macam HOD lak aku. ni. hehehe. sedang syok - syok baca, aku terbaca email ni. aku rasa sangat menarik dan menakutkan. entri ni khas untuk kaum wanita. kaum lelaki yang suka nak ambil tahu pasal wanita pon boleh baca entri ni.





Gila tak gilanya perempuan zaman sekarang. Sampai minyak masak yang patut buat goreng ayam dengan tempe pun dia hentam suntik dekat muka. Akibatnya, kau orang tengoklah sendiri. Dah macam ayam goreng yang baru masak separuh jalan, tiba-tiba gas habis.


Perkara ni dilakukan oleh seorang wanita korea yang berusia 48 tahun, Hang Mioku. Mioku mengaku telah mula menjalani pembedahan plastik semasa berusia 28 tahun. Sejak itu, Mioku mula ketagih untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Mioku memilih untuk mendapatkan khidmat pembedahan plastik yang murah dan tidak selamat untuk memenuhi keinginannya.







Wajah Mioku sebelum dibedahplastikkan.

Makin lama apabila sudah terlalu banyak melakukan pembedahan plastik, muka Mioku mula menjadi tak berbentuk dan membesar. Walaupun begitu, Mioku tetap menganggap wajahnya cantik dan menarik. Aku yang tengok ni macam nak kena sawan tarik lagi ada lah.

Sebelum dan selepas.

Sampai satu masa, doktor tempat Mioku sering mendapatkan khidmat bedah plastik tidak sanggup lagi untuk melayan permintaannya. Doktor tersebut menasihatkan Mioku untuk berjumpa dengan pakar psychiatric bagi merawat ke-obsess-an Mioku terhadap bedah plastik yang dianggap sebagai suatu sindrom dari masalah psikologis.





Perubahan besar yang terjadi pada wajah Mioku menyebabkan keluarga dia sendiri pun tak dapat nak cam dia lagi. Mak ayah Mioku menghantar Mioku ke doktor untuk merawat wajahnya, tapi oleh sebab rawatan tersebut memerlukan biaya yang besar, Mioku kembali melakukan kebiasaan lamanya iaitu mendapatkan khidmat bedah plastik yang murah dan berbahaya.






Hingga akhirnya, Mioku berjumpa dengan seorang doktor yang bersedia memberikan suntikan silikon. Bahkan, dokter tersebut juga memberikan Mioku jarum suntik dan silikon supaya Mioku dapat menyuntikkan silikon ke wajahnya sendiri. Malangnya, bila dah kehabisan bekalan silikon yang diberi kepadanya, dia menggantikan silikon tersebut dengan minyak masak.

Kejadian yang dialami Mioku akhirnya diketahui oleh orang ramai. Melalui satu rancangan di televisyen, penonton merasa kasihan dan memberikan sumbangan untuk Mioku bagi memperbaiki wajahnya kembali.





Pada pembedahan pertama, doktor berjaya mengeluarkan 60 gram cairan asing dari wajahnya, dan 200 gram dari lehernya. Setelah beberapa kali dibedah, wajah Mioku mulai mengecil. Namun, wajahnya masih belum dapat kembali ke bentuk normal.




Mioku menyesal dengan perbuatannya dan berharap agar wajahnya dapat kembali lagi seperti sebelum melakukan pembedahan plastik.






Kesiannya kat Hang.

Pengajarannya, bersyukur lah dengan apa yang dah diberikan Tuhan. Tak apa lah kalau hidung tu pesek pun. Tengok macam aku, hidung penyek. Ok apa daripada tak ada hidung langsung?

p/s: Apsal guna minyak masak? Kenapa tak pakai minyak petrol je terus? hahaha.
 

Monday, March 28, 2011

CONTEST LALALOVY #3


mood sekarang adalah mood nak join semua contest. hehehe. mana tahu rezeki aku untuk menang. dah lah sekarang tengah pokai. ngeh ngeh.. contest kali ni dari owner blog yang lepas. tapi contest yang ini ialah contest natural.


syarat - syarat contest ni : -

1) Write the title " CONTEST LALALOVY #3 " because there are 4 type of contest. So, it will be easy for me to categorize it.

2) Show me a picture of you . A natural beauty or a picture of you as you just woke up. Gambar baru bangun tidur gitu ! 

3) And tell me what did you do after woke up from sleep. Bagi tips la kan sikit !   

4)    Don’t forget to put the banner and link ke blog Lalalovy and tag 3 blogger.







hahaha. muka busuk je kan.. tapi nampak natural kan. tengok pix tu, aku dengan pyjamas lagi. bangun pagi je terus try scaf rambut yang aku beli malam sebelum ambil gambar. kunon nya nak nampak cute dengan scaf tersebut tapi nampak bucuk lak. hahaha.. ok, aku ada sedikit petua untuk nampak awek muda. aku jarang pon amalkan petua ni sebab selalu terlupa je nak buat. hehehe.


Awet Muda 
- Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
- Amalkan setiap hari urutan ini.



saya tag semua FOLLOWER saya.. cepat buat!

Sunday, March 27, 2011

CONTEST LALALOVY #4


Syarat - syaratnya:


1) Write the title “ CONTEST LALALOVY #4 “.As you know, i made 4 types of contest so it is easy for me to categorize.


2) Show me a picture of you with your lovers. Candid, romantic or even photoshoot pictures.


3) Then, tell me about your similarities with him.
Haa! Ada tak ??


4) Don’t forget to put the banner and link ke blog Lalalovy and tag 3 bloggers!


okey, here we go.. sila tahan kentut dan terkincit anda setelah melihat pix di bawah yee..
 

saya tak tahu gambar dia atas ni dalam kategori apa? walaupun muka aku agak selebet time ni but i love this moment. sweet sangat taw. sanggup datang menziarahi aku di kem. hehehe. dia dengan family aku boleh kelentong aku, dorang ckp MR D tak dapat datang sebab ada hal tak dapat di elak kan. aku buat steady je, bila letak je telefon terus terkeluar air mata. bila time open day, dia datang dengan family aku. siap naik satu kereta lagi. then dia hadiah kan aku chocolate yang agak banyak, bear dengan sedikit duit untuk buat duit top up. sweet kan : ) hehehe..
  
aku + dia = sama
  1. sama bulan & sama tahun birthday. saya 18/12/1990, MR D 28/12/1990
  2. kami satu sekolah
  3. sama negeri
  4. muka kami nampak agak berlagak. *dulu ada orang gelar kan kami "couple baget" hahaha
  5. dan yang paling penting, kita sama - sama sayang - menyayangi. ngeh ngeh.

thanks to    kerana mentag saya yee. tapi saya tak nak 3 orang, saya nak tag semua follower saya & blogger yang membaca entri ni. selamat mencuba : )

Friday, March 18, 2011

Berkepam. Apakah Itu?



blog tidak berupdate dalam minggu ini.
kesibukan yang melampau - lampau.
saya juga tidak akan online FB, TWITTER, YM, MS etc..
kalau ada sebarang perkara yang urgent,
sila call no hp, rumah dan office saya.
selamat hari jumaat & selamat beramal.
sekian, terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails