Friday, October 28, 2011

Saturday, October 22, 2011

Burger Quarter Pounder With Cheese hanya RM 6.99

Selamat petang semua : ) Hari ni adalah hari berehat untuk aku kerana hari ini saya ponteng tak kerja. Bestnya dapat cuti dua hari. Hehehe. Bulan ni kat area Johor selalu hujan je. Setahu aku bulan 12 lah yang selalu hujan je. *Harap - harap bulan depan tak hujan* Hujan - Hujan ni memang perut selalu merengek je kan. Bila dah merengek - rengek, tak kan nak di biarkan pula. Kesian lah kat perut kita ni. Oleh kerana tidak mahu mengecewakannya, kita kena lah bagi dia makan. Tapi tak kan hujan - hujan pon nak bedal Frutti Tutti pula. Oleh itu dah beberapa hari ni aku selalu makan burger kat Mcd. 

Yup! I'm a big fan's of MCD. *berharap CEO Mcd membaca entri ini & jadikan aku duta mereka* hahaha. Dengan hanya RM 6.99 aku dapat makan satu set burger di MCD. Harga ni bukan hanya untuk lunch time je, dinner time ke, subuh time ke, atau maghrib time pon tetap harga ni. Murahkan? Nak tahu macam mana aku boleh dapat harga murah? Caranya ialah kenyit mata pada budak yang kerja MCD tu korang print kupon MCD di bawah ini dan tunjukkan kepada budak yang bekerja di counter MCD tu. 


Bagaimana nak dapatkan kupon di atas ini? korang print gambar coupon kat atas ni. Tapi kalau korang ingat aku saja nak buat October Fool kat korang, korang boleh pergi ke website MCD atau ke page MCD dan download gambar tersebut dan print kan nya. Coupon ni valid dari 17 - 25 October 2011. Korang juga boleh print black & white coupon ni. Good info kan? So, bila nak belanja atau tapau kan aku Burger Quarter Pounder With Cheese yee? Hehehe. Enjoy it!

Thursday, October 20, 2011

Tuesday, October 18, 2011

'I'm Falling In Love' - Cikgu Shida

Salam satu Malaysia dan selamat malam semua : )   Entri lepas aku dah post MV 'I'm Falling In Love' by Dato' Siti Nurhaliza kan tapi kali ini jom kita layan MV yang telah di edit iaitu 'I'm Falling In Love' by Cikgu Shida. Sumpah lawak! mak aku ketawa guling - guling tengok MV ni. hehehe.

 
Enjoy it!

Saturday, October 15, 2011

(OFFICIAL VIDEO) FALLING IN LOVE - DATO' SITI NURHALIZA

Hi all. Malam sabtu yang sangat bosan minggu ini. Sepatutnya hari sabtu lah hari untuk merehatkan minda tapi jadi makin kusut pulak. Kerja aku semakin melambak - lambak. Aku rasa korang kalau tengok meja office aku tu, mesti korang akan ingat meja tu lain dari yang lain sebab meja tu di perbuat dari kertas. hahaha. So, korang dapat agak kan begitu busynya aku ini. Alangkah happynya minda ini kalau dia dapat membuang segala virus - virus yang terkandung dalam memory aku. Tapi.. itulah.. nak ajak member, semua keluar dengan couple memasing. nak ajak BF aku, aku ADA ke BF?? macam dah tak de je rasa nya. erm, too bad. siapalah aku ni kan. erm.. nak ajak family, memasing busy dengan plan masing - masing. so, boring - boring ni aku layan lagu kat youtube. Sejam je aku dah tengok banyak music video. Antara banyak - banyak yang aku dengar, lagu ni macam best lah antara yang lain - lain tu. feeling je dengar lagu ni. i'm falling in love with Lee Min Ho jelah macam ini, sebab lelaki - lelaki malaysia ni nak yang hot je. #okbai 


Friday, October 7, 2011

Saturday, October 1, 2011

Gadis Seperti Aku - Shila Amzah

Today I don't feel like doing anything.. I just wanna lay in my bed.. yup! hari ini sangat membosankan.satu hari duduk rumah dan sangat - sangat tak de mood. mana ntah mood aku pergi. tengah pergi mengusha lelaki - lelaki korea kot. hahaha. sambil cuba - cuba buat header blog aku, aku pon melayan laa video - video kat youtube. then, tertekan video shila amzah lak. dah semua video dia aku selongkar. antara banyak - banyak video tu, yang ini aku paling suka. cute seyh versi perempuan. jom layan..






Memang takkan Ada gadis seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak
Memang takkan Ada gadis sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu
Kau susah hati
Banyak lagi gadis yang bisa kau pilih
Untuk Kau jadikan sandaran hati

Memang takkan Ada gadis seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak
Memang takkan Ada gadis secomel aku
Tapi yang lebih comel banyak
Maka tak perlu pujuk rayu itu
Jangan sampai Kau rendahkan dirimu
Memaksa aku 'tuk jadi pacar mu

Oh baby2, Jangan Kau marah
sebab ku tolak
Ku tahu kamu kaya Dan baik Budi bahasa
Ku yakin pasti Ada Gadis yang Akan suka

Oh baby2, Jangan Kau dendam
sebab ku enggan
Bercinta aku mau tapi tidak dengan mu
Ku sudah Ada satu kekasih yang menunggu

Ceritanya aku mau belajar setia
Makanya Dari itu kamu jangan memaksa
Karna aku memang tak bisa mendua



nota kaki : kepada blogger yang kawai - kawai dan yang kacak - kacak, boleh tolong saya buat header blog saya tak?? saya punya header sangat buruk laa. #okbai 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails