Sunday, September 26, 2010

Gambar Hari Raya Menceritakan Segalanya..


Bila tiba hari raya.. semua insan bergembira.. (mood hari raya sambil makan lauk raya) lalala.. tok tok. asalamualaikum.. kak, kami datang nak raya. what!!! oh tidak, permaisuri mahu beristirehat dan tidak mahu diganggu oleh shiapa - shiapa (asal lak aku guna bahasa istana ni?). aku pon dengan pantas berkata, sori laa adik, kakak dah nak keluar beraya. nak buat collection duit raya. apa kata kakak ikut adik jalan raya untuk buat collection duit raya. budak - budak kecil di luar rumah aku tu saling berpandangan. kemudian mereka kata, tak pe laa. kakak tak payah ikut laa, nanti kami dapat sikit je duit raya. SELAMAT HARI RAYA yee kakak. hahaha. mak aku dari dapur yang sedang memotong ketupat dengar kan je perbualan aku dengan budak - budak kecil tu. kemudian mak aku menyindir aku. dia cakap 'Badan dah besar gabak cam ni pon nak duit raya ke? tak malu!, tak baik tau menyakat budak- budak kecil tu. biar lah dorang nak raya'. hehehe. sesekali nak menyakat budak - budak, apa salah nya.


shhh.. jangan beritahu orang yang aku ni suka menganjing orang lain yee. hahaha.


okey, cerita di atas adalah ketika pagi raya. setelah selesai solat hari raya, sesi bermaaf - maafan, kami pon bersiap - siap untuk pulang ke kampung. oh yee, kami memang selalu pulang ke kampung ketika pagi raya sebab kampung kami dekat je. di seberang tambak je. hehehe.



owh yee, wanita yg bersama saya tu kakak saya. yee, dia kecil dan saya besar. jangan tanya kenapa yee!





kalau korang tanya, aku akan sedih. sebab ia menunjuk kan aku GEMUK!!


 okey, dah sampai singapore. dah sampai dah rumah mak cik ku. jom amik gambar jom.






semua dah married, aku saje yang single. but not available yee :)








i heart them! tahun ni tak dapat duit raye ke?






keseorangan. i need MR D.. SARANGHAE!!




dari  pagi berjalan sampai lah ke malam.
abah aku cakap, 'tak yah bergambar laa, nanti kat atas baru bergambar'. mak aku ignore je, then terus snap!




siapakah mamat di atas ini?? jeng jeng..
 

maaf yee, tiada pix bersalam - salaman (no drama) dan tiada pix makanan (akan terserlah kegelojohan ku ini)... akhir kata, HARI RAYA TAK SEBEST ANDA KAN?

Saturday, September 11, 2010

Aku Bukan Owner Blog Daus Pozi & Selamat Hari Raya





mentang - mentang aku pakai bju colour hijau, korang ingat daus pozi yee? orang yang pakai baju hijau ni, tiada kaitan dengan Daus Pozi. harap maklum. minah baju hijau ni just nak bagi ucapan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. kemungkinan besar, dia akan tidak mengoline seagala rangkaian sosial kepunyaan nya. harap maklum. daaa :)

Monday, September 6, 2010

Aku Bukan Penipu

terima kasih kepada anda semua yang telah follow dan exchange link blog amoi yee. amoi akan follow dan exchange blog anda juga dalam masa terdekat ni. sila bagi saya masa seminggu untuk berbuat sedemikian. jika saya masih tidak berbuat begitu, anda boleh mengambil tindakan terhadap saya. hahaha. peace yoo!




nota mulut : amoi sangat bz sekarang ini sbb prepare pasal raya.
sila bersabar yee :)

Sunday, September 5, 2010

Jom Exchange Link & Bak Sini Link Blog Korang, aku nak FOLLOW

salam ramadhan! perlu cakap salam ramadhan, kalau tak aku kepunan tak dapat nak cakap dengan korang. ye laa, mana tidak nya lagi seminggu je kita nak raya kan? sekejap je kan? pejam celik pejam celik, dah nak raya. okey, back to the basic. hari ini aku rasa tersangatlah rajin nak mengepoh  meramah mesra dengan follower dan rakan-rakan blogger aku.




Pertama : oleh sebab terlalu rajin, maka aku telah mengambil satu tindakan bijak untuk follow balik semua follower - follower aku. act, aku memang akan follow balik semua follower aku. tapi kalau tak de link korang, macam mana aku nak visit and follow blog korang. so, kepada yang dah follow tu, tinggal kan link blog korang kat ruangan comment yee dan kepada yang nak follow blog aku tu, terima kasih. kedatangan anda di alu-alu kan.



 
Kedua : dah lama tak blogwalking blog korang. sori sangat-sangat yee. aku menghadapi kengkangan masa yang melampau - lampau. tapi bila ada masa, aku tak kan sia sia kan. bila sedang merayau - rayau di blog asing, aku rasa diri ku ini tidak terasing kerana ada sahaja mereka yang baik hati telah mengLINKan blog aku kat side bar blog dia. kamsamida!! (terima kasih banyak - banyak). aku sangat - sangat menghargai korang. kepada yang dah letak link blog aku, sila beritahu aku di ruangan comment yee. dan yang belum tu, anda boleh berbuat begitu (Exchange link). nescaya, aku akan letak blog korang kat side bar aku. :)



Okey lah, aku nak prepare entri untuk akan datang dan nak merayau - rayau di blog korang. daa..



nota mulut : tangan aku sedang syok mengadd blogger di FB dan follow mengfollower blogger lain..

Wednesday, September 1, 2010

Kita Merdeka ke? Bukan Masih Di jajah Lagi Ke?

Salam satu malaysia semua pembaca ku. hari ini adalah 1hb September 2010. semalam adalah tarikh keramat bagi negara MALAYSIA. hal ini kerana semalam adalah hari kemerdekaan yg ke 53 buat MALAYSIA. sebelum aku membebel lagi banyak, aku nak bagitahu korang yang entri ini bukan lah terlambat tapi aku saje je post lambat. aku nak tahu jugak, ada tak orang cakap yang aku ni dah ketinggalan zaman atau katak di bawah tempurung kerana semalam yang merdeka bukan hari ini. ingin aku tegaskan, kalau kita tak imbas balik perkara lampau mungkin kita akan alpa dengan dunia hari ini. dan semakin lama, kita akan kembali ke dunia lampau. nak ke?? huhuhu..




Tahukah anda apa maksud kemerdekaan? Merdeka merupakan satu perkataan bahasa Melayu yang melambangkan kemerdekaan atau bebas dari era penjajahan. Istilah ini digunakan semasa gerakan-gerakan pro-kemerdekaan dan anti-penjajah semasa penjajahanMalaya, Singapura dan Indonesia dalam sejarah Malaysia, sejarah Singapura dan sejarah Indonesia. Ia menjadi teriakan mereka yang menuntut kemerdekaan daripada pentadbiran penjajah United Kingdom dan Belanda.



Ramai pewira-pewira kita dan anak-anak jantan yang kehilangan nyawa dek kerana mahu menyelamatkan Tanah Melayu. malas nak bercerita panjang lebar, kalau ada di antara kita tidak tahu sejarah negara sendiri. malu bukan? dari darjah 5 sehingga form 6 atau ke universiti belajar sejarah, tapi satu ilmu berkaitan sejarah pon kita tak dapat. kalau dah sedar, gi googles pasal negara MALAYSIA.



Anda yang hidup di zaman ini, apakah erti kemerdekaan bagi anda? apa yang korang buat apabila merdeka? apakah jasa anda terhadap MALAYSIA?



Adakah dengan mengibarkan jalur gemilang, kita ni sudah patriotik?? walaupun sudah 53 tahun kita merdeka, tapi.. MINDA dan TINGKAHLAKU kita ini masih di jajah dek negara asing. mengapa kau cakap begitu?? baca saja di dada-dada akhbar, banyak kes buang bayi. merdeka kah mereka berbuat sebegitu. kalau time perang dulu, mungkin lah kerana kesempitan hidup. tapi sekarang ini sebab apa?? budaya samseng jalanan. merdeka kah dengan membahaya kan nyawa. rakyat dulu punya lah sayang nyawa mereka. sanggup bersembunyi di dalam tempayan kerana takut di pancung dengan orang jepun.



ingin aku nyatakan di sini.. apakah jasa dan sumbangan anda terhadap Negara MALAYSIA?? jangan mudah leka, kelak memakan diri sendiri. wasalam.




 nota mulut : mood patriotik.
teringat zaman kegemilangan aku ketika berdebat dan membuat karangan..
hehehe..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails